Merupakan bandar kedua terbesar di Indonesia dan juga ibu negeri kepada wilayah Jawa Timur, Surabaya sememangnya destinasi percutian yang menarik untuk diteroka. Bagi yang ingin melihat keindahan Gunung Bromo, Gunung Ijen dan juga beberapa air terjun yang cantik, Surabaya adalah tempatnya.
Menjadi pilihan para wisata terutamaya dari Malaysia dan juga serata dunia, nikmati pemandangan indah di setiap lokasi yang menjadi pilihan pengunjung.
Azimah Ishak bersama rakannya yang bercuti ke Surabaya baru-baru ini berkongsi itinerari sepanjang percutian selama empat hari tiga malam ke sana. Menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan, menurut wanita ini dia hanya memberikan senarai tempat yang ingin dilawati dan ejen tersebut menyusun mengikut kesesuaian.
Antara tempat menarik yang sempat dilawati oleh kedua sahabat ini antaranya adalah Gunung Bromo, Air Terjun Coban Rondo, Muzium Angkut dan banyak lagi. Melihatkan gambar yang dikongsikan sangatlah menarik dan membuatkan hati teruja. Semuanya cantik, sesuai kalau ada yang merancang untuk ‘healing’ atau berehat sekejap dari kesibukan kerja.
Bagi yang merancang untuk ke Surabaya, ikuti perkongsian wanita ini:
Surabaya
28/1-31/1/2023
Check list
download apps pedulilindungi
electronic customs declaration (lepas isi akan dapat barcode untuk scan masa arrivals)
tiket balik (diminta masa di immigration)
bawak diri dan minda untuk enjoy
Day 1
Ads
Arrival Juanda Airport
Terus ke Probolinggo
Day 2
View point Penanjakan Prau. Hiking sedikit dalam 5 minit (lebih nature compare to viewpoints yang lain. Katanya pak supir)
Kawah Bromo (naik kuda 200k rupiah dari parkir ke tangga, return. Panjat tangga dalam 260 anak tangga. Ada rest point kalau nak rehat sebentar bersama kitkat )
Widodaren hill
Pasir berbisik
Ads
Bertolak ke Batu
Pasar malam di Batu
Day 3
Air terjun Coban Rondo (tak perlu hiking. Trek santai)
Maze
Santera de laponte
Taman Langit (400k paralayang)
Muzium angkut (beyond expectation. Ingat standard muzium biasa. Tapi sangat-sangat besar. Lebih kurang 9 section yang berbeza. Recommended to go )
Ads
Malang’s Strudel (ole-ole wajib kalau ke malang. The best strudel in town )
Last minit plan. Grab tiket a week before fly. A big thanks to kak ayunita for the great service. Bagi ja itienerary , kak ayu yang susunkan. Muslim friendly trip. Pakej pulak dengan driver yang rajin ambik gambar, sekali pakej editing terbaik
Ramai yang mengimpikan untuk travel ke India. Walaupun dikatakan sebuah negara tidak mementingkan kebersihan, tetapi India tetap juga ada dalam ‘bucket list’.
Ini kerana India sebuah negara yang sangat kaya dengan adat budaya tersendiri. Malah mempunyai tarikan tersendiri dengan keindahan sebahagian tempat menarik.
Ikuti perkongsian menarik Shahrina Azlin ketika mengunjungi India dua tahun lalu. Biarpun sudah pergi, namun dia masih lagi memasang impian untuk ke sana sekali lagi.
Kotor. Memang itulah yang sering orang perkatakan tentang negara India ini. Tetapi yang mereka tidak tahu ialah sesetengah negeri di India itu sendiri tersangatlah cantik pemandangannya, terutamanya di Kashmir yang digelar heaven on earth!
Tapi memanglah tidak dapat dinafikan, sesetengah tempat di India itu memang kotor, tapi yang pentingnya, pengembaraan saya dan dua orang rakan adalah untuk melihat kebesaran bumi ciptaan Allah swt.
Hampir dua minggu di sana, kami berpeluang merasai dua keadaan cuaca iaitu sejuk dan panas. Antara tempat yang saya dan teman-teman sempat kunjungi adalah Kashmir, Shimla, Jodphur, Jaipur, Agra dan Delhi.
Lima hari kami habiskan masa di Kashmir, pemandangan di sana memang sungguh menarik. Kami sempat bermain salji di Sonamarg dan Gulmarg, menikmati keindahan alam dengan menaiki kuda di Pahalgam dan bermalam di houseboat yang terletak di Dal Lake. Pertama kali dapat menyentuh salji satu perasaan yang memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Awesome!
Pemandangan yang ada di Kashmir memang antara yang terbaik pernah kami lawati. Kami juga sempat melawat kebun tulip dan juga beberapa tempat tumpuan pelancong yang ada di sekitar kawasan bandar Srinagar, yang merupakan ibu kota negeri Jammu dan Kashmir di India.
Penduduk di Kashmir 95 peratus adalah Muslim, jadi memang tidak ada masalah untuk cari makan. Pendek kata memang kenyang kami sepanjang berada di sana. Cuaca pula sejuk memang asyik lapar sahaja. Penduduk di Kashmir juga peramah dan nampaknya nama Malaysia memang terkenal di kalangan penduduk sana.
Lima hari di Kashmir kami meneruskan perjalanan ke Shimla. Tempatnya sejuk macam Cameron Highlands. Pemandangan di sini juga cantik, bentuk muka bumi yang berbukit memerlukan kami menapak banyak anak tangga walaupun hanya mahu ke rumah tumpangan yang kami tinggal.
Apa yang saya lihat orang India ni memang suka berniaga. Kat mana sahaja walaupun ruang yang kecil mereka akan berniaga. Di Shimla ni tak payah cerita, kedainya di sekeliling bukit yang kami terokai itu rasanya.
Deretan kedai menjual pelbagai jenis barangan tersedia di sini. Buah-buahan tersangat murah . Sempat kami beli ceri hanya dengan harga lebih kurang RM10 dapat sekotak penuh.
Satu malam di Shimla, perjalanan diteruskan ke Jodphur. Ini paling mencabar sebab kami naik keretapi selama 18 jam. Keretapi kat India ada beberapa kelas. saya dan rakan-rakan pilih kelas kedua dengan katil 3 tingkat bukan 2 tingkat ya. Nasib baik berhawa dingin dan jiran-jiran dalam keretapi pun ok, jadi perjalanan kami walaupun lama agak selesa.
Sampai di Jodphur cuaca memang panas. Hampir 40 darjah celsius. penghawa dingin yang dipasang dalam bilik pun tak terasa. Memang kena minum banyak air untuk elakkan dehidrasi dan terkena strok haba.
Satu malam di Jodphur, kami sempat melawat ke Mehrangarh Fort dan buat aktiviti flying fox di sana. Semuanya kami buat tempahan secara online, lebih murah dan dapat sesi pagi untuk elakkan cuaca yang panas.
Kami meneruskan perjalanan untuk jelajah Golden Triangle India iaitu Jaipur, Agra dan Delhi. Sekali lagi kami naiki keretapi ke Jaipur, Rajasthan. Tempat ini juga dikenali sebagai Pink City, sebab menurut mereka banyak bangunan yang berwarna merah jambu yang sebenarnya bangunan daripada warna asli batu bata tu.
Kali ini tak lama dan kami naiki 2nd class biasa yang berkerusi. Lima jam dalam perjalanan kami sampai ke stesen keretapi Jaipur. Kami ambil auto atau tuk tuk untuk ke hotel penginapan kami dan esoknya menjelajah Jaipur, Hawa Mahal, City Palace dan beberapa tempat lagi. Cuaca di Jaipur juga panas seperti di Jodphur, jadi air minuman memang sentiasa ada sebagai bekalan.
Dua malam di Jaipur, perjalanan diteruskan pula ke Agra. Nak tengok Taj Mahal yang tersenarai sebagai 7 Benda Paling Ajaib di dunia. Seawal pagi kami keluar dari hotel menuju ke stesen keretapi. Keretapi memang jadi pengangkutan utama orang India untuk destinasi yang jauh.
Setiap kali ke stesen keretapi memang orang ramai sangat. Seawal 6.30 pagi kami ke Taj Mahal. Masa ni orang tak berapa ramai lagi, dapatlah kami melihat keindahan Taj Mahal yang merupakan lambang cinta agung Shah Jahan terhadap isterinya Mumtaz Mahal. Kami juga sempat melawat ke Agra Fort yang turut menjadi tarikan di situ.
Satu malam di Agra, kami menaiki kereta ke Delhi. Tiga jam perjalanan ke Delhi dan kami sampai lebih kurang jam 3 petang. Lepas daftar masuk hotel kami yang terletak di Main Bazar kami terus keluar ke Chandni Chowk yang terkenal sebagai tempat untuk membeli belah.
Kat sini kami gunakan metro yang sama seperti LRT kat Malaysia. Harganya murah dan mudah untuk dinaiki. Dah penat pusing kedai, kami sempat singgah di Red Fort dan Town Hall untuk bergambar.
Tibalah hari terakhir di India, kami sempat ke India Gate dan juga Bangunan Parlimen yang terletak berdekatan. Cuaca yang panas buatkan kami tak lama berada di situ, lalu kami pulang ke hotel dan berkemas untuk ke lapangan terbang.
Tak perlu risau tentang makanan yang ada di sana kerana India mempunyai pilihan makanan halal untuk pelancong yang datang. Agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas agama Hindu di sana, jadi tak susah kalau nak cari makanan halal. Makanan mereka juga enak dan kena dengan tekak kami. Antara makanan yang selalu menjadi pilihan kami adalah beriani dan juga roti prata.
Beriani di Malaysia dan juga beriani di India memang lain rasanya. Mereka banyak menggunakan rempah ratus dalam makanan mereka dan rasanya agak pedas. Begitu juga dengan kari dan kuah-kuah yang ada, rasa rempah dalam makanan mereka amat ketara tapi Alhamdullilah perut kami dapat menerimanya.
Walaupun agak pedas, tapi tetap sedap dan menyelerakan. Mungkin juga penggunaan rempah dalam makanan mereka itu sesuai untuk beberapa bahagian di negara mereka yang mempunyai empat musim, contohnya di Kashmir dan Simla yang ketika kami kunjungi agak sejuk berbanding tempat-tempat lain.
Roti prata atau kalau di sini lebih dikenali sebagai roti canai juga agak lain teksturnya. Ia lebih liat dan rasanya tidak selemak roti canai yang ada di negara kita. Jika dimakan bersama kuah mereka yang berempah atau dengan ayam masala memang satu gabungan yang padu.
Ketika di Kashmir kami ada juga mencuba makanan jalanan yang ada di sana. Kami lebih yakin untuk cuba makanan di sana kerana rata-rata penduduk di sana adalah muslim selain melihatkan keadaan yang bersih di sekitarnya.
Selain beriani dan prata, kami juga suka makan samosa sepanjang berada di sana. Bentuknya sama seperti samosa di Malaysia, Cuma intinya lebih kepada sayur-sayuran yang digoreng bersama rempah.
Memang banyak pengalaman baru yang saya dapat ketika berada di India. Apa yang saya dapat simpulkan, India memang banyak tempat menarik untuk dilawati.
Walaupun ada sesetengah tempatnya memang kotor dengan cuaca yang panas dan bau yang tidak menyenangkan, ia masih lagi ok untuk dijadikan salah satu tempat dalam wishlist seorang pengembara. Kan orang kata banyak berjalan luas pandangan!
Sofistikated dan stail, perkataan yang tepat untuk menggambarkan restoran BLVD House yang terletak di NAZA Tower, Platinum Park, Persiaran KLCC dengan menampilkan gaya dan menu eksklusif yang menyelerakan.
Sebaik melangkah masuk ke restoran serba mewah ini, jelmaan interior yang mendominasi ruang umpama berada di sebuah restoran di luar negara dengan konsep smart dan chic London/ New York style all-day Brasserie.
Penataan yang memukau pandangan dilengkapi ruangan bar memberikan aura cozy buat pengunjung. Bukan hanya dilimpahi interior yang menarik malah restoran ini menyediakan servis terbaik seperti mana hotel lima bintang.
Di BLVD menawarkan pengalaman menikmati hidangan secara eksklusif dan holistik, ditemani alunan muzik eklektik jazz, rangkaian lagu klasik seperti Frank Sinatra bersesuaian dengan suasana restoran ini.
Anda bebas untuk memilih ruang makan yang diingini dengan interior ruang yang classy. Kehadiran lampu sorot membuat suasana di dalam restoran ini terasa cozy dan menenangkan. Ruang bar dilengkapi dengan meja yang lebar dan penataan semi-alfresco. Melihat sekitar ruang dalam restoran ini banyak menerapkan elemen gaya tahun 1930an dengan sentuhan brass, kayu dan penggunaan kerusi classic Thonet.
BLVD House menyasarkan sebagai tumpuan bagi mereka yang inginkan gaya makan eksklusif serta menu terbaik umpama Pastis di New York, The Wolseley di London, Union di Jakarta atau Greyhound Cafe di Bangkok yang menawarkan pengalaman makan yang jarang didapati di Kuala Lumpur. Restoran ini menawarkan ruang makan untuk relaks dan bersantai untuk residen sekitar, pelancong dan pekerja di sekitarnya.
Sebahagian besar menu di sini didominasi oleh hidangan barat, Familiar American/ Continental Classics. Chef Yusny yang jadi master mind untuk BLVD House. Berbekalkan pengalaman selama 21 tahun sebagai chef kulinari, dia bertanggungjawab dalam penyediaan menu tempatan, Asia dan barat di restoran ini.
Dengan keluasan sedia ada , restoran ini tidak hanya menjadi pilihan tempat makan bersama keluarga dan teman malah sesuai bagi mengadakan acara eksklusif .
Kapasiti muatan dianggarkan 75 orang di ruang menjamu manakala di ruang bar dan lounge 25 orang memberi keselesaan buat anda yang ingin mengadakan acara. Restoran yang beroperasi sejak April 2016 ini dibuka setiap hari Isnin – Khamis (12:00 tgh- 11:00 mlm), Jumaat –Sabtu (12:00 tgh – 1:00 pg), Ahad (09:00pg – 11:00pg).
Rasai pengalaman makan di BLVD House ditemani interior hebat pastinya membuat anda ingin menghabiskan masa yang lama di sini.
Pelbagai bentuk penghargaan diberikan warga dunia kepada petugas barisan hadapan sebagai tanda terima kasih kerana berhempas pulas dalam membendung penularan wabak pandemik COVID-19. Bukan itu sahaja, mereka juga memperjudikan nyawa sendiri demi menyelamatkan mangsa-mangsa wabak ini.
Terbaru, Qatar Airways menawarkan 100,000 tiket percuma kepada profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia sebagai menghargai jasa dan pengorbanan dalam membantu merawat pesakit yang dijangkiti koronavirus (COVID-19).
"Profesional penjagaan kesihatan di setiap negara di dunia layak mendapat tiket percuma ini," umum syarikat penerbangan berkenaan dalam satu kenyataan.
Mereka yang menerima kod promosi boleh menempah sehingga dua tiket pergi balik kelas ekonomi secara percuma untuk penerbangan yang dikendalikan Qatar Airways ke mana sahaja di rangkaian global syarikat penerbangan ini
Qatar Airways akan kembali membuka semula operasi tidak lama lagi selepas ditangguhkan sementara kerana wabak COVID-19.
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...