Selalu kalau camping nak setup khemah mesti lencun dengan peluh, tapi berbeza pula bila berpeluang camping di Taman Eko Rimba Kem Sg. Pauh, Cameron Highlands. Langsung tak berpeluh dan dapat lepak santai sambil menikmati kopi panas antara pengalaman yang menarik dikongsikan oleh Yanie Haron.
Merupakan campsite yang sering menjadi tumpuan ramai kerana lokasinya yang berada di tanah tinggi, Cameron Highlands, ternyata rezeki Yanie dan keluarga kerana dapat menempah tempat ini hanya sekali percubaan sahaja.
Menyifatkan ia sebagai perkhemahan santai untuk dia dan keluarga, wanita ini berkongsi pengalaman pacak khemah dalam hujan dan di atas dek kayu selain menikmati cuaca yang sejuk sepanjang berada di campsite tersebut.
Camping Santai Di Kem Sg Pauh. Pacak Khemah Dalam Hujan & Rasai Cuaca Sejuk
Taman Eko Rimba Kem Sg. Pauh, Cameron Highlands, Pahang | 24-25 Ogos 2022 | 2h 1m
Camping yang tak disangka-sangka sempena Cuti TYT Melaka di campsite idaman ramai para campers yang tak perlu diperkenalkan lagi. Susah nak dapat kata mereka. Tapi Alhamdulillah buat kami, first time apply terus approved.
Sekadar nak kan suasana je. Ambik rasa pacak di tempat sejuk pulak kali ke 20 ni. Suhu siang 19°c, malam 15°c. Dapat jugak kami merasa hujan disana pada sebelah petang. First time pacak dan kemas tak berpeluh berkicap . Kali ni pacak Vidalido Vicore sb dah lama dia berehat tak berkhidmat sejak duk pacak tenda . Member pulak pacak Coleman 6p.
Aktiviti kami kat sini lebih kepada lepak santai, minum kopi, makan steamboat, makan maggie. Anak² pulak bermain bersama kawan² baru, ada jugak anak sungai tapi rasa macam air cuckoo sejuk tu oii. Toilet pun sama, takde water heater ye. Fuhhh..
Ads
Ada jugak sahabat campers yang ambil kesempatan berjalan-jalan di Cameron Highlands. Macam kami habiskan masa dicampsite je since 2h1m je kan. Layan nature, view & sejuk sambil minum kopi panas cicah biskut kering. Memang syahdu.
Tapi kalau tanya, nak repeat tak? Kami taknak dah, sebab mungkin bukan minat kami tempat macam ni . Apapun kami tetap enjoy. At least kami dapat merasa pengalaman pacak atas dek kayu dan camping dalam suasana sejuk dan hujan pulak tu
Detail campsite;
Fee for camping rm13 (adult) rm11.50 (kids)
Toilet asing lelaki perempuan (2 duduk, 2cangkung, 2shower), tahap kebersihan biasa² je.
Ads
Surau besar
Sinki (ada 3)
Plugpoint
Campsite terang ada lampu
Parking (jauh sangat disebabkan Jabatan Hutan Cameron sedang renovate so terpaksa parking luar kawasan di kg sedia)
Boleh drop barang di pintu campsite
Ads
Ada kereta sorong disediakan jika tiada wagon nak ngangkut
Ada 5 platform kayu, 3 level bawah, 2 level atas.
Line telco ok
Waktu check in 2pm, check out 12pm ( tertakluk pada kekosongan jika nak masuk awal)
Biasalah kalau kita ke negara luar, 2 ke 3 hari mungkin boleh lagi telan segala juadah tempatan di depan mata. Cukup seminggu pasti ramai yang sudah rindu nak rasa makanan yang biasa di makan di Malaysia. Jika anda berada di Mekah, terdapat sebuah pasaraya yang menjual produk makanan atau bahan-bahan masak dari Malaysia.
Perkongsian ini daripada seorang rakyat Malaysia yang menetap di Mekah
Siapa tahu Abraj Hypermarket?
Ianya terletak di dalam bangunan menara jam, di level P4 dalam shopping mall Abraj al Bait.
Kalau dari Masjidilharam, keluar dari masjid boleh terus menghala ke Bangunan Menara Jam, masuk dalam mall Abraj Albait, main entrance bersebelah Alnahdi Pharmacy.
Dari situ boleh lah naik escalator terus ke tingkat 4 atau