Sebaik kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri, ramai yang menarik nafas lega.
Ini bermaksud kebenaran untuk balik ke kampung halaman masing-masing untuk bertemu kaum keluarga terutama emak ayah yang sudah lama tidak dijenguk sepanjang tempoh PKPB kedua dilaksanakan.
Tidak kurang yang mengambil kesempatan untuk menghabiskan cuti hujung tahun dengan mengunjungi destinasi menarik di dalam negara.
Gambar sekadar hiasan.
Walaupun sudah dibenarkan rentas negeri dengan pergi bercuti tetapi jangan dilupakan SOP yang dilaksanakan sebelum ini dan dipatuhi jika ke tempat green zone.
Selain itu itu berikutan peningkatan kenderaan di jalan ekoran ramai yang keluar dari Lembah Klang menuju destinasi masing-masing, jangan lupa untuk membaca doa demi untuk keselamatan sepanjang perjalanan.
Perkongsian doa ini oleh PU Amin yang dimuat naik di laman Instagramya beserta doa pesanan.
Doa ini adalah doa untuk mohon Allah kekalkan nikmat kita hari ini. Nikmat bebas dari virus, walau bukan sepenuhnya tapi kita minta agar Allah lindung kita, minta Allah elakkan penyakit , minta Allah jauhkan benda benda buruk..
Dari ‘Abdullah bin ‘Umar, dia berkata, “Di antara doa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah:
“ALLOOHUMMA INNII A’UUDZU BIKA MIN ZAWAALI NI’MATIK, WA TAHAWWULI ‘AAFIYATIK, WA FUJAA’ATI NIQMATIK, WA JAMII’I SAKHOTHIK”..
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesehatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaan-Mu. (HR. Muslim)
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) meminta kerajaan untuk bekerjasama dengan industri mengenai langkah-langkah meningkatkan kepercayaan diri dalam kalangan pelancong kemungkinan menghadapi pemulihan permintaan udara yang perlahan.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menganggarkan kira-kira 25 juta pekerjaan dalam industri penerbangan dan berkaitan, termasuk sektor pelancongan, menghadapi risiko dalam krisis yang berlaku sekarang.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa turut yakin penumpang akan merosot dua kali ganda walaupun wabak itu dibendung kerana wujudnya kebimbangan ekonomi peribadi dalam menghadapi kemelesetan selain daripada keselamatan melakukan perjalanan.
Tinjauan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa terhadap pelancong baru-baru ini mendapati bahawa 60 peratus menjangkakan orang ramai akan kembali melakukan pengembaraan dalam satu hingga dua bulan selepas COVID-19 tetapi 40 peratus menyatakan bahawa mereka akan menunggu enam bulan atau lebih lama untuk mengembara, dan 69 peratus memberitahu mereka boleh menangguhkan pengembaraan sehingga keadaan kewangan peribadi mereka kembali stabil.
Bali, bumi yang terkenal dengan jolokan Pulau Dewata mempunyai keindahan serta keunikan sosio-budaya Hindu menjadi pilihan ramai untuk berkunjung.
Tempat-tempat menarik di Bali seperti Kintamani, Bedugul, Tanah Lot, Besakih, Tanjung Benoa, dan Uluwatu adalah tempat yang mampu menggamit memori anda bersama yang tersayang. Ramai yang suka datang ke Bali untuk berbulan madu, tidak kurang untuk menghayati alam dan menghargai keseniaan.
Nah, ini idea ke mana anda boleh pergi jika sampai ke Bali. Jangan lupa untuk google dulu lokasi sebenar lokasi dan destinasi ini agar anda tidak sesat dan membazirkan masa ketika bercuti di Bali. Lain lah kalau anda memang bercadang untuk tinggal di sini lebih lama sekitar 2 ke 3 bulan, maka anda boleh melawat satu tempat ke satu tempat ikut gerak hati sahaja.
Jika bertandang ke Ubud, jangan lupa melawat tarikan utama sekitarnya seperti Monkey Forest, tempat menghasilkan kopi luwak, teres padi, Pura Tirta Empul dan air terjun Tegenungan. Dianggap pusat kebudayaan dan seni di Bali, pancaindera bakal disajikan dengan keindahan perkampungan yang dibina di sekitar kehijauan kawasan berbukit
Terletak di hadapan Istana Puri Saren Ubud, Pasar Seni Ubud adalah lokasi membeli-belah yang mana anda dapat menemui bermacam hasil kraftangan yang menarik seperti sulaman beg, bakul, topi, layang-layang dan banyak lagi. Jangan lupa untuk tawar-menawar harga!
Dahulunya, Kuta merupakan perkampungan nelayan yang tenang. Kini kawasan sekitar Pantai Kuta meriah dengan premis makan dan tempat penginapan termasuklah lokasi untuk berhibur. Sesuai untuk anda yang ingin menyaksikan keindahan panorama matahari terbenam, jangan lepaskan peluang mengunjungi pantai yang terletak di selatan Bali.
Perkampungan Mas yang menjadi pusat ukiran kayu yang terkenal di Bali. Kuil Goa Gajah, sebuah kuil lama yang telah wujud sejak abad ke-11 lagi yang menunjukkan pegaruh Hindu-Buddha di Bali pada suatu masa dahulu.
Ingin mencuba kopi bali sedap yang pelbagai ? Anda boleh singgah di Bali Pulina. Terdapat bermacam info menarik mengenai kopi dari jenis buah kopi hingga proses menghasilkan minuman kopi yang lazat. Anda juga bakal disajikan dengan view yang menarik sepanjang di sini
Pasar tradisional itu merupakan antara pasar terbesar di Bali. Pasar itu beroperasi selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu tanpa henti. Berminat mencari makanan penduduk tempatan atau buah-buahan yang unik boleh datang ke pasar ini.
Air Terjun Cepung yang berketinggian 15 meter ini kalau sekali dpandang seperti jatuh dari langit kerana silauan cahaya matahari, disebabkan ini jugalah air terjun ini turut dipanggil sebagai air terjun dari langit.
Terletak di Nusa Lembongan ini memang cukup indah membuatkan anda tertanya-tanya, ini realiti atau mimpi. Cukup bersih, pasirnya juga putih, memang sedap dipijak.
Pura Ulun Danu Beratan atau Tasik Beratan dikatakan merupakan salah satu daripada 20 tasik terindah di dunia ini. Di sini menawarkan panorama indah tasik di sekeliling, tanah yang menghijau serta pemandangan gunung-ganang. Untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan, anda boleh menaiki bot yang disediakan di tasik ini. Untuk kaki pancing ada aktiviti memancing juga tau disediakan di sini!
Kuil ini dianggap sebagai ibu kuil ataupun yang terpenting di antara kuil-kuil yang lain di Bali. Berusia lebih daripada 1,000 tahun, kuil yang terletak pada ketinggian 1,000 meter dari aras laut ini terdiri daripada 86 buah kuil termasuklah Kuil Besar Negeri iaitu Pura Penataran Agung.
Ini adalah antara taman tema yang ada di Bali. Kalau anda nak tahu, salah satu tarikan di sini adalah gelongsor Climax yang merupakan gelongsor air tercuram di Asia!
Terletak di kawasan tanah tinggi 700 meter dari aras laut, Kampung Penglipuran merupakan sebuah kawasan kampung tradisional yang memiliki karakternya tersendiri yang masih kukuh tanpa sentuhan modenisasi.
Tirta Gangga bermaksud air yang mengalir dari Sungai Gangga. Di sinilah terletaknya Istana Air Tirta Gangga, sangat indah pemandangan yang ditawarkan di sini. Dikelilingi oleh kolam-kolam, pancuran air, taman mekar yang indah dan ukiran-ukiran batu. Terdapat beberapa kolam yang membolehkan pengunjung untuk berendam di sini mengikut bayaran tertentu.
Selain Pulau Langkawi, Pulau Pinang antara destinasi yang menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti.
Keindahan beberapa lokasi menarik serta menjadi syurga makanan menjadikan pulau mutiara ini sentiada dalam bucket list kaki travel.
Bagi yang pertama kali datang ke sini, boleh ikut itinerary dikongsi Helmi Baharum yang bercuti ke sana untuk trip 3 hari 2 malam.
Flight Airasia RM24 pergi Balik. Wassup Youth Hostel, Georgetown RM46 per malam private room.Hotel ni sgt recommanded selesa,ada pool berlatarkan Komtar, bilik selesa. Car rental Axia Socar RM40/10 hours selepas sharing dgn member (divide 2).1st time guna Socar, mungkin tak akan repeat kalau tak terlalu memerlukan, rasa tak murah sangat.
JUMAAT:19.11.21 – Pulang kerja-Parking & naik ERL Salk Tingi RM4.10 – Sampai airport ambil bas ke Georgetown dan just check in hotel & tidur, penat.
SABTU: 20.11.21 – Pickpup car rental Socar 7am (everything DIY je takyah jumpa owner) di Sunrise Tower. – Sarapan Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar – Bukit Jambul.(TQ friend belanja) – Lata/Air Terjun Teruna Dara, Sungai Rusa, Balik Pulau. My 1st time & last time hiking sini.Bahaya lah, huhu, banyak anjing, rotweiler pulak tu,kena ligan.Pergi terpasa melalui denai hutan yg berliku hampir sejam sbb elak anjing.My advice takyah lah kesini. – Street Wall Art, Balik Pulau. – Sawah Padi & Container Art Balik Pulau. – Pantai Pasir Panjang, hidden paradise di Penang. – Mak Ngah Gulai Warisan, sedap gila gulai ikan dia kalau dekat boleh repeat hari2.RM12 je kepala ikan nala punya.Pekat Likat. – Jam 5 PM pulangkan kereta.101KM total.caj 25sen per KM.
PAKEJ TOP KOMTAR – Sesi lewat petang, senja & malam: Pakej KLOOK RM34 (harga asal RM68): Pakej Rainbow – Skywalk level 68 & Observation Deck TOP Komtar level 63, Aquaria Komtar & Jurasic Park.Ni kalau beli asing-asing mahu kena tekan ratus-ratus juga lah.For me puas hati juga lah pakej ni, sunset pulak lawa juga masa pergi. – Malam-hanya makan di Prangin Mall dan berehat di hotel dan mandi pool layan view Komtar dari bawah sambil berendam, syahdu rasa.
AHAD: 21.11.21 – Sarapan di Hutton Lane Roti Bakar. Nasi Lemak, roti canai & roti bakar telur goyang cheese dan air jg semua sekali sedap. – Armenian St./Georgetown Art Street & Aiskrim lolipop rainbow RM5.Sedap. – Kek Lok Si Temple, Air Itam by bus.RM6 return by cable car (bukan Bukit Bendera je ada ok) & RM2 masuk kawasan Pagoda. – Masjid Negeri Pulau Pinang untuk ziarah & tunaikan solat jamak. – Pulang KLIA.Trip ditamatkan.
Bila bercakap tentang hotel, ramai orang terus bayangkan tempat untuk tidur, mandi dan berehat sebelum sambung berjalan keesokan hari. Tetapi di beberapa destinasi dunia,...