Tahun 2020 genap ulang tahun ke-50 pengisytiharan Rukun Negara oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IV Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.
Walaupun sudah 50 tahun, usaha bagi memastikan penghayatan rakyat terhadap Rukun Negara sentiasa berada pada tahap yang tinggi terus dilakukan. Sambutan Jubli Emas Rukun Negara akan berlangsung selama tiga bulan, sebagai usaha kerajaan meningkatkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia ketika menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara. Dalam keadaan ekonomi dunia yang mencabar, ditambah lagi dengan pandemik COVID-19, perpaduan dan bersatu padu memainkan peranan penting dalam menangani cabaran tersebut, kerana Malaysia juga tidak terkecuali daripada terkesan, akibat penularan tersebut. Telah terbukti rakyat Malaysia dari segenap golongan masyarakat telah bersatu padu dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan meratakan lengkungan jangkitan virus itu.
Ads
Sempena ulang tahun Rukun Negara yang ke-50, kami membawakan semula tiga peristiwa penting yang membawa kepada kelahiran Rukun Negara:
Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei berlaku beberapa hari selepas pilihan raya ketiga yang menyaksikan Parti Perikatan gagal mempertahankan majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat. Pertelingkahan antara kaum dipercayai tercetus akibat penghinaan antara itu mengorbakan lebih 196 nyawa sementara 149 lagi cedera.
Ads
Penubuhan MAGERAN
Peristiwa 13 Mei menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat selama 22 bulan. Serentak itu Parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk menjalankan pentadbiran negara. Majlis itu diketuai Tun Abdul Razak selaku pengarah operasi.
Ads
Penubuhan Majlis Perundingan Negara
Majlis Perundingan Negara ditubuhkan melalui MAGERAN yang bertangungjawab dalam merangka merangka perpaduan negara dan salah satu hasilnya adalah lahirnya satu ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru bagi mewujudkan sebuah negara yang stabil.
Temasya sukan terbesar peringkat antarabangsa, sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 di Tokyo akan ditangguhkan selama setahun susulan penularan wabak COVID-19.
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach telah bersetuju dengan cadangan Jepun untuk menangguhkan acara sukan empat tahun sekali itu.
Walau bagaimanapun acara sukan terbesar ini akan diadakan kembali untuk setahun akan datang. Penangguhan ini juga membabitkan Sukan Paralimpik Tokyo.
“Cadangan saya ialah menangguhkannya setahun dan Presiden (IOC) telah memberikan persetujuan. Ini akan memungkinkan para atlet untuk membuat persiapan yang terbaik, dan akan menjadikan acara ini selamat untuk atlet dan penonton,” beritahu Shinzo Abe.
Persetujuan itu hadir selepas Persatuan Olimpik British (BOA) bermesyuarat untuk membincangkan perkara berkenaan.
Untuk info, ini adalah kali pertama Sukan Olimpik ditangguhkan. Sebelum ini, Sukan Olimpik hanya dibatalkan sepenuhnya semasa tempoh peperangan iaitu pada tahun 1916, 1940 dan 1944.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pembukaan semula Taman Tasik Titiwangsa di ibu negara akhir tahun lalu dengan wajah baru sentiasa dinanti-nanti orang ramai untuk beriadah di Taman Tasik Titiwangsa.
Keterujaan setiap pengunjung dapat dirasai dengan melihat kepada kawasan taman berkenaan yang sesak dengan kenderaan, dan boleh dikatakan ratusan manusia dari pelbagai lapisan umur memenuhi hampir setiap inci ruangan taman pada setiap hari terutama pada cuti hujung minggu. Namun kehadiran burung gagak yang banyak di kawasan berkenaan merosakkan persekitaran dan memberi ketidakselesaan kepada pengunjung.
Oleh iu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Taman Tasik Titiwangsa bermula hari ini 10 September dari jam 6.30 pagi hingga 2 petang. DBKL dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu dibuat bagi melaksanakan Operasi Menembak Gagak. Operasi ini dijalankan berikutan aduan orang ramai terhadap kehadiran burung berkenaan yang mencemarkan alam sekitar. Selain bagi mencegah daripada kekotoran najis burung gagak yang menyebabkan kacauganggu di kawasan rekreasi tumpuan awam terbabit.
Sepanjang tempoh operasi itu dijalankan, taman ini akan ditutup kepada orang awam. Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sewaktu berada di kawasan itu semasa operasi dilaksanakan. Penduduk sekitar juga diminta tidak cemas atau terkejut sekiranya terdengar bunyi tembakan seawal jam 6.30 pagi ketika operasi sedang dijalankan.
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Minggu ni, keluar berita pasal seorang wanita diusung keluar oleh 16 anggota bomba selepas beliau menghadapi masalah kesihatan ketika menjalankan aktiviti mendaki di Hutan Simpan Kota Damansara, Petaling Jaya.
Punca utama yang menyebabkan beliau menghadapi masalah kesihatan itu adalah disebabkan oleh kekejangan otot di kedua belah kaki dan memaksa beliau mendapatkan pertolongan. Tapi, dek sebabkan beliau berbadan besar, maka ramai wargamaya berbondong-bondong memenuhi ruang komen memberikan semangat untuk beliau mengamalkan gaya hidup sihat, tak kurang juga yang memberikan kritikan dan sindiran kepada beliau.
Hasil kritikan dan sindiran wargamaya – yang ada diantaranya bersifat keterlaluan itu membuatkan satu kumpulan rekreasi memberikan respon mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menghina dan menyindar wanita berkenaan.
Saya mewakili barisan admin H.A.R.A.M mengutuk sekeras-kerasnya spesis penghina fizikal orang ini. Untuk pengetahuan semua, meh saya bagi point.
1) semasa kejadian tersebut berlaku bukanlah disebabkan oleh penyakit asma. Boleh rujuk gambar di bawah, beliau DAH SAMPAI pun puncak denai 3 puteri tu. So maknanya beliau ada tenaga utk berjalan. Beliau kekejangan kedua belah kaki dan mmg tak mampu nak bangun ketika nak turun.
2) Untuk pengetahuan semua, denai tiga puteri adalah antara bukit paling landai untuk didaki di kawasan selangor/KL. Bukan jenis naik mencanak terus.
3) Anggota bomba mmg kerja diorang menyelamat sebab tu nama diorang JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA. Tapi anggota bomba ni terlatih kot. Diorang bukan takde basic bab medic ni. Anggota bomba akan check dulu mangsa sebelum buat apa2 tindakan. So kalau rasa akak tu menipu, takde maknanya anggota bomba nak angkat. Korang fikir anggota bomba ni bodoh ke apa? Anggota bomba pun tak bising dan mengeluh kena angkat atau selamatkan nyawa orang, korang pula nk bising.. Apahal?
4) pernah dengar ayat
“Allah takkan membebani (uji) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala KEBAJIKAN yang diusahakannya DAN ia juga menanggung DOSA kejahatan yang dilakukannya”
Al-Baqarah ayat : 286
So nampak tak related ayat tu dgn Bomba, mangsa dan kaki hina fizikal orang ni? Ke pura-pura tak nampak?
5) Bab kecemasan ni tak kiralah anda gemok, kurus, tinggi, pendek, melintang patah membujur lalu sekali pun, kalau benda tu nak jadi tetap jadi. Kun Fa Ya Kun.. Lagipun korang rasa akak tu tau teknik nak KREM kan kaki sendiri semata-mata nak suruh bomba angkat? Pehh..
6) Komen “Dah tau badan camtu kenapa hiking”? Kamon bro. Tak pakai akal ke waktu menaip tu. Tak selidik dulu ke. Akak tu bukan first time hiking. Dan bukit tu antara terlandai. Lagipun hiking ni antara best therapy kot. Hirup udara segar dalam hutan. Korang tanya laa mana-mana pendaki, jarang sangat la diorang try hiking satu bukit terus stop. Kebanyakkan akan ckp “Rindu bau hutan” walaupun dia pernah ckp “ni last gunung aku naik”.
7) Komen “Menyusahkan orang”.. Jgn main2 dgn komen mcmni. Sometimes orang yang korang kutuk, maki atau hina ni la satu hari nanti Allah nak tunjuk, diorang tolong kau balik tanpa sengaja.
8.) kenapa saya agak emosi dalam hal ini? Satu sebab akak ni pendaki dan cuba tenung wajah akak yang berumur hampir separuh abad ni. Atleast kalau taknak hormat, ada la sikit rasa simpati abang dan akak oi. Kalau sesama manusia pun tak boleh hormat, elok kaki kecam + hina fizikal orang ni beli satu kotak besar pastu masuk ramai2 dan hanyutkan diri kat laut. Kalau boleh jauh-jauh sikit. ??
9) Saya takkan tutup nama-nama kaki komen ni. Saya tau akak tu mesti akan down kalau baca. But kami admin H.A.R.A.M terpanggil utk berdiri di depan akak ni untuk isu ini. Kami tak la besar dan kuat mana. Tapi jangan main-main kalau turn kami pulak start kecam orang. Normally kaki kecam ni hati tisu, kalau terkena kat diri sendiri mau meroyan setiap hari.
10) Kalau ada nama kawan-kawan anda kat screenshot komen tu, jemputlah mereka bertandang kt sini. Kami mengalu-alukan komen mereka. Mungkin akak tu tak melawan sebab malu dan mungkin dia tgh tak sihat tapi kami sedia melayan anda dgn baik DAN baik-baik.. ?
11) Saya doakan kaki kecam + Hina fizikal orang ni, Allah beri hidayah pada mereka untuk berubah. Insyaallah. Kita jgn tiru perangai diorang ni dok hina orang.. Komen baik2 je okay geng. Tunjukkan kita berbeza dari diorang.
12) Respect each other! Simple.
*Sila baca komen penghina tu satu persatu dan anda akan tau kenapa saya emosi bab ni. Tq
“Dari pendaki kepada kaki hina pendaki”
Antara komen wargamaya yang dikatakan menghina:
Ya, betul apa yang sampaikan oleh HARAM ini. Siapa kita nak mengutuk dan mengeji kejadian orang lain? Adakah kita cukup sifat? Cukup Sempurna? Tidakkan? Salah ke kalau wanita berbadan besar tu cuba untuk menjalani kehidupan yang sifat dan menikmati alam ciptaan Tuhan ini? Siapa kita?
Kepada akak yang cedera di Hutan Simpan Kota Damansara tu, jangan risau kak, Libur sentiasa sokong apa jua aktiviti yang hendak akak lakukan. Kekal sihat dan Libur doakan akak dapat apa yang akak inginkan – kehidupan yang sihat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebelum bercuti, ramai lebih fokus pada pakaian, pasport dan tiket penerbangan. Namun, ada beberapa barang harian yang nampak biasa tetapi sebenarnya boleh menimbulkan masalah...