Ramai yang suka ke Medan, lokasi yang selalu menjadi buah mulut orang Malaysia untuk dijadikan lokasi travel di Utara Sumatera, Indonesia.
Patutlah Ramai Suka Bercuti di Medan
Dengan daya tarikan semula jadi yang menakjubkan, budaya yang kaya dan pelbagai hidangan kulinari yang lazat, Medan bukan sahaja menawarkan percutian yang menyenangkan, tetapi juga kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi setiap tetamunya.
Dengan bajet jimat, tiket penerbangan pergi balik tak sampai RM300 kalau beli awal. Lagi satu, Medan pun banyak tempat-tempat menarik yang anda boleh pergi.
Itinerari Ringkas 4 Hari 3 Malam di Medan, Indonesia
Buat anda yang pertama kali masuk ke sini, boleh rujuk itinerari ini untuk mudahkan anda menyinggah nanti.
Hari pertama
Bertolak pergi Lake Toba berhenti untuk lunch.
Singgah ke kedai kacang tumbuk untuk membeli buah tangan khas dr Bandar Siantar (teng teng ting ting).
Check in hotel, bermain di kawasan hotel swiming pool. Bersantai di tepi tasik.
Ready untuk dinner
Hari Kedua
Breakfast.
Pergi ke Pulau Tomok menaiki ferry.
Melihat peninggalan sejarah Rumah Raja Batak.
Ads
Melihat Lagenda Patung Si Gale Gale dan Makam Batu Raja Pertama.
Shopping.
Lunch
Perjalanan diteruskan ke Simarjarunjung.
Melihat air terjun yang popular iaitu Air Terjun Sipiso Piso.
Pergi ke kebun buah limau(bole petik buah sendiri di pokoknya).
Terus ke Brastagi.
Singgah ke Laman Lumbini.
Check in hotel.
Ready untuk dinner
Ads
Terus ke Puncak Brastagi. Kawasan ni sangat sejuk sambil makan jagung bakar dan melihat pemandangan sekitar.
Hari Ketiga
Breakfast
Pergi ke kawasan gunung Sibayak.
Singgah ke Pasar Buah di Brastagi.
Pergi kebun Strawberry dan boleh petik buah sendiri.
Singgah ke Kebun Bunga dan perjalanan diteruskan ke Bandar Medan.
Melawat Perumahan Mercy, Rumah Belanda dan kincir angin
Pergi ke Pasar Tradisional, Pasar Simpang Limun dan Kawasan Teladan Square.
Pergi ke Kilang Perfume.
Selesai perjalanan dan terus dihantar ke Airport.
Perjalanan selesai.
Keindahan kota Medan yang mempunyai pelbagai tarikan ini sememangnya berbaloi untuk dikunjungi. Bajet yang diperlukan untuk berkunjung ke sini juga tidak terlalu mahal dan sesuai untuk mereka yang mahukan percutian bajet dengan pengalaman yang luar biasa. Jadi, buat anda yang mahu bercuti ke Medan, boleh senaraikan beberapa nama tempat ini untuk memudahkan bila tiba di sana.
Selamat bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perkongsian bajet perjalanan daripada wanita ini yang sudah berusia 50 tahun tetapi mampu kembara secara solo ke negara-negara Balkan selama 20 hari memang hebat.
Orang kata jauh perjalanan, luas pengetahuan. Tidak kira berapa umur anda, merantaulah untuk melihat tempat orang. Ramai juga yang memilih untuk melancong secara solo kerana cara itu memberi lebih kepuasan kepada diri sendiri. Untuk melakukan kembara solo lebih-lebih lagi anda seorang wanita bukan sesuatu yang mudah tetapi tidak mustahil.
Info
Balkan, adalah sebuah nama banjaran pergunungan yang merentangi timur Serbia hingga ke tengah Bulgaria yang mana kawasan ini turut digelar sebagai Eropah Tenggara. Semenanjung Balkan dikelilingi oleh Laut Adriatik di bahagian baratnya, manakala Laut Mediterranean ( termasuk lautan Aegean & Marmara ) mengelilingi bahagian selatanya dan diakhiri dengan Laut Hitam yang mengelilingi semenanjung in di sebelah timurnya. Antara negara-negara yang termasuk dalam semenanjung Balkan ini adalah:
Kalau orang bertanya negara mana di Balkan yang paling menarik, semua orang yang sudah berpengalaman ke Balkan akan memberi jawapan ‘semuanya cantik, masing-masing ada keunikan tersendiri yang sukar dibandingkan.’ Keindahan alam semula jadi, tembok dan istana lama, menggambarkan kegemilangan Kerajaan Uthmaniah dan Byzantine, patung pemimpin menjadi simbol kemegahan seperti Alexander The Great antara tempat tumpuan pelancong.
