MUKADIMAH Kapal terbang merupakan alat pengangkutan udara moden yang tidak dibincangkan berkenaan hukum-hakam berkaitannya oleh para fuqaha terdahulu. Akan tetapi, ia tetap tidak terkeluar dari sifatnya yang merupakan sebuah alat pengangkutan yang mana telah terdapatnya perbincangan mengenai hukum-hakam berkaitannya yang telah disebut oleh para fuqaha seperti hukum solat di atas unta, sampan atau kapal, dan sebagainya. Dalam edisi kali ini, kami di Bayan Linnas akan cuba memberikan penjelasan berkenaan suatu isu iaitu solat di atas kapal terbang serta hukum-hakam yang berkaitan.
Dalam menghuraikan isu ini dengan lebih lanjut, kami akan membahagikannya kepada beberapa isi penting.
PERTAMA: MASA PERLEPASAN Di antara perkara yang diambil kira dalam isu ini ialah masa pergerakan seseorang dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan menggunakan kapal terbang.
Sebagai contoh: Seseorang yang ingin menunaikan umrah ke Arab Saudi dari Malaysia dengan menaiki kapal terbang. Masa perlepasannya dari KLIA ke Jeddah adalah pada pukul 3 petang waktu Malaysia. Justeru, cara yang lebih mudah untuk dirinya dalam hal ini adalah dengan menunaikan solat jamak qasar secara taqdim zohor dan juga asar di airport KLIA.
Contoh lain: Jika seseorang berada di atas kapal terbang dalam keadaan waktu solat masih belum masuk dan waktu perlepasannya adalah dari Jeddah menuju ke Malaysia pada pukul 10 malam waktu Arab Saudi. Maka dalam hal ini, solat Maghrib dan Isyak boleh dilakukan secara jamak di airport Jeddah. Solat Subuh pula dilakukan di dalam perjalanan iaitu ketika berada di atas kapal terbang. Manakala solat zohor dan asar pula boleh dilakukan secara jamak di airport KLIA.
KEDUA: MASUK WAKTU SOLAT Cara untuk kita mengetahui masuknya waktu solat adalah melalui pengumuman yang dibuat oleh pramugara atau krew kapal terbang. Jika tiada pengumuman, kita boleh bertanyakan kepada mereka tentang waktu tempatan di kawasan yang sedang dilalui oleh kapal terbang. Saya juga mengesyorkan agar kita mencari alternatif lain seperti menggunakan jam yang mempunyai masa tempatan khususnya waktu solat seperti al-fajr dan lain-lain.
KETIGA: PENENTUAN ARAH KIBLAT Dalam hal ini, amatlah perlu bagi seseorang untuk menghadap ke arah kiblat ketika hendak menunaikan solat. Ini kerana, menghadap ke arah kiblat merupakan syarat sah bagi solat. Ia berdasarkan firman Allah S.W.T:
فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ المَسْجِدِ الحَرَام
Maksudnya: Maka palingkanlah wajah kamu menghadap ke arah Masjid al-Haram.
Surah al-Baqarah (144)
Kata al-Imam al-Qurthubi ketika menafsirkan ayat ini: Palingkanlah urusan wajah kamu menghadap ke arah sudut Masjid al-Haram iaitu ka’abah. Lihat al-Jaamik Li Ahkam al-Quran, al-Qurthubi (2/148).
Namun ianya dikecualikan jika terdapat keuzuran untuk menghadap ke arah kiblat maka dibolehkan untuk menghadap arah yang paling hampir dengan kiblat. Namun jika ini juga tidak dapat dilakukan, maka saya syorkan agar solat tersebut diulang semula (i’adah) ataupun qadha sebaik sahaja sampai ke destinasi.
KEEMPAT: CARA MENGAMBIL WUDHUK Di antara perkara yang perlu kita raikan ketika menaiki kapal terbang adalah sifat kapal terbang itu sendiri serta mematuhi peraturan penggunaan air dalam kapal terbang terutamanya dalam perjalanan jarak jauh. Saya mengesyorkan agar penggunaan air dilakukan dengan seminima mungkin sama ada dengan cara yang diajarkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji iaitu dengan menggunakan spray dan menyapu keseluruhan muka ataupun dengan menggunakan air dengan sedikit. Seperti membasuh anggota wuduk dengan sekali basuhan sahaja.
Ads
KELIMA: TAYAMMUM Pada pendapat kami, adalah tidak sesuai untuk menggunakan tayammum di atas kapal terbang sementelahan lagi dengan pasir yang dibawa ke dalam kapal terbang. Manakala, berkenaan isu melekapkan tangan ke dinding atau tingkap kapal terbang untuk bertayammum, saya lebih cenderung mengatakan bahawa ia tidak menepati syarat sebenar wujudnya debu dan tanah pada dinding tersebut. Firman Allah S.W.T:
فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدٗا طَيِّبٗا
Maksudnya: Maka bertayammumlah kalian dengan debu yang bersih
Surah al-Maidah (6)
Kata al-Imam al-Syanqithi rahimahullah ketika menafsirkan ayat ini: Menjadi ketetapan ketika tayammum adalah pada pasir yang mempunyai debu yang boleh melekat di tangan. Inilah pendapat Imam al-Syafie dan juga Imam Ahmad. Rujuk Tafsir Adhwa’ al-Bayan (1/354)
KEENAM: CARA SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG Dalam hal ini, kita hendaklah melihat kepada dua keadaan:
1- Kapal terbang yang mempunyai keluasan besar seperti Boeing 747, 757, 777, Airbus, dan seumpamanya. Justeru, jika terdapat ruangan untuk bersolat seperti kawasan yang berhampiran dengan tempat duduk pramugara, atau tempat hidangan makanan, maka pilihlah untuk bersolat di kawasan tersebut. Ini kerana, lebih banyak rukun fi’liyyah yang dapat kita lakukan dengan cara ini.
2- Sebaliknya, jika kapal terbang yang dinaiki itu bersaiz kecil seperti Boeing 737 dan seumpamanya dengan kapasiti penumpang yang padat serta tidak memungkinkan seseorang itu untuk berdiri bagi menunaikan solat maka dibolehkan untuk dia solat di tempat duduknya. Akan tetapi, terdapat beberapa keadaan yang perlu untuk diraikan. Antaranya:
Halakan tubuh badan ke arah kiblat dari mula solat.
Laksanakan rukun solat sekadar yang termampu. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud: Bertakwalah kalian kepada Allah sekadar kemampuan kalian.
(Surah al-Taghabun: 16)
Ads
Segala rukun qauli (perkataan) hendaklah dilaksanakan.
Syarat-syarat sah solat hendaklah dilakukan dengan sebaik mungkin.
KETUJUH: SOLAT HORMAT WAKTU Solat hormat waktu adalah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayamum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat.
Solat ini wajib di qadha semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat. Kita juga boleh mengqada solat hormat waktu ini secara jamak ataupun qasar dengan syarat kita masih berada dalam keadaan musafir.
Apabila kita telah kembali ke tempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayamum bagi mengqada solat, maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah SWT.
Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah, tetapi kita masih melengah-lengahkannya maka kita dikira berdosa.
Aisyah menceritakan bahawasanya beliau telah meminjam daripada Asma’ seutas rantai, lalu ia hilang. Maka Rasulullah SAW menghantar beberapa orang sahabat baginda untuk mencarinya.
Lalu tiba waktu solat, dan mereka pun solat tanpa wuduk. Apabila mereka mendatangi Nabi SAW, mereka mengadu hal tersebut, lalu turunlah ayat pensyariatan tayammum.
Pendapat ulama:
Al-Hafiz Al-Iraqi (725-806 H.) menyatakan bahawa terdapat empat pendapat daripada fuqaha mazhab Al-Syafie berhubung solat tanpa taharah.
Pendapat yang paling sahih di sisi ulama mazhab (Al-Syafie) ialah: Wajib solat kerana menghormati waktu dan wajib mengulanginya jika mampu melakukan salah satu daripadanya (wuduk atau tayamum).
Ads
Ada juga pendapat wajib solat dan tidak wajib mengulanginya. Ini adalah pilihan Al-Muzani. Kata Abu Thaur: Inilah yang menepati qiyas dan ia disebut oleh Ibnu Abd Al-Barr daripada sebilangan fuqaha.
Imam Al-Nawawi berkata: “Sesungguhnya ia adalah pendapat yang paling kuat dalilnya dan pendapat ini dikukuhkan oleh hadis ini iaitu mereka (para sahabat) solat tanpa wuduk sebelum turun ayat tayamum dan tidak dinukilkan bahawa Nabi SAW mengarahkan mereka untuk mengulanginya.”
KELAPAN: PERI PENTING DAN KEDUDUKAN SOLAT Secara mutlak, solat merupakan ibadah badaniyah yang paling utama. Ini berdasarkan peristiwa seorang lelaki telah bertanya Nabi SAW tentang amalan yang afdhal.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Solat. Dia terus bertanya: Kemudian apa pula ? Nabi bersabda: Kemudian solat. Dia bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda bersabda: Solat. Baginda telah mengulangi jawapan solat sebanyak tiga kali.
(Riwayat Ibnu Hibban)
Menebus dosa
Dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim ada menyatakan dua solat yang dilakukan seseorang Islam dengan betul akan menebus dosa-dosa yang berlaku di antara kedua-dua solat tersebut. Ini berdasarkan hadis, Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dengan melakukan solat lima waktu Allah akan menghapuskan dosa-dosa.
(Riwayat al-Bukhari)
Hadis seterusnya, Uthman R.anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, maka semua solat fardu yang dilakukannya akan menebus dosa yang ada di antara solat tersebut.
(Riwayat Muslim)
Begitu juga orang yang cuai mengerjakan solat, sama ada sengaja melengah-lengahkan atau meninggalkannya akan membawa kepada kekufuran sekiranya dia berterusan begitu. Oleh itu, solat merupakan santapan utama bagi iman sebagaimana yang telah disebutkan.
Seterusnya hadis daripada Ummu Aiman, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jangan engkau sengaja meninggalkan solat, sesungguhnya sesiapa yang sengaja meninggalkan solat dia akan terlepas daripada mendapat perlindungan Allah dan Rasul-Nya.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Masuk sahaja hujung tahun ramai yang ambil kesempatan untuk bercuti ke luar negara. Antara destinasi pilihan rakyat Malaysia adalah United Kingdom (UK). Selain nak merasa cuaca yang sejuk, kat sana juga banyak tempat menarik untuk dilawati.
Bagi yang pertama kali nak jejakkan kaki ke London dan juga tempat-tempat lain yang ada di UK, memilih untuk membuat road trip sepanjang berada di sana adalah pilihan terbaik. Memandu sendiri ke destinasi-destinasi pilihan adalah lebih jimat dan mudah.
Namun bagi yang pertama kali dan tiada pengalaman mungkin ada persoalan yang bermain di fikiran. Nazri K Hamid yang berkesempatan ke UK dan membuat road trip pada November yang lepas berkongsi info yang mungkin berguna untuk traveler yang lain.
Ikuti perkongsiannya!
Road trip UK patut dalam bucket list anda
Untuk memilih memandu sendiri di UK memang mudah lebih-lebih lagi kemudahan yang disediakan. Ini antara info yang mungkin berguna buat anda yang ada keinginan untuk road trip ke UK.
Tidak Perlu Bawa Cash 100% card payment
Jika anda ke UK, boleh dikatakan 99% semua tempat menggunakan kad. Masuk tandas dan guna pam tayar kereta pun bayar guna card. Hanya gunakan paywave. Train station yang sebelum ni perlu oyster card, tapi sekarang anda boleh gunakan card bank sahaja. Aktivate transaksi luar negara.Tapi untuk selamat dan emegancy boleh lah prepare cash tapi standby dalam £50 pun cukup.
Saya pula guna kad kredit. Dan setiap hari saya akan full sattlement apa yang dibelanjakan untuk elak over spent. Dan kalau guna kad kredit ni pastikan ada duit baru pakai. Tak ada duit di account akan buat kita berhutang.
Sewa kereta ambil di airport.
Apa yang lebih memudahkan bila sampai di airport Heatrow T1,T2,T3,T4 anda tak perlu risau sebab kebanyakkan semua perkhidmatan sewa kereta menyediakan free shuttle bus untuk ke office mereka. Anda hanya perlu book online dan bayaran hanya akan di bayar bila ambil kereta nanti. Setiap kenderaan memang siap-siap full tank, jadi lepas pick up tak perlu kalut cari petrol station. Jimat masa terus ke destinasi. Macam saya gunakan Avis car. Sistem deliver kenderaan dan pulangkan kenderaan pun sangat mudah.
