Orkid antara tumbuhan paling popular di dunia kerana mempunyai karakter menarik dan pelbagai warna seperti ungu, merah, kuning, biru, hijau dan coklat. Ada pelbagai jenis orkid ada dijual di pasaran dan tahukah anda hutan di negara ini antara yang mempunyai ribuan jenis dan spesies orkid.
Bagi anda peminat orkid, wajib untuk datang bersantai di The Florescence by World of Phalaenopsis, Batang Kali. Selain menjamu selera dengan santapan pemanis mulut yang lazat, anda juga boleh membeli dan membawa pulang bunga orkid yang ada di dalam kafe indah ini. Jangan lupa untuk merakam gambar kenang-kenangan di setiap sudut di sini.
IKLAN
Ini perkongsian daripada saudara Fariz Ali yang berpeluang bersantai di ‘kafe orkid’ ini.
Kafe Dibanjiri Orkid
IKLAN
Bertempat di The Florescence by World of Phalaenopsis Batang Kali. Tempat ini bukanlah untuk kaki bunga sahaja, malah sesuai untuk kaki makan juga!
IKLAN
Kafe ini sememangnya mempunyai identiti yang tersendiri. Tatkala anda memasuki pintu cafe ini, anda pasti terpukau dengan kemasan dalamannya yang bertemakan bunga orkid. Bunganya sungguh banyak. Boleh dikatakan di setiap sudut cafe.
Suasana kafe yang seperti taman, ditemani pula keluarga tersayang sememangnya pengalaman yang sangat berharga.
Menunya pula boleh tahan sedap. Jangan lupa untuk memesan hidangan waffle bercampur aiskrim mereka. Terdapat 3 perisa kesemuanya iaitu strawberry, pisang dan kiwi. Saiz wafflenya agak besar juga. Boleh dikongsi-kongsi dalam satu hidangan. Untuk hidangan yang lain pula, saya kongsikan senarai menu beserta harganya sekali untuk rujukan anda di dalam gambar.
Jemputlah ke cafe ini. Pasti anda tidak menyesal, silap-silap, datang berkali-kali pula!
Kopitiam yang secara amnya bermaksud “kedai kopi” dalam dialek Hokkien, mula diperkenalkan di Malaysia sejak akhir 1800-an.
Kopitiam berasal dari kaum Hainan migrasi di Malaysia yang kebanyakannya terlibat dalam industri hospitaliti untuk menyara hidup pada masa tersebut. Ini 5 kedai kopitiam di Negeri Selangor yang perlu anda kunjungi untuk menikmati rasa kopi asli dan roti bakar klasik yang lazat!
1) Auntie Kopitiam, Kuala Selangor
Auntie Kopitiam adalah kedai kopi terkenal yang terletak di Daerah Kuala Selangor. Auntie Kopitiam telah dibuka pada tahun 1935. Beberapa selebriti Malaysia juga pernah berkunjung ke sini untuk mendapatkan kopi mereka dan banyak program televisyen juga telah dirakamkan di sini.
Selain menghirup kopi Hainan tradisional yang enak, ada juga makanan lain yang disediakan seperti Nasi Lemak, kuih-muih, roti bakar dan banyak lagi. Pelanggan juga dapat menikmati salah satu hidangan terbaik mereka, Mi Kari Laksa iaitu makanan yang sempurna untuk memulakan hari anda!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-3289 7289
2) Thong Kee Cafe, Petaling
Thong Kee Kopitiam adalah salah satu kedai kopitiam yang terkenal di Daerah Petaling dengan menu kopi unik mereka. Pemilik Kedai Kopitiam Thong Kee yang mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun telah mencipta menu “1+1 Cham Peng” iaitu satu minuman gabungan dari kopi Hainan dan teh. Menu istimewa ini telah mendapat sambutan yang hangat dari penduduk tempatan.
Selain menu “1+1 Cham Peng” , kedai ini juga menyajikan pelbagai pilihan menu untuk sarapan. Menu tersebut termasuk roti bakar, telur separuh masak dan juga aneka pastri seperti croissant dan donut.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://thongkee.com.my/ atau hubungi 03-7496 6847
3) Chong Kok Kopitam, Klang
Dahulu merupakan sebuah hotel namun kini ia merupakan sebuah kedai kopi klasik yang sangat diminati oleh semua bangsa dari penduduk tempatan. Kedai Chong Kok Kopitiam telah mula beroperasi sejak tahun 1940.
Di kedai ini, anda boleh saksikan sekumpulan pelanggan terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa menikmati hidangan kopi dan roti bakar mereka bersama-sama. Uniknya, kedai ini menyediakan menu telur separuh masak dengan menggunakan mesin khas untuk proses penyediaan. Cara ini menjadikan telur separuh masak mereka lebih sedap dan berkrim berbanding menggunakan cara klasik sebelum ini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 3371 0996
4) Nam Wah Kopitiam Bt 18, Hulu Langat
Satu lagi kedai kopitiam klasik di Negeri Selangor terletak di Daerah Hulu Langat. Kedai ini adalah salah satu lokasi persinggahan yang terkenal dalam kalangan penunggang basikal kerana kedai ini terletak berdekatan dengan trek laluan basikal semula jadi yang agak mencabar.
Jadi, tidak hairanlah jika anda bertemu dengan ramai penunggang basikal ketika anda menjamu selera di kedai ini. Istimewanya kedai kopitiam ini adalah kerana ianya menyajikan menu roti bakar bersama kaya atau kuah kari ayam yang dimasak sendiri oleh pemilik kedai ini.
5) Kedai Makan Hailam Sun Sun Nam Cheong, Hulu Selangor
Sun Sun Nam Cheong merupakan antara salah satu kedai kopitiam yang telah lama beroperasi dengan resipi asli mereka yang berusia 100 tahun. Selain kopi, menu yang istimewa di kedai ini adalah Chicken Chop Hailam dan juga Mi Hailam.
Chicken Chop Hailam merupakan menu yang dicipta oleh kaum Hainan yang telah berhijrah ke Malaysia. Mereka kemudian kebanyakannya berkhidmat di bawah kuasa penjajah British.
Justeru, menu ini dicipta dengan konsep gabungan citarasa Barat dan Cina. Sebagai kedai yang mempunyai sijil halal, menu makanan di kedai ini disediakan dengan bahan masakan yang halal. Jadi anda boleh menjamunya tanpa ragu-ragu!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-6064 1168
Memang nampak menyelerakan sungguh seleksi menu kopi dan roti bakar yang disediakan oleh kedai-kedai Kopitiam yang disenaraikan di atas! Tidak dinafikan, kedai kopitiam digemari oleh semua rakyat Malaysia, tidak kira kaum, bangsa dan agama. Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri menu kopitiam asli di sekitar Negeri Selangor!
Memahami denyut nadi rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Wilayah Persekutuan akan menjadi ‘Wilayah Bebas Berniaga’ selama enam bulan bermula 15 November ini.
Khusus kepada warganegara Malaysia, ia diharap dapat membantu meringankan beban warga kota. Inisiatif itu dibuat bagi membolehkan warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan meringankan beban susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikhususkan kepada warganegara Malaysia saja.
Penduduk Wilayah Persekutuan dibenarkan berniaga termasuk makanan, pakaian dan apa saja jenis perniagaan sehingga 15 April 2021.
Bagi yang berminat, anda boleh berniaga dalam tempoh enam bulan ini dan urusan permohonan lesen akan dipermudahkan pihak berkuasa tempatan di Wilayah Persekutuan
Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan mengeluarkan garis panduan dalam tempoh terdekat mengenai tatacara perlu dipatuhi orang ramai yang mahu berniaga kelak. Semestinya syarat dikenakan lebih mudah, iaitu lokasi tidak boleh mengganggu lalu lintas, menjaga kebersihan makanan dan persekitaran tempat perniagaan.
Kementerian juga akan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh berkenaan sekiranya inisiatif ini mendapat sambutan menggalakkan warga Wilayah Persekutuan. Ayuh semua kita sokong peniaga kecil rakyat tempatan dengan membeli barang jualan daripada mereka.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pegawai dan kakitangan Istana Negara menyampaikan bungkusan makanan kepada gelandangan di Pusat Khidmat Gelandangan di Medan, Tuanku beberapa hari lalu.
Menerusi hantaran di laman Facebook @IstanaNegaraOfficial, Istana Negara menjelaskan, aktiviti itu berlangsung dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.
"Menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pegawai dan kakitangan Istana Negara menyampaikan bungkusan makanan kepada gelandangan di Pusat Khidmat Gelandangan di Medan Tuanku, petang semalam.
Kurniaan makanan ini merupakan sumbangan peribadi Seri Paduka Baginda, dengan kerjasama Pertiwi Soup Kitchen, kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur.
Aktiviti ini berlangsung semalam dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan.
Sumbangan Seri Paduka Baginda ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Baginda terhadap golongan ini yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka, lebih-lebih lagi pada ketika ini yang mana rakyat amat terkesan akibat penularan wabak COVID-19.
Semoga kurniaan Seri Paduka Baginda ini dapat membantu mengurangkan beban golongan tersebut."
Hantaran berkenaan menerima pelbagai komen daripada pengikut laman sosial berkenaan yang rata-rata amat menghargai sumbangan itu.