Setiap tempat ada menyimpan misterinya yang tersendiri. Malah kerana cerita-cerita menarik beginilah, ia menjadi tumpuan pelancong untuk datang dan melihatnya dengan mata sendiri.

Salah satu tarikan utama pelancongan di Amerika Syarikat ialah Tasik Tahoe, viewnya cukup indah namun pernah menyimpan misterinya yang tersendiri suatu ketika dahulu sebelum menjadi popular kerana tarikan pelancongannya.

Tasik Tahoe yang terletak di Amerika merupakan sebuah tasik air tawar yang terkenal di negara tersebut. Tasik yang berkeluasan hampir 500 kilometer persegi ini sebenarnya menyimpan pelbagai cerita yang diperkatakan oleh masyarakat di sana.

Di sebalik keindahan tasik kedua paling dalam di Amerika, dekat sini dikatakan ratusan mayat telah dibuang oleh gengster sekitar tahun tahun 1920 hingga 1960. Mangsa yang dibunuh kebanyakannya dari kasino berdekatan dengan kawasan ini.

Tasik ni menjadi tempat kegemaran untuk buang mayat mungkin disebabkan oleh kedalamannya yang mencecah 500 meter, pelbagai cerita yang mengatakan ada juga mayat mangsa yang lemas tidak dapat ditemui.

Tasik Tahoe, Lokasi Gengster Membuang Ratusan Mayat Sebelum Menjadi Tumpuan Pelancong
.

IKLAN

Ramai nelayan telah menemui mayat mayat yang terapung di tasik itu, paling menarik apabila mayat seorang penyelam yang bernama Donald Christopher Windecker ditemukan selepas 17 tahun lemas di tasik tu, keadaan mayat dikatakan hampir sempurna kerana air di dalam tasik tersebut sangat sejuk.

IKLAN

Malah ada juga yang menceritakan tasik ni mempunyai haiwan yang menyerupai Loch Ness, penduduk dikawasan itu mengatakan haiwan tersebut tinggal di sebuah gua di dalam tasik, cerita ni mula direkodkan sekitar tahun 1800 dan menjadi buah mulut penduduk sekitar.(sumber FB : John Mohamed)

Namun ia mungkin tidak sepopular kisah Raksasa Loch Ness ialah makhluk mitos yang dikatakan mendiami Tasik Ness (Loch Ness) di Tanah Tinggi Scotland.
Bagi mereka yang berminat dengan hal-hal misteri, rekod paling awal yang menunjukkan adanya raksasa tasik pada tahun 565 Masihi. Pada tahun 1933, selepas Tasik Ness di Scotland membuka satu jalan keliling, semakin ramai orang melaporkan raksasa tasik muncul di Tasik Ness.

Tasik Tahoe, Lokasi Gengster Membuang Ratusan Mayat Sebelum Menjadi Tumpuan Pelancong
.

Pada tahun 1934, Pengurus Hal-Ehwal Pertanian iaitu Kimberly berkata”Kepala raksasa tasik berukuran 180 cm panjang, bentuknya seperti ular, ada bonggol di belakang badannya, badan berukuran 90 meter.

Pada tahun yang sama, ada seorang doktor British, Robert Kenneth Wilson berjaya menangkap gambar raksasa tasik. Pada tahun yang sama juga, Asha Grand menemui raksasa tasik merangkak ke darat. Beliau menggunakan lampu di depan keretanya untuk melihatnya dan dia mendapati ia menyerupai sejenis hidupan prasejarah.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI