Pencuri Di Hawaii Curi Buah Durian 18 Biji Diburu Polis

Share

Jarang 'mat salleh' suka makan buah durian kan? Kata mereka raja buah ini paling busuk dan meloyakan di dunia.

Di pantai popular US, Polis Hawaii sedang memburu pencuri yang melarikan pelbagai jenis buah-buahan bernilai kira-kira AS$1,000 (lebih RM4,000). Antara buah-buahan yang turut dilarikan adalah buah durian.


Dua lelaki dikatakan telah memasuki sebuah premis di Hilo, Hawaii dan membawa keluar 18 biji buah durian dan beberapa jenis buah-buahan lain pada awal Februari lalu.

Pihak berkuasa mengeluarkan imej dari kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman dua suspek itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil ke hadapan.


Sehingga kini belum ada sebarang maklumat diterima pihak berkuasa. Ramai yang pelik bagaimana pencuri terbabit sanggup untuk mencuri buah-buahan dengan kuantiti yang banyak lagi-lagi membawa keluar buah durian yang 'busuk'.


Jika di negara Asia, buah durian antara paling yang digemari dan mendapat pemintaan yang tinggi setiap tahun ketika musimnya. Boleh jadi 'pencuri mat salleh' tersebut sudah jatuh cinta dengan keenakan rasa isi buah durian sehingga sanggup mencuri berbelas biji.

Sumber: Hawainewsnow | Astroawani

IKLAN