Hutan Lipur Kuala Woh yang terletak di daerah Tapah, Perak bukanlah lokasi pelancongan yang baharu. Namun masih ramai yang belum tahu mengenai keindahan alamnya. Terletak di jalan lama dari Tapah-Cameron Highlands, hutan lipur ini sebenarnya di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
Keunikan lokasi ini adalah pengunjung boleh mandi-mandi di kawasan jeram air terjun. Dalam masa yang sama dapat menikmati kolam air panas di situ. Sememangnya ia pengalaman yang sangat bermakna.
Menariknya juga di kawasan hutan lipur ini, kemudahan yang disediakan sangat membantu pengunjung yang datang. Kemudahan asas seperti pondok rehat, tandas, bilik persalinan, tapak perkhemahan, dewan terbuka dan chalet memudahkan orang ramai yang datang bersama ahli keluarga atau berkumpulan.
Apa yang membuatkan penulis kagum mengenai lokasi ini ketika mula-mula sampai adalah suasananya yang tenang dengan bunyi kicauan burung membuatkan hati tidak sabar untuk menjelajah ke kawasan tersebut.
Malah kawasan sekitarnya sangat bersih dan terjaga berbanding lokasi lain yang pernah dikunjungi sebelum ini. Tiada sampah di buang di merata-rata tempat dan pengunjung yang datang juga masing-masing faham mengenai aspek penjagaan kebersihan.
Papan tanda mengenai aspek kebersihan yang diletakkan di kawasan pondok rehat menjadikan orang ramai lebih berhati-hati bagi mengelakkan penyakit kencing tikus.
Ads
Jambatan gantung
Di kawasan jeram air terjun, pengunjung dapat melihat kehijauan pokok-pokok di sekelilingnya. Pokok yang ada dianggarkan lebih puluhan tahun dan berfungsi sebagai teduhan untuk mengelakkan cuaca panas terutama kepada orang ramai. Walaupun tempatnya terbuka, penulis percaya pengunjung yang datang tidak terasa kehangatan cuaca panas biarpun pada waktu tengah hari.
Apa yang menarik perhatian penulis ketika berada di sana adalah jambatan gantung yang menghubungkan antara lokasi perkelahan ke galeri perhutanan. Sambil melalui jambatan tersebut pengunjung boleh merakam gambar kenangan di atas jambatan berlatarbelakangkan suasana di sekelilingnya.
Selain itu, buat pengetahuan ramai, jeram di sini bercampur dengan air panas semula jadi. Bagi yang ingin merasai kehangatan airnya boleh berendam di kawasan kolam air panas. Kita boleh merasai kepanasan pasir di dasarnya.
Ads
Bagi yang mahu merasai kesejukan air, boleh memilih untuk berendam di kawasan bersebelahan kolam air panas sama ada di kira atau kanan sepanjang jeram. Jadi kepada pengunjung yang mahu menghabiskan masa cuti hujung minggu atau cuti persekolahan boleh memilih lokasi ini sebagai salah satu destinasi percutian.
INFO:
-13 kilometer dari bandar Tapah
– Dibuka dari jam 7 pagi hingga 6 petang
Ads
-Terletak dalam Hutan Simpan Bukit Tapah
– Bagi aktiviti perkhemahan dan bermalam, boleh berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah
– Kemasukan:
RM2 (Dewasa)
RM1 (Kanak-kanak)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Indahnya Anjung Tamu Nory di Terengganu, mungkin boleh plan ke sini pula untuk rehatkan minda yang sarat dengan rutin harian.
Kalau kebiasaannya pada bulan-bulan akhir tahun seperti Oktober, November dan Disember, ramai yang mengambil peluang bercuti untuk berlibur bersama ahli keluarga atau kawan-kawan.
Sebenarnya banyak tempat menarik di Kuala Terengganu apatah ada banyak menu menarik dengan harga makanan dan juga tiket muzium sangat berbaloi.
Anjung Tamu Nory di Terengganu Jadi Tarikan\
Bercuti di Terengganu pastikan menginap di Anjung Tamu Nory. Pemandangan Homestay yang berdekatan dengan Pantai Penarik, Pantai Rhu 10 dan Pantai Mangkuk, menjanjikan pengalaman manis untuk percutian anda.
Berhadapan terus dengan Pantai Penarik:
“Walking distance” ke Petrol Station Caltex, Kedai Serbaneka 7Eleven, MR. DIY dan kedai runcit terdekat.
1 Minit ke Famous Celup Tepung Restaurant, MCTS dan 8 Minit ke Jeti Pelancongan Kampung Mangkuk (untuk ke Redang & Setiu Wetland).
Ada 2 Unit Tamu, setiap Tamu dilengkapi:
– 2 Bilik tidur
– 1 Katil Queen
– 2 Katil Single
– 1 extra bed
– 1 Bilik Mandi
– Mini Fridge
– Iron
– Water Heater
– Pendingin Hawa
– Smart TV
– Netflix
– WiFI
Jangan risau soal kawasan parkir kenderaan sebab memang disediakan, kemudian ada kolam mandi juga buat anda healing depan laut.
Ini sedikit gambaran dalam resort, malam-malam kalau rasa nak sambung aktiviti best boleh bbq bersama keluarga tersayang.
