bagas

Tidak dinafikan ramai yang merancang untuk bercuti bersama keluarga sejak perjalanan rentas negeri dibenarkan.

Jika mempunyai keluarga besar, acara seperti reunion atau gathering sangat dinantikan untuk berkumpul bersama ahli keluarga yang lain.

Artikel Berkaitan: Nak Stay Di Kundasang? Ini Info 58 Penginapan Resort, Homestay & Hostel Untuk Korang Pilih

Inilah masanya merapatkan silaturahim dengan adik-beradik, apatah lagi apabila sudah kehilangan kedua orang tua.

Perkongsian Eswati Azni Jaafar yang mempunyai keluarga besar dan memilih untuk berkumpul sempena sambutan Aidiladha lalu di sebuah homestay ala kampung yang sangat menarik dan selesa.

Menurutnya dia yang mempunya keluarga besar merancang bercuti bersama-sama di sini selama 3 hari dua malam sambil mengimbau momen di zaman kanak-kanak.

Suasana kampung yang mendamaikan dengan dikelilingi pokok durian dan sungai memberikan pengalaman berbeza. Apatah lagi dapat berkumpul bersama 9 adik beradiknya dengan anak cucu, cicit masing-masing selama 3 hari dua malam.

Percutian 3 Hari 2 Malam Di Homestay Bagas Zakariah, Gopeng. Wanita Ini Imbau Momen Zaman Kanak-Kanak!
Seronok berkumpul seisi keluarga.

8 Sebab Kenapa Kena Cuba Homestay Bagas Zakariah ini

1. Rumah yang berkeluasan agak besar

Terdapat 3 rumah di sini, Rumah Kuning, Rumah Merah, Rumah lenggong. Secara purata terdapat 3 bilik untuk setiap rumah ini. Seperti rumah Melayu lama.

Cuma kelebihan rumah ini terdapat ruang tamu yang agak luas jadi boleh lah penuhkan ruang dengan tilam/ toto tambahan untuk muatkan ahli keluarga. Ada 2 rumah yang ada loteng, rumah Merah dan Rumah lenggong. Rumah kuning pula ada 2 kawasan hall.

Percutian 3 Hari 2 Malam Di Homestay Bagas Zakariah, Gopeng. Wanita Ini Imbau Momen Zaman Kanak-Kanak!
Selesa dan ruang besar dalam rumah.

2. Kawasan BBQ yang lapang

Setiap rumah dilengkapkan dengan kawasan BBQ yang sangat luas dan selesa. Terdapat tempat bakar BBQ yang bersih, meja yang panjang, kerusi yang panjang, dan kawasan lantai yang berturap.

IKLAN

Jadi tidak ada kawasan yang lecak atau pun rumput panjang. Anak anak akan selesa berlari kesana sini. Selain dari itu lampu yang banyak dan kawasan memang agak terang. Jadi memang selesa nak lepak sampai malam hari.

Percutian 3 Hari 2 Malam Di Homestay Bagas Zakariah, Gopeng. Wanita Ini Imbau Momen Zaman Kanak-Kanak!
Boleh lepak sampai malam.

3. Senibina yang menarik

Dengarnya ada salah satu rumah sini memang adalah rumah asal yang dibawa khas dari kawasan sebelum ini dan 2 lagi rumah juga dibina mengikut reka bentuk rumah Melayu kita sedia ada

Senibina rumah Perak memang dikekalkan. Rumah yang bertiang tinggi. Walaupun masih mengekalkan rumah lama tapi aku sangat berppuas hati dengan bilik air yang bersih dan kemas. Jadi tak perlu bayangkan kolah air lama. Malah bilik air juga siap lengkap dipasang dengan dengan water heater.

Percutian 3 Hari 2 Malam Di Homestay Bagas Zakariah, Gopeng. Wanita Ini Imbau Momen Zaman Kanak-Kanak!
Jauh dari hiruk pikuk kota.

Manakala aksesori barang bilik air pun bukan biasa-biasa, jadi mengandaikan ownernya memang sangat mementingkan Interior design. Suis lampu, tingkap, selak pintu masih di kekalkan seperti rumah melayu lama.

Memang mengimbau kenangan zaman kecik dahulu. Sangat klasik. Selain itu terdapat lagi barang barang dan gambar-gambar lama di rumah tersebut. Bila tengok gambar lama ni memang lain perasaan tu.

Artikel Berkaitan: 6 Style Percutian Dalam Kabin Tengah ‘IN’ Mesti Try Bermalam Di Selangor

4. Boleh muatkan ramai penghuni

Selalunya kebanyakkan owner AIRBNB agak cerewet membenarkan jumlah orang yang akan masuk ke dalam homestay mereka tetapi alhamdulillah kami yang berjumlah hampir 70 orang masih boleh menginap dalam 3 bijik rumah yang sedia ada.

IKLAN

Sangat selesa, dan tidak berhimpit cuma masing-masing kena berebut bilik air di pagi hari. Tetapi begitulah suasana kampung dahulu kala.

Percutian 3 Hari 2 Malam Di Homestay Bagas Zakariah, Gopeng. Wanita Ini Imbau Momen Zaman Kanak-Kanak!
Rindu zaman kanak-kanak.

5. Suasana kampung yang mendamaikan

Walaupun homestay ini tidak seperti homestay lain yang mempunyai kolam renang tapi aku berani cakap memang tidak rugi bawa anak-anak disini , selain dari rumah kampung yang best, ada pokok pokok di sekeliling kawasan sini.

Memang sangat mendamaikan dengan bunyi deruan air sungai dan juga ayam berkokok di pagi hari.

Percutian 3 Hari 2 Malam Di Homestay Bagas Zakariah, Gopeng. Wanita Ini Imbau Momen Zaman Kanak-Kanak!
Dikelilingi pokok durian dan sungai.

6. Landskap dan tumbuhan yang menarik

Selain dari faktor rumah yang menarik, memang terpesona dengan landskap dan tumbuhan di sini. Pelbagai jenis tumbuhan dan ulaman yang ada dan kita dibenarkan untuk ambil dan masak jika berkeinginan.

Katanya kalau musim durian kita juga di tawarkan makan durian bersama-sama .Apa yang penting sebenarnya ia dijaga rapi, sangat sangat bersih dan kemas.

Percutian 3 Hari 2 Malam Di Homestay Bagas Zakariah, Gopeng. Wanita Ini Imbau Momen Zaman Kanak-Kanak!
Landskap menarik.

7. Rasa selamat di Bagas Zakariah

Bagas Zakariah ini juga dilengkapi dengan kawasan berpagar di sekelilingnya. Jadi rasa selamat untuk membiarkan anak saudara yang masih kecil berlegar dan bermain di kawasan ini.

IKLAN

Paling yang tak boleh dilupakan cucu sedara yang masih kecil berulang-ulang dan turun naik antara rumah rumah ini sambil memberi salam . Sangat-sangat cute.

Percutian 3 Hari 2 Malam Di Homestay Bagas Zakariah, Gopeng. Wanita Ini Imbau Momen Zaman Kanak-Kanak!
Ambil peluang mandi di sungai berdekatan.

8. Senang di akses dari highway

Tidak disangka rupanya lokasi Bagas Zakariah ni memang betul betul berdekatan dengan tol Gopeng.
Jadi kalau dari Kuala Lumpur atau Utara memang senang untuk sampai ke sini. Oleh itu kurang lah risiko untuk sesat larat.

Lagi satu jika tak cukup barang dapur atau untuk masakan boleh sahaja pergi ke kedai atau pun pasar pagi di pekan gopeng.

Satu lagi, ada small incident untuk cucu aku, jadi kami tiada masalah untuk ke klinik. Yang pasti bila masuk compound di Bagas Zakariah tak sedar sedar pun lokasinya berhampiran Highway.

Percutian 3 Hari 2 Malam Di Homestay Bagas Zakariah, Gopeng. Wanita Ini Imbau Momen Zaman Kanak-Kanak!
Buaian gantung.

Info Bagas Zakariah:

Rate: Dari RM550 – RM850 per night on Airbnb bergantung pada jenis rumah.

Boleh search Bagas Zakariah dalam portal ni tau. Kalau tak faham bagaimana AIRBNB ni berfungsi boleh refer entri ini

Address: 65, Lot 32804, Jln Besar, Kampung Lawan Kuda, 31600 Gopeng, Negeri Perak, Malaysia

Percutian 3 Hari 2 Malam Di Homestay Bagas Zakariah, Gopeng. Wanita Ini Imbau Momen Zaman Kanak-Kanak!
Homestay ala kampung yang sangat menarik.

Artikel Berkaitan: Homestay Ujung Bukit Perlis, Penginapan Ideal Untuk Korang Yang Suka View Sawah Padi

Kredit: Modernmumthingy.com

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI