Makan

Nasi Kandar Hameediyah Diiktiraf Restoran Nasi Kandar Tertua Di Malaysia Berusia 114 Tahun

Share

Jika berkunjung ke Pulau Pinang, menikmati juadah nasi kandar adalah satu kemestian. Antara restoran nasi kandar yang menjadi tumpuan ramai adalah Nasi Kandar Hameediyah.

Terkini, Restoran Hameediyah Pulau Pinang ini telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai restoran nasi kandar tertua di negara kita. Restoran nasi kandar berusia lebih 100 tahun itu mula beroperasi di Lebuh Campbell, sejak tahun 1907 dan masih popular sehingga kini.

Restoran nasi kadar keluarga ini telah beroperasi selama hampir 114 tahun dan kini diwarisi oleh generasi ketujuh keluarga berkenaan iaitu Ahamed Seeni Pakir Abdul Shukor. Beliau melahirkan rasa kesyukuran atas pengiktirafan Malaysia Book of Records itu dan berjanji akan terus menghidangkan makanan dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan restoran berkenaan.

Restoran Hameediyah ini kereap menerima ramai tetamu terhormat, seperti pelakon, menteri bahkan Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong. Seri Paduka Baginda berkenan berkunjung ke sini (Restoran Hameediyah) tahun ini, tetapi seperti kebanyakan pelanggan, kedatangan baginda tidak dijadualkan tetapi sekadar untuk menikmati makanan di sini.

Restoran itu akan mewarisi resipi restoran keluarga itu kepada generasi seterusnya dan bercadang mengembangkan perniagaan ke seluruh negara. Kini cawangan Restoran Nasi Kandar Hameediyah terdapat di Butterworth dan Kota Damansara, Petaling Jaya. Selain itu mereka juga bakal membuka satu lagi cawangan baru di Sungai Ara pada bulan Ogos 2020.


Sumber: Bernama

IKLAN