Hah, jom lah sambung bercuti ke negeri Terengganu!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Menjejakkan kaki di FRIM ternyata bukan hanya terasa damai sekali apabila berada di tengah-tengah rimbunan kehijauan itu tetapi takjub dengan susunan landskap perhutanan FRIM. Melawati denai hutan secara semula jadi ataupun ingin sesuatu yang lebih memuaskan, mungkin boleh merentas hutan melalui jambatan baru yang ada di sini iaitu Jambatan Rimba (Forest Skywalk).
Dari sini, pengunjung boleh menyaksikan pelbagai flora dan fauna liar. Berada di titian jambatan ini, selain berpeluang melihat penghuni rimba, pengunjung juga dapat melihat panorama bandar raya KL, walaupun dari jarak jauh. Forest Skywalk telah dibuka kepada orang ramai mulai 31 Ogos 2020. Jejantas ini berukuran 18 hingga 50 meter tinggi dan 250 meter panjang. Ia dibina menggunakan bahan aluminium sebagai struktur utama dan dikukuhkan dengan ‘guy wire’.
Apabila berada di atas jejantas, pengunjung dapat menikmati pemandangan indah KBG, hutan FRIM yang merupakan hutan buatan manusia, sekitar kawasan Kepong serta Kuala Lumpur. Di atas menara peninjauan setinggi 50 meter pula, pengunjung dapat melihat pemandangan sejauh lebih kurang 30 km serta bangunan-bangunan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya seperti Menara KLCC, Menara KL, Menara Tun Razak Exchange dan Menara Telekom Malaysia.
Butiran lanjut termasuk waktu operasi Jejantas Rimba FRIM adalah seperti berikut:
Waktu operasi KBG akan bermula jam 7.30 pagi sehingga 7.00 petang dengan kemasukan terakhir pada jam 6.00 petang.
Isnin-Ahad: 8.30 pagi–4.30 petang
Jumaat: 8.30 pagi–12.15 petang; 2.45–4.30 petang
Kemasukan terakhir: sejam sebelum penutupan
Forest Skywalk beroperasi sehingga 4.30pm sahaja manakala Taman Botani Kepong masih dibuka sehingga 7pm bagi mereka yang menjalankan aktiviti joging
Lokasi: Forest Skywalk – FRIM [Waze/ Google Maps]
Pengunjung perlu memakai pakaian terutamanya kasut yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini. Pengunjung juga perlu memastikan pematuhan SOP MKN semasa lawatan yang dikenakan di KBG (sila rujuk https://www.facebook.com/FRIMKepong/posts/3086598021375486).
Selain bayaran tiket ‘Forest Skywalk’, terdapat juga caj parkir (RM5), kemasukan KBG (RM 1) dan kamera DSLR (RM5) juga dikenakan. Harga tiket seperti berikut:
Pelajar (umur 7-17 tahun): RM 8 | *RM25 caj bagi bukan pemegang MyKad
Kakitangan FRIM: RM 8
Warga emas: RM 10 | *RM40
Dewasa: RM 15 | *RM 40
Caj tambahan untuk menara 50 meter (terhad kepada mereka yang berusia 13 tahun ke atas): RM 5 | *RM10
Kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah tidak dibenarkan menyertai aktiviti ini.
Bilangan pengunjung setiap hari: maksimum 150 orang. Untuk pertanyaan, sila hubungi Pusat Informasi Pelawat (VIC): frim_enquiry@frim.gov.my/ 03-6279 7592/7596/7649.
Buat pencinta segala jenis tumbuhan, ini adalah lokasi ideal buat kalian. Jika bukan penggemar alam semulajadi tegar, FRIM masih lagi ‘boleh’ menjadi destinasi menarik kerana ada tarikan lain yang sedia menanti.
Sumber: FB FRIM
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Gopeng Riverstones Rainforest Retreat, rupanya ada staycation best tak jauh dari pekan situ. Patutlah ramai yang hala ke sana bila musim cuti.
Kalau anda sukakan ketenangan dan dekat dengan alam semula jadi, tempat ini sesuai dengan anda nak healing.
Gopeng Riverstones Rainforest Retreat
Bukan hanya ada port menarik untuk glamping tetapi ada lokasi best kabin gaya ala Jepun tepi kawasan hutan.
Memang sesuai untuk bercuti. Sambil sewa bilik cabin di sini, boleh merasa layan view pemandangan nature yang unik. Trip santai macam ini memang best!
Suasana Bilik yang Tenang
Hah, bagaimana pula dengan tempat menginap? Anda boleh tengok dan nilai sendiri menerusi gambar yang dikongsi. Rasanya cukup selesa kalau nak menginap bersama anak-anak atau kawan-kawan.
Jika anda jenis suka vacation yang best tenang siap sambil hirup kopi panas dan roti bakar, inilah tempatnya!
Sesekali syok juga menikmati gaya hidup santai tenang di pinggir kampung. Waktu malam boleh buat aktiviti BBQ atau makan steamboat. Nak naik basikal pun, boleh. Pusing-pusing kawasan di situ. Jomlah cuba bawa anak-anak ke sana!
Lokasi:
Gopeng Riverstones Rainforest Retreat, Kg. Chulek, Gopeng, Perak
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!