Pernah atau tidak anda terfikir untuk travel secara solo. Memang ia satu pengalaman menyeronokkan kerana semua keputusan tidak dipengaruhi sesiapa.
Malah kita sendiri yang tentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang percutian solo ni. Tetapi ada bahaya jika trip solo ini terutama bagi kaum perempuan.
Namun jangan risau kerana pekongsian video seorang pengguna Tiktok @Mirzanjohor memberi tip jika travel secara solo. Video ini juga telah mendapat tontonan di Tiktok sebanyak 3 juta.
Sebenarnya trik ini juga boleh dilakukan jika bercuti bersama ahli keluarga yang lain.
Check In Hotel, Tip Berguna Untuk Perempuan
1. Ambil gelas dan letak pada tombol supaya tak ada orang gila buka pintu dan kita tahu bila gelas jatuh.
Ads
2. Selalu kita tengok dan pesanan suapay letakkan hujung jari pada cermin bilik air. Pastikan hujung jari anda pada cermin itu tak bertemu. Kalau bertemu itu tandanya bukan cermin. Ada yang memerhati.
Ads
3. Biasanya dalam bilik hotel , dah tentu ada lubang air cond di bahagian atas. Perhatikan sebab ada ‘orang gila’ letak kamera di celah lubang air cond.
4. Cuba tutup lampu dalam bilik dan ‘tawaf’ satu bilik. Pastikan tak ada lampu yang berkelip-kelip. Kalau ada, itu tandanya ada ‘spy camera’. Hati-hati.
Tak sangka betul Malaysia tersenarai dalam carta lokasi terbaik untuk Instagram bila menduduki tangga ke-17, meninggalkan 33 negara yang lain di bawah. Anda nak tahu satu benda yang lebih membanggakan tak?
Malaysia berada di tangga yang lebih tinggi berbanding Greece, Norway, Sweden dan Switzerland!
Sweden, Switzerland dan yang lain-lain tu kita tahu, di sana ada bersepah gunung-ganang, lembah, dan tasik yang majestic, but still Malaysia masih mampu berada di tangga teratas. Bangga weyh!
Survey ini dilakukan oleh Big Seven Travel terhadap 50 buah negara melalui sistem berdasarkan penilaian menganalisis jumlah hashtags setiap destinasi pelancongan, survey pembaca Big Seven Media dan polling yang dilancarkan oleh travelexpert.
FYI, Big Seven Travel ni adalah satu channeltravel yang quitepopular, so yeah, mereka la yang jalankan survey tentang perkara ni.
Selain daripada Malaysia, antara negara Asia yang turut tersenarai adalah Indonesia (tempat ke-4), Singapura (tempat ke-10), Thailand (tempat ke-14) dan Jepun (tempat ke-15).
So mana yang rasa nak gambar Instagram lawa-lawa, tak payah pergi jauh. Jom bercuti dalam Malaysia je dulu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Siapa sangka di sebalik kediaman cantik yang ada di Bukit Jelutong turut terdapat sebuah taman komuniti yang cukup indah. Berkunjung ke sini terasa bagaikan berada di luar negara
Kawasan berbukit yang luas, sesuai untuk berkelah sambil layan view cantik. Selain itu bagi yang ada anak-anak kecil, kat sini juga si kecil boleh bermain dengan haiwan yang ada. Jangan lepaskan peluang untuk explore tempat ini, dan ini 7 aktiviti yang boleh korang buat kat sana!
Aktiviti yang boleh dibuat di Bukit Jelutong Eco Community Park
Bukit yang tak terlalu tinggi kat sini memang sesuai untuk anda mendaki santai bersama anak-anak kecil.
Kat sini ada kawasan lapang untuk korang piknik dan bergambar. Bentang tikar dan hidang makanan yang dibawa dari rumah, best jugak!
Ada pelbagai haiwan ternakan di Bukit Jelutong Eco Community Park ni. Kat sini ada haiwan seperti itik, angsa dan kambing. Itik-itik tu memang ada di dalam tasik. Korang dengan anak-anak boleh bagi makan dekat haiwan yang ada dekat sini.
Untuk kaki pancing, kat sini korang boleh memancing. Siapa tahu ada rezeki dapat ikan besar ke kan?
Ada laluan untuk basikal disediakan di sini, untuk yang nak explore trek kat sini memang sesuailah.
Kat sini ada kafe kecil yang boleh korang lepak. Pemandangan memang cukup indah sambil menikmati kopi panas.
Banyak port bergambar untuk korang explore kat sini. Pilih sahaja spot mana yang berkenan dan boleh bergambar sampai puas.
Tak perlu bayar apa-apa untuk masuk ke sini, jadi jom beramai-ramai beriadah sambil menikmati keindahan alam yang ada di Bukit Jelutong Eco Community Park.
alamat: Bukit Jelutong Eco-community Park, Jalan Lelangit U8/45, Bukit Jelutong, Shah Alam
kredit gambar: @BukitJelutongEcoCommunity
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke kota yang terletak di sebelah Australia barat, Perth pasti menggamit kehadiran anda ke sini. Sebabnya, kota yang mula dibina pada tahun 1829 ini menjanjikan suasana percutian santai dengan keindahan alam menambat jiwa.
Tak kenal, maka tak cinta. Tidak seperti kota Sydney, Perth sebenarnya cukup ideal untuk mereka yang ingin lari daripada hiruk-pikuk kota. Ironi bukan?
Mungkin ada yang tidak percaya Perth bebas daripada kesesakan trafik. Jadi anda boleh mengelilingi Perth dengan memandu sendiri tanpa perlu gusar. Paling seronok, tiada jalan bertol, jadi tidaklah membebankan. Dengan memandu sendiri, banyak lokasi menarik yang boleh diterokai.
Kali ini penulis mahu berkongsi cerita tentang dua pulau popular iaitu Pulau Rottnest dan Pulau Penguin. Kedua-dua pulau ini punya tarikan tersendiri. Keindahannya sukar dilafazkan dengan kata-kata. Indah bukan kepalang.
Selfie bersama Quokka di Rottnest
Selain terkenal dengan keindahan alam semula jadinya, Rottnest Island juga popular dengan kehadiran haiwan marsupial yang cukup comel, Quokka yang menjadi penghuni setia.
Untuk sampai ke Rottnest Island, anda perlu mengambil feri sama ada dari Perth’s Barrack Street Jetty, Hillary Boat Harbour atau Fremantle. Jika memilih feri dari Perth, perjalanan akan mengambil masa selama 90 minit, dari Hillary Boat Harbour mengambil masa kira-kira 45 minit, manakala dari Fremantle hanya 25 minit.
Rottnest Island ini memang sangat cantik. Di sini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti berenang, snorkeling, selam skuba, piknik di tepian pantai dan paling penting jangan lupa selfie bersama si manja Quokka. Tak perlu susah-susah mencari Quokka ini sebab memang banyak berkeliaran di pulau ini, terutamanya di kawasan berhampiran jeti.
Salah satu cara hendak mengelilingi Rottnest Island ialah dengan mengayuh basikal. Anda boleh beli pakej yang menawarkan tiket feri dua hala + basikal untuk kegunaan harian. Mudah, sampai sahaja di jeti Rottnest Island, anda boleh ambil terus basikal. Tak perlu buang masa mencari di tempat lain.
Berbasikal memang seronok sebab mudah untuk berhenti di mana-mana lokasi yang dirasakan menarik. Bagaimanapun ia menguji stamina sebab jalannya bukan mendatar. Perlu diingatkan keluasan pulau ini boleh tahan juga iaitu 19 kilometer persegi. Jika anda punya masa yang terhad di pulau ini, lebih baik ikut pakej bas untuk keliling pulau. Lebih selesa dan sempat singgah ke semua tempat menarik untuk bergambar.
Jika ingin juga berbasikal, jangan lupa ambil peta di pusat informasi sebelum meninggalkan kawasan jeti. Tanpa peta, anda tidak dapat merancang perjalanan.
Antara tempat mesti singgah ialah Bathurst Lighthouse, Wadjemup Lighthouse, Parker Point, Little Salmon Bay, Parakeet Bay dan Pink Lake.
Untuk keseronokan maksimum, adalah lebih baik bermalam di sini semalam dua. Terdapat beberapa buah penginapan yang boleh dijadikan pilihan.
Tengok penguin terkecil di dunia
Penguin Island terletak di Rockingham yang memerlukan masa pemanduan kira-kira 45 minit dari pusat bandar Perth. Sesuai dengan namanya, salah satu tarikan utama di Penguin Island ialah melihat penguin terkecil di dunia.
Penguin Island hanya boleh dilawati di antara pertengahan September sehingga awal Jun. Ini kerana pulau yang turut dihuni oleh lebih 50 spesies burung laut ini ditutup pada waktu-waktu lain kerana pihak bertanggungjawab tidak mahu koloni penguin terganggu ketika musim pembiakan. Anda tidak akan menyesal ke sini, Penguin Island menjanjikan pemandangan alam yang cukup mempesona. Sukar diungkap dengan kata-kata.
Terdapat beberapa pilihan pakej yang boleh dibeli untuk ke Penguin Island. Namun untuk pengalaman lebih bermakna dan mencabar , lebih baik beli pakej Dolphin, Penguin and Sea Lion Cruise di http://sightseeingpassaustralia.com.
Mengapa perlu beli di laman web ini? Sebab servisnya profesional. Anda boleh beli di laman web yang lain, tetapi mungkin pengalamannya berbeza. Selain itu, anda dinasihatkan supaya menempah pakej lawatan ke Penguin Island lebih awal kerana ia sering penuh terutama pada musim cuti atau hujung minggu.
Berbalik kepada pakej Dolphin, Penguin and Sea Lion Cruise, pakej ini mengambil masa kira-kira tiga jam masa lawatan. Selain dapat melihat penguin secara dekat, anda juga dapat mengintai ikan lumba-lumba, singa laut dan juga beberapa spesies burung lain. Memang pengalaman yang cukup berharga. Bukan kanak-kanak sahaja boleh teruja, orang dewasa juga akan merasakan keseronokannya.
Sepanjang pelayaran, anda akan mendengar penerangan daripada krew feri tentang setiap spesies haiwan yang ditemui. Banyak info menarik yang dikongsi. Selain itu, anda juga perlu bersabar sedikit untuk bertemu dengan ikan lumba-lumba, sebabnya haiwan liar ini bukan boleh dipanggil-panggil.
Selesai mengintai ikan lumba-lumba dan singa laut, anda dibawa ke daratan Penguin Island. Sampai di sini, jangan lepaskan peluang ke discovery centre untuk melihat si comel penguin yang diselamatkan daripada pelbagai bahaya.
Sebelum bertolak pulang, jangan lupa mengelilingi pulau ini dengan berjalan kaki sambil merakam gambar untuk kenang-kenangan. Selamat bercuti!
Perkongsian pengalaman oleh Sri Rahayu Mat Nah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila bercakap tentang hotel, ramai orang terus bayangkan tempat untuk tidur, mandi dan berehat sebelum sambung berjalan keesokan hari. Tetapi di beberapa destinasi dunia,...