Setiap kali kita tengok kapal terbang awam yang mempunyai kipas besar di luar atau turboprop, mesti kita akan panggil Fokker. Perasan tak? Padahal sebenarnya bukan Fokker sahaja yang mempunyai pesawat kipas besar atau proppeller di luar, jenama pesawat lain pun mempunyai jenis pesawat yang sama dan beroperasi di negara kita.
Mungkin pesawat Fokker itu banyak digunakan di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak, jadi menjadi ikutan masyarakat untuk memanggil semua jenis pesawat sedemikian dengan satu panggilan yang sama iaitu Fokker.
Antara pesawat penumpang yang sering dipanggil sebagai Fokker walhal ianya bukan adalah pesawat ATR milik Firefly. Dek kerana ia juga datang dari pesawat jenis turboprop sama seperti Fokker, maka ramai orang yang memanggil pesawat ATR ini sebagai Fokker.
Ads
Untuk pengetahuan anda semua, pesawat turboprop Firefly ini adalah model ATR buatan Perancis-Italy yang beroperasi di Blagnac, Perancis. Model pesawat adalah ATR72-500 dan mula beroperasi bersama Firefly sejak tahun 2007 sehingga sekarang.
Sekalipun saiznya lebih kecil daripada pesawat lain, pesawat ATR72-500 ini cukup popular untuk penerbangan jarak dekat di seluruh dunia.
Ads
Jadi apa kelebihan yang ada pada pesawat ATR72-500 ini? Mari, di sini saya senaraikan kepada anda apakah kelebihan yang ada pada pesawat ini.
Ads
Pesawat ATR72-500 ini mempunyai enjin turboprop berkembar yang mana ianya dikuasakan oleh enjin yang lebih senyap dan propeller yang lebih efisyen berbanding pesawat turbojet – menjadikan pesawat ATR72-500 ini sangat sesuai untuk penerbangan jarak dekat dengan anggaran kelajuan sekitar 725 km/h.
Oleh kerana kadar kelajuan yang diperlukan untuk menerbangkan pesawat ini tidak terlalu tinggi, maka pesawat ATR72-500 ini boleh berlepas dan mendarat di atas landasan yang pendek – menjadikan pesawat ini serba boleh dan mampu mendarat di lebih banyak lapangan terbang berbanding pesawat yang dikuasakan dengan jet.
Pesawat ATR72-500 ini mempunyai keluasan kabin dengan panjang 17.95 meter, lebar 2.57 meter dan tinggi 1.91 meter dan boleh terbang sehingga altitud 7,620 meter
Model ATR72-500 ini mempunyai kapasiti penumpang seramai 70 orang dan krew pesawat seramai dua ke empat orang bergantung kepada keadaan – sesuai untuk penerbangan jarak dekat.
Model ATR72-500 ini juga merupakan model pesawat yang terkenal di kalangan syarikat penerbangan di serata dunia daripada Malaysia sehinggalah ke Brazil. Sebanyak 960 buah pesawat model ini telah dibina pada tahun 2017.
Jadi itu adalah serba sedikit mengenai pesawat ATR72-500 yang biasa kita lihat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan dioperasikan oleh Firefly. Jadi jangan tersalah lagi untuk membezakan antara pesawat Fokker dan ATR ya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sepasang suami isteri dari Britain yang meninggalkan negara asal mereka pada tahun 2011 kerana ingin belayar mengelilingi dunia kini telah mempunyai tiga orang cahaya mata dan masih meneruskan pelayaran.
Ramai yang cemburu dengan kehidupan keluarga ini kerana menghabiskan masa hanya dengan belayar selain berpeluang menjejakkan kaki di pelbagai negara di dunia.
Jess Lloyd-Mostyn berusia 36 dan suaminya, James, 48 tahun memulakan pengembaraan mereka setelah mengikuti beberapa kursus pelayaran ringkas. Pasangan itu sebelum ini hanya pasangan kekasih, dalam tempoh ketika misi pelayaran mereka telah berkahwin dan dikurniakan anak sudah melawat hampir 36 buah negara. Mereka sudah belayar sejauh 41,000 kilometer dalam tempoh lapan tahun ini.
Selepas menyeberangi Lautan Atlantik dan berada beberapa bulan di Caribbean dan tiba di Panama, pasangan iniu memutusakan untuk memulakan kehidupan berkeluarga. Dua tahun selepas memulakan pelayaran, Jess melahirkan anak pertamanya, Rocket yang kini berumur 5 tahun di sebuah hospital di Mexico manakala anak kedua, Indigo, 3 tahun, dilahirkan di New Zealand. Manakala cahaya mata ketiga mereka, Autumn lahir di London ketika pasangan suami isteri itu pulang dan berhenti sebentar di Britain pada Oktober tahun lalu.
Jess sebelum ini merupakan seorang artis seni dan James pula bekerja sebagai arkitek. Pasangan itu menyewakan rumah dan sebuah flat milik mereka di London bagi membantu membiayai pelayaran tersebut.
Mereka pada mulanya meletakkan tempoh dua tahun untuk menamatkan pelayaran tersebut. Namun, Jess dan James terpaut pada kehidupan baharu itu dan tidak merancang untuk berhenti belayar. Penulis percaya kehidupan sebegini menjadi impian ramai orang kan? Tujuan hidup hanya dengan mengelilingi dunia dan menggembara melihat ciptaan Ilahi.
Memperkayakan lagi karya dalam industri digital dan kreatif tanah air, Nu Ideaktiv, melancarkan dua produk terbarunya iaitu aplikasi seeNI dan portal Kliik.
Majlis pelancaran aplikasi berlangsung dalam Festival Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) 2024 : Level Up Play anjuran anjuran Perbadanan Ekonomi Digital(MDEC) yang diadakan Kuala Lumpur Convention Centre baru-baru ini.
Aplikasi seeNI adalah SuperApp terbaru yang dibangunkan oleh Nu Ideaktiv, dengan matlamat untuk merevolusikan cara pengguna menggunakan kandungan digital. Aplikasi ini menyediakan pelbagai jenis kandungan termasuk artikel, video, podcast, dan siri seeNI
Original.
Di samping itu SeeNI juga menggabungkan 18 jenama media Ideaktiv serta menyediakan akses kepada Sinar Harian, Astro Awani, Amanz, Kita Family Podcast.
Sementara itu Kliik.je pula adalah platform yang interaktif dan berasaskan komuniti, direka untuk memupuk kegembiraan dan keterujaan dalam kalangan komuniti, menawarkan aktiviti-aktiviti menarik dan boleh mendapat ganjaran menarik kepada penggunanya termasuk akses kepada pertandingan, sampel percuma, acara menarik, seminar, dan webinar.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, encik Syamil Fahim Mohamed Fahim melalui ucapan sempena pelancaran tersebut, dua buah tangan terbaru Ideaktiv ini adalah selaras dengan usaha Ideaktiv untuk membentuk masa depan digital negara.
“Aplikasi seeNi dan portal Kliik bukan sahaja membawa nilai tambah kepada pengguna, tetapi juga menyokong pertumbuhan industri kandungan tempatan. Ideaktiv akan terus berinovasi dan memberikan yang terbaik kepada pengguna dengan menyediakan platform yang relevan dan
bermakna.
“Ideaktiv juga bercita-cita untuk menjadikan seeNI dan Kliik sebagai penanda aras baru dalam industri kandungan digital tempatan dan akan terus berusaha untuk menyediakan pengalaman yang unik dan bermakna kepada pengguna,” ujar beliau dalam majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Datuk Fadzli Abdul Wahit, Naib Presiden Kanan (Senior Vice President), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
Dalam pada itu orang ramai terutama ‘digital enthusiasm’ kini boleh mengakses aplikasi seeNI dan Kliik secara percuma melalui muat turun menerusi Google Playstore, Apple App Store, dan Huawei AppGallery.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tourism Malaysia dengan bangganya menjadi tuan rumah buat kali ke 2 edisi ASEAN MEDIA BLOGGERS TOURISM HUNT 2017 yang berlangsung 11-14 Julai 2017.Sejumlah 50 rakan media dan penulis blog dari 10 negara ASEAN menyertai acara ini, yang membawa mereka ke lokasi menarik di Malaysia.
Chief Nazri sporting dengan peserta selepas ‘press conference’.
Acara ini adalah konsep pencarian harta karun, perlumbaan dan pertandingan media sosial yang mensasarkan pengenalan dan promosi budaya Malaysia, peninggalan sejarah, makanan dan lain-lain yang menawarkan Malaysia ke pasaran ASEAN. Dari acara ini, penulis blog dapat menulis dan berkongsi secara terus terhadap peminat mereka melalui perkongsian video dan gambar , yang secara langsung mempromosi Malaysia pada skala lebih besar.
Chief Nazri ceria bersama bloggers sebelum ‘flag off’.
Acara tahun ini bertemakan “Malaysia on wheels’ memberi penekanan konsep bercuti di Malaysia dengan cara memandu serta menggunakan lebuhraya terutamanya Lebuhraya PLUS.
Chief Nazri ‘flag off’ peserta.
Peserta memulakan perjalanan empat hari dari Matic, Kuala Lumpur, melawat kawasan ikonik seperti Dataran Merdeka, Batu Caves dan kemudian terus ke Ipoh dan Kuala Kangsar, sesuai dengan sambutan Visit Perak Year 2017. Acara ini akan tamat di Putrajaya.
Pasaran ASEAN kekal sebagai penyumbang pelancong terbesar ke Malaysia. 2016; seramai 20.3 juta pelancong dari negara ASEAN ke Malaysia, membentuk 75.8% dari keseluruhan pelancong ke Malaysia berjumlah 26.8 juta. Jumlah resit pelancong ASEAN sahaja berjumlah RM56.2 billion, membentuk 68.4% dari jumlah resit pelancong 2016.
Suke pertama 2017, menyaksiakn Malaysia menerima 5.03 juta pelancong ASEAN, penambahan 2.4% berbanding waktu sama tahun lepas. Ini kesan positif dan malaysia menyasarkan kehadiran 23.1 juta pelancong ASEAN tahun ini.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...