Bukan hanya pantai yang cantik, Terengganu juga banyak tempat menarik anda boleh singgah untuk buat aktiviti menarik.
Itinerary 2 Hari 1 Malam di Terengganu
Menurut saudari Ifzuna, ini beberapa lokasi yang wajib anda singgah kalau betul nak menikmati percutian sepanjang di negeri ‘keropok losong’.
Okay, jom tengok apa aktiviti yang wanita ini buat sepanjang 2 Hari 1 malam kat sana.
1. Masjid Hopping
Ads
Masjid Terapung (Masjid Tengku Tengah Zaharah di Jalan Batu Buruk) Kami tumpang solat subuh dan view sangat cantik, Masha Allah! Ada pula pokok ala pokok kurma situ, auto gambar macam pergi umrah. Masjid Kristal (mercu tanda Terengganu serious talk, makin banyak tempat ootd di sekitar masjid.
2. Noor Arfa Batek
Ini syurga batik, songket dan segala jenis tenunan. Kain pasang warna pastel pun ada, banyak promo dan siap dapat cabutan bertuah.
Ads
3. River cruise / boat tour
Harga untuk dewasa RM30, kanak kanak atas 4 tahun RM15. Boleh menyelusuri sungai di Kuala Terengganu dan ambil gambar berlatar belakangkan Masjid Kristal dan Jambatan Angkat pengemudi bot sangat friendiy! siap bagi chance setiap orang bawa bot lagi. Ambil lah masa lama mana pun untuk dapatkan gambar. Dia tetap layan.
4. Kampung Budaya Terengganu
Ads
RM5 dewasa, RM2 kanak kanak ada 9 checkpoint keseluruhannya. Tetapi kami tak habis pusing semua sebab kejar masa. Tapi guide sangat perform sepanjang jalan itu, memang ada pokok herba dan buah. Jadi, diaorang bagi rasa. Tongkat Ali dan limau bali.
Setiap rumah ada jenis ukiran dan guide akan terangkan makna di sebalik ukiran itu permainan tradisional dan goreng keropok lekor pakai pasir pun ada last sekali, persembahan gamelan.
Jadi, buat anda yang merancang nak ke Terengganu, boleh senaraikan beberapa tempat ini awal-awal dan senang bila sudah sampai di sana. Tahu tempat best nak berhenti akan memudahkan lagi perjalanan anda!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ramai yang suka ke Kuala Terengganu sebab keindahan pantai dan makanan yang segar dan sedap. Pendek kata, semua tempat rasa berbaloi untuk disinggah.
Namun jika anda pertama kali nak masuk negeri ‘penyu bertelur’ ini, pasti rasa sukar nak cari tempat menarik. Jadi cuba baca pengalaman Puan Wan N Wan ini, mudah untuk bergerak bila dah tahu tempat makan dan bergambar. Nak beli ole-ole pun boleh!
Minggu lepas ke Kuala Terengganu. Entah kali ke berapa pun tak tahu. Tapi kali ni aku rasa agak berpuas hati dengan semua aktiviti yang aku buat dekat sana. Dari segi makan dan tempat aku explore.
16th Aug aku naik flight AA pukul 7.15am, sampai aja terus ke Warung Nasi Kerabu Pok Din untuk breakfast.
Memang puas hati dapat makan nasi kerabu yang cukup semuanya. Bezanya, kurang pedas aja sambal dia. Lain semua sedap.
Lepas makan, singgah tepi pantai dekat Miami Beach kejap.
Kemudian terus gerak ke Pulau Kekabu. Bila kau sejenis yang sukakan laut, tak kira berapa banyak tempat kau singgah pun kau tak kisah. Tenang. Mungkin sebab weekdays, jadi tak ramai orang. Cuaca pun mendung aja. Berjalan dari tempat parking sampai ke hujung tembok tu pun tak rasa penat.
Memandangkan esoknya nak ke Pulau Kapas, 1st night aku stay dekat Chalet Cik Su aja. Tak jauh nak ke Jeti Marang. Malamnya pergi makan dekat D’Suasane Ibai Restaurant.
Kebetulan masa sampai tu hujan renyai-renyai, jadi bolehlah pergi duduk dekat atas tu. Konon seronoklah dapat duduk atas sambil tengok orang dok kayuh swan (paddle boat), sekali kemain lebat hujan. Swan pun kena balik ke sarang semuanya. Makanan semua sedap-sedap. Kena dengan selera semuanya.
