Jepun negara maju yang menjadi idaman setiap traveler untuk menjejakkan kaki dan melihat sendiri keindahan serta adat dan budaya masyarakat di sana.

Merupakan negara empat musim, bagi yang nak bermain salji bolehlah memilih antara Disember sehingga Februari untuk ke negara yang terkenal dengan julukan Matahari Terbit itu. Bagi yang nak tengok keindahan bunga sakura pula boleh memilih untuk datang ke Jepun sekitar April hingga Jun.

Jepun juga terkenal dengan negara yang bersih dan rakyat yang cukup berdisiplin, tempat-tempatnya juga menarik untuk dilawati.

Bagi yang pertama kali nak datang bercuti ke Jepun, Yamin Ismail berkongsi beberapa tip berguna untuk anda persiapkan diri sebelum jejakkan kaki ke negara tersebut.

Orang Jepun Kaya Adat & Budaya. Pertama Kali Bercuti Ke Sana, Lelaki Ini Kongsi 15 Tip Berguna!

15 tips bagi mereka yang pertama kali melawat Jepun:

1) Visa- tak perlu. Anda boleh stay di sana sehingga 90 hari.

2) Duit Yen – tukar siap-siap di Malaysia kerana kadar tukaran lebih baik. Boleh juga tukar duit di sana. Mesin money changer pun ada di sana.

3) Talian internet- bawa pocket wifi untuk memudahkan capaian internet. Boleh book online dan bila sampai sana boleh ambil di airport. Boleh juga bawa siap-siap dari Malaysia.

Orang Jepun Kaya Adat & Budaya. Pertama Kali Bercuti Ke Sana, Lelaki Ini Kongsi 15 Tip Berguna!

4) Pengangkutan – Beli pass keretapi (Japan Rail Pass) atau pass bas. Di sana pengangkutan keretapi efisen dan menepati waktu. Contoh, keretapi mempunyai jadual 07.13 am. Next train 07.27 am. Seterusnya 07.48 am. Bukan 07.00/07.30/08.00 am. Setiap keretapi adalah punctual.

5) Makanan halal- Ada, tapi tidak di semua tempat. Elok bawa sambal ikan dan serunding. Bungkus dalam pek kecil supaya mudah untuk dihabiskan sekali makan dalam perjalanan menaiki keretapi.

Saya suka Brahim (nasi segera bersama lauk) sebab boleh panaskan dalam microwave dan masukkan dalam tupperware untuk dibawa travel.

IKLAN

6) Kalau lapar sangat – masuk 7E. Untuk mereka yang kali pertama masuk 7E Jepun, kita akan rasa macam ‘alangkah kalau kat Malaysiapun macam ni’. Kat kaunter cuba cakap – Sumimasen (Excuse me). Gohan (nasi) – wa- doko desuka? (where is it?).

Sumpah, inilah makanan (nasi melekit Jepun) yang paling kenyang, mudah, murah dan mampu untuk wallet backpackers di samping onigiri.

7) Penginapan – bergantung kepada bajet anda. Saya pernah duduk hotel, rumah Air BNB, tumpang rumah kawan Jepun. Yang penting ada kemudahan memasak dan bilik tidur. Tips- pilih rumah yang paling mudah diakses (baca: dekat) dengan stesen bas atau stesen keretapi.

Orang Jepun Kaya Adat & Budaya. Pertama Kali Bercuti Ke Sana, Lelaki Ini Kongsi 15 Tip Berguna!

8) Berjalan kaki – anda kena bersedia untuk banyak berjalan kaki di Jepun. Lainlah kalau anda sewa kereta dengan pemandu di sana which is very expensive.

Orang Jepun jalan laju. Kalau anda baca guidelines macam ni, ‘The hostel is 5 minutes away on foot from the train station,’ percayalah perjalanan lima minit tu kena darab dengan 3.89 kali ganda dulu sebab tak sama nak catch-up halaju jalan kaki mereka.

9) Tempat menarik kat Jepun? – Saya dah sampai Kyoto, Kobe, Osaka, Tokyo, Gotemba, gunung Fuji. Keindahan semulajadi serta kecanggihan sisi moden Jepun di sebalik bangunan lama yang dipelihara sangat sesuai untuk dilawati.

IKLAN

70 peratus muka bumi Jepun adakah hutan dan gunung. Banyak tempat menarik boleh dilawati dan kebanyakannya tiada bayaran dikenakan. Jepun mempunyai banyak tempat menarik yang diwartakan sebagai warisan UNESCO.

10) Bahasa Jepun – elok juga tahu sepatah dua sebagai menunjukkan budi bahasa kita. Contoh: Selamat pagi -Ohayo Gozaimas, Hello – Kon ni chi wa, Terima kasih – Arigato Gozaimas, Excuse Me – Sumimasen.

Rakyat Jepun sangat helpful walaupun mereka sendiri tak faham apa yang kita tanya. Kelebihan berbahasa asing adalah lebih baik.

11) Vending machine- teramat banyak di sana. Boleh beli apa saja. They are everywhere. Terdapat 5.5 juta vending machine di negara ini.

Daripada bento kepada sosej. Payung kepada surat khabar. Air tu of course la kan. Coklat. Telur ayam. Sup ikan. Burger. Ramen. Buah oren dan pisang. Malah ada juga mesin yang berfungsi untuk mengambil selfie. Japanese are all about conveniences.

Orang Jepun Kaya Adat & Budaya. Pertama Kali Bercuti Ke Sana, Lelaki Ini Kongsi 15 Tip Berguna!

12) Tandas –Bersih dan canggih. Sampaikan button mana nak tekan pun tak pasti selepas menunaikan hajat. Rakyat Jepun obses akan kebersihan dan keselesaan.

IKLAN

Selalunya di tepi bidet atau dinding sebelah kanan anda akan ada pilihan water pressure, suhu air, cara pancuran pembersihan (sori tak bermaksud nak campur urusan peribadi anda), tetapi itulah hakikat kemodenan mangkuk tandas di Jepun. When in Japan, do as the Japanese do.

13) Surau – Islam itu mudah dan memudahkan. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau. Di bandar-bandar besar juga ada masjid dan surau walaupun kena berusaha mencari. Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang untuk solat.

Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berkecah dan basah, kita perlu menghormati adab di tempat orang. Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib bahkan kalau ada tisu atau kain lap disediakan, lap sikit lantai lepas selesai berwuduk.

14) Makan ramen – makan dengan hirupan bunyi kuat dianggap penghargaan kesedapan kepada tukang masak. Kalau kat Malaysia rasa nak tampar muka orang yang makan berbunyi begitu.

Di kedai makan pula, pelanggan akan makan dengan cepat apabila ada lagi customer yang beratur menunggu di luar sebagai tanda kita menghormati masa orang lain. Only in Japan.

15) Duit syiling Jepun – ada banyak dominasi – 1, 5, 10, 50, 100 dan 500 Yen (design memang cantik) – kecuali jika anda ingin menyimpannya sebagai cenderamata, bolehlah berusaha habiskan sebab balik Malaysia nanti dah tak boleh tukar kat money changer.

Orang Jepun Kaya Adat & Budaya. Pertama Kali Bercuti Ke Sana, Lelaki Ini Kongsi 15 Tip Berguna!

Selamat melawat Jepun!

Kredit: Yamin Ismail

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI