Jalan Di Fordd Pen Llechat Rd, Wales, Diiktiraf Jalan Paling Curam Di Dunia

Share

Jalan-jalan di Fordd Pen Llechat yang terletak di utara Wales telah diiktiraf sebagai jalan paling curam di dunia. Penduduk di Harlech, Gwynedd meraikan perisytiharan tersebut selepas Guinness World Records mengesahkan bahawa jalan itu memiliki tahap kecerunan 37.45 peratus.

Gelaran jalan paling curam sebelum ini menjadi milik Jalan Baldwin di Bunedin, New Zealand dengan kadar kecerunan 35 peratus.

Untuk memperoleh rekod tersebut, kriteria yang diperlukan Guinness World Records untuk mengiktiraf sebatang jalan yang curam adalah:

  • Jalan berkenaan digunakan oleh penduduk awam.
  • Mempunyai permukaan penuh.
  • Mempunyai bangunan di kedua-dua belah jalan.

 

Walaupun kebanyakan penduduk tinggal di kaki bukit tersebut, mereka masih perlu kerap menggunakan jalan curam ini kerana banyak kedai, farmasi dan pejabat pos terletak di puncak Jalan Fordd Pen Llechat. Mahu tidak mahu, jika berjalan kaki mereka memerlukan sepasang kaki yang kuat atau jika menggunakan kenderaan, break kenderaan mereka perlu dalam keadaan baik.

Sumber: abc news

IKLAN