Luas perjalanan indah pemandangan. Jika kita biasa memilih negara-negara Eropah dalam wishlist travel, nampaknya sesekali tukar minda untuk meneroka tempat lain pula. Dan satu perkongian dari Fais Taib mengenai Negara Azerbaijan mungkin boleh membuatkan kita teruja kerana negara ini sangat indah.
Jom baca catatan yang dikongsikannya.
Jelajah 4 Negara Kembara Caucasus ( Azerbaijan)
Azerbaijan merupakan negara pertama dalam kembara kali ini. Aku yakin, ramai tidak tahu kewujudan negara ini dalam peta dunia. Ini bukan negara dalam movie Bajrangi Bhaijan. Tidak sama sekali ya.
Negara Azerbaijan berkongsi laut Kaspia(Caspean Sea) dengan Iran, Rusia, Turkmenistan. Laut yang berada di daratan dan paling kaya dengan hasil minyak di laut dan daratan. Oil rig mereka tepi jalan je, tak perlu sistem cangih dan moden memang koboi je tapi sangat teratur.
Ads
Berada di ekor banjaran Caucasus yang Merentasi Negara Rusia dan Georgia. Negara dengan pemandangan indah dan bentuk muka bumi yang unik. Bukan sahaja kaya dengan minyak dan mineral, ia juga sangat subur. . Matawang yang digunakan adalah Manat. 1 Manat bersamaan dengan RM2.50 (lebih kurang). Mahal tak makanan kat sini? Jawapan aku ya dan tidak. Ya, jika convert dengan matawang kita. Kumpir (ubi bakar dengan pickles) sekitar 8 Manat.
Azerbaijan terkenal dengan senibina Eropah dan moden futuristik, kita seperti berada di bandar Eropah Modern dan Dubai dengan perbandaran yang teratur dan kemas. Terdapat juga ciri ciri negara Soviet kerna mereka pernah menjadi salah satu negeri soviet sebelum merdeka pada 1990.
Ads
Bab kebersihan, sukar sekali nak jumpa sehelai sampah, tong sampah pun jarang nampak tapi bandar dia sumpah bersih.
Anak-anak muda suka meluangkan masa di cafe menikmati coffee atau tea sambil bermain catur atau membaca..segenap sudut dan lorong pasti terdapat cafe cafe hipster.
Rakyat diorang sangat baik, peramah dan selalu memberi salam. Rupa paras cantik dan tampan bak orang Eropah tetapi bertutur bahasa Azer. Makanan tradisi mereka adalah sha plov ( korang boleh tengok video potong nasi). . Banyak lokasi menarik dan bersejarah. Negara ini mengalami pelbagai campuran budaya kerana pernah dijajah Greek sebelum kedatangan Islam.
Ads
Kota ini pernah dihuni penganut agama Zoroastrian sebelum mereka berpindah ke Iran. Islam, adalah agama rasmi dan Mazhab Syiah adalah majaroti disini.
. Untuk memasuki negara ini Visa diperlukan bagi Malaysian, E Visa boleh diisi melalui laman sesawang mereka. Fee sekitar USD 25 dan tempoh kelulusan sekitar 3 hari bekerja. Sijil
Vaksin 2 dos dan PCR test diperlukan 72 jam sebelum ketibaan. Sebelum datang kesini, kami menghubungi kedutaan Malaysia di Azerbaijan untuk mendapatkan setiap info terkini sebelum memasuki setiap negara.
Pastikan Azerbijan termasuk dalam bucketlist anda. Ini adalah negara yang aku kira sangat berbaloi, dan diluar jangkaan aku. . Tak sangka negara Azerbaijan secantik ini! Sumber : Fais Taib di page Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Glamping pada hari ini menjadi antara trend percutian dalam kalangan pencinta alam semula jadi dengan menginap atau bermalam dalam khemah tanpa mengetepikan keselesaan.
Buat anda yang berkeluarga, percutian cara ini sangat berbaloi kerana lebih selesa terutama yang memiliki anak kecil. Glamping merupakan kombinasi idea percutian ‘glamour camping’ buat warga kota yang ingin mencari ketenangan dalam hutan.
Nah, ini satu lagi cadangan daripada LIBUR destinasi glamping menarik untuk anda habiskan masa bersama keluarga atau rakan-rakan pada hujung minggu nanti.
Canopy Villa Glamping Park satu lagi resort percutian berkonsepkan glamping yang terletak di Janda Baik, Pahang bakal memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan kepada anda yang nak tinggal bermalam dalam khemah dan ingin dekat dengan flora dan fauna.
Pengunjung boleh alami suasana yang jauh dari hiruk pikuk kota raya dan celik mata dari tidur dengan pemandangan hijau yang terdapat di sekitar tempat ini.
Tambahan pula, ada banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sekitarnya seperti memanah, memancing, berbasikal, mandi sungai dan bersiar-siar di kawasan sekitar. Pada malam hari, aktiviti BBQ dan duduk mengelilingi unggun api akan menjadi penutup hari percutian kalian yang sangat indah.
Bagi pencinta bunga matahari, tidak perlu pergi jauh untuk menikmati keindahan flora berwarna kuning jingga tersebut.
Perlis kini mempunyai ladang bunga matahari yang tidak kurang menariknya terletak di Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat menjadi destinasi pilihan bagi pelancong domestik.
Suasana indah berlatarkan panorama Banjaran Nakawan menerusi bukit Sungai Batu Pahat pastinya memukau para pengunjung yang ingin meluangkan masa di sini, sekali gus menjadi lokasi terbaik untuk merakam kenangan sambil dikelilingi pokok bunga matahari yang kembang mekar, untuk dikongsi dalam media sosial.
Ladang bunga matahari tersebut adalah milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dengan keluasan 1.21 hektar, mencetuskan fenomena luar biasa setelah mencatatkan lebih 15,000 pengunjung dari dalam dan luar negara dalam tiga bulan pertama dibuka sejak akhir Disember 2019 lalu.
Kebanyakan pengunjung adalah daripada golongan remaja, bagaimanapun sejak taman itu dibuka kembali pada 10 Jun 2020 lalu sebaik negara memasuki tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), berlaku penurunan pengunjung, terutama yang berkeluarga. Kebanyakan pelawat datang pada hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Mengimbas kembali idea untuk membuka ladang itu, pada asalnya kawasan taman itu adalah lembah (tanah mendap dan berair) serta tidak digunakan, bagaimanapun kakitangan unit publisiti dan promosi PKENPs mahu memanfaatkan kawasan itu sebagai produk alternatif dengan menanam pokok bunga matahari. Pada 2017 dan 2018, kakitangan PKENPs membelanjakan wang sendiri untuk membeli biji benih tempatan, namun percubaan menanam tanaman itu tidak menjadi selain tiada kepakaran. Pada 2019 mereka cuba benih jenis ‘oil’ dari Thailand dan setelah tiga kali percubaan, benih dari Thailand ini beri kesan positif sesuai dengan faktor cuaca dan tanah di sini.
Proses penanaman pokok bunga matahari memakan masa selama dua bulan dengan penyemaian biji benih dibuat secara berperingkat bagi memastikan pokok terus tumbuh dan tidak terputus. Penjagaan pokok itu juga mempunyai cabaran apabila tanah yang mendap perlu sentiasa digembur selain turut terdedah dengan kehadiran serangga perosak seperti siput dan ulat serta memerlukan pemantauan berterusan.
Jom sokong industri pelancongan domestik kita dengan cuti-cuti Malaysia ke negeri Perlis
Kalau anda mencari tempat ada private pool di sekitar Melaka, boleh terus memilih Cozy De Rio, tempat rehatkan minda yang cukup menarik.
Homestay ini sangat cantik dan sesuai bawa anak-anak, ada pool dan board games! Memang seronok anak dengan suasana ada mainan dan tempat mandi-manda macam ini.
Malam-malam boleh lepak di luar dengan aman sebab nampak indah sungguh. Nak ‘berOOTD’ waktu ini pun, cun sangat.
Yang minat nak buat bakar-bakar pun boleh, ada tempat khas untuk BBQ. Tepi kolam lagi!
Haaa… siap ada peralatan mandi lagi.
Pendek kata inilah homestay terpaling mesra kanak-kanak!
Owh ya, ada PS4 juga. Memang happening dapat stay kat sini. Kemudian lihatlah suasana beberapa bilik yang ada, nampak selesa.
Cuba tengok suasana biliknya pula, nampak kemas tersusun cantik. Anak-anak mesti ‘meriah’ dan mungkin susah nak balik kalau bermalam di sini. Mana taknya, semua ada.
Lokasi:
Cozy De Rio Private Pool Villa, Melaka.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...