Baru-baru ini influencer popular, Khairul Aming dilihat bercuti dengan rakan-rakannya di salah satu destinasi menarik dan mendamaikan.
Berada dalam situasi jauh dari hiruk pikuk kesesakan jalan kejauhan dalam hutan memberikan seribu ketenangan.
Rupanya tidak perlu bercuti jauh hingga ke Langkawi untuk merasai keserbonokan percutian.
Sebaliknya hanya berada dalam kawasan sekitar Lembah Klang sahaja.
Influencer ini bersama rakan-rakan menghabiskan waktu cuti hujung minggu di Templer Park Rainforest Retreat, Rawang yang hanya memakan masa hanya 40 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.
Melihat video yang dirakam, ternyata penginapan di sini cukup santai dan sangat sesuai untuk acara bersama keluarga.
Malah turut disediakan swimming pool sebagai salah satu aktiviti boleh dilakukan di sini.
Dikatakan jika pergi ke sini memang tidak akan terasa untuk balik kerana percutian hujung minggu di sini dapat menghilangkan stress setelah lama terkurung disebabkan MCO.
Ayuh, kita Cuci mata melihat kesinadahan Tempe Park ini yang boleh dikunjungi bila-bila masa sahaja, tetapi perlu buat tempahan terlebih dahulu.
Bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan sememangnya menyeronokkan, namun mencari bilik hotel yang selesa untuk tiga orang kadangkala boleh menjadi satu cabaran. Menyedari keperluan tersebut, Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort kini memperkenalkan kategori Bilik Superior Triple yang direka khas untuk keluarga, kumpulan sahabat dan pengembara dalam kumpulan kecil.
Terletak hanya beberapa langkah dari Pantai Patong, resort tepi pantai ini menjadi antara lokasi strategik untuk pelancong yang mahu menikmati suasana Phuket. Dari resort, pengunjung boleh menerokai kawasan membeli-belah, restoran, hiburan malam serta tarikan budaya di sekitar Patong dengan lebih mudah.
Bilik Superior Triple direka untuk menempatkan sehingga tiga orang tetamu dengan susunan tempat tidur yang fleksibel. Ini membolehkan keluarga atau kumpulan sahabat menginap bersama dalam satu ruang tanpa perlu menempah dua bilik berasingan.
Selain menawarkan ruang yang lebih praktikal, setiap bilik turut dilengkapi kemudahan asas seperti akses internet percuma, kemudahan membuat kopi dan teh serta ruang rehat yang selesa. Sesuai untuk melepas penat selepas seharian menikmati aktiviti pantai, lawatan ke pulau berdekatan atau menerokai suasana malam di Patong.
Pilihan ini juga lebih menjimatkan kerana tetamu tidak perlu mengeluarkan kos tambahan untuk bilik kedua atau meminta katil tambahan. Pada masa sama, pengalaman menginap bersama dalam satu bilik menjadikan percutian terasa lebih rapat dan menyeronokkan.
Percutian bersama keluarga besar dan konsep friendcation, iaitu percutian bersama kumpulan sahabat, semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengembara moden. Ramai kini memilih pengalaman perjalanan yang membolehkan mereka meluangkan masa bersama tanpa mengorbankan keselesaan dan ruang peribadi.
Menurut pihak resort, pengenalan kategori bilik baharu ini merupakan tindak balas terhadap permintaan pelancong yang mahukan penginapan lebih fleksibel, selesa dan berbaloi ketika melancong dalam kumpulan kecil.
“Pelancong pada hari ini sering mencari penginapan yang membolehkan mereka sentiasa dekat dan bersama keluarga, rakan karib atau kumpulan. Bilik Superior Triple yang baharu dicipta untuk menawarkan fleksibiliti dan nilai, selain membolehkan tetamu menikmati pengalaman resort tepi pantai yang santai,” kata Daryn Hudson daripada Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort.
Selain lokasi yang berhampiran Pantai Patong, tetamu turut boleh menikmati pelbagai kemudahan di resort termasuk beberapa kolam renang terbuka, pusat kecergasan, kemudahan mesra keluarga serta pilihan tempat makan yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa.
Antara restoran dan ruang makan yang terdapat di resort ini ialah Chao Leh Kitchen, Sears & Co. Bar and Grill serta The Deck Beach Club Patong. Resort berkenaan mempunyai 600 bilik dan suite moden yang direka untuk memenuhi keperluan pelancong santai mahupun tetamu perniagaan.
Dengan lokasi strategik, kemudahan lengkap dan pilihan bilik yang lebih fleksibel, Bilik Superior Triple boleh menjadi pilihan menarik buat mereka yang merancang percutian ke Phuket bersama dua lagi ahli keluarga atau sahabat. Kini, semua orang boleh tinggal dalam satu bilik, berkongsi pengalaman dan mencipta lebih banyak memori sepanjang percutian.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Lepas ni anda yang dari Langkawi dan Kota Bahru tak perlu lagi bersesak-sesak atas jalanraya kalau ingin melancong ke Melaka kerana Malindo Air dijangka akan membuka laluan baru baharu dari kedua-dua lokasi tersebut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) pada 1 Mac depan.
Perkara ini telah disahkan oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab dan beliau melihat inisiatif Malindo Air ini akan menggalakkan lagi industri pelancongan Melaka sekaligus menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri bersejarah ini sempena Tahun Melawat Melaka 2019.
Waktu penerbangan dua hala dari Langkawi dan Kota Bahru ke LTAM ini akan beroperasi tiga kali seminggu iaitu pada Rabu, Jumaat dan Ahad. Laluan dari Kota Bharu ke Melaka ialah pada 11.55 pagi dan Melaka ke Kota Bharu ialah pada 1.50 petang manakala dari Langkawi ke Melaka pada 12.05 tengah hari dan Melaka ke Langkawi 2.05 petang.
Penambahan laluan oleh Malindo Air menerusi LTAM dilihat sebagai langkah positif menarik lebih banyak syarikat penerbangan terutama pemain industri pelancongan di Melaka untuk menarik kedatangan pelancong menerusi sektor penerbangan dan kerajaan negeri akan menyediakan pelbagai insentif untuk mereka sebagai galakan dan komitmen yang diberikan.
Pasar harian, pasar malam atau bazar merupakan aktiviti kegemaran rakyat Malaysia lakukan untuk membeli-belah.
Disebabkan pandemik COVID-19, semua aktiviti ini perlu dihentikan seketika. Terkini, kerajaan sudah memberi kebenaran peniagaan ini kembali beroprasi. Beberapa negeri, antaranya Johor, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan turut mengambil langkah yang sama memberi kebenaran berniaga dan orang ramai kembali berkunjung ke tapak pasar tersebut beroperasi secara berperingkat mengikut SOP yang ditetapkan. Namun tidak bagi penduduk negeri Perlis dan Johor buat masa ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan semua pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi bermula 15 Jun 2020, tertakluk kepada SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Perlis
Majlis Perbandaran Kangar menangguhkan kebenaran operasi pasar malam dan pasar sehari di seluruh negeri Perlis sehingga satu tempoh yang akan ditetapkan kemudian. Ia selaras dengan keperluan bagi memastikan penganjuran aktiviti itu dapat dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Majlis Perbandaran Kangar sedang memperhalusi kaedah penganjuran aktiviti penjajaan pasar malam dan pasar sehari yang dapat menepati SOP itu.
Sebagai alternatif, Majlis Perbandaran Kangar sedang merancang untuk menganjurkan Bazar Penjaja Terkawal (BPT) di lokasi-lokasi terpilih, dan perkara itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Johor
Semua bazar di 16 kawasan pihak berkuasa tempatan Johor tidak akan dibuka buat masa ini meskipun pasar pagi dan pasar malam dibenarkan beroperasi mulai 15 Jun. Kesemua PBT bersetuju untuk tidak membuka bazar seperti Pasar Karat Johor Bahru sehingga tempoh dimaklumkan kelak. Tindakan ini diambil kerana penganjuran bazar dilihat merupakan acara himpunan awam, mempunyai kunjungan orang ramai yang lebih tinggi dan melibatkan ramai peniaga. PBT mahu menilai dahulu tahap kawalan dan pelaksanaan semua pasar pagi dan pasar malam sebelum membuat keputusan membuka bazar.
Bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan sememangnya menyeronokkan, namun mencari bilik hotel yang selesa untuk tiga orang kadangkala boleh menjadi satu cabaran. Menyedari keperluan tersebut,...