Memiliki masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, membuatkan negara kita kaya dengan adat resam dan budaya yang berbeza. Jika orang Melayu ada makanan tradisional mereka begitu juga bagi kaum India dan masyarakat Cina. Bukan itu sahaja, Malaysia juga sebenarnya mempunyai masyarakat Peranakan Baba dan Nyonya yang tinggal di negeri Melaka.
Mereka merupakan masyarakat unik kerana kumpulan ini adalah sebahagian daripada kaum Cina tetapi mengamalkan adat resam dan budaya campuran Cina-Melayu. Peredaran zaman menyebabkan generasi muda yang sepatutnya menjadi pewaris kini dilihat semakin meninggalkan adat resam dan budaya tinggalan nenek moyang mereka. Bagi terus mengekalkan keunikan masyarakat tersebut, Restoran Nyonya Makko, Melaka mengambil inisiatif mempromosi makanan Peranakan atau Nyonya yang merupakan restoran turun temurun keluarga peranakan sejak tahun 1984.
Masakan Nyonya ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri iaitu selain mempunyai banyak persamaan khususnya dari segi penggunaan rempah ratus dalam masakan Melayu, Nyonya dan Portugis. Gabungan ketiga-tiga elemen ini juga sebenarnya mengayakan lagi makanan tradisional Melaka. Dalam masakan Nyonya selain menggunakan serai dan ketumbar, ia turut disertakan ramuan asli lain yang dapat menambahkan keenakan serta rasanya berbanding masakan lain.
Ads
Aroma berlainan di samping rasanya yang sedikit manis dan masam juga merupakan salah satu keunikkan tersendiri yang terdapat di dalam masakan Nyonya.
Ads
Antara menu menarik berkonsepkan masakan Nyonya yang akan disediakan ialah Ayam Buah Keluak, Ikan Chuan-Chuan, Nyonya Chap Chai, Udang Masak Lemak, Itik Tim dan Ikan Goreng Cili Garam. Bukan itu sahaja, para pengunjung juga dapat menikmati pencuci mulut yang terdiri daripada kuih-kuih tradisional Nyonya seperti kuih Achah, kuih Bangkit, Tat Nenas dan jangan lupa untuk mencuba pencuci mulut seperti Cendol.
Jadi apa kata anda datang dahulu untuk merasai masakan Nyonya di sini untuk menikmati keaslian citarasanya. Untuk makan tengah hari restoran ini dibuka dari pukul 11.30 tengah hari hingga 2.45 petang dan makan malam dari pukul 6 petang hingga 9.30 malam setiap hari kecuali ditutup pada Selasa.
Maklumat Lanjut: Restoran Nyonya Makko |123, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir 75000 Melaka, Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tiada wabak Leptospirosis atau kencing tikus yang dilaporkan berlaku di tiga kawasan rekreasi di Tapah ( Lata Kinjang, Lata Iskandar dan Kuala Woh) sejak tahun lalu, seperti yang tular di media sosial.
Jabatan Perhutanan Negeri Perak menafikan terdapat kes Leptospirosis atau kencing tikus di tiga kawasan riadah serta mandi-manda Taman Eko Rimba di Tapah.
Menerusi penafian yang dimuat naik dalam laman Facebook, jabatan itu menyatakan komitmen akan segera memaklumkan kepada umum jika berlaku kes Leptospirosis di kawasan berkenaan yang berada di bawah kendaliannya.
Kenyataan itu dibuat susulan tular satu memo Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Tapah bertarikh 27 Feb mengenai amaran terdapat banyak kes jangkitan Leptospirosis di Lata Kinjang, Lata Iskandar dan Kuala Woh.
Menerusi memo itu, pihak Pusat Perubatan Angkatan Tentera Batallion Keempat, RAMD, Kem Tapah menasihati semua anggota tentera serta keluarga agar tidak mengunjungi ketiga-tiga kawasan yang dinyatakan.
Menurut Jabatan Perhutanan, pihaknya telah membuat semakan serta siasatan dan memohon RAMD supaya memperbetulkan semula kenyataan itu. Sementara itu, menurut sumber memo itu hanyalah untuk edaran dalaman kepada para anggota dan keluarga sebagai langkah berjaga-jaga.
Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan Leptospirosis. Antara langkah itu ialah:
Ramai sukakan tarikan pelancongan sedia ada di dalam negara. Ada banyak tempat menarik untuk diterokai dan cukup menarik. Hendak jejakkan kaki ke luar negara kosnya banyak, perlu mengumpul wang terlebih dahulu.
Tapi sebenarnya kalau terasa nak berada di luar dan kosnya taklah mahal sangat, bolehlah cuba-cuba menginap di Windmill Upon Hill, Genting Highland.
Dari perkongsian, Puan Irna Shahrul di page Hotel Review Malaysia, diri berkongsi keseronokan tatkala berkunjung ke lokasi ini tahun lalu.
Jelasnya, sebelum check in hotel, bolehlah masuk ke Genting Premium Outlets dan dalam kesejukan cuaca di puncak GH itu, terasa bagai berada di oversea kerana bukan saja cantik tapi anginnya cukup kuat.
Tambahnya, diri seisi keluarga menempah apartment dua bilik pada harga RM111 semalam (harga biasa RM150-RM409 pernight) melalui Agoda.com.
Untuk check in di Windmill Upon Hill, Genting Highland ini perlu check in di bangunan lain dulu (Geo Flash Suite) dan bila dah dapat kunci, baru dapat masuk ke bangunan apartment ini.
Katanya, bunyi macam leceh tapi dekat saja bangunan dua-dua ini. Setiap unit ada parking untuk visitor dan paling best katanya, hotel ini sesuai untuk mereka yang suka ber OOTD dan instagrammable.
Di apartment ini ada dua dan tiga bilik, boleh pilih mana yang suka. Ia juga lengkap dengan semua kemudahan termasuk peralatan memasak.
Ia juga dilengkapi kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Selain adanya jakuzi, ia turut dilengkapi gym dan lain lagi. Jadi kalau ada cadangan nak ke Genting, bolehlah cuba menginap di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TEKS : HAFEZDZULLAH MOHD HASSAN FOTO : TAIPEI CITY INFORMATION AND TOURISM DEPARTMENT
You Bike merupakan perkhidmatan basikal awam yang telah dilancarkan oleh kerajaan Taipei sekitar dua tahun yang lalu. Ia merupakan alternatif pada pengangkutan awam lain yang terdapat di ibu negara Taiwan selepas bas teksi dan metro (MRT).
Dianggarkan, lebih daripada 5,416 buah basikal telah tersedia untuk disewakan kepada orang ramai. Basikal-basikal tersebut diletakkan di 165 buah stesen yang berbeza-beza. Jumlahnya dijangka akan ditambah dari semasa ke semasa ekoran daripada permintaan yang menggalakkan.
Ketua Bahagian Pembangunan Pelancongan Taipei, Dayton Wang berkata, kemudahan YouBike semakin mendapat tempat di kalangan orang ramai khususnya penduduk di Taipei. Kini, pihaknya berusaha memperkenalkan dan mempromosikan pula penggunaan basikal tersebut kepada pelancong.
Sifatnya yang fleksibel juga memudahkan orang ramai untuk mengakses lorong-lorong kecil yang banyak terdapat di Taipei. Di samping itu, kebergantungan orang ramai terhadap pengangkutan awam berenjin juga dapat dikurangkan, sekali gus menggalakkan kehidupan yang lebih sihat dengan berbasikal.
“Objektif utama YouBike adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan pencemaran udara yang berlaku di Taipei kerana penggunaan motosikal di sini amat tinggi,” tambahnya lagi.
YouBike yang merangkumi keseluruhan Taipei mempunyai laluan sendiri. Ia menghubungkan beberapa destinasi percutian menarik seperti Taipei 101, Nanyang Park, Taipei Fine Arts Museum, Beitou Hot Spring, Eslite Bookstore, National Taiwan Normal University dan beberapa buah taman awam yang menyenangkan seperti Beitou Park, Sun Yat Sen Memorial Hall Park, Daan Park, Xinsheng Park dan Dahu Park.
Hamparan pasir luas, batuan putih berbentuk cendawan dan langit biru tanpa penghujung menjadikan destinasi ini kelihatan seperti sebuah planet asing.Terletak di Gurun Barat Mesir,...