gnung jerai

Dahulu, Gunung Jerai terkenal sebagai penanda arah buat pelayar-pelayar yang singgah berdagang di negeri Kedah.

Tetapi kini ia lebih sinonim sebagai salah satu lokasi pelancongan di negeri jelapang padi. Buat anda yang ingin berkunjung ke sini hanya perlu melalui perjalanan sejauh lebih 10 kilometer dari kaki gunung ke puncak. Anda tidak perlu mendaki kerana jalan menuju ke puncak destinasi ini boleh dilalui menggunakan kenderaan.

Trip Memukau Ke ‘Switzerland Kedah’ Di Puncak Gunung Jerai Trip Memukau Ke ‘Switzerland Kedah’ Di Puncak Gunung Jerai

Gunung Jerai memiliki ketinggian 1,217 meter dari paras laut dan terletak di sempadan daerah Kuala Muda dan Yan itu sentiasa mendapat kunjungan daripada para pengembara dan pencinta alam yang ingin menerokainya tidak kira pada hari biasa atau cuti umum.

IKLAN

Gunung tertinggi di Kedah itu juga menyediakan kemudahan penginapan yang dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna berwarna-warni. Kedinginan udara sekitar 18 hingga 25 darjah celcius amat menyamankan lebih-lebih lagi ia dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok yang menghijau. Pemandangan indah di sekeliling lokasi berkenaan juga pasti akan mengasyikkan setiap pengunjung kerana dari puncak resort berkenaan anda boleh melihat pemandangan sekitar negeri Kedah terutama pemandangan sawah padi yang luas terbentang indah. Ada juga pengujung yang menggelar lokasi ini sebagai ‘Switzerland Kedah’.

Ini perkongsian foto dan trip ke puncak Gunung Jerai oleh sumber FB Mohd Anas Anas

Trip Memukau Ke ‘Switzerland Kedah’ Di Puncak Gunung Jerai

IKLAN

Sedikit review percutian singkat ke puncak Gunung Jerai, Daerah Yan yang merupakan daerah paling bahagia berdasarkan pengalaman kali pertama chegu ke sini sebab ramai yang bertanyakan..

  • Kalau dari Highway kita boleh gunakan susur keluar Gurun terus je kaki Gunung Jerai. Sebelum sampai ke tapak kaki Gunung Jerai banyak gerai-gerai yang menjual air nira nipah dan jagung rebus tepian jalan sebelum sampai tapak kaki Gunung (nota utk pelancong luar kedah)
  • Sebelum naik ke atas pastikan kenderaan peribadi anda diselenggara dan dalam keadaan baik, paling utama brek berfungsi dengan baik.
  • Sesiapa yang berhajat nak bermalam pastikan membuat tempahan di agoda atau booking.com terlebih dahulu. Rate semalam berubah-ubah. Tarikh 7june Rm250** untuk 2 katil single (sentiasa berubah-ubah harga bilik)..view yang sangat cantik berlatar belakangkan sawah padi dan pantai murni. Anda juga boleh terus call direct dengan pejabat pengurusan The Jerai Hill Resort untuk tempahan, sekali sarapan pagi untuk 2 orang.

Trip Memukau Ke ‘Switzerland Kedah’ Di Puncak Gunung Jerai Trip Memukau Ke ‘Switzerland Kedah’ Di Puncak Gunung Jerai Trip Memukau Ke ‘Switzerland Kedah’ Di Puncak Gunung Jerai Trip Memukau Ke ‘Switzerland Kedah’ Di Puncak Gunung Jerai Trip Memukau Ke ‘Switzerland Kedah’ Di Puncak Gunung Jerai

IKLAN
  • Kembali semula bab perjalanan. perjalanan ke puncak dari bawah sepanjang 10km dan memakan masa hampir setengah jam perjalanan dari bawah ke atas puncak.
  • Keadaan jalan yang baik tetapi agak ‘menyeramkan’ sebab berliku-liku sebelum sampai ke puncak. Mulanya agak cuak memandu untuk sampai ke atas sana, tapi berbekalkan tawakal terus sampai ke atas.
  • Bab makan jangan risau kerana dipuncak atas ada cafe yang jual kek-kek manisan..coffe tea dan sebagainya. Makan kek smabil menyaksikan pemandangan indah sekitar gunung Jerai pun boleh juga makan di restoran kat atas tetapi harga agak mahal.

Trip Memukau Ke ‘Switzerland Kedah’ Di Puncak Gunung Jerai Trip Memukau Ke ‘Switzerland Kedah’ Di Puncak Gunung Jerai

  • Saat pertama kali sampai di puncak terus kerinduan terhadap bumi Switzerland terubat. Hilang sat memori Swiss sebab kat atas ini teramat cantik. Penuh bunga hyndregea memang cantik sangat-sangat. Boleh la gunung Jerai ini diberi jolokan Swiss Kedah habaq hang.

Trip Memukau Ke ‘Switzerland Kedah’ Di Puncak Gunung Jerai Trip Memukau Ke ‘Switzerland Kedah’ Di Puncak Gunung Jerai Trip Memukau Ke ‘Switzerland Kedah’ Di Puncak Gunung Jerai

  • Berdoalah agar cuaca yang elok dan tidak berkabus untuk menyaksikan bumi Yan berhamparkan sawah padi dan laut yg sangat indah tak terkata terutama pada waktu menjelang senja. Kalau berkabus agak sedikit malang untuk menyaksikan keadaan sekitar daerah Yan.
  • Suhu di atas puncak lebih kurang 19 darjah celsius, suhu ala-ala Zermaat Swiss ya hahahah. Tapi Zermatt sejuk lagi la.
  • Ada banyak lagi tempat menarik seperti muzium perhutanan negeri Kedah. Telaga Tok Sheikh, sejarah batu kapal dan ada ladang Strawberry ya di atas sana.
  • Kalau bertandang musim durian dapat la merasa durian segaq dari dusun di Gunung Jerai. Sempat juga merasa kali ni.
  • Ada yang berjalan kaki naik ke puncak, ada yang mengayuh basikal. kedeqat depa cukup kuat. Naik kereta pun rasa letih dah oii.

Tetapi percaya la, keadaan di puncak Gunung Jerai sangat menarik dan cantik nak mampuih oii, sumpah tak boleh lupa lagi. Keadaan yang tenang dan segar.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI