Sekurang-kurangnya 25 juta pekerjaan di peringkat antarabangsa termasuk 11.2 juta di rantau Asia Pasifik berisiko hilang kerja susulan kemerosotan permintaan mendadak bagi perjalanan udara akibat krisis penularan COVID-19.

Dalam keadaan sekatan perjalanan serius selama tiga bulan, penyelidikan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menunjukkan bahawa kira-kira 25 juta pekerjaan bidang penerbangan dan sektor berkaitannya di seluruh dunia kini berisiko selain Asia Pasifik manakala 5.6 juta pekerjaan di Eropah, Amerika Selatan (2.9 juta), masing-masing 2 juta di Amerika Utara dan Afrika serta 0.9 juta di Timur Tengah.

Syarikat Penerbangan Berisiko Tutup, 25 Juta Bakal Hilang Kerja – Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa

Malah, dalah senario sama, syarikat-syarikat penerbangan dijangka menyaksikan hasil penumpang bagi tahun penuh merosot sebanyak US$252 bilion (US$1 = RM4.34) (- 44 peratus) pada 2020 berbanding 2019.

Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa lagi, tempoh suku kedua 2020 adalah yang paling kritikal apabila permintaan merosot 70 peratus yang merupakan paras terburuknya selain kerugian tunai sebanyak US$61 bilion.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa yang mewakili kira-kira 290 syarikat penerbangan merangkumi 82 peratus aliran udara global, turut menumpukan aspek pendekatan komprehensif bagi pemulihan industri itu selepas dibenarkan untuk berbuat demikian oleh pihak kerajaan serta pihak kesihatan umum.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata syarikat-syarikat penerbangan turut meminta kerajaan masing-masing menyalurkan bantuan kewangan segera untuk membolehkan perniagaan kekal bertahan dan mampu pulih selepas wabak COVID-19 dapat dibendung.

Syarikat Penerbangan Berisiko Tutup, 25 Juta Bakal Hilang Kerja – Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa

Tiada perkataan yang sesuai untuk menggambarkan betapa meruncingnya impak COVID-19 terhadap industri penerbangan. Malah, kesukaran ekonomi itu akan dikongsi oleh 25 juta pekerja yang bergantung hidup dengan syarikat penerbangan. Ia sepatutnya menjadi perniagaan yang berdaya maju agar dapat kembali pulih selepas COVID-19 dapat dibendung. Bantuan terhadap syarikat penerbangan adalah sesuatu yang kritikal pada masa ini. Kita tidak pernah menjangkakan industri ini akan mengalami impak sedemikian besar. Kita juga tiada pengalaman untuk membantunya bangkit semula. Keadaan akan menjadi sukar. Dari segi praktikalnya, kita memerlukan pelan luar jangka untuk tujuan lesen dan pensijlan yang mungkin telah tamat,” kata Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IATA Alexandre de Juniac.

Syarikat Penerbangan Berisiko Tutup, 25 Juta Bakal Hilang Kerja – Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa

  • Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menggesa supaya bantuan dalam bentuk sokongan secara langsung disalurkan selain pinjaman, jaminan pembiayaan dan sokongan terhadap pasaran bon korporat serta pengecualian cukai.
  • Selain bantuan kewangan utama, industri itu juga perlu melakukan perancangan dan penyelarasan secara terperinci bagi memastikan syarikat-syarikat penerbangan benar-benar bersedia untuk beroperasi apabila COVID-19 itu dapat dikekang.
  • Industri juga perlu melaksanakan operasi dan proses bagi mengelak kemungkinan jangkitan semula virus itu menerusi kes yang diimport.
  • Industri perlu mengenal pasti pendekatan yang berkesan untuk menguruskan sekatan perjalanan yang perlu ditarik balik sebelum dapat menyambung semula kerja-kerja. Ini adalah antara beberapa cabaran utama yang menanti sektor penerbangan. Bagi memastikan kejayaannya, pihak industri dan kerajaan perlukan pelarasan dan saling bekerjsama.
  • Di peringkat global misalnya, kehidupan 65.5 juta orang bergantung dengan industri penerbangan, termasuk sektor seperti pengembaraan dan pelancongan dan daripada jumlah itu turut membabitkan 2.7 juta pekerjaan dalam syarikat penerbangan.

Sumber: Bernama

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI