Ramai menyukai aktiviti lasak termasuk memanjat gunung yang merupakan kepuasan buat individu yang sukakan cabaran. Tidak kenal erti takut atau penat tapi asal hati suka, kaki akan melangkah menuju tempat disukai.
Bagi korang yang ada plan nak cuti-cuti ke Kelantan, apa kata singgah sebentar di Gua Musang hujung minggu nie kerana ada satu port pelancongan baru dibuka iaitu Muse Ecopark.
Muse Ecopark merupakan nafas baru pelancongan di Gua Musang, Kelantan. Dan ia merupakan one-stop center untuk aktiviti rekreasi semulajadi, ruang makan dan penginapan dan bakal dibuka sepenuhnya selepas Raya nanti.
Apa yang menariknya di sini
Untuk korang yang hormon adneralinnya tidak gentar mencuba sesuatu yang mustahil, bolehlah mencuba aktiviti mendaki gua batu kapur untuk melakukan aktiviti Zipline / Flying Fox yang tertinggi di Kelantan dan ia adalah yang pertama di Malaysia yang menggabungkan elemen via ferrata.
Menurut Pengurus Muse Ecopark, Mohd Ruzuke Abd Aziz, sebelum mencuba aktiviti flying fox dari ketinggian 40 meter itu, mereka perlu mendaki gua batu kapur melalui via verrata sebelum mencapai platform tersebut.
“Bagi kumpulan 2-3 orang, masa diperlukan cuma setengah jam sahaja tapi kalau kumpulan ramai mungkin lebih masa diperlukan. Masa yang sama untuk keselamatan pengunjung, tiga orang instructor akan menjaga keselamatan iaitu dari depan, belakang dan dari platform,”katanya memaklumkan, selain pada ketinggian 40 meter, aktiviti juga flying fox pada ketinggian 15 meter katanya memaklumkan tempat ini baru dibuka 19 Mac lalu.
Untuk pra pembukaan, untuk mencuba aktiviti ini hanya perlu membayar RM50 sehingga 15 Mei ini sebelum kembali ke kadar asal iaitu RM90. Dari ketinggian 40 meter ini, korang boleh tengok seluruh bandar Gua Musang ya.
Dalam selepas hari raya nanti, Muse Ecopark ini akan dibuka sepenuhnya dengan penginapan menarik dilengkapi kolam mandi. Tidak hanya aktiviti via verrata dan flying fox, orang ramai boleh mencuba aktiviti mendaki gua batu kapur Gua Musang hingga ke puncak pada harga RM35 seorang untuk melihat pemandangan yang sangat indah.
Tempoh mendaki antara 3-4 jam melalui tangga besi dan tali sebelum sampai ke puncak. Nak solat mudah di sini kerana adanya Masjid Buloh yang sangat terkenal di Kelantan kerana diperbuat sepenuhnya dari buluh dan ia termasuk dalam kawasan ecopark ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Menyelami dunia selam skuba dan snorkel, mungkin ramai yang beranggapan bahawa ia lebih kepada aktiviti rekreasi atau santai untuk keseronokan semata. Sebenarnya apabila berada di dasar laut, banyak keindahan dan keunikan dapat dilihat sama ada membabitkan spesies ikan atau terumbu karang.
Pasti ramai yang akan bersetuju tentang kehebatan alam marin di Negara kita. Lokasi di kepulauan Malaysia sering menjadi tumpuan penyelam tempatan dan juga antarabangsa. Malah, kehebatan kesemua pulau di sini membuatkan ada di antara penggemar aktiviti ini sanggup menjelajah Negara kita dan merakamkan keindahan pesona marin perairan ini.
Antara lokasi yang menjadi pilihan adalah Pulau Kapalai yang terletak di Sabah. Lokasi ini merupakan titik kedua segitiga selaman terkenal seperti Sipadan dan Mabul. Kapalai terkenal dengan resot mewah bertaraf dunia yang dibina ditengah laut di atas beting pasir. Mulanya dibina untuk menjadikan tempat penginapan ke Sipadan, namun kemudiannya penyelam menemui keunikannya.
Kini Kalapai terkenal sebagai salah satu destinasi selam makro terkenal dunia dengan kehadiran ‘Blue Ringed Octopus’, ‘Mimic Octopus’, ‘Ghost Pipefish’, ‘Wasp Fish’,’ Stone Fish’ dan ikan Mandarin yang muncul disebalik batu karang dikala senja .
Antara kawasan penyelaman dan snorkel yang mesti dilawati termasuklah Jetty dimana terdapatnya lima kapal ranap (wreck) dan terumbu tiruan. Mid Reef pada kedalaman 25 meter sesuai buat penyelam berpengalaman kerana arus dasar laut yang agak kuat dan menjanjikan ‘Pygmy Seahorse’, Mandarin Alley, ‘Herlequin Ghost Pipe Fish’, ‘Frog fish’, dan ‘Stone Fish’.
Masa yang terbaik untuk ke Kapalai adalah pada bulan April Hingga September kerana ketika itu cuaca sentiasa cerah dan tidak hujan. Oleh itu, pastikan perancangan percutian anda untuk ke sini dibuat dengan bijak jika tidak mahu kecewa di kemudian hari. Tambahan lagi, keadaan boleh jadi bahaya jika ombak sangat besar!
Jom cuti-cuti Malaysia ke Kapalai
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
30 haiwan mati dalam insiden kebakaran di sebuah zoo di barat Jerman mengejutkan ramai pencinta binatang di sana.
Laporan awal kebakaran di zoo yang dikenali sebagai Krefeld Zoo berpunca daripada percikan bunga api yang terkena kawasan zoo itu ketika sambutan ambang tahun baharu 2020 yang lalu. Percikan itu terus menjilat dengan pantas sebahagian kawasan zoo dan menghasilkan api yang besar.
Menurut pihak berkuasa, antara haiwan yang mati termasuk kera, monyet, kelawar dan burung. Jurucakap zoo tersebut pula berkata keseluruhan tempat tinggal spesis monyet musnah terbakar.
Antara spesis monyet yang mati termasuk lima orang utan, dua gorila, seekor cimpanzi dan beberapa ekor monyet. Hanya dua cimpanzi berjaya diselamatkan anggota bomba tetapi mengalami melecur pada badan, namun berada dalam keadaan stabil.
Pengarah zoo berkata kebanyakan haiwan yang mati merupakan antara spesis yang hampir pupus di hutan. Orang ramai dilihat membanjiri kawasan zoo dengan meletakkan jambangan bunga dan bersimpati terhadap haiwan yang terbunuh.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau bercuti ke Hatyai, kebanyakan orang biasanya mencari hotel yang dekat dengan tempat makan, pasar malam dan pusat membeli-belah. Tapi kalau anda mahu penginapan...