Tentera Thailand Amuk, Sempat Selfie & Buat Video ‘LIVE’ Di FB Ketika Kejadian

Share

Seorang anggota tentera Thailand, Jakraphanth Thomma yang mengamuk dan membunuh sekurang-kurangnya 26 mangsa ditembak mati pasukan keselamatan di pusat beli-belah Terminal 21.

Polis telah membunuh pelaku dan menyelamatkan lapan tebusan. Ada yang tercedera.Sebelum itu, pelbagai usaha dilakukan pihak polis bersenjata bagi memaksa Thomma untuk keluar. Dia yang menembak orang awam secara rawak berkhidmat di Pusat Perintah Tentera Darat Wilayah Kedua. Seramai 26 orang maut terkena tembakan dan 57 lagi cedera.

  • Jakraphanth Thomma dikatakan melepaskan tembakan di beberapa lokasi termasuk sebuah kuil Buddha di Nakhon Ratchasima (Korat), yang terletak kira-kira 250 kilometer dari Bangkok.
  • Sebelum itu, dia juga dikatakan menyerang dan membunuh pegawai pemerintahnya serta dua yang lain di Kem Tentera Surathampithak sebelum bertindak melarikan senjata dan peluru daripada kem tersebut.
  • Jakraphanth Thomma telah melepaskan berdas-das tembakan rambang ke arah orang awam semasa memandu kenderaan dari kem tentera itu ke pusat membeli-belah Terminal 21.
  • Lebih jelik, dia juga melakukan penstriman secara langsung berkaitan serangan itu di Facebook dan memuat naik swafotonya yang sedang memegang selaras raifal.

IKLAN