17th Aug, selesai breakfast terus ke Jeti Marang. Tujuan utama nak ke Bukit Singa & Blue Lagoon. Sampai aja dekat Bukit Singa, terus tengok track nak naik. Tapi tak usah risau lah.
Kalau aku boleh naik, kau orang mesti boleh naik juga. Kecuali kalau kau orang jenis gayat. Tak payahlah naik. Ruang dekat atas tu pun tak besar mana. Memang tak sesuai nak naik ramai-ramai.
Boatman pun cerita dah banyak kes orang jatuh dari bukit itu dan patah kaki bila dah ramai-ramai atas tu. Jadi, hati-hati kalau nak pergi.
Dah selesai bergambar semua, konon nak ke blue lagoon. Tapi tak ada rezeki sebab malam tu hujan kemain lebat, jadi air pun tak berapa cantik. Aku pun tak berapa berani nak turun memandangkan dari cerita boatman dekat situ ada shark & dia sendiri pernah nampak shark yang besar hampir sama besar badan dia. Moh lah kita ke Marine Park saja.
Dekat Marine Park ni, ikan memang dah tunggu kau siap-siap. Kemain banyak ikan. Coral pula pada aku boleh tahan lagi ok dari Redang & Perhentian. Mungkin sebab coral dia jauh lebih ke dalam dan kita tak dapat sentuh. Jadi, masih terjaga elok. Bezanya air tak berapa jernih sebabnya macam aku cakap tadilah. Hujan malam sebelumnya. Jadi cuaca tak berapa nak cerah sangat. Tapi still boleh nampak rumah nemo. Dory pun ada, agaknya tengah cari mana nemo pergi.
Selesai di Marine Park, lepaklah tepi pantai Pulau Kapas tu. Haa, mainlah air puas-puas. Air memang jernih. Ada lah sekor aku jumpa baby shark besar tapak tangan aku. Dalam 1.30pm gerak balik ke darat.
Terus gerak ke Grand Puteri Hotel untuk check in. Hotel ni dekat dengan semua benda. Nak makan mudah, nak pergi masjid depan tu aja. Boleh kata semua dekatlah. Petang tu rest aja dah penat kejar ikan. Malam tu makan di The Nelang Cafe. Sedap! Memang kalau datang lagi boleh repeat tempat makan ni semua.
18th Aug. Santai-santai aja. Hari Jumaat dekat Terengganu kau orang kena alert. Kedai akan tutup pukul 12.45pm sampai 2.30pm (kalau salah tolong betulkan).
Jadi, kena plan kalau nak pergi mana. Pagi tu saja ke KTCC Mall, pusing-pusing beli cookies kemudian balik ke hotel semula. Pukul 2.30pm baru keluar dan terus ke Muzium.
Sampai muzium, muzium tutup. Sudahnya ke Taman Tamadun Islam. Lepak di D Benteng,TTI. Terus makan celup tepung. Order dan diaorang akan goreng panas-panas. Sedapnya udang dan sotong goreng tepung. Udang yang besar tu pun RM10 sepinggan. Bihun goreng dia sedap.
6.00pm naik boat di Sekati Emas Boat Tour pusing Sungai Terengganu pula. Konon nak tengok sunset, awan pun mendung semendung hati aku tak dapat tengok sunset.
Oklah, dapat tengok masjid kristal & drawbridge dari sungai pula. Malam pun ada trip naik boat tu. Pilih saja nak pukul berapa.
19th Aug. Pagi tu makan nasi minyak John. Jalan kaki aja dari hotel 1 minit. Antara nasi minyak yang famous. Hari kerja, pukul 7.30am dah habis nasi minyaknya.
Selesai, terus gerak ke Pantai Angin Berbisik dekat Kampung Merchang. Dekat sini ada campsite. Kau orang boleh google Merchang Glamping Park kalau nak bermalam dalam khemah.
Aku just pergi area Pantai Angin Berbisik sambil dengar angin berbisik apa tak tahu. Macam biasa, tenang. Tak ada orang.
Malam tu makan di Salaza&Sons. Memang kali ni pergi semua tempat makan yang kena dengan selera. Kalau tak kena dengan selera, tak adalah naik berat badan sampai lebih 4kg.
20th Aug. Masa untuk baliklah. Lama-lama tempat orang, risau aku jadi belon balik. Aku naik flight Mas pukul 8.45am. Overall, kali ni agak berpuas hati ke KT.
Banyak lagi tempat dalam Malaysia ini yang cantik-cantik. Jadi, bolehlah kita plan untuk next trip.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau cantik menjadi pilihan pelancong domestik kita kalau ke Sabah pastinya di sekitar Semporna, Sabah. Jangan tidak tahu, banyak promoter dan agensi pelancong di Semporna ketika ini berlumba-lumba menawarkan pakej percutian berbaloi dan terbaik khas untuk orang kita.
Dapat bercuti ke Semporna sekali seumur hidup pun sudah rasa sangat berbaloi. Tidak perlu risau dengan panorama sekitar atau aktiviti yang ada di sini. Semuanya ada dan pulau-pulau di Semporna adalah bertaraf antarabangsa. Nak tahu cara ke Semporna dengan pakej percutian menarik? Anda boleh baca perkongsian trip daripada sumber FB Alif Ba Ta ini
Trip TawauXSemporna ft Nusukuya Resort
Untuk Day 1, kami stay di Grace Hotel sebab sangat dekat dengan jetty. Breakfast included. Day 2&3 kami ambil pakej dari PAKEJ TERBAIK DI SEMPORNA iaitu Pakej Termurah Sempornaisland (Windia SCUBA Holiday SABAH), sekali penginapan di Nusakuya Resorts. Nusakuya memang cepat fully booked! Kalau ambil under Windia SCUBA Holiday SABAH dapat price RM550 untuk bilik berdua, RM700 untuk bilik bertiga – PALING MURAH serious!Video Nusakuya kita tapau kat bawah. Day 4&5 kami di Tawau, bermalam semuanya di rumah Junaida Manta.
Itinerari, Tips, Kos
Kos Penginapan & Tiket :
Total Kasar : RM420
Kalau nak turunkan budget, boleh stay dekat area jetty. Then ambil package day trip dari Windia, RM80/day. Pilihan pakej island hopping:
(a) Bohey Dulang-Sibuan-Mantabuan
(b) Mabul-Kapalai-Gusungan
(c) Mataking-Timba Timba-Pom Pom
Masa kami datang Pulau Bohey Dulang trail ditutup, tak dapat hiking tak ada rezeki. Musim PKPP ni SOP dia diperketatkan, jumlah pengunjung yang boleh hiking Bohey Dulang dihadkan. Kemasukan ke Sabah alhamdulillah sangat mudah. Tak perlu risau kena kuarantin. Cuma kena isi Borang Pengisytiharan Kesihatan. Boleh isi online di sm.jknsabah.gov.my atau isi dalam flight, stewardess akan edar borang.
Day 1
Day 2
Day 3
Day 4
Day 5
1. Kalau stay Nusakuya, tak ambil pakej island hopping pun tak apa. Boleh snorkeling area depan bilik, atau berkayak. Ikan banyak gila kat sini cuma coral tu tak adalah hehe.Kayak di Lautan Celebes.
2. First island kami; Pulau Sibuan.Kalau nak low budget, boleh stay dekat area jetty, masuk island hopping RM70 sahaja under Pakej Termurah Sempornaisland. Serious nama facebook dia tepat sangat sebab memang dia TERMURAH sekali dekat Semporna ni.
3.Sangat ramai adik-adik Bajau Laut dekat sini jual air kelapa dengan seafood (lobster, ketam etc), menaikkan lagi serinya Mabul.
4. Sehari sebelum flight aku singgah ECO Shop tapau jajan enam peket sebab aim singgah Kg. Tatagan boleh bagi gula-gula dekat Adik Bajau Laut. Tapi tak masuk kawasan tu. Rezeki, jumpa mereka dekat Mabul Water Bungalows, Mabul Island, Sabah, Malaysia tengah jual air kelapa.
5. Pakej Nusakuya under Pakej Termurah Sempornaisland;
RM550/2 pax
RM700/3 pax
Bilik berdua ada 10 bilik.
Bilik bertiga ada 5 bilik.
Total 15.
