Siapa yang dah biasa datang Kuala Lumpur (KL), mesti pernah perasan bas yang tak ada bumbung tu kan? Bas tu selalu bergerak pusing-pusing KL bawa pelancong ke sana ke mari.
Pernah tak anda terfikir untuk naik bas tu? Kalau pernah, anda perlu lakukan segera dan kalau tak pernah langsung untuk terfikir nak naik, anda perlu ubah persepsi tersebut dan cuba sekali naik dan lihat sendiri KL dari sudut pandang seorang pelancong. Libur bagi satu keyakinan pada anda, ianya satu pengalaman yang menyeronokkan.
Bukan selalu kita dapat pusing-pusing KL kan? Especially kalau anda bawa anak-anak, mereka pasti teruja. Masakan tidak, selama kita pusing-pusing di KL ni, kita yang memandu dan selalunya kita tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas.
Tapi pengalaman yang diberikan di bas KL Hop-On Hop-Off ini lain kerana selain ada pemandu bas, anda juga ada pemandu pelancong yang akan memberikan penerangan yang menarik tentang lokasi-lokasi pelancongan yang terdapat di sekitar ibu negara itu.
Untuk anda cuba menaiki bas ini cukup mudah. Sebaik sahaja tiba di Terminal KL Sentral, anda boleh cari bas ini di laluan pintu utama Terminal KL Sentral di hentian nombor 16. Sebaik sahaja anda duduk di dalam bas, bas akan bergerak untuk membawa anda ronda-ronda KL di dua laluan utama iaitu The Garden Route dan The City Route.
Ads
The Garden Route akan membawa anda ke 15 lokasi menarik bermula dari Muzium Negara sehingga ke Taman Botani Perdana dan Taman Burung Kuala Lumpur serta beberapa tempat bersejarah seperti Masjid Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek dan Kampung Baru. Apabila selesai sahaja trip yang pertama ini, anda boleh turun di Bukit Bintang di hentian nombor satu untuk ke laluan yang kedua iaitu The City Route.
The City Route pula akan membawa anda meneroka 11 tempat yang menjadi tarikan kepada pelancong yang bukan sahaja datang dari luar negera, malah rakyat Malaysia sendiri juga suka untuk ke tempat-tempat berkenaan – lebih-lebih lagi yang bukan warga kota Kuala Lumpur. Berpeluang sahaja menjejakkan kaki ke sini, jarang untuk mereka lepaskan peluang untuk tidak berkunjung ke destinai-destinasi tersebut.
Ads
Antara lokasi adalah menara berkembar tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan kawasan tempat membeli belah yang padat dengan peniaga dan pembeli di Petaling Street. Menarik bukan?
Bagi Libur, ini adalah salah satu cara yang paling menarik dan paling menjimatkan untuk anda ‘tawaf’ satu KL berbanding cara-cara lain. Kerana terdapat beberapa pilihan tiket dan anda boleh naik dan turun bas ini di mana-mana sahaja sekitar KL berdekatan dengan tempat-tempat hentian yang ditetapkan.
Ads
Tiket yang ditawarkan kepada anda mempunyai dua kategori iaitu untuk 24 jam dan juga untuk 48 jam bermula daripada harga RM25 seorang hingga RM65 untuk seisi keluarga.
Selain daripada tiket untuk anda bersiar-siar sekitar KL, bas ini juga menyediakan pakej pelancongan yang menarik kepada anda untuk berjalan-jalan luar daripada KL seperti ke Putrajaya dan sebagainya.
Jadi, sekali seumur hidup sekiranya anda berasa letih untuk memandu jauh dan ingin pengalaman yang berbeza membawa keluarga anda meluangkan masa bersama, anda boleh dapatkan pakej menarik yang ditawarkan oleh mereka.
Selain daripada itu, bas KL Hop-On Hop-Off ini juga menjalinkan kerjasama dengan Express Raill Link Sdn. Bhd yang menawarkan promosi tiket keretapi pergi balik KLIA Express dan tiket menjelajah KL menaiki bas KL Hop-On Hop-Off dengan harga yang cukup istimewa iaitu RM65 untuk kanak-kanak dan RM140 untuk dewasa.
Sekiranya anda ingin terbang ke luar negara dan transit sementara menunggu penerbangan seterusnya di KLIA, anda boleh cuba pakej yang ditawarkan ini untuk lari sebentar dari ruang menunggu yang bosan dan menjelajah ibu negara Kuala Lumpur dalam suasana penuh keseronokkan!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Terengganu akan memperkenalkan pasar terapung sebagai suatu lagi produk yang menambahkan keunikan bandar raya ini sebagai tarikan terbaharu terutama kepada pelancong luar. Kuala Nerus ‘Floating Market’ akan menjadi destinasi tarikan yang pertama pasar terapung di negeri Terengganu.
Walaupun masih dalam peringkat cadangan namun lokasi di Seberang Takir adalah lokasi paling strategik untuk tujuan tersebut. Ini kerana, Seberang Takir mempunyai panorama yang agak indah untuk dilakukan aktiviti sebegini. Ditambah dengan kawasan yang berlatarkan jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang perlu dimanfaatkan.
Usaha yang dijangka menarik lebih ramai pelancong itu turut melibatkan perkhidmatan bot penambang sekali gus mampu mentransformasikan pengangkutan tradisi yang telah berusia lebih 60 tahun itu.
Penduduk tempatan negeri ini juga bakal menikmati suasana seperti berada di pasar terapung yang boleh didapati di Kampung Pulau Suri di Kelantan dan seperti pasar terapung Klong Hae di Hatyai.
Bagaimanapun, konsep pasar terapung Seberang Takir mungkin menampilkan sedikit kelainan daripada pasar terapung biasa dan ia masih belum diputuskan jawatankuasa terbabit.
Harap-harap cadangan ini cepatlah menjadi kenyataan. Zaman sekarang, apabila ada sesuatu destinasi yang menjadi tular pasti ramai akan datang ke lokasi tersebut.
Bila cari port makan paling penting sedap dan harganya berpatutan. Bonus bila ada banyak pilihan makanan untuk memenuhi citarasa pelanggan.
Terletak di Kapar, Klang, Café 6233 menawarkan variasi makanan dengan citarasa yang mewah dalam suasana kampung.
Menurut perkongsian daripada Latun Amira, antara menu yang ada di sini adalah nasi kandar, nasi ganja, nasi daging ayaq asam dan juga pilihan pastry dan kek untuk penggemar dessert.
Nak tahu apa lagi yang menarik di sana, ikuti perkongsian daripada Latun Amira ini:
Port best makan-makan dan ngopi di Klang
Nak bagitau, dekat Klang ada port best untuk makan makan dan ngopi ngopi. Pencinta alam mesti suka
Cafe nie gunakan “Camping concept”. Memang santai habis. Chill jee. Kalau petang, angin sepoi sepoi. Layannn
Makanan rasa kayangan. Tapi harga Masya’Allah murahnyaaaaaa. Semua below RM10.
Owner Cafe 6233 nie Pastry Chef Hotel 5 star tau. Cake cake sangatlah sedap. Ramai yang kata tak suka makan kek, tetiba rasa cake sini terus jadi Dessert Lover. Paling best, chef memang guna 100% bahan hotel tau.
Orang utaghaaaa mesti try Nasi Daging Ayaq Asam. Confirm esok repeat lagi tau. Betuih nieee. Tak tipu.
Non coffee patut rasa Chocolate premium Iced or Matcha Milk Iced. Sangat sedap ! Frappe pun ada tau. Anak anak pasti suka.
Menu sini sangat menepati citarasa 1 keluarga. Sebab, kalau ada anak kecil, mak pak boleh makan nasi ganja/nasi daging. Anak anak boleh makan Bubur Ayam, Fries, Nuggets dll
Ruang makan Cafe boleh muat 40pax. Jadi tak perlu terkejar kejar nak makan cepat cepat nak bagi orang lain duduk pulak.
Coffee lover boleh order “Nusantara Latte”, sangat sedap !
Yang tengah diet boleh try Honeycomb Latte. Sesedap rasaa.
Dessert Lover tolong rasa Creme Brulee dan Red Velvet. Sedap tau. Tapi CHEESE pun sedap. Nak senang. Rasaaa semuaaa.
Yang rindukan Johor. Sini ada Kacang Pool tau. Fuhhhh memang makan sampai licin.
Dengar cerita owner cafe yang bertukang sendiri cafe, memang unik dan dari lain yang lain cafe.
Utara tanah air sekarang dalam langkah berjaga-jaga sebab tular penyakit chikungunya di selatan Thailand.
Oleh itu siapa-siapa yang ada di utara di utara tanah air khususnya di Perlis dinasihatkan supaya kurangkan aktiviti pelancongan ke Thailand, khususnya Hatyai.
Libur nasihatkan orang ramai supaya elak aktiviti atau kurangkan aktiviti ke sana buat masa ni sampai keadaan benar-benar selamat.
Tukar la aktiviti percutian ke selatan Thailand tu dengan percutian domestik je. Bukan apa, risau dengan faktor kesihatan, tu je.
Menurut berita daripada HMetro, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perlis, Teh Chai Ann kata pihaknya kini memantau ketat pelancong dari negara jiran itu yang memasuki negara ini.
Pemantauan itu ditumpukan di setiap pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand, iaitu di Padang Besar dan Wang Kelian, selain di Jeti Kuala Perlis bagi pengunjung yang menaiki feri dari Satun, Thailand.
Pihak berkuasa termasuk Jabatan Kesihatan negeri akan melakukan pemeriksaan di pintu masuk dan mengenal pasti individu yang berisiko membawa virus itu agar penularan wabak penyakit itu dapat dikawal di negeri ini.
“Kita khuatir jika sempadan tidak dikawal dengan baik, penyakit itu boleh merebak dengan pantas ke negara ini.
“Jadi, saya meminta supaya orang ramai dapat memberikan kerjasama kepada Jabatan Kesihatan negeri seandainya mereka perlu menjalani pemeriksaan ketika berada di pintu sempadan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Pihaknya turut bekerjasama dengan pasukan keselamatan dalam memastikan langkah kawalan dan keselamatan bergerak seiring.
“Ini kerana, pintu masuk di Padang Besar menjadi pilihan utama pelancong dari Hatyai kerana jaraknya lebih dekat berbanding pintu masuk di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
“Selain itu, kita juga sarankan pelancong dari Perlis menjalani rawatan pemeriksaan sekiranya mereka menghidap demam panas, ruam di badan dan berasa sengal sendi sejurus pulang dari Thailand,” katanya.
Semalam, media tempatan Thailand, Bangkok Post, melaporkan virus chikungunya iaitu jangkitan yang biasanya berlaku di Afrika dikesan berlaku di Hatyai.
Menurut laporan media berkenaan, berpuluh-puluh pesakit mendapatkan rawatan di klinik di bandar raya berkenaan akibat jangkitan virus berkenaan.
Sumber HMetro
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!