Baru ini tular mengatakan negara bakal mengalami suhu sejuk melampau. Hal Malaysia alami suhu sejuk ini pernah menggemparkan negara kerana Kuala Krai, Kelantan pernah merekodkan suhu sejuk malah tular penduduknya memakai baju sejuk, seolah berada di luar negara.
Bagaimana pun fenomena mengatakan Malaysia bakal mengalami cuaca sejuk berkali ganda diperbetulkan oleh Muhammad Syafiq di fb yang sering berkongsi fakta berkaitan geografi negara ini.
Bacalah penjelasannya seperti dikongsinya di fb miliknya.
Berkali ganda itu tidak la. Sedikit sejuk itu betul. Peristiwa lazim ketika musim monsun timur laut apabila adanya ledakkan keluar udara sejuk dari sistem tekanan tinggi yang sangat kuat di kawasan pedalaman dan timur Asia menuju ke rantau negara kita.
Kita masih lagi berada di dalam musim monsun timur laut yang dijangka berterusan sehingga ke Mac nanti.
Luruan monsun boleh menyebabkan keadaan cuaca lebih lembab dan suhu sedikit sejuk daripada kebiasaan.
Ads
Selain itu, fenomena La Nina yang sedang berlangsung ketika ini juga akan turut mempengaruhi suhu di rantau negara kita.
Kuala Krai, Kelantan pernah alami suhu serendah 15.7°C semasa monsun timur laut beberapa tahun yang lalu. Cameron Highlands, Pahang pada 01 Februari 1978 pula pernah alami suhu 7.8°C .
Peta yang sedang tular itu menunjukkan anamoli suhu. Anamoli suhu bermaksud suhu yang tidak biasa daripada suhu purata.
Ads
Ada yang beranggapan kita akan alami suhu yang sangat sejuk berpandukan data yang tertera di dalam peta.
Bukan begitu.
Secara ringkasnya, jika anamoli suhu negatif, bukan bermaksud suhu rantau negara kita itu berada di bawah paras beku tetapi ia merujuk kepada suhu sejuk daripada suhu purata . Jika anamoli suhu semakin tinggi (positif ), bermaksud semakin panas berbanding suhu purata.
* Saya ada lampirkan unjuran model ramalan GFS berkenaan suhu dan anamoli suhu pada 18 Januari 2021, jam 02:00 PM.
Boleh perhatikan peta anamoli suhu ada yang menunjukkan negatif di sebahagian kawasan tetapi suhu masih lagi di atas paras beku.Seperti yang saya nyatakan, anamoli suhu negatif bukan bermaksud suhu berada di bawah paras beku.
Sekian. Wallahu A'lam. Ikuti Channel telegram 'AstroMet Malaysia' untuk maklumat menarik berkenaan topik astronomi dan meteorologi :- ( https://t.me/AstroMetMalaysia )
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada rakyat Malaysia mungkin masih memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia melaksanakan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan COVID-19.
Kenyataan daripada ‘orang asing’ ini mungkin dapat membuka mata anda. Dustin Pfundheller, seorang pengembara yang juga bekas doktor gigi, memuat naik video tentang kehebatan Malaysia menangani wabak COVID-19 di akaun Facebooknya. Bukan sahaja memuji, malah Pfundheller turut kesal apabila banyak pihak termasuk dirinya, terlepas pandang akan kecekapan negara ini mengawal penyebaran virus berkenaan.
“Malaysia pernah berada di tangga teratas dalam senarai jumlah jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara. Tetapi kini jumlah pesakit semakin menurun. Malaysia adalah contoh bagaimana kita semua boleh menangani keadaan ini. Bagaimana sebuah negara yang mempunyai kes yang banyak, melaksanakan langkah yang betul untuk mengelakkan virus terus merebak. Sayangnya, tiada sesiapa bercakap tentang hal ini. Saya juga rasa bersalah kerana tidak memasukkan Malaysia dalam vlog senarai 15 negara terbaik dalam menangani COVID-19, yang saya muat naik sebelum ini,” kata Pfundheller.
Ruangan komen dibanjiri ucapan terima kasih rakyat Malaysia yang turut sama berbangga dan turut mengundang sebak dengan pengiktirafan masyarakat luar terhadap usaha negara mengawal penyebaran COVID-19.
Pasport Jerman, diketahui sebagai pasport paling hebat di dunia. Pasport Jerman boleh memasuki 177 negara di dunia tanpa memerlukan visa.
Memiliki pasport Jerman amat membanggakan, namun nyata lebih hebat ialah menjadi pemilik passport paling ekslusif di dunia: passport Perintah Tentera Berdaulat Negara Malta. Menurut laman Independent, perintah Katolik, yang diiktiraf kedaulatan oleh Pope Paschal pada 1113, merupakan pasport paling ‘rare’. Hanya 500 pasport dikeluarkan di seluruh dunia sehingga sekarang. Pasport diplomatik ini hanya diberi kepada Ahli Majlis Berdaulat, ketua dan ahli Misi Diplomatik (termasuk konsortium dan anak kecil) dan pelepasan khas kepada individu yang terlibat dengan misi Negara Malta.
Pasport ini hanya sah untuk 4 tahun dan berhubung secara ketat pada durasi tugas yang diberikan.
Perintah Tentera Berdaulat Negara Malta mempunyai hubungan dengan 106 negara, yang bermakna kesemua negara ini menerima pasport diplomatik ini sebagai sumber pengenalan diri. Pasport ini mengandungi ciri biometrik dan patuh kepada piawaian International Civil Aviation Organization (ICAO).
Menurut laman Independent lagi, arahan ini diberi kepada 13500 satria, wanita bersama 80,000 sukarelawan dan 25000 pekerja. Jadi pemilik 500 pasport ini merupakan mereka yang terpilih.
Bukan saja terkenal dengan bunga Sakura yang sedang berbunga lebat ini kala ini, Jepun sememangnya sebuah negara yang kaya dengan tempat-tempat menarik. Dengan sisi bangunan pencakar langit hinggalah ke keindahan alam semulajadinya, Jepun antara destinasi pelancongan popular bagi rakyat negara ini.
Jika Mac dipenuhi dengan bunga Sakura, memasuki bulan April pula Jepun terkenal dengan Snow Wall setinggi 20 meter yang diukir sepenuhnya dengan tangan.
Perkongsian dari Zunita Ramli, rakyat Malaysia yang menetap di negara matahari terbit berkongsi kisah menarik mengenai Snow Wall setinggi 20 meter ini.
Tateyama-Kurobe Snow Wall, atau dikenali sebagai “Yuki-no-Otani” sebenarnya adalah dinding salji yang boleh mencecah ketinggian 20m.
Tinggi kan?
Tapi benda ni tak hairan pun sebab Yuki-no-Otani ni pun terletak kat atas dekat Gunung Tateyama (2450m dari paras laut) di mana kawasan ni terima antara paling banyak salji di dunia.
Yuki-no-Otani ni panjang dia lebih kurang 500m. Menariknya, dinding salji ni sebenarnya man-made (buatan manusia). Diorang ambil salji dari kawasan sekitar dan kumpulkan kat situ kemudian ukir jadikan dinding tu.
Memang gigih la nak ukir salji tinggi 20m sebenarnya dan benda ni diorang buat setiap tahun. Sebab bila habis musim, dinding ni memang akan cair. Saljikan.
Jadi kalau berminat nak datang sini, waktu paling baik nak tengok snow wall tinggi 20m ni adalah pada tengah bulan April – tengah Jun. Sumber : Zunita Ramli .
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Musim bunga sentiasa menjadi antara waktu paling dinantikan oleh kaki travel. Cuaca yang lebih nyaman, bunga berkembang di merata tempat dan suasana penuh warna...