Sebab tu susah sangat nak dapat kekosongan dekat Nusakuya. Semalam whatsapp Ciciek plan nak repeat Oktober pun dia kata dah full hahahaha kbye
6. View dari peak Bukit Parapat. Untuk naik RM2/pax. Dekat atas ada orang jaga sebab untuk turun agak curam.
TawauSemporna, akhirnya sempurna!
Jom cuti-cuti Malaysia~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tiada yang lebih tepat untuk menggambarkan keunikan kita sebagai rakyat Malaysia selain kegemaran kita apabila tiba saatnya untuk makan durian.
Bagi merayakan Hari Kebangsaan yang ke60 tahun ini, rangkaian restoran tempatan, Sepiring, menampilkan tiga hidangan istimewa berasaskan durian iaitu Laksa Durian, Kopi Durian dan Cendol Dodol Durian.
Sepiring sentiasa berusaha untuk menawarkan pelbagai resipi asli yang menarik dari segenap pelusuk rantau Malaysia bagi memperlihatkan pelbagai perisa dan cita rasa yang menjadikan kita semua warga Malaysia yang unik. Maka dengan itu, Sepiring menobatkan durian sempena perayaan Hari Kebangsaanke60 kerana tahap kegemaran rakyat Malaysia terhadap buah durian ini tiada batasan. Inilah yang menjadikan kita benar-benar unik, tanpa mengira kaum, agama atau warisan.
Sajian utama daripada tiga hidangan baru ini ialah Laksa Durian, yang menggabungkan campuran rasa herba dan rempah ratus dengan perisa dan aroma durian yang tersendiri. Dengan Laksa Durian, Sepiring berjaya mengadunkan dua makanan tradisional kegemaran rakyat Malaysia dalam satu sajian yang pasti menambat selera.
Untuk melengkapi Laksa Durian, Sepiring turut mencipta mengilhamkan Kopi Durian, yang boleh didapati dalam bentuk panas atau sejuk. Perisa kopi kaya, yang diekstrak daripada biji-biji kopi terpilih dan bermutu tinggi, digabungkan dengan perisa durian bagi menambah nikmat rasa yang berkekalan dan membuat anda sentiasa mahu lagi.
Tidak ketinggalan bagi sajian pencuci mulut, Sepiring menggabungkan cendol, manisan kegemaran rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat, dengan dodol, makanan tradisional musim perayaan yang sangat popular, dalam hidangan Cendol Dodol Durian. Dihidangkan dengan ais parut dan pelbagai bahan cendol biasa dan dodol durian, sajian pencuci mulut ini disajikan dengan satu senduk isi durian segar di atasnya. Rasanya sungguh nikmat.
Promosi buat pengunjung
Sempena perayaan ulang tahun kemerdekaan negara kali ini, Sepiring ‘menghadiahkan’ sajian pencuci mulut kepada pelanggan yang memuat naik sebarang gambar sajian durian yang sedang dipromosikan ini. Pelanggan hanya perlu memuat naik gambar Laksa Durian, Kopi Durian atau Cendol Dodol Durian ke laman Facebook atau Instagram mereka beserta hashtag #SepiringOhMyDurian untuk layak mendapat satu sajian pencuci mulut percuma.
Sajian durian istimewa Sepiring sempena Hari Kebangsaan yang ke60 ini telah diperkenalkan dalam suasana meriah lengkap dengan paparan warna-warna bendera Malaysia. Tiga sajian baru ini boleh didapati untuk tempoh yang terhad, iaitu pada harga ala carte RM20.90 untuk Laksa Durian,Cendol Dodol DurianRM13.90 dan Kopi Durian RM12 (panas) atau RM13.90 (sejuk). Promosi ini ditawarkan di semua cawangan Sepiring, kecuali cawangan di Mid Valley Megamall.
Menurut Wong, Sepiring semakin dikunjungi ramai sebagai destinasi pilihan khususnya mereka yang mencari sajian asli dan tradisional yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Fokus Sepiring dalam bidang ini telah mendapat perhatian rakyat Malaysia sendiri dan juga pelancong dari seluruh dunia.
Restoran Sepiring kini terletak di Mid Valley Megamall, The Mines, IOI City Mall dan Sunway Putra Mall. Tiada yang perlu anda gusar menikmati sajian di Sepiring kerana restoran ini mendapat pengesahan Halal daripada JAKIM.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!