Alam semula jadi seperti gunung-ganang berkabus masih ada yang diliputi salji, cerun dalam, landasan kereta api, jambatan, terowong meredah ke dalam gunung dan bukit membuktikan besarnya tenaga manusia untuk membinanya. Air sungai jernih berwarna hijau, rumah di lereng bukit dengan kawasan bercucuk tanam di sekitarnya membuatkan sesiapa sahaja akan berasa kagum dengan keagungan ciptaan Tuhan.
Alhamdulillah…mission accomplished. Syukur ke hadrat Allah yg memberi peluang untuk mengembara solo ke Balkan di usia 50 dan dikurniakan kesihatan yg sangat baik sepanjang 3 minggu berada disana. Bila balik ke Malaysia barulah rasa letih yg teramat sangat sbb terlalu banyak sgt berjalan dan mendaki utk sampai ke old town & fortress. Sebenarnya smpi saat ini rasa mcm x percaya dah sampai ke sana…rasa mcm dlm mimpi ?
Pemandangan sepanjang di sana sangat2 lah memukau terutama di sepanjang Laut Adriatik…Subhanallah. Balkan negara yg selamat kalau nak travel solo esp perempuan tapi sebelum travel buat solat musafir dulu mintak Allah lindungkan kita, Insyaallah.
Kembara Solo Balkan 5.0 :
18 May 2019 – 5 June 2019
Countries:
Bosnia – Croatia – Montenegro – Albania – Kosovo – Macedonia – Bulgaria – Turkey
Transportation:
1. Sarajevo to Mostar by train – 11.90 BAM
2. Mostar to Dubrovnik by bus – 18€
3. Dubrovnik to Kotor by bus – 145.30 Kuna
4. Kotor to Shkoder by bus – 17€
5. Shkoder – Lake Koman – Valbona Valley by Furgon & Ferry – 2200 Lek
6. Valbona to Bajram Curri to Gjakova to Prizren by Furgon & Bus – 300 Lek + 4€ + 2.50€
7. Prizren to Skopje by bus – 9€
8. Skopje to Sofia by bus – 980 MKD
9. Sofia to Istanbul by bus – 50 Lev
Berkhemah bersama keluarga bukan antara senarai idea percutian yang akan dipaparkan saat mencari lokasi percutian bersama keluarga sebelum ini. Hikmah tidak dapat bercuti ke luar negara, rakyat Malaysia kini cuba pelbagaikan konsep bercuti antaranya dengan melakukan aktiviti perkhemahan.
Percayalah aktiviti ‘camping’ bersama keluarga dan rakan-rakan di lokasi perkhemahan di negara ini sesuatu yang cukup menarik. Selain dapat menikmati keindahan alam semula jadi, aktiviti percutian seperti ini membantu mendidik anak-anak belajar berdikari, menghargai alam dan keluar dari zon percutian selesa biasa.
Bagi yang sedang mencari lokasi perkhemahan seisi keluarga, lokasi perkhemahan keluarga di Malaysia yang dikongsikan saudari Mashithah Hasim via Family Camping Malaysia mungkin boleh dipertimbangkan.
‘7th Camping Trip’ di ABCampsite atau Air Beruk Campsite, Gerik, Perak (3 Hari 2 Malam)
Kali ini kita try booking campsite berpondok gini. Asalnya tengok gambar orang sebelum-sebelum ini setup atas pondok so dalam hati ok laa sikit camni musim-musim hujan ni tak susah hati nak tirih ke apa. Alih-alih pasang Base M, tak muat.Hahaha. Dua kali pindah wakaf sebab katanya yang tengah tu alang dia tinggi sikit. Pun sama. Dah laa hazabnyaaaa nak pasang dengan tiang tu panjang..Jap kena sua sana kejap sua sini sorang atas sorang bawah. Setelah menemui kegagalan dua kali, kitorang memandai jer ler setup bawah tetengah antara 2 pondok. Tolak meja batu semua make space sendiri. Alhamdulillah berjaya setup walaupun dah gelap sebab sampai pun dah dekat Maghrib. Hakak memang dah bunyi dah kalau kali ni tak muat gak, nak balik. Hahahaha
Overall best dengar bunyi sungai, cengkerik bagai. Memang takde bunyi karok bagai ler. Haha.
Cons: B
anyak gila nyamuk. And kebersihan kureng sebab org piknik ramai tinggal gitu jer bekas-bekas polestrine tu bersepah. Masa sampai ada najis musang kot atas pondok tu kitorang kena bersihkan sendiri. And kawasan macam tak terjaga sangat hari Jumaat tu. Kitorang dah duduk setup baru ada kakak tu datang kutip sampai and bersihkan kawasan sikit.
Pro:
Alhamdulillah settle trip ke-7. Pengalaman yang tak dapat dilupakan tetiap kali camping. Bonding anak-anak semakin kuat sesama sendiri dan sesama mak pak. Cabaran membesarkan anak yang kian remaja, kena cari jalan keluar dari dunia gadget at least dapat laa 3 hari 2 malam setiap 2 minggu. Semoga kita semua kekal selamat untuk teruskan aktiviti camping bersama keluarga.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sepang bukan sahaja menjadi laluan keluar dan masuk utama negara dengan adanya dua buah lapangan terbang antarabangsa, KLIA dan KLIA2, dearah ini juga terkenal dengan pelbagai destinasi bertaraf antarabangsa yang lain. Antaranya Litar Antarabangsa Sepang dan pusat membeli-belah premium pertama di Selangor, Mitsui Otlet.
Jika anda tiada sebarang perancangan untuk ke mana hujung minggu ini, apa kata anda cuti-cuti Malaysia selama sehari di Sepang, Selangor. Ini antara cadangan itinerari yang boleh anda lakukan:
8.00 a.m. : Berjoging di Taman Tasik Cyberjaya
9.00 a.m. : Singgah di Restoran Adik Abang untuk sarapan pagi
10.00 a.m. : Bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang
12.00 p.m. : Makan tengah hari di Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh
1.00 p.m. : Ikuti Mangrove Tour
2.30 p.m. : Luangkan masa di Ladang HL Sepang
3.30 p.m. : Berbelanja di Mitsui Outlet Park
5.00 p.m. : Minum petang di Book Barter Cafe
6:00 p.m. : Bersiar-siar di sekitar Tamarind Square Cyberjaya
7.00 p.m. : Makan malam di HM Sri Bagan Sepang
Berjoging di Taman Tasik Cyberjaya
Mulakan hari dengan berpakaian sukan kegemaran anda dan singgahlah ke Taman Tasik Cyberjaya yang terkenal ini. Di sini, terdapat beberapa trek larian terbaik yang boleh anda cuba dengan rakan-rakan anda! Juga tidak ketinggalan, persekitaran yang menenangkan serta udara yang segar di taman hijau ini sudah pasti akan memberikan anda satu perasaan yang nyaman untuk bersenam.
Singgah di Restoran Adik Abang untuk Sarapan Pagi
Tambahkan tenaga anda dengan bersarapan di lokasi kegemaran ramai iaitu Restoran Adik Abang! Di sini, anda akan disajikan dengan pelbagai makanan Malaysia yang lazat di mana anda boleh memesan dari menu mereka. Adalah sangat digalakkan untuk anda mencuba Lontong, Nasi lemak dan Roti Canai di kedai ini. Sekiranya anda merupakan seorang penggemar ketiga-tiga makanan tersebut, ini semestinya tempat yang tepat untuk anda!
Bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang
Teruskan hari anda dengan melawati Litar Antarabangsa Sepang yang terkenal. Di sini, anda akan dibawa ke seluruh kawasan litar ini di mana anda boleh mengisi pengetahuan anda mengenai industri sukan permotoran! Lawatan ini merangkumi lawatan ke Grandstand, Race Control Room, Perdana Suite perdana dan banyak lagi! Jangan lupa untuk mengunjungi Muzium Automobil yang terkenal semasa anda berada di sana.
Makan tengah hari di Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh
Jangan lupa untuk datang ke restoran Nasi Padang yang terkenal di Kampung Salak Tinggi pada waktu tengah hari! Sekiranya anda sedang mencari masakan selera kampung dan tradisional yang sedap tak terhingga, anda boleh datang ke sini untuk mencuba menu ikan bakar dan ikan keli mereka. Selain daripada kedua-dua menu tersebut, hidangan lain yang turut disajikan di sini juga patut anda cuba!
Ikuti Mangrove Tour
Dikenali sebagai Taman Tema Aqua yang pertama dan terbesar di Malaysia, Aqua X menawarkan anda dengan pelbagai jenis aktiviti menyeronokkan yang boleh anda lakukan! Antaranya ialah Pakej Mangrove Tour yang akan membawa anda berlayar ke kawasan hutan yang penuh dengan pemandangan indah dan bunyi burung eksotik di sekitarnya. Anda juga boleh mencuba senarai aktiviti menarik yang mereka tawarkan!
Melangkah ke Ladang Buah Naga
Semasa berjalan-jalan di Daerah Sepang, pastikan anda berkunjung ke Ladang Buah Naga yang menakjubkan ini. Terletak di Bagan Lalang, ladang ini dikenali dengan buah naga yang ditanam dan terdapat juga sebuah kafe yang boleh anda lawati untuk mencuba menu istimewa mereka iaitu Roti King Kong dan kentang tumbuk yang disajikan dengan kuah buah naga dan juga jus buah naga yang diperah segar!
Berbelanja di Mitsui Outlet
Luangkan hari anda di Mitsui Outlet Park yang terkemuka ini untuk mendapatkan satu pengalaman membeli-belah yang terbaik di Sepang! Di sini terdapat pelbagai barangan berjenama dan mewah yang dipasarkan dengan harga yang menarik dan lebih murah berbanding Pusat Membeli-belah yang lain. Anda pasti tidak ingin ketinggalan mendapatkan tawaran yang diberikan oleh setiap kedai di Pusat Membeli-belah premium ini!
Waktu minum di Book Barter Café
Berehatlah seketika dan bersantai di kafe yang menarik di Tamarind Square ini sambil menikmati waktu minum petang anda! Ruang dalaman kafe ini menggayakan konsep kedai buku di mana ia telah menjadi salah satu tempat yang digemari ramai, terutamanya para pelajar bagi menyiapkan tugasan kuliah mereka. Bukan sahaja persekitaran kafe ini menenangkan, pencuci mulut dan kopi di sini juga semestinya akan menggiurkan anda juga! Jangan lupa untuk turut mencuba Japanese Cottony Cheesecake dan kopi flat-white mereka semasa anda berada di sana.
Bersiar-siar di sekitar Tamarind Square Cyberjaya
Setelah meluangkan masa anda di kafe, pastikan anda terokai Tamarind Square ini! Selain terkenal dengan tempatnya yang amat Instagram-worthy, anda juga boleh menyertai beberapa aktiviti mingguan di sini. Antaranya ialah aktiviti Zumba Fitness, Pound Fitness, Yoga dan aktiviti Piloxing! Juga, terdapat pasar malam yang berkonsepkan urban yang diadakan pada hari Rabu ke-2 dan ke-4 yang boleh anda lawati pada setiap bulan. Turut terdapat sebuah majlis hiburan yang dipanggil Lepaq yang akan diadakan pada hari Sabtu terakhir pada setiap bulan di sini.
Makan malam di HM Sri Bagan Sepang
Satu penutup yang terbaik untuk hari anda adalah dengan makan malam sambil menikmati bayu laut yang sangat menenangkan! Bunyi ombak dan udara yang sejuk pasti akan mengubahkan mood anda agar lebih tenang. Disini, anda boleh memilih hidangan dari menu ala-carte atau pakej mereka yang penuh dengan pilihan! Semua menu di sini wajib anda cuba terutamanya Ikan Talapia Bakar, Ikan Siakap Steam dan Sambal Udang Petai mereka yang amat disyorkan!
Kemenangan pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli dalam saingan Moto3 di Automotodrom Brno, Czech Republic baru-baru ini pastinya membuatkan peminat permotoran Malaysia lebih teruja...