Pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini masih tidak tahu di mana penghujungnya.
Selagi vaksin untuk mengubati virus ini tidak ditemui semua warga dunia perlu mengambil langkah berhati-hati dengan menjaga segala SOP yang telah ditetapkan untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan yang boleh membawa maut ini.
Tidak terkecuali KTMB baru-baru ini melangkah satu tapak ke hadapan dengan memperkenalkan helmet pengimbas suhu bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Menurut KTMB menerusi Facebook rasmi mereka, kaedah ini adalah tambahan kepada cara sedia ada seperti pengimbas suhu di stesen, hand sanitizer dan sanitasi tren.
Ads
Ads
Dengan penggunaan helmet ini, anggota yang membuat rondaan akan dapat mengesan penumpang bergejala melalui alat teknologi canggih itu. Penggunaan helmet ini masih di peringkat percubaan bagi menilai keberkesan dan kesesuaian buat anggota Polis Bantuan KTMB. KTMB berharap kaedah yang dilaksanakan ini dapat meningkatkan keyakinan para penumpang untuk menggunakan perkhidmatan KTMB.
Ads
Inisiatif tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen. Ada yang beranggapan penggunaan helmet berteknologi tersebut umpama watak aksi bagi filem Robocop.
Bila nampak orang lain pergi travel, hiking bukit atau gunung atau jalan-jalan ke sana-sini, perasaan dalam diri mesti nak ikut serta sama kan? Kalau lihat pada peralatan yang mereka bawa, kebanyakkan serba-serbi lengkap dan memudahkan perjalanan ketika berjalan, mendaki atau memanjat.
Tapi perasan tak ada sesetengah orang yang pergi travel atau hiking menggunakan seluar jeans, seluar slack, seluar elastik atau legging? Adakah jenis seluar seperti itu sesuai untuk anda melakukan aktiviti travel atau hiking yang memerlukan anda berjalan jauh atau memanjat?
Jawapannya sudah tentu tidak. Untuk memberikan keselesaan dalam perjalanan trip travel atau hiking anda, terdapat tujuh ciri seluar yang amat sesuai untuk diguna ketika melakukan aktiviti travel atau hiking. Jom kita usha apa ciri yang sesuai untuk mencari seluar yang lebih selesa dan tahan lasak itu:
Air adalah musuh utama ketika travel atau hiking. Apabila pakaian anda basah, berat akan bertambah dan membuatkan diri anda berasa cepat penat. Setiap kuantiti air pada seluar akan memberi beban lebih untuk ditanggung. Ciri QUICK-DRY ini WAJIB ada pada seluar travel atau hiking anda. Ia lebih ringan dan cepat kering untuk trip anda yang lasak.
Peralatan yang ringan dan ringkas cukup sinonim dengan kaki travel atau hiking. Seluar yang ringan sangat membantu kerana “every gram`s count”! Lagi-lagi bila dah penat nanti, tahu lah nasib anda nak berjalan. Hehe. Seluar hiking Irau dan seluar hiking Oze antara jenama yang terkenal dengan ciri binaannya yang amat ringan!
Cuaca kadang-kadang tidak menentu, sekejap hujan, sekejap panas dan bulan ini sahaja hujan berpanjangan di beberapa tempat. Ciri ini amat membantu anda untuk mengelakkan seluar travel atau hiking anda basah kerana hujan semasa berjalan atau mendaki.
Cari yang mempunyai getah di pinggang (elastik). Getah separuh pun boleh, asalkan elastik. Ia mengelakkan seluar anda mudah koyak atau terlondeh terutamanya apabila hiking sekiranya laluan dakian anda itu mempunyai liku dan cabaran yang banyak.
Lumpur atau kotoran tanah selalunya susah hilang apabila cuci. Untuk memudahkan kamu ketika travel atau mendaki, carilah seluar yang mempunyai ciri easy-care kerana ia senang dijaga dan cuci segala kotoran.
Jangan pelik atau terkejut kalau ada kaki travel atau hiking yang pakai seluar yang sama sepanjang trip 3 hari 2 malam. Jika tidur pun dia pakai seluar yang sama dan tak pernah tukar. Seluar ciri ini amat selesa kerana mudah dicuci dan tidak serap kotoran terlalu banyak. Mudah untuk di cuci dan tidak berbau.
Ciri elastik bukan setakat membantu anda melangkah besar dengan yakin, ianya juga amat membantu dalam keadaan yang mana laluannya banyak ranting-ranting dan duri tajam. Seluar yang tidak elastik pasti akan koyak dengan mudah! Disarankan “Stretcheable Polyester” kerana kain cotton biasa amat mudah terkoyak dalam trip yang lasak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Setiap kali keluar travel, pasti ada di antara kita yang akan jadi ‘doktor’ sebab dalam backpack dia mesti ada first aid kit. Itu satu perkara yang bagus sebab kita tak tahu bila masa penyakit yang akan singgah dan merebahkan kita atas katil hotel.
Jadi, setidaknya ada sprang ‘doktor’ ni, boleh la kita menumpang first aid kit dia. Tapi sampai bila nak tumpang? Kena la ada satu first aid sendiri sebagai persediaan kita nak travel.
Libur nak kongsikan kepada anda senarai basic yang perlu ada dalam first aid kit untuk anda yang gemar keluar travel. Senarai ni untuk ubat-ubatan basic je. Kalau rasa senarai ni tak lengkap dan ada beberapa perkara yang perlu anda tambah, tuliskan di ruangan komen Facebook Libur ya. Boleh kita kongsikan bresama rakan-rakan traveller yang lain.
Penafian: Ubat-ubatan yang ditulis di sini hanyalah cadangan sahaja. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai penyakit-penyakit lain yang boleh mendatangkan kesan sampingan.
Itu adalah senarai ubat-ubatan yang boleh membantu merawat penyakit-penyakit biasa, tapi sekiranya menghidap penyakit yang memerlukan anda membawa ubat-ubatan yang khusus seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan sebagainya, maka WAJIB untuk anda bawa ubat-ubatan tersebut bersama.
Bawa bersama senarai rujukan untuk anda tahu apa kandungan yang perlu ada dalam first aid kit anda. Selitkan ianya bersama dalam first aid kit dan jika anda perlu untuk topup isi kandungan first aid tersebut, sekurang-kurangnya anda boleh rujuk kepada ahli farmasi di lokasi percutian anda.
Kalau dahulu parkir di pusat membeli-belah Sunway Pyramid antara terawal yang menyediakan kotak parking berlampu. Ia memudahkan pemandu mencari kotak parking berpandukan nyalaan lampu hijau (parkir kosong) atau lampu merah (parking bertuan).
Kini, Sunway memperkenalkan kaedah terbaru iaitu ‘Sunway Smart Parking’, menggunakan cara pengesanan nombor plat dan bayaran menerusi pelbagai cara membabitkan 10,000 petak letak kereta.
Sistem itu telah mula dilaksanakan di enam premis harta meliputi Sunway Pyramid mall, Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Clio Hotel, Sunway Pyramid Hotel, menara pejabat Sunway Pinnacle dan Menara Sunway. – Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...