Kalau nak merasa bawa anak pergi Penang dengan kenderaan awam, anda boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Haizum Shairah. Sempoi, backpack dengan anak kecil yang berusia 5 tahun.
Tak perlu nak pening kalau anak buat perangai pun, apa yang penting mak ayah pandai handle dan biarlah anak rasai pengalaman dan cipta memori berjalan-jalan dengan menaiki kenderaan awam. Jom kita baca, kejap!
Pergi Penang Naik Kendereraan Awam, Perjalanan Yang Panjang Tapi Anak Seronok!
Ramai yang tanya ok ke bawak budak backpack? Nervous sebenarnya backpack dengan anak. Tak sama dengan zaman bujang muda mudi tapi orang putih kata Keep Calm, Travel On And create memories.
Ini pengalaman sepanjang perjalanan ke Penang.
Pengangkutan-RM168/pax (2 way)
KL Central – Butterworth (4jam)
Sebelum beli tiket ETS study dulu (untuk 1st timer) ETS Ade 3 Class : Business, Platinum & Gold. Pilih tempat duduk pun kena tengok yang forward ke backward, nanti ada yang pening duduk melawan arus.
Business Class : RM154 (1 way) – ada makanan & entertaiment (iPad kalau nak layan movie) ala2 naik flight lah senang cerita.
Platinum: RM 84 (1 way) – berhenti dekat stesen-stesen besar macam Ipoh , Taiping. Tak banyak stop. 8 stesen sahaja. Kami naik Platinum.
Gold: Beza Gold dan Platinum, Gold lagi banyak stesen keretapi berhenti dalam 14-15 stesen.
Jangan Risau Pasal Nak Solat!
Cafe, surau dan toilet ada dalam ETS . Makanan boleh beli kat Cafe Coach C. Surau pun dekat Coach C. Toilet ade dekat Coach C & B (ni je la yang kami guna) rasanya ada lagi toilet untuk Coach hujung-hujung. Semua kemudahan elok dan selesa.
Pilihan Ke Pulau
Ads
Feri : Butterworth – Swettenham Pier Jeti
Turun ETS akan lalu Penang Central . Di Penang Central ade terminal bas & feri kalau nak ke Pulau.
Kami pilih naik feri. Terminal under construction lagi. Feri hanya bawa penumpang. Speedboat besar ( ala.. feri Langkawi dulu-dulu).
Dalam 10-15 minit je sampai la pulau.
Feri ada setiap satu jam boleh Google jadual Feri.
Bas: Swettenham Pier Jeti – Hotel Penaga
Naik bas Rapid Penang yang ade tulis CAT or free shuttle.
Bas ini memang pusing bandar Georgetown, jadi naik dulu buat satu round. Tengok lokasi mana yang bas lalu. Nanti senang nak plan perjalanan.
Operation hour 6:55AM – 11:00 PM
Hotel – RM460 (3D2N) Hotel Penaga
Tempahan melalui bookingdotcom
Lokasi – awesome walking distance dengan semua tempat HOT Line Clear, Bee Hwa Cafe, Transfer road, Hameediah, Roti bakar Hutton lane.
Owy ya, hotel tak sediakan breakfast tapi ade Cafe bukak pukul 11AM. Kalau anda nak makan tengah hari, boleh makan nasi kandar pokok ketapang depan hotel.
Ini Pula Bilik Yang Ada
Bilik jenis duplex. Sofa, TV dan bilik air kat bawah. Katil sahaja di atas.
Hotel herritage, barang perabot lama tapi ok je semua function elok.
Ads
Semua Bilik air ada jacuzzi yang penting. Penat jalan mmg boleh santai rehat kat dalam jacuzzi. Swimming pool ade tapi masa tu under construction.
Itenary
Hari Pertama
8 – 12 tengah hari : naik ETS ke Butterworth.
1:30 -1:45 Ptg : naik feri dari Butterworth ke Georgetown.
2:15 petang : naik Bas Rapid ke Hotel Penaga.
3 petang : check in.
4:30 petang: makan nasi kandar Pokok ketapang depan hotel.
5 -7 petang: naik bas Rapid ke padang kota lama.
Jalan-jalan dekat Fort Cornwallis dan bungkus pasembur.
Aktiviti malam: mandi jacuzzi dan tidur.
Hari Kedua
7:30 pagi : Bungkus breakfast roti canai jalan Argyll makan dekat hotel. Jalan dalam 4 min dari hotel. Menu lebih kurang Transfer road.. beratur panjang di situ.
11 pagi : jalan kaki ke The Top dalam 15 min.
Ada 2 pakej combo A & Combo B. Kami Ambil A . Top 3 attraction. Rainbow Skywalk, Top boutique Aquarium & Jurassic Research Centre.
4 petang : jalan-jalan area Komtar. Sebelah The TOP je. Lepas tu balik hotel.
7:30 petang: Lepas solat terus keluar pergi Hameediah. Beratur panjang, sejam beratur nak makan nasi kandaq. Puas hati dapat rasa kari Arnab.
Ads
Hari Ketiga
7 pagi : bungkus breakfast dekat Bee Hwa Cafe. Char kue teow Paduu. Order roti bakar, telur & nasi goreng. Kedai dekat lorong belakang hotel je.
12 tengah hari: check out. Tumpang letak beg dekat hotel sebab nk jalan-jalan dulu.
Jalan dekat chowrasta market, lebuh chulia dan mengikut kaki melangkah.
4 petang : naik bas Rapid ke Jeti. Tak sempat kejar feri 4:30 sebab jalan Jem.
5:30 petang: naik feri . Sampai terus jalan ke Penang Central. Boleh bungkus makanan untuk makan dalam ETS.
6 petang: Jalan ke stesen keretapi Butterworth.
6:45 petang: keretapi ETS bergerak menuju ke KL.
11 malam : tiba di KL Sentral. Terus order grab.
11:30 malam : Home sweet Home.
Tip Backpack dengan anak berusia 5 tahun
Pastikan perut kenyang, hati girang, then teruskan perjalanan.
Plan dahulu perjalanan untuk ke tempat makan viral sebabnya beratur panjang.
Kemudian go with the flow. Dengan anak-anak, do not put high expectations. Let them explore And create memories.
Plan something untuk mengisi masa sementara menunggu nk beratur masuk/makan tempat viral. Anak-anak akan cepat boring bila menunggu. Atau Order Online And pickup. Itu lagi jimat masa dan mengelakkan “pertunjukan emosi” dari anak-anak.
Okay, kalau anda rasa nak bagi anak merasa naik train dan menikmati perjalanan sepanjang pergi Penang, boleh lah cuba ikuti pengalaman wanita ini bersama keluarganya. Yang penting semua gembira dan kenyang dapat makan-makan di tempat orang.
Selain Eropah, Amerika Latin juga merupakan rumah kepada destinasi pelancongan yang paling memukau di dunia. Selain menjanjikan pengembaraan yang pasti membawa anda ke suatu pengalaman yang belum pernah dikecapi. Keindahan alam semula jadi pasti menjadikan perjalanan anda ke sini sesuatu yang amat berbaloi untuk dilakukan sekali seumur hidup.
TORRES DEL PAINE, CHILE
Torres del Paine National Park adalah sebuah taman negara yang meliputi gunung, glasier, tasik, dan sungai-sungai di selatan Chile Patagonia. Ia adalah salah satu taman terbesar dan paling banyak dikunjungi di Chile. Purata lawatan sekitar 150,000 pengunjung setahun, di mana 60% adalah pelancong asing yang datang dari seluruh dunia. Destinasi mendaki terkenal ini merangkumi 11 kawasan perlindungan yang meliputi beberapa tasik yang terkenal seperti Grey, Pehoé, Nordenskiöld, dan Sarmiento.
EASTER ISLAND, CHILE
Easter Island adalah salah satu daripada pulau-pulau yang paling terpencil di dunia. Hingga hari ini, masih tidak diketahui sebab-sebab mengapa mereka mula mengukir patung-patung gergasi yang diperbuat menggunakan batu gunung berapi ini. Monumen yang dikenali sebagai “moai” adalah peninggalan kuno yang paling luar biasa pernah ditemui. Penduduk Penduduk di sini menggelar diri mereka Rapa Nui. Dari mana mereka datang dan mengapa mereka hilang merupakan antara persoalan yang menarik untuk dijejaki ketika bertandang ke sini.
MACHU PICCHU, PERU
Machu Picchu berdiri 2430 meter di atas paras laut di tengah-tengah hutan gunung tropika dalam suasana indah yang sungguh luar biasa. Ia mungkin penciptaan bandar purba yang paling menakjubkan pada zaman empayar Inca di zaman kemuncaknya. Kebanyakan ahli arkeologi percaya bahawa Machu Picchu dibina sebagai sebuah ladang untuk Maharaja Inca Pachacuti (1438-1472). Dinding gergasi, teres dan tanjakan yang menjadi landskap alam di sini kelihatan seolaholah mereka telah dipotong secara semula jadi. Machu Picchu telah diisytiharkan sebagai Peruvian Historical Sanctuary pada tahun 1981 dan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1983.
LAKE ATITLAN, GUATEMALA
Lake Atitlán sebuah destinasi yang menggabungkan pemandangan yang indah, suasana santai dalam keunikan budaya Mayan. Ia mudah diakses dengan infrastruktur pelancongan yang baik. Atitlan Lake terletak pada ketinggian 1,560 meter. Bahagian puncak Gunung Berapi Tolimán merupakan gunung berapi yang paling tinggi iaitu setinggi 3,158 meter. Terdapat beberapa pilihan inapan yang ada di sini seperti Casa Del Mundo, Lake Villa Guatemala, Lomas de Tzununá dan La Riviera de Atitlan. Santa Catarina Palopo adalah sebuah perkampungan Mayan yang wajib dikunjungi kerana masih mengekalkan ciri-ciri kebudayaan tradisional Kaqchikel yang unik.
Perito Moreno Glacier terletak di Los Glaciares National Park yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1981 oleh UNESCO. Ia terletak di bahagian barat daya wilayah Santa Cruz. Glasier ini merupakan pembentukan ais yang berukuran 250 kilometer persegi (97 batu persegi) sejauh 30 kilometer panjang. Dek kerana keindahannya, Perito Moreno Glacier adalah salah satu magnet pelancongan terbesar kepada rantau Patagoni. Perjalanan menuju ke glasier adalah sekitar dua jam dari El Calafate menggunakan bas. Aktiviti trekking pada musim sejuk adalah salah satu pengalaman paling menyeronokkan yang tidak mengeluarkan peluh dan sering dilakukan oleh para pelancong yang bertandang ke sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Rajin memasak macam mana pun, sesekali kena ambil masa berbuka puasa di luar untuk tukar suasana. Nak-nak kalau semua keluarga ada, lagi meriah untuk dibuat kenangan.
Ya, masa ini lah kita boleh merasa aneka makanan tradisional yang selalunya memang tak akan dapat di restoran ataupun pasar malam. Tambah bertuah jika lokasi berbuka itu berlatarkan pemandangan indah pada waktu senja.
Berbuka Puasa Di Bukit Merah Laketown Resort
Ada yang teringin ke nak rasa pengalaman berbuka puasa sambil menikmati panorama tasik? Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) menyediakan pakej berbuka puasa bertemakan ‘Nostalgia Rasa D’Tasik’ bermula 14 Mac hingga 8 April 2024.
Ada 100 jenis pilihan hidangan termasuk pembuka selera, hidangan utama dan sepuluh warung makanan sampingan, beserta aneka pencuci mulut yang sedap-sedap belaka.
Tak ketinggalan, juga antara menu yang ditunggu-tunggu setiap tahun tentunya kambing bakar yang diperap dengan lebih 18 jenis herba dan rempah ratus. Dibakar dengan api yang perlahan untuk hasil yang lembut dan berjus. Memang sedap!
Tiga Set Menu Bersilih Ganti
Menurut Chef Mohd Huzaimi, sebanyak tiga set menu yang bakal bersilih ganti mengikut hari pada tahun ini. Cuba bayangkan bagaimana sedapnya makanan di BMLR apabila dimasak oleh 20 orang chef berpengalaman.
Antara hidangan utama yang disajikan termasuk ayam karapoley, ayam masak merah, ayam masak bawang, daging pesamah, daging kurma, daging masak hitam manis, sotong kari masala, sotong kam heong, sotong goreng kunyit dan banyak lagi. Nak cuba makan bersama nasi mandy boleh, nasi minyak dan nasi beriani pun boleh! Istimewanya, ke semua nasi ini dimasak mengikut cara ‘orang dulu-dulu’ dengan menggunakan periuk nasi Apollo.
Menu di sepuluh warung yang ada di situ pun tak kurang hebatnya. Antaranya bubur lambuk, sup kaki ayam, sup perut, mi kari, bihun sup, laksa dan banyak lagi. Untuk anak-anak yang gemar menu western bolehlah cuba spaghetti Bolognese, fettucini carbonara dan angel hair pasta aglio olio.
Menu Istimewa tahun ini ialah hidangan pulut kukus dan ubi rebus yang dimakan bersama kelapa parut. Memang menggamit memori betul bila berbuka di BMLR ni.
Sambil-sambil berbuka tu, boleh lah berhibur bersama penyanyi jemputan. Kemudahan surau pun ada disediakan. Tinggal bawak telekung sahaja. Dari segi harga, BMLR antara yang termurah sebenarnya. Serendah RM60 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
Dapat pula dua tiket percuma ke Taman Tema Air apabila membeli lebih dari 10 orang dewasa. Bagi yang merancang untuk datang dengan bilangan keluarga yang ramai, untunglah! Jangan risau, tiketnya boleh digunakan dalam masa enam bulan selepas hari raya.
Sudah terlanjur ada di sana, jangan lupa rasa pengalaman menikmati keindahan tasik buatan yang tertua di Malaysia dengan melayari Ramadan Cruise selama 15 minit. Harga tiket cuma RM10 je seorang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Maeklong Railway Market merupakan pasar dan stesen kereta api kecil yang terkenal di Thailand. Ia menarik kunjungan pelancong apabila pasar basah, antara yang terbesar di Thailand terletak di kawasan landasan kereta api yang sibuk.
Maeklong Railway Market sudah beroperasi sekitar 1905. Ia terletak kira-kira 75 km dari bandar raya Bangkok mengambil masa hampir dua jam untuk tiba sekiranya menggunakan jalan darat.
Maeklong Railway Market wujud sebelum landasan kereta api di bina. Orang kampung di kawasan itu tidak mahu berpindah dan ingin meneruskan aktiviti jualan mereka walaupun landasan kereta api dibina di pertengahan pasar.
Terletak di daerah Samut Songkhram, Maeklong Railway Market juga mendapat gelaran sebagai pasar yang paling bahaya di dunia kerana pasar dan gerai jualan berada di atas landasan kereta api yang masih digunakan setiap hari. Pasar ini sepanjang 1,000 meter beroperasi di atas landasan keretapi yang menghubungkan Wongwian Yai di Bangkok ke Samut Songkram dan beroperasi mulai 6 pagi hingga 6 petang.
Bayangkan anda sedang melakukan urusan jual beli di pasar tersebut, kemudiannya dari jauh kereta api muncul memberi isyarat bunyi yang mengejutkan. Peniaga bersiap sedia menyimpan barangan dan gerai-gerai jualan. Pembeli atau pengunjung akan cuba menyelamatkan diri ke tempat selamat untuk memberi peluang kereta api lalu dengan lancar.
Dalam beberapa minit, pasar yang tadi sibuk dengan peniaga dan pembeli bertukar menjadi laluan kereta api. Kereta api melaluinya perlahan-lahan. Pelancong mengambil kesempatan ini untuk merakam gambar dengan kamera, video dan telefon masing-masing.
Dan seterusnya peniaga akan teruskan aktiviti mereka seperti biasa selepas kereta api berlalu. Itu la rutin harian biasa dan unik di Maeklong Railway Market.Pelancong luar pasti kagum bagaimana peniaga pasar dan jalan kereta api boleh bergabung, tetapi berlangsung begitu lancar sekali dan urusan perniagaan tidak tergendala.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...