Saya hanya book kenderaan Volkswagen polo sebab hanya berdua, tapi dia upgrade kenderaan yang lebih baik jika ada kenderaan yang baik. Ada juga dia offer lebih besar tanpa bayar apa-apa tambahan. Tapi saya rasakan kenderaan kecil lebih memudahkan pergerakkan. Cost kenderaan saya sewa dalam RM 130 sehari.
Guna waze bila memandu untuk track speed camera
Pastikan anda guna waze dan bukan maps. Sebab waze dia akan warning kita di setiap tempat yang ada camera. Dan sistem trafic di UK sangat efisen. Setiap kesalahan akan terus di rekod dalam sistem. Jadi waze ni sangat buat kita hati-hati. Sepanjang perjanan saya di UK tak ada jalan Tol yang digunakan. Sebab bila satu destinasi yang di tuju, waze akan berikan beberapa altenatif laluan. Dan kebanyakkan laluan tu tiada tol. Saya tertunggu-tunggu juga di mana mau bayar tol sebab mahu melalui pengalaman tu. Tapi memang tak ada laluan yang saya gunakan.
Sistem bayaran parking
Ada tempat yang anda tidak perlu bayar parking, ada yang perlu bayar sekali masuk dan ada pula free parking 2 jam pertama. Tapi lain tempat lain sistem. Tapi yang pastinya semua pembayaran dalam sistem. Ada kawasan sebelum jam 9 pagi free. Dan ada satu kawasan yang kami datang lebih awal enjoy morning view sebelum jam 9 pagi. Jadi tak adalah kena bayar parking. Tepat jam 9 kami mulakan perjalanan ke tempat lain.
Gunakan google maps untuk buat carian hotel murah
Di UK, hotel taraf 1 bintang pun bersih. Cuma kena hati-hati ada yang shared bathroom. Rata-rata di UK hotel murah pun biasanya RM 400++ semalam. Jika anda dpt 200++ semalam pun kira murah lah tu. Saya ada dapat beberapa hotel RM 190 semalam. Boleh try Travelogde yang rangkaian hotel ni merata di UK. Boleh dikatakan setiap bandar ada. Search dari apps Google Maps.
Kalau cari di agoda memang tak jumpa. Sebab ada hotel-hotel yang murah tak ada dalam agoda dan hanya boleh dapat harga tu direct site hotel. Hotel ni bagi saya sangat ok dengan kebersihan dan sesuai hanya untuk tidur.
Plan perjalanan anda mengikut musim
Anda kena tahu berapa lama waktu siang dan mlm supaya setiap destinasi anda teratur. Time saya ni autumn mana masa siang pendek dari malam. Dan siang akan lebih pendek bila musim sejuk nanti (dec). Jadi ada baiknya satu hari hanya ke 2 tempat dan maximum 3 di mana jarak antara satu tempat tu hanya dlm 1 jam perjalanan. Jangan buang masa lebih 2-3 jam di jalan raya. Sebab rugi siang hari anda.
Search Makanan halal di google maps
Bila di negara orang isu makana halal jadi keutamaan. Hanya guna google maps untuk cari lokasi makanan halal. Biasa di uk untuk lebih mudah cari sahaja kebab. Beli satu sahaja size large insyallah cukup buat dua orang. Rata-rata kebab £10 satu pinggan.
Paling win bawa lah meggi siap-siap boleh makan time breakfast. Bagi anda yang biasa breakfest nasi lemak, maggi andalah penyelesaian awal pagi. Sebab sini rata-rata jam 10 pagi baru buka kedai makan kebab.
– Masukkan data peribadi, lokasi pejabat imigresen untuk ambil pasport (pilih berdekatan lokasi anda) dan bayaran pasport (RM200).
3) Selepas hantar permohonan, tunggu emel kelulusan daripada Jabatan Imigresen.
4) Apabila lulus, cetak resit bayaran dan bawa ke pejabat imigresen yang anda sudah pilih. Oh ya, jangan lupa bawa pasport lama dan kad pengenalan anda.
5) Letakkan resit bayaran di dalam tray kaunter serahan pasport. Lazimnya tidak perlu ambil nombor giliran.
6) Biasanya pasport anda siap untuk dikutip dalam masa satu jam.
Walaupun ada notis 1 jam untuk siap, jangan ke mana-mana sebab kadang masa nak ambil tak sampai 10 minit sudah dipanggil nama dan boleh dapatkan passport baru.
Senang, bukan?
Inilah cara paling mudah dan cepat untuk renew passport. Tinggal isi online, dapat email kemudian collect tanpa perlu beratur panjang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Malang tak berbau dan sekarang ni kecelakaan dan kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Di dada-dada akhbar dan kaca television berita, ada sahaja berita kemalangan berlaku setiap hari dan kejadian tersebut bukan biasa-biasa, tetapi turut membabitkan kehilangan jiwa.
Faktor cuaca yang tak menentu pun sama boleh menyumbang kepada kadar kemalangan yang tinggi terutama sekali di tempat-tempat rekreasi seperti di kawasan sungai, air terjun, pantai dan juga laut. Anda perlu sentiasa peka dengan kadar perubahan cuaca bagi mengelakkan diri sendiri dan kumpulan terperangkan dalam situasi yang membahayakan jiwa serta harta-benda.
Jadi Libur nak kongsikan tip kepada anda macam mana nak plan percutian yang boleh mengurangkan risiko kemalangan di kawasan rekreasi. Mula-mula sekali, planning ni ada tiga fasa; sebelum, semasa dan selepas.
Gambar hiasan.
Sebelum
Kaji dulu kawasan percutian mana yang korang nak pergi. Ada kawasan-kawasan yang tak available dalam cuaca sekarang.
Contoh macam pulau-pulau di Pantai Timur, semua kawasan ditutup sampai musim tengkujuh habis.
Aktiviti atau itinerary bersesuaian mengikut cuaca. Contoh korang nak sightseeing, jangan la pergi time hujan, rugi.
Check ramalan cuaca di Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia). Pergi website diorang – boleh clickdi sini.
Boleh check ramalan cuaca untuk daerah yang korang nak pergi bercuti dan MET Malaysia biasa akan bagi ramalan cuaca untuk tempoh 7 hari awal.
Check equipment korang. Apa peralatan yang korang kena bawa?
Perlu ke bawa baju hujan? Baju hujan atau payung lagi sesuai? Itu semua bergantung kepada aktiviti yang korang nak buat.
Jangan lupa, pakaian dan kasut tu sesuai ke tak? Orang kampung Libur kata when you pray for the rain, you gotta be ready for the mud too. Haa macam tu la bidalan dia.
Gambar hiasan.
Semasa
Sampai lokasi percutian, check faktor muka bumi – kawasan lapang, sungai dan tebing sungai, pokok, permatang, cerun.
Kalau korang bercuti di kawasan bandar, Libur rasa tak ada masalah sangat sebab ada banyak port korang boleh lepak berteduh dekat situ.
Libur nak tekankan untuk yang suka bercuti di rural area macam kawasan pendalaman atau kawasan hutan. Contoh, pergi bercuti di kawasan air terjun atau korang ada trip mancing.
Ambil tahu tanda-tanda kepala air. Sebelum kepala air datang, dia akan datang beberapa tanda macam air berubah jadi keruh dan berbuih, ranting kayu hanyut.
Itu semua tanda-tanda awal kepala air bakal menyusul.
Periksa tapak perkhemahan. Ada tak pokok tua dekat situ?
Pokok tua ni kalau angin kencang atau hujan, dahan dia rapuh dan mudah patah. Takut nanti terhempap kepala, benjol dahi.
Gambar hiasan.
Selepas
Jangan ingat dah nak balik, risiko kemalangan tak ada ya. Risiko ada di mana-mana, so jangan galak.
Make surejangan tinggal apa-apa bekas atau sampah di kawasan tu. Double check semua equipment supaya jangan ada yang tertinggal.
Kita baru saja lepas cipta seribu kenangan sewaktu percutian dan tak nak la seribu kenangan tu end up dengan kisah sedih.
So be safe bila korang dalam perjalanan nak balik ke rumah. Jangan terburu-buru, just chill je.
Ya, kemalangan ni ketentuan takdir. Tapi sebagai manusia, itu bukan asbab kita nak terjah semberono je.
Kita kena ambil tanggungjawab untuk kurangkan risiko kemalangan supaya sama-sama dapat menikmati percutian yang enjoy!
Ingat satu pesan Libur – Be a professional traveler!
p/s: Kalau panjat gunung atau masuk hutan, Libur suka bawa beg plastik sampah hitam tu. Selain letak sampah, boleh juga letak barang kita daripada basah terkena air. Nak bungkus backpack pun boleh.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...