Pulau Tioman terletak lebih kurang 32 kilometer dari pantai barat negeri Pahang dan berkeluasan lebih kurang 20 kilometer panjang dan 12 kilometer lebar. Sebahagian besar pulau ini diliputi hutan dan kaya dengan khazanah flora dan fauna yang menjadikan Pulau Tioman popular di kalangan pasangan yang ingin berbulan madu. Pulau ini boleh diakses melalui jeti Mersing dan jeti Tanjung Gemuk dengan menaiki feri atau bot.
Air lautnya yang jernih cukup indah. Pasir pantai yang halus pula memukau setiap pengunjung yang bertandang. Itulah keindahan Pulau Tioman. Mendengar namanya sahaja sudah tidak asing bagi kebanyakan kita, kerana pulau ini adalah pilihan pengunjung yang ingin bercuti di Pahang. Menariknya di sini, air lautnya cukup jernih sehingga anda mampu melihat ke dasar lautan, ikan pelbagai jenis yang bebas berenang dan terumbu karang yang berwarna-warni. Lokasi ini juga cukup popular untuk aktiviti snorkeling dan selam skuba. Aktiviti menarik di sana:
Island Hopping
Scuba Diving
Snorkeling
Rock Climbing
Mandi air terjun
Shopping
Bercadang ke Tioman untuk trip 3 hari 2 malam? Nah, ini perkongsian bajet ke sana untuk 5 orang oleh Hamimah Miema
Kalau dapat mengembara ke Nagano di Jepun, anda pasti teruja melihat keindahan panorama luar bandar di negara matahari terbit ini.
Menurut pengalaman saudara Encik Epal, dia memilih gerak secara solo ke Nagano, Jepun. Lebih mudah nak berhenti dan menikmati pemandangan sesebuah lokasi nanti.
Trip percutiannya ini lebih kepada pengembaraan dan aktiviti menyelam, pastinya melibatkan kos yang agak tinggi. Jadi nak tahu selebihnya, jemput baca pengalamannya sewaktu di sana.
Destinasi yang terletak di tengah-tengah pulau terbesar Honshu ini terkenal dengan kawasan pergunungan, landskap semula jadi, tanah ladang yang banyak, hidupan liar dan sudah tentu, banyak pusat peranginan ski.
Tempat ini juga juga merupakan bandar terbesar di Prefektur Nagano dan lokasi paling sesuai untuk meneroka pelbagai destinasi yang ditawarkan di Jepun Tengah.
Pengunjung berpeluang menyaksikan beberapa kemudahan asas Sukan Olimpik Musim Sejuk 1998 di sekitar bandar yang menjadi kebanggaan mereka sebagai tuan rumah ketika itu selain menikmati sajian unik dari masyarakat tempatan.
Perbelanjaan sepanjang tempoh satu hari adalah sekitar RM450 kerana perjalanan mengelilingi Nagano dilakukan menggunakan kereta sewa yang dipandunya sendiri.
Encik Epal memilih penginapan yang menawarkan bayaran mengikut kaedah per jam dengan kadar sewaan RM100 hingga RM140.
Paling menarik, anda boleh daftar masuk dan keluar sesuka hati.
Berdasarkan pengalaman Encik Epal, kos perjalanan selama dua hari adalah RM120 yang mana harga minyak anggaran RM5 per liter.
Sebagaimana Malaysia, sesetengah laluan mempunyai tol dan ada yang mencecah RM24 walaupun dalam jarak dekat.
Anda boleh gunakan ETC kerana sistemnya seperti smart tag yang memudahkan pengguna lebuh raya.
Bagi parkir, terdapat kawasan yang menawarkan sewaan RM30 untuk tempoh 30 minit.
Bagaimanapun anda perlu waspada kerana terdapat kawasan yang mengenakan caj sebanyak RM100, manakala percuma di lokasi luar bandar.
Kereta mikro jenis Kei-Kar adalah pilihan yang tepat kerana berharga lebih murah.
Kebiasaannya kos sewa kereta adalah sekitar RM300 hingga RM350 tetapi kereta Kei-Kar berharga RM120 hingga RM150.
Bagaimanapun, ia bergantung pada nilai mata wang masa tersebut.
Dianggarkan RM100 hingga RM240 sehari.
Kalau anda nak berjimat, beli nasi putih di kedai serbaneka yang berharga RM5 dan panaskan di kaunter.
Anda boleh nikmatinya dengan sambal goreng ikan bilis bersama air mineral yang berharga RM3.50 per liter.
Kebanyakan pengembara tidak membawa pakaian yang banyak kerana menggunakan beg sandang.
Jadi, Lebih baik guna dobi layan diri yang ada dengan kos kira-kira RM40 hingga RM60 untuk sekali cucian dan kering.
Cukup itu sahaja tip kali ini, jadi buat anda yang mahu cuba bercuti ke negara Jepun secara solo, boleh bersedia dari awal dan guna tip ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bercuti dengan anak-anak terutamanya yang masih bayi memerlukan persiapan dan kelengkapan yang banyak dan teliti. Apatah lagi yang nak bercuti ke negara sejuk seperti Eropah dan sebagainya.
Kembara ke Eropah ketika musim sejuk bersama bayi tentunya ada cabaran tersendiri. Tapi dengan perancangan Najla Aiman berkongsi persiapan dan juga tip-tip untuk ibu-ibu lain yang ingin membawa bayi mereka bercuti terutamanya ke negara empat musim atau negara-negara maju.
Memandu sendiri di sesetengah negara memerlukan anda menyewa carseat untuk bayi, tapi kalau boleh bawa sendiri dan digunakan di atas pesawat adalah lebih baik seperti yang dilakukan oleh Najla Aiman ketika percutiannya baru-baru ini.
Banyak lagi tip yang baik dikongsikan oleh ibu ini untuk mengembara bersama si kecil. Moga dapat menjadi rujukan juga untuk wanita lain yang akan bercuti bersama anak-anak.
Hi… Alhamdulillah, masuk minggu ke 3 kembara keluarga kecil kami. Masih bersisa beberapa hari lagi sebelum pulang ke Malaysia .Konsep santai-santai, budget sederhana , free & easy tour.
Trip bermula dari:
JB – Changi – Jeddah – Amsterdam – Brussels – Luxembourg – Basel – Switzerland – Frankfurt – cologne – Den Haag – & semua daerah2 dalam Netherlands
Mode penangkutan: selfdrive (sewa kereta). Tram & subway hanya intercity dan sekitar sahaja.
Penerbangan : Saudia Air, class economy
Gambar:
1. carrier cover brand pognae. Kalau beli baru dalam rm100+ juga. Saya beli bundle je kat JJJ. Dapat rm5 je
Disebabkan ramai dah share pasal route ni, izinkan saya berkongsi sedikit keperluan bayi yang saya kira sangat penting & membantu sepanjang trip terutama musim sejuk.
Semoga bermanfaat buat ibu-ibu yang sedang membuat persiapan travel bersama bayi.
Checklist – details boleh rujuk di caption setiap gambar.
Travel sistem
Kebanyakan parents akan fokus pada stroller kecil @ buggy yang boleh masuk dalam cabin sahaja. Tapi, saya cadangkan masukkan juga car seat dalam list anda. Car seat sangat penting jika anda bercadang menyewa kereta. Selain faktor keselamatan, undang-undang kebanyakan negara eropah mewajibkan penggunaann car seat untuk kanak-kanak & mengenakan kadar saman yang tinggi sekiranya tertangkap. Untuk ibu bapa yang tak bawa car seat bersama, jangan risau. Anda boleh menyewa car seat dari syarikat sewaan kereta dengan sedikit bayaran tambahan. Tetapi, saya prefer membawa car seat sendiri kerana berkemungkinan bayi tak selesa dengan car seat yang disewa.
Untuk sesetengah negara, kenderaan awam seperti bas untuk perjalanan merentas negara seperti flixbus dan lain-lain. tidak mewajibkan penggunaan car seat. Namun, saya pernah melihat pelancong Malaysia dimarahi penumpang lain dalam bas gara-gara tidak sediakan car seat untuk anak. Judgemental jugak depa ni kan.
Saya juga gunakan car seat yang dibawa di dalam pesawat. Travel dengan kelas ekonomi untuk long haul flight sangat memenatkan untuk both parents & baby. Dengan car seat, keselamatan anak lebih terjamin, dapat tidur dengan selesa dan mummy boleh makan dengan tenang.
Jadi, travel system yang paling practical buat saya adalah cabin size stroller, yang boleh attach dengan car seat.
Baby carrier
Pilih carrier ergonomic (any brand) yang selesa untuk ibu & anak. Untuk perjalanan musim sejuk, sediakan juga carrier winter cover.
Travel insurance: biasanya saya pakai etiqa 360 tapi sebab banyak posting negative, saya berpaling tadah ke AXA. Kami ambil Plan Family Premium coverage dgn harga +- Rm600 untuk 1 keluarga dgn beberapa penambahan coverage yang saya & suami rasakan penting.
Note:
kebanyakan pakaian-pakaian winter terutama inner wear saya beli bundle je. Kalau pandai pilih, boleh dapat yang berkualiti & decent looking dengan harga kurang rm10. Kalau ade mummy daddy yang nak travel bersama infant & malas atau tak sempat cari, pm saya..saya bagi free je ( bayar kos pos).
Ada juga beberapa winter jacket yang dibeli dari kedai-kedai khas winter dengan standard harga pasaran rm100 – rm300 tapi saya akan gunakan turun temurun dari abang-abang hingga adik baby
Kasut winter baby- saya beli ketika di Den Haag dengan harga 5 sahaja di Primark.
Ok, sekian sahaja perkongsian saya. Happy preparing mummy daddy.
Kami Ade buat silly mistake. Last minute decide taknak bawa baby carrier atas faktor baby suka stroller & mummy tak suka carry baby.
Pengajaran, baby could be so unpredictable waktu travel. Tiba2, our baby REFUSE stroller. Menangis tanpa henti. Dah mcm kene culik pulak. Kami terpaksa dukung bergilir2. Baby saya body semangat. Lenguh 1 badan.
3rd day saya tak tahan. Masuk thrift shop dekat rumah sewa, nampak ni. Google kalau baru 160 euro. Testing2 pakai..eh, sedap. Malas fikir & survey dah. Ambil je. Dia jual 45 euro.
Drama tak habis lagi. Confident nak pakai big pay. CC terminal dia rosak pulak. Hanya boleh pakai cash. Tapi, cash kami x cukup.
Rezeki kami, owner baik. Dia tanya bro cash ada. We can discuss the price. Alhamdulillah, kami dapat 25 euro untuk carrier ni. Berbaloi la
JANGAN TAKUT TRAVEL DENGAN ANAK KECIL. PLAN WELL & LEAVE THE REST TO ALLAH
Sama ada anda memakai kasut, but ataupun selipar ketika mengembara, semuanya memainkan peranan penting.
Setiap satunya bukan sahaja melindungi kaki, malah turut memberikan keselesaan ketika meneroka tempat-tempat yang dijejaki.
kasut-but-atau-selipar
Namun, antara kasut, but dan selipar, semuanya mempunyai kekurangan tersendiri. Kalau tersalah pilih, aktiviti mengembara pasti terganggu. Jadi, memilih dan menentukan pelindung kaki yang sesuai ketika mengembara amat sekali digalakkan agar fungsi sebenarnya dapat dioptimumkan.
Tidak kira daripada pun sekali buatannya, kasut dilihat lebih praktikal digunakan ketika mengembara. Jika anda jenis yang suka mengembara di bandar, kasut seperti trainer dan loafer adalah pilihan yang tepat.
Ia mudah, cepat, ringan dan selesa ketika dikenakan pada kaki. Namun, kasut tidak praktikal apabila hari hujan ataupun berada di tempat berair seperti sungai, laut atau pun tasik. Kecenderungannya untuk basah adalah tinggi, sekali gus menyebabkan kaki merasa tidak selesa dan mengganggu emosi ketika mengembara.
But lazimnya diperbuat daripada kulit, mempunyai tapak yang tebal dan berat. Ia boleh disifatkan sebagai pelindung kaki terbaik ketika mengembara. Selain mengelak kaki daripada dimasuki air, ia juga melindungi kaki daripada objek-objek tajam seperti paku, kaca ataupun besi.
Namun, tidak ramai yang memilih untuk memakai but kerana ia berat dan memenatkan kaki untuk melangkah lebih jauh. Di samping itu, membawa but juga menyebabkan berat bagasi anda bertambah. Pelindung kaki ini hanya praktikal digunakan ketika anda mengembara ke negara yang mempunyai musim sejuk.
Selipar dilihat sebagai pelindung kaki yang praktikal ketika mengembara. Ia ringan, cepat, mudah dan selesa ketika digunakan. Jika anda seorang yang gemar dengan aktiviti di tengah bandar, pelindung kaki ini adalah jawapannya. Namun, memakai selipar jadi tidak praktikal apabila hari hujan.
Ia boleh menyebabkan anda tergelincir dan merasa tidak selesa. Malah, pelindung kaki ini juga boleh menyebabkan kaki anda merasa sakit jika berjalan terlalu jauh ataupun lama. Walau bagaimanapun, selipar seharusnya ada bersama dengan setiap pengembara kerana ia memudahkan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...