
Terengganu antara destinasi pilihan bercuti rakyat Malaysia. Ramai sukakan makanan enaknya seperti keropok lekor, nasi dagang dan banyak lagi. Bukan itu saja, banyak tempat-tempat menarik boleh dilawati seperti Jambatan Angkat / Drawbridge Kuala Terengganu, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), pulau-pulaunya yang indah selain produk pelancongan batik dan songket yang boleh dijadikan cenderamata kalau bercuti ke negeri ini.
Bahkan ada banyak penginapan tepi pantai yang boleh dijadikan pilihan kalau bercuti ke Terengganu.
Bagi korang yang bakal ke Pantai Timur, dikongsi dari page Cuti-Cuti Terengganu, ada satu resort yang menjadi pilihan ramai kalau datang ke sini. Dikongsikan oleh Nazeera Edora, dirinya berkongsi pengalaman menginap di Chalet Anees yang betul-betul mengadap laut. Lebih best, sewaaanya cukup murah iaitu RM100 semalam sahaja. Jadi kalau ke sini, masukkan chalet ini sebagai pilihan menginap.
Baca perkongsiannya :-
Saya bukan owner tapi saya customer yang sangat puas hati dengan chalet ni. Kali ni memang saya mencari chalet betul-betul tepi laut. Cuma RM 100/malam untuk satu unit chalet.
Tak perlu payment untuk deposit. Cuma hubungi chalet dan bagi nama, nombor telefon. Pihak chalet akan “lockkan” untuk kita dan datang terus. Tak perlu pun security deposit ke apa. Bayar terus dan dapat kunci! Baik betul owner chalet ni.
Dan disebabkan berderet rakyat jelata, bawak tilam angin kerana chalet ni cuma ada bilik berserta katil king/queen/ 2 single. Jangan risau, ruang solat berserta sejadah disediakan.
Electric kettle dan cawan, towel dua helai dan sabun buku disediakan. BBQ set pun ada tau.
Di tangga chalet ada paip untuk bilas kaki. Bagus disediakan sebab kita balik dari pantai mesti kaki berpasirkan. Best sangat! Buka pintu nampak laut. Parking kereta pun sebelah chalet.
Chaletnya pun dekat dengan Lapangan Terbang Terengganu, dekat dengan warung-warung celup tepung. Dalam chalet pun ada gerai tau. Malam-malam lapar boleh tapau makan.
Sebelah chalet pun ada jual burger kalau lapar malam-malam.
Cuma diingatkan pantainya dalam. Tak sesuai untuk mandi. Celup kaki pun jangan. Sebaiknya bawak joran sebab memang port best untuk memancing.
Lokasi :-Chalet Anees, Kg Tanjung Gelam Mengabang Telipot 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nasi Kuning & Roti Kahwin Restoran Haji Tamrin, Menu Wajib Cuba Jika Singgah Tawau

Isi Kandungan
ToggleHidangan Nasi kuning sangat popular dalam kalangan masyarakat di pantai timur negeri Sabah seperti di Semporna, Tawau, Sandakan dan Lahad Datu. Seperti Nasi Lemak yang menjadi hidangan sarapan pagi, tengah hari dan juga lewat malam, Nasi Kuning juga menjadi santapan penduduk tempatan tidak kira masa.
Tetapi sebenarnya Nasi Kuning pada satu ketika dahulu merupakan hidangan untuk sarapan pagi sahaja yang popular sejak sekian lama di daerah ini dan ia dikatakan diperkenalkan masyarakat tempatan.
Jika ke Tawau, kena cuba Nasi Kuning Restoran Haji Tamrin yang menjadi buah mulut ramai kerana keenakkan rasanya yang sama dan tidak berubah seperti pada hari pertama premis makanan ini beroperasi sejak tahun 1979 lagi. Bukan sahaja menjadi restoran pilihan penduduk setempat malah digemari oleh pengunjung luar dan pelancong asing.
Cara hidangan nasi kuning hampir sama seperti nasi lemak, ada yang dibungkus dengan daun pisang atau dihidangkan secara buffet. Nasi Kuning Restoran Haji Tamrin dihidang bersama ayam percik, ayam masak merah, ikan atau ayam goreng, telur rebus atau mata lembu, tempe goreng, kerisik dan hirisan timun. Lauk ikan goreng dihidangkan bersama nasi kuning biasanya menggunakan ikan selayang atau ikan tongkol, tetapi boleh dipelbagaikan dengan jenis ikan lain seperti tenggiri, ikan putih atau merah, mengikut citarasa masing-masing.
Roti Kahwin
Selain Nasi Kuning, restoran yang telah diuruskan dua generasi ini juga turut menyediakan menu menarik yang lazat iaitu Roti Kahwin. Rasa asli roti dan intinya begitu serasi dan lembut sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.
Tidak keterlaluan jika dikatakan rasa Roti Kahwin ini berbeza dan sangat sedap. Seperti mana Nasi Kuning, Roti Kahwin ini juga merupakan resepi turun temurun hasil tangan keluarga ini sendiri. Jom la rasa!
Tip
Ramuan utama membuat nasi kuning ialah serbuk kunyit, santan segar, serai dan halia yang sudah ditumbuk hingga lumat, garam serta daun salam selain menggunakan beras wangi bagi menjadikan nasinya lebih harum dan sedap.
Lokasi: Restoran Haji Tamrin. 4188, Jalan Sim Hua Seng, 91000 Tawau, Sabah
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Itinerari Hebat Ke Surabaya: Panjat Gunung, Berenang Di Waterfall, Shopping – Semua Ada Dalam Ni!

Perkongsian itinerari AMAZING EASTJAVA INDONESIA oleh Zayyad Aazad
SURABAYA – BATU – MALANG – LUMAJANG – IJEN – PROBOLINGGO – BROMO – SURABAYA
Kali ini abam Zayyad Aazad nak share sikit short trip 5D4N ke Surabaya, Indonesia di mana terdapat juga tempat-tempat menarik yang boleh kita kunjungi ke sana, seolah-olah kita juga berada seperti ala-ala di eropah.
Tidak perlu mengeluarkan kos yang besar di mana, scenery juga tetap mengujakan! Tujuan utama abam Zayyad Aayad ke sana kerana ingin memburu keindahan blue fire yang hanya boleh didapati sekitar 1-2 buah negara antara dalam dunia.

Selain itu juga dapat melihat keajaiban dan keindahan ciptaan Allah iaitu kawah gunung berapi di Indonesia di mana gunung kawah tersebut masih aktif tetapi tidak merbahaya kepada pengunjung. Waterfalls di Surabaya juga antara tempat destinasi tumpuan dunia.
Bagaimana pun, perjalanan antara destinasi ke destinasi juga amat jauh dan memenatkan yang memakan masa lebih kurang 4jam-7jam setiap perjalanan. Semoga dengan perkongsian scenery ini dapat menjadi tanda semangat, inspirasi dan membantu rakan rakan lain yang juga berminat ingin berkunjung ke sana.
PAKEJ = IDR 3.4Juta / RM950/pax
(Pakej termasuk hotel, transport, driver merangkap photographer, entrance fees, minyak, tol & sarapan )
MAKAN/MINUM = IDR 249K / RM70
TIPS (for guide/supir) = IDR 100K / RM30
SOUVENIR = IDR 1.686Juta / RM505
ADD-ONS = IDR 69K / RM18 ( Toilet 4K & Simcard 65K )
TRAVEL INSURANCE = 92.90 ( Include adventurous activities ) by Trip Care 360 Etiqa Takaful.
⏩ TOTAL = RM 1665.90 (Tidak termasuk tiket flight promosi AA)

DAY 1 9.00am – Flight dari KLIA airport ke Juanda airport 10.50am – Touchdown dan airport transfer ke Malang. Van Mazda berdua dgn member bersama supir bernama Pak Jan. Cekap dan pantas memandu berpengalaman selama 20thn. Terror tau selok belok jalan tikus..jimat masa.. Hahaha.. OTW tu singgah beli simcard telkomsel price idr 65K utk 12GB ? 1.00pm – Singgah makan bakso idr 27K di Malang 2.00pm – Shopping dan beli souvenir dulu takut masa balik tak cukup masa, idr 106juta. Ni kebanyakan kiriman dari family dan rakan ?. 5.00pm – Taman Langit di Bukit Banyak entrance fees idr 10K di Alun Alun Batu 7.30pm – Makan nasi ayam penyet 37k di Wong Solo di Alun Alun Batu 9.00pm – Checkin Seluwah Homestay di Alun Alun Batu |
DAY 2 6.30am – Sarapan Seluwah Homestay , Alun Alun Batu 7.30am – Bergerak ke Coban Rondo 8.00am – Coban Rondo entrance fees idr 100K – waterfall, flying fox, memanah, maze, paintball, basikal di Alun Alun Batu. Seronok jugak !! 9.30am – Bergerak ke Ladang buah epal. 10.00am – Petik buah epal di area Batu. Entrance fees idr 35K. Boleh makan sampai puas. Boleh juga tapaw tp kena bayarlah ye ?. 11.00am – Bergerak ke Kota Malang 12.00pm – Kampung Warna Warni Jodipan. Tempat tinggal setinggan warga Kota Malang sepanjang sungai yang dihiasi rumah yang berwarna warni. Kalau bernasib baik boleh tengok keretapi lalu di laluan jambatan atas kampung tersebut. Menarik!! Entrance fees idr 5K 1.00pm – Makan Nasi Padang idr 23K 2.00pm – Bergerak Ke Kota Lumajang 6.00pm – Makan malam ayam penyet idr 23K. Gerai makan bernama Hj Hussien ni pak supir yg suggest. Sedap rasanya !! 7.00pm – Check in Gajah Madah Hotels, Lumajang |
DAY 3 6.30am – Sarapan di Hotel. 7.30am – Gerak ke Waterfalls Coban Tumpak Sewu. Coban bermaksud air terjun. 9.30am – Hiking waterfalls coban Tumpak Sewu & Goa Tetes. Entrance fees idr 45K 2.00pm – Makan maggie cup idr 15K. 2.30pm – Gerak ke Gunung Ijen. Singgah dalam perjalanan area Tumpak Sewu beli buah salak madu 5kg idr 25K. Sepanjang perjalanan ada gerai² jualan buah salak di mana kebanyakan penduduk tempatan memang mempunyai ladang salak. Harga muarah tu !!. 9.30pm – Singgah dulu makan ayam penyet idr 34K sebelum 1jam lagi sampai ke Homestay 10.00pm – Checkin Arabica Homestay, Ijen. Sekitar homestay ini ditanam dgn pokok kopi Arabica. Luas dan besar ladangnya. Kopi packaging boleh dibeli utk dibuat souvenir. |
DAY 4 12.30am – Morning call ke kawah Gunung Ijen mengunakan kenderaan yang melalui dan menyusuri ladang kopi sepanjang perjalanan tersebut. 1.30am – Sampai di kaki Gunung Ijen iaitu Base Camp Paltuding bersama local tour guide. Namanya Pak Bodos. Persediaan peralatan PPE/torch light untuk pendakian. Entrance fees idr 150K. 2.00am – Mula mendaki ke Kawah Gunung Ijen. Pendakian waktu ini diperlukan membawa baju sejuk juga kerana keadaan cuaca awal pagi yang sejuk. Perlukan juga keadaan badan yg fit dan sihat utk pendakian. Jarak perjalanan dalam 4KM utk sampai ke puncak gunung dari base camp. Sepanjang pendakian ada di sediakan track utk hiking dan jalan agak rata tanpa ada halangan batuan atau pokok. Sudut kecuraman pendakian antara checkpoint sekitar 20°-45°. 3.45am – Sampai puncak kawah Gunung Ijen perlu menuruni halangan sempit batuan utk sampai ke bawah di mana terdapatnya Blue fire ?. Blue fire hanya boleh di lihat sekitar 1.00am-4.30am bergantung pada keadaan cuaca. Selain dari waktu tersebut, blue fire memang tidak akan kelihatan. Alhamdulillah saya berkesempatan utk melihatnya. 7.00am – Turun semula ke Arabica Homestay selama 1 1/2jam 8.30am – Sarapan & mandi di Homestay 9.00am – Gerak ke Gunung Bromo Tengger, melalui Kota Probolingo selama 5jam 2.00pm – Sampai di sekitar Kota Probolinggo , makan ayam penyet idr 25K. 3.00pm – Checkin di Teguh Homestay, Bromo Tengger & terus ke lokasi Savana, Pasir Berbisik dan Kawah Bromo. Entrance fees idr 220k hari biasa & idr 320k weekend. Sepanjang lokasi pengunjung boleh menggunakan kenderaan Jeep/moto. Untuk sampai ke kawah Bromo, pengunjung perlu berjalan kaki dari parkir kenderaan jeep hingga ke kaki Gunung Bromo dan perlu menaiki 250 anak tangga sebelum sampai puncak kawah Bromo. Jika tidak larat jalan kaki utk mendaki boleh guna horse riding. Korang kena bargain sehingga dapat bayaran semurahnya. Boleh dapat idr 100K return. Kalau korang tak bargains mereka ambil kesempatan charge tourist mcm kita sehingga idr 300K return ?. Kaki abam sikit cramps pun tetap nekad jalan kaki juga. Duit idr 300K boleh buat shopping ? oiii… Hahaha.. 6.30pm – Pulang ke Teguh Homestay Bromo utk mandi dan rest. 8.00pm – Makan malam area homestay ayam penyet idr 25K 9.00pm – Shopping souvenirs idr 626K. Cari barang yg takda di surabaya. 10.00pm – Rest dan tido |
DAY 5 3.30am – Morning call dan begerak ke hotspot view sunrise di Gunung Bromo. Cari beberapa lokasi Hot-spot utk view sunrise Gunung Bromo. Pendakian dgn berjalan kaki sekitar 2-3KM. Kurang bernasib baik kerana tidak dapat melihat gulungan hamparan awan putih dari hot spot view Gunung Bromo. Tp Alhamdulillah view pun still cantik juga. Ada rezeki boleh repeat lagi ?. 8.00am – Turun semula ke homestay utk sarapan, mandi dan kemas barang. 9.00am – Bergerak ke Airport Juanda, Indonesia. Perjalanan memgambil masa 4jam. 1.00pm – Singgah makan tengahari ayam penyet idr 40K sekitar airport. 2.00pm – Checkin Juanda Airport 4.30pm – Flight ke KLIA airport. 6.30pm – Touchdown di KLIA airport. |












Teguh Homestay, Bromo, Probolinggo. Price idr 150k bersamaan rn50















Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rumah Merdeka, ‘Saksi & Markas’ Tunku Abdul Rahman Cari Jalan Capai Kemerdekaan. Generasi Muda Sila Ambil Tahu!

Sempena menghayati bulan kemerdekaan pada tahun ini, apa kata kita bersama-sama cuba mengenang kembali jasa, pengorbanan para tokoh dan pejuang kita dengan mengunjungi mana-mana destinasi bersejarah.
Anda tahu siapa Bapa Kemerdekaan? Jom berkunjung ke Rumah Merdeka bertempat di Alor Setar, Kedah.
Sebelum negara mencapai kemerdekaan, pelbagai rundingan untuk keluar daripada cengkaman penjajah berlangsung di beberapa lokasi termasuk Rumah Merdeka di Jalan Tunku Abdul Rahman Putra. Sebagai anak gahara atau anak berketurunan diraja berasal dari Kedah, Tunku Abdul Rahman sering pulang ke negeri ini dan menginap di Rumah Merdeka dan dikatakan ia menjadi 'markas' almarhum untuk mencari ilham menyudahkan penulisannya, di samping memikirkan jalan untuk mencapai kemerdekaan.
Rumah yang asalnya milik bonda almarhum, iaitu Che Manjalara sebelum dihadiahkan kepada Bapa Kemerdekaan itu, sering menjadi tempat untuk para pemimpin merancang pelbagai strategi politik. Perbincangan tentang dasar kerajaan dikatakan untuk memenangi pilihan raya persekutuan yang pertama pada Julai 1955 juga pernah diadakan di Rumah Merdeka.
- Tunku Abdul Rahman juga sering menerima kunjungan pegawai serta pemimpin dari dalam serta luar negara di kediaman yang terletak di tebing Sungai Kedah itu, untuk mengadakan perbincangan tentang pelbagai perkara termasuk urusan rasmi negara.
- Banyak sejarah terakam di sini antaranya Misi Muhibbah dari Jakarta yang terdiri daripada pegawai-pegawai tentera Indonesia pernah datang berunding dengan Almarhum Tunku di rumah ini mengenai isu Konfrontasi Malaysia-Indonesia.
- Putera ketujuh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24 itu mempunyai pesona tersendiri dan tidak hairanlah apabila beliau sendiri yang mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ke London pada sekitar awal 1956.
- Bekas Menteri Penerangan Allahyarham Tan Sri Zainuddin Maidin pernah dilaporkan berkata bahawa Tunku sebenarnya seorang yang pintar, licik malah berjaya memanipulasi Parti Komunis Malaya (PKM) sehingga British mempercepatkan kemerdekaan negara.
Kini Rumah Merdeka, kediaman dua tingkat itu diambil alih oleh pihak Arkib Negara pada 2003 dan sejak itu, jabatan ini sedaya upaya berusaha untuk membaik pulih dan memulihara struktur bangunan bersejarah itu. Pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat pelbagai barang peribadi milik kepunyaan Tunku Abdul Rahman.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI