Buat masa ini semua aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan, termasukan riadah seperti berkelah atau sebarang perkhemahan.
Walaupun dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 sehingga Februari depan, tetapi tidak bermakna aktiviti riadah seperti rekreasi tidak boleh dilakukan bersama ahli keluarga.
Bagi Puan Eira Nazira dia menggunakan cara tersendiri untuk bercuti dengan membuat aktiviti camping bersama anak-anak di kawasan rumah.
Menurutnya aktiviti berkhemah ini memang sering dilakukan setiap dua minggu, meskipun bukan dalam tempo PKP ini.
“Saya memang ada barangan camping dan biasanya memang menjadi aktiviti tetap setiap dua minggu sekali.
“Tetapi memandangkan sekarang PKP, kami membuat keputusan untuk bercamping di sekitar rumah saja.
“Antara aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak ialah belajar menulis dan memasak yang simple.
“Anak-anak gembira dengan aktiviti yang dilakukan kerana saya akan turutkan apa saja permintaan mereka,” kata ibu kepada dua cahaya mata perempuan ini.
Tambahnya aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak ini membantu mereka untuk belajár berdikari.
“Belajar merancang, bekerjasama, berfikir mana nak cari barang, skill memotong dan memasak. Manakala aktiviti menulis pula hanya selingan saja.
“Untuk aktivit camping ini, kami menyediakan barangan superti khemah, groundsheet, flysheet, meja dan juga dapur masak. Semuanya memang barangan perkhemahan yang sedia ada di rumah,” katanya lagi.
Menurutnya sebelum ini memang ada slot homeschool sendiri. Memandangkan tidak bekerja di luar sebaliknya hanya bergelar suri rumah yang melakukan bisnes online dropship sahaja.
Ketika ditanya bajet diperuntukkan untuk aktiviti camping bersama, Eira Nazira menjejakkan semua zero cost.
“Sebenarnya bajet bergantung kepada kesediaan barang. Macam kami sebab semua barangan dah ada jadi zero cost.
“Cuma perlukan masa dan kesabaran ibu bapa untuk memantau aktiviti ini dan turut sama melakukannya,” jelasnya lagi yang tinggal di Hulu Langat, Selangor.
Jadi bagi yang mahu melakukan aktiviti perkhemahan, boleh ikut cara dilakukan ini bersama ahli keluarga. Selain lebih selamat dan menjimatkan, juga dapat merapatkan lagi silaturrahim.
Artikel Berkaitan:
‘Camping Ala Hispter’, Tarikan Terbaru Di Perlis Cetus Kelainan. Lepas PKP Korang Patut Cuba!
Buka Pintu Terus Terjun Kolam Renang, Resort Suasana Kampung Di Ipoh Janjikan Keseronokan
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI