Berita

Ingat Ya..Di Thailand Merokok Perlu Jarak 5 Meter Dari Premis Makanan Tau!

Share

Selepas mengharamkan kawasan pantai sebagai kawasan larangan merokok juga larangan membawa masuk rokok elektronik (vape) ke negara gajah putih itu beberapa tahun yang lepas, kerajaan Thailand sekali lagi menguatkuasakan satu lagi undang-undang baru untuk mereka yang merokok.

Sumber Foto: pexels.com

Bermula 3 Februari 2019, negara Thailand mula menguatkuasakan undang-undang berkenaan merokok di tempat awam.  Kalau di Malaysia, anda hanya boleh merokok 3 meter dari tempat makan, di Thailand pula undang-undangnya menetapkan aktiviti merokok perlu berada jauh 5 meter dari premis makanan.

Bukan itu sahaja, undang-undang baru ini juga mewartakan beberapa tempat turut disenarai sebagai kawasan larangan merokok seperti tempat-tempat tumpuan awam, taman permainan, pasar, hospital, sekolah, perhentian bas, universiti, kawasan lapangan terbang, pejabat awam & swasta dan lain-lain

Jadi pastikan jika anda melancong ke Thailand dan ingin merokok, jauhi lokasi-lokasi ini sejauh 5 meter! Jika anda disabitkan kesalahan anda boleh didenda sehingga 5000 baht.

Jarak lokasi yang perlu dijauhi ketika merokok di tempat awam.

Nota: Tetapi anda dibenarkan merokok di dalam bangunan sekiranya tempat tersebut ada menyediakan bilik/zon merokok.

 

Sumber: thethaiger

IKLAN