pasar mlm

Sudah tiga bulan lebih pasar malam satu negara dilarang beroperasi, pasti ramai yang merindui ‘kewujudannya’ saban minggu.

Pasar malam merupakan aktiviti yang sangat dekat dengan hati seluruh rakyat Malaysia lakukan dan kunjungi tidak kira latar belakang. Di situ, pelbagai juadah makanan sedap ada terjual dengan harga yang berpatutan. Setiap pasar malam yang ada di negara mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri.

Kuala Terengganu Buka Pasar Malam Percubaan. Bestnya Orang Ganu!
Foto: Google Image

Buat penduduk di Terengganu, anda sangat bertuah! Pasar malam di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dibenarkan beroperasi di kawasan tempat letak kenderaan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak mulai 5 Jun 2020.

IKLAN
Kuala Terengganu Buka Pasar Malam Percubaan. Bestnya Orang Ganu!
Foto: Google Image

Kuala Terengganu Buka Pasar Malam Percubaan. Bestnya Orang Ganu!

Kuala Terengganu Buka Pasar Malam Percubaan. Bestnya Orang Ganu!
Foto: Google Image

Ia adalah pasar malam pertama yang dibenarkan beroperasi di Terengganu selepas lebih tiga bulan dihentikan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak 18 Mac lalu.

IKLAN

Bagaimanapun, peniaga dan pengunjung diminta sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM). Seronok memang seronok untuk jalan-jalan di pasar malam tetapi jangan lupa wabak pandemik masih ada disekeliling kita ok.

IKLAN
  • Pasar malam peringkat percubaan itu akan beroperasi mulai 3 hingga 7 petang.
  • Hanya satu laluan masuk di sediakan kepada pengunjung untuk membeli belah di pasar malam berkenaan dan kedudukan gerai jualan akan dijarakkan sekurang-kurangnya satu meter seperti ditetapkan oleh KKM.
  • Pengunjung dan peniaga WAJIB sentiasa mematuhi SOP terutamanya tidak membawa kanak-kanak dan warga emas ke pasar malam berkenaan.

Pembukaan pasar malam itu adalah di peringkat percubaan dan akan diperluaskan ke seluruh negeri jika tiada kes penularan wabak COVID-19 yang baru. MBKT dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta KKM akan bekerjasama untuk memastikan setiap peniaga dan pengunjung sentiasa mematuhi SOP ditetapkan.

Sumber: HMOnline

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI