Sering menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia, Hatyai sememangnya syurga makanan dan membeli-belah yang agak murah berbanding dengan tempat lain. jadi tak hairanlah destinasi ini antara pilihan ramai pengunjung.
Azri Adnan berkongsi itinerari dan juga kos perbelanjaaan membawa sepupunya ke Hatyai selama tiga hari dua malam. Siap dengan beberapa tip untuk dijadikan panduan untuk yang lain.
Paling best, banyak tempat yang dikunjungi dan dapat naik pelbagai jenis kenderaan. Dari kereta, keretapi, tuktuk dan juga motor semua dicuba. Memang syok dan berbaloi memandu jauh dari Johor.
Ikuti perkongsiannya:
Hatyai 8-10 Oct 2022
Trip layankan cousin nak pergi Thailand. So bagi lah menikmati naik kereta, train, motor, tuktuk.
07.10.22
11.30pm – JB (drive)
Tol Kempas RM1.72
Tol Juru RM71.91
Tol Hutan Kampung RM10.66
Tol Jitra RM1.31
08.10.22
8.30am – Padang Besar KTM station
– park dekat depan train station, free, اَلْحَمْدُلِلّه selamat. Ramai je park dekat situ.
9.55am (mas) – 9.55am (thai)
Train RM7
– jangan yakin on time sebab dia akan kasi clear semua immigresen and semua naik train
Indra Hotel RM150
– hotel bagus sampai jam 12 tapi dia bagi check in terus.
– Jalan kaki 5 minute dari train station
– Deposit : 200bth
: Lunch : Hamid Restaurant
: Jalan-Jalan sekitar city
– Ambil2 gambar untuk haplod dekat laman sesawang (follower kena tahu)
7.00pm : Dinner
Food street sekitar Lee Garden
– mencuba setiap jenis makanan di situ.
09.10.22
Sewa motor :
– 400bth (RM48)
– sehari setengah, pagi jam 9.00am ambil pulang esoknya 1.00pm
– Harga asal 300bth 24jam, lebih sejam tambah 100bth, tapi dengan perangai aku suka minta kurang ni, dapatlah 400bth je in total
– Masa dapat minyak full dia bagi
Ads
– Deposit : 200bth
Breakfast : Dimsum Chabura
– benda viral, eh pergi lah, kita kan melayu suka tempat viral
– Beratur juga nak masuk, tapi smooth lah, cepat je dia buat.
Kohong Hill : Free
Cable Car Hatyai : SEDEY TUTUP
Chang Puak Camp:
– package B : 1,000bth
– Elephant Ride
– ATV (tak best)
– Crocodile Show
– Gun Shooting
– Bird Park
Samila Beach : Free
– ada yang patung duyung tak pakai baju tu (suka lettew)
Songkhla City : Free
– New City songkhla
Tang Kuan Hill : 40bth
– Boleh tengok 1 songkhla ada 2 view, city dengan sea
Songkhla Old Town : Free
– kira bandar lama dia lah
Songkhla Old Town Street : Free
– macam vibe penang juga lah
Ads
The Central Mosque
– lebih dikenali sebagai Taj Mahal Songkhla. (Tak sapat ke Taj Mahal, pergi sini dapat vibe jadi lah)
– tahukan murah dekat thai ni. Apa lagi, jadi 1 kerugian kalau tak massage
10.10.22
Breakfast : Roti De Forest
– orang malaysia jarang datang sini, dia macam cafe je lah, tapi sedap
Stainless Steel Temple
– ni naik bukit tempat dia, tapi naik motor lah, tak lah penat, sambil nikmati view
Layan view hill
Check out
Lunch : Kai Tod Decha
– bagi aku biasa je
Tuktuk : to train station 20bth
– layankan cousin nak naik tuktuk
Hatyai – Padang Besar 50bth
– 2.00pm (thai time)
– 50bth
– Train on time
Ads
4.00pm sampai Padang Besar
– custom clearance 4.20pm baru settle
4.30pm gerak ke JB
– 12 jam perjalanan sebab jammed
: Tol Jitra RM1.31
: Tol Sungai Dua RM10.66
: Tol Skudai RM71.91
: Tol Kempas RM1.72
:: KERUGIAN
minyak 3 kali tuang
– Hentian Kulai RM73.84
– Hentian Juru RM80.40
– RNR Tapah RM77.80
Kos Bahagi 3
– Minyak : RM232.04
– Toll: RM171.20 (2 way)
– Hotel RM150
:: Total : RM553.24 / 3 (RM184.42)
Kos Sendiri-sendiri
– Motor 400bth (RM48)
– ikut kau lah apa kau nak makan
– ikut kau nak berapa jam
– entrance : ikut apa kau nak
– RM7 x 2 = RM14
Nota Kaki:
mostly dah tahu kot, tapi yang belum tahu aku cakap je lah, ikut aku lah posting aku
tukar lah duit bebanyak kalau kau kaki makan, kira macam sorga makanan lah
kalau pandai bawa motor sewa motor je lah senang. Ambil package2 tuktuk tour kang leceh nak singgah memana. Sebab aku suka free and easy kalau berjalan
belajar cakap thai sikit2, bagi diorang impress sikit dekat kau, minta kurang jangan memaksa tapi gunakan skill pujukan kuasa 10.
nanti nak pergi lagi nak explore nature pula. Jom lah, eh.. tapi tak nak yang drama-drama, nak yang boleh layan semua.
sewa motor dekat Hub Hostel Hatyai. Sehari 300bth. Depan starbuck. Dekat je dengan hotel kitorang.
Sabah yang terkenal dengan julukan Negeri Di Bawah Bayu mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Antaranya adalah Kundasang, Ranau dan kawasan sekitarnya yang berada di kaki gunung Kinabalu.
Pernah berkunjung ke Sabah sebelum ini, trip Sally Lilly dan keluarga kali ini menjejaki tempat-tempat menarik yang lain yang belum pernah dikunjungi sebelum ini. paling best dapat menginap di glamping dan juga penginapan lain dengan berlatar belakangkan gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu.
Berkongsi itinerari lengkap trip selama enam hari di Sabah, keluarga ini juga berpeluang merasai pengalaman menaiki jungle train di sana. Nak tahu apa lagi yang menarik sepanjang percutian mereka, jom ikuti perkongsian ini!
TRIP 6 HARI KE SABAH
Kami pergi trip ni pada 13-18 July 2022. Ini bukan kali pertama kami ke Sabah, maka itinerary kali ni cover tempat-tempat lain yang belum pernah pergi.
DAY 1
– Park kereta kat Salak Tinggi, naik ELR ke KLIA
– Depart to Kota Kinabalu, flight awal pagi (flight tiket RM800++ untuk 2 adults, 2 kids, tak ingat exactly sebab redeem flight guna credit account)
– Pick up kereta sewa kat airport (Lalan Car Rental 010-2704926) RM600 utk 6 hari, Axia.
– Terus drive ke Kundasang
– Singgah kat Jambatan Tamparuli, tapi tak dapat turun sebab hujan
– Lunch kat Panataran Cafe
– Singgah tapau chicken wing untuk dinner, kat area war memorial
– Visit Mesilou Highland Strawberry Farm (RM3 for strawberry plucking)
– Check in Umea Glamp Kundasang (RM250)
DAY 2
– Visit Desa Dairy Farm (tiket beli kena online)
– Visit Alpaca Club Kundasang (RM15 for adult, RM10 for kids)
– Lunch BW Bus Restaurant (Entrance RM5 boleh redeem food)
– Check in Hounon Ridge Farmstay, Bundu Tuhan (RM130)
– Dinner kat cafe resort
DAY 3
– Visit L&J Rafflesia Garden, Ranau
– Visit Tree Top Canopy Walk, Poring, Ranau (RM1.50 per pax)
– Lunch kat Puncak Cafe, sekali tapau untuk dinner
– Singgah tapau chicken wing kat area roundabout pekan Kundasang
– Drive to Kota Belud
– Check in Nohutu Eco Tourism (RM150)
DAY 4
– Check out Nohutu, drive to Kota Kinabalu
– Lunch @ D’Lengkuas Restaurant
– Check in Kinabalu Daya Hotel (RM90/night)
– Coffee at Nook Cafe
– Visit pantai Tg Aru for sunset
– Dinner Todak Waterfront
DAY 5
– Drive to Beaufort
– Naik train lama ke Tenom
– Brunch kat Tenom Coffee Valley
– Pusing-pusing town Tenom, jalan kaki
– Balik semula ke Beaufort
– Singgah tea break kat Borenos Chicken, Papar
– Dinner @ Todak Waterfront
– Laundry & Starbucks @ Taman Iramanis
DAY 6
– Breakfast @ Guan Kopitiam
– Beli sourvenir kat Pasar Philipines
– Flight to KLIA
Trip ni relax je, check in resort cantik-cantik sebab nak spend time kat situ je. Umea Glamp best sangat, cantik, different experience duk dalam glamping. Belakang Umea tu dapat view gunung Kinabalu besar-besar. Hounon Ridge, cantik, tenang, jugak dapat view gunung Kinabalu awesome, walaupon jalan nak masuk dalam tu seksa sikit tapi worth it. Nohutu pulak, duduk depan sungai, cantik, pun dapat view gunung Kinabalu.
Ramai org kata kat Kundasang susah cari makan halal. Our opinion, tak la susah, tapi nak dapat makan sedap tu mungkin susah. Sebab tu ada kedai lunch, terus tapau untuk dinner, senang, jimat masa. Travel bukan nak makan beria sangat kan.
Highlight trip ni was experience naik Borneo Jungle Train. Pening kepala nak plan journey ni sebab nak catch up train pegi dan balik hari yang sama. InshaAllah, we’ll share in separate post.
Actual plan was nak pergi Tip of Borneo dari Kundasang tu, tapi Tip of Borneo tutup pulak masa tu. Then nak spend 3h2m kat Pulau Mantanani, tapi ambik pakej 3h2m dengan Sutera Mantanani, tambah surcharge kids la, almost 2k pulak kos nya.. so cancel jugak.. kalau u all ada time and budget boleh la add Mantanani dalam itinerary, pegi snorkelling, tengok blue tears, enjoy Sutera Mantanani.
Pusat bandar Kuala Lumpur adalah lokasi tepat dengan beberapa pilihan lokasi yang mampu memberi keseronokan pada waktu malam terutamanya anak-anak muda dan juga pelancong yang gemarkan hiburan sepanjang jalan. Mana hendak lepak malam ini?
nightlife_kl
Chinatown Nightlife
Hiburan malam di Chinatown mempunyai tarikannya yang tersendiri. Tolak tepi kelab malam, pab mahupun bar yang biasanya menawarkan alkohol! Sebaliknya, kunjungan anda di Petaling Street memberi harapan buat peniaga di sana. Lampu neon, bunyi bising tawar-menawar dan mainan lampu berwarna-warni akan lebih bertenaga jika anda berkunjung di malam hari.
Pasar malam Petaling Street memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Lot-lot kedai dan gerai di sini menjadi lebih ‘hidup’ apabila peniaga cuba menarik perhatian pengunjung. Jika anda menjiwai suasana pasar malam Petaling Street, anda boleh melihat gelagat peniaga yang gigih mencari rezeki, pelancong yang mahukan buah tangan untuk dibawa pulang dan rakyat tempatan yang yang mahukan barangan ‘berjenama’ dengan harga murah.
Jalan Bukit Bintang
Jalan Bukit Bintang menawarkan hiburan tanpa had terutama menjelang tengah malam. Biarpun Jalan Bukit Bintang adalah antara jalan yang tidak pernah lengang baik siang mahupun malam, Jalan Bukit Bintang menjadi laluan pilihan ramai pelancong dari luar negara.
Terdapat banyak restoren yang menyediakan hiburan dan suasana meriah bermula dengan mainan lampu berwarna-warni sehinggalah live band. Selain deretan kelab malam dan pusat karaoke disekitarnya, anda boleh terhibur dengan gelagat anak-anak muda yang berbakat dan berjiwa seni membuat persembahan.
Bazar Larut Malam (Uptown)
Jika kota Kuala Lumpur menyesakkan anda, lokasi bazar larut malam yang terletak pinggir kota bukan lagi perkara baru buat pengunjung tempatan. Danau Kota yang terletak di Setapak dan KL Downtown Cheras adalah lokasi menarik untuk dilakukan pada malam minggu. Biasanya, aktiviti perniagaan bazar larut malam bermula jam 10 malam sehingga 4 pagi.
Lokasi bazar larut malam bukan saja terkenal dengan barangan bundle tetapi terdapat jualan produk kraftangan, barangan antik, barangan berbentuk hobi dan produk tradisional. Pada masa yang sama, anda boleh mencuci mata untuk membeli pakaian, aksesori,cenderahati, kasut, perhiasan dan lain-lain.
Kami tahu ada banyak lokasi lain tetapi lokasi diatas hanya sebahagian hiburan malam yang boleh diperolehi sekitar Kuala Lumpur. Sesekali memandu untuk lepak bersama teman-teman setelah penat bekerja tidak ada salahnya asalkan anda tidak melakukan kesalahan.
Terasa seperti hendak menjamu hidangan mamak pula malam ini. NZ Curry House yang terletak di Bukit Bintang juga merupakan ‘port’ lepak terbaik pada waktu malam sambil mencuci mata melihat gelagat pengunjung kelab malam yang berdekatan!
Melihat kepada permintaan yang menggalakkan dalam kalangan peminat makanan Arab, pemilik Restoran Pollo Mendi, Mohd Fadzil Hashim telah berjaya membuka sebuah restoran dengan dua citarasa berbeza.
Menurut Fadzil, idea ini bukanlah dibuat secara spontan. Sebelum restoran ini dibuka kita telah menilai dari pelbagai aspek.“Malah nama restoran ini juga diambil sempena gabungan perkataan Itali dan Arab.
“Walaupun banyak restoran berasaskan makanan Arab di kawasan Lembah Klang ini, saya percaya Pollo Mendi wajib menjadi lokasi pilihan pengunjung kerana menu yang terdapat di sini sangat menepati selera.
“Gabungan resipi yang istimewa dari beberapa chef berpengalaman ini menjadikan kita antara restoran pilihan keluarga,” katanya.
Menu yang menjadi tarikan utama di restoran ini adalah Chicken Mandy dan Lamb Mandy. Kelainan nasi mandy di sini adalah nasinya sangat lembut dan sedap selain ayam yang di smoke menggunakan arang. Perapan rempah tersendiri membuatkan rasanya lain dari restoran Arab yang lain.
Selain kedua-dua menu tersebut bagi yang gemar citarasa authentic Italian, pelanggan boleh mencuba Pepperoni e Funghi kerana dohnya yang lembut dan penuh dengan isi ayam, cendawan dan capsicum di atasnya.
Harga yang ditawarkan untuk piza ini juga sangat berpatutan iaitu untuk saiz kecil RM16 manakala untuk bersaiz besar RM32. Ketiga-tiga menu ini antara yang sering dipilih oleh pelanggan selain menu lain yang turut menjadi pilihan.
Tambah menu Asia
Bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan, Restoran Pollo Mendi kini telah menambah menu asian. Dengan lebih 50 pilihan menu yang ditawarkan secara keseluruhannya termasuk Arab dan Itali secara tidak langsung orang ramai boleh memilih untuk menikmati setiap hidangan ketika waktu tengah hari, petang atau malam.
Bagi menu Asia, Mi Bandung Pak Kadir antara yang wajib dicuba. Dengan kepekatan kuahnya dan mempunyai dua pilihan iaitu daging atau udang harimau semestinya tidak mengecewakan pelanggan.
Di samping mi bandung, Nasi Ayam Penyet Indonesia juga antara menu yang baharu diperkenalkan di sini. Dihidangkan dengan dua jenis sambal, pelanggan yang sukakan makanan pedas boleh mencubanya.
Sementara itu, bagi pengunjung yang datang bersama anak-anak, disyorkan untuk mencuba pencuci mulut istimewa iaitu cookie crumble pizza dan churros. Dinikmati bersama aiskrim vanila sememangnya ia sangat sesuai kerana adanya gabungan panas dan sejuk dalam satu-satu masa.
Cawangan kedua
Menyentuh mengenai harga, ia sangat berpatutan dengan saiz hidangan yang besar. Bagi setiap menu ada yang boleh dimakan untuk dua orang dan di kira sangat berbaloi.
Atas sambutan yang menggalakkan, cawangan kedua Restoran Pollo Mendi akan dibuka di KL Sentral pada bulan Julai nanti bagi memenuhi permintaan pelanggan di sekitar kawasan tersebut.
Dengan pembukaan cawangan baharu tidak lama lagi ia akan mengekalkan konsep yang sama. Orang ramai juga boleh mendapatkan perkhidmatan katering yang disediakan oleh pihak pengurusan restoran jika ingin mengadakan sebarang majlis.
Malah dalam masa yang sama, untuk majlis hari jadi, mesyuarat atau perjumpaan ahli keluarga atau rakan-rakan lama, boleh juga diadakan di restoran. Bagaimanapun tempahan awal harus dibuat bagi mengelakan sebarang kesulitan. Dalam satu masa restoran ini boleh memuatkan sehingga 80 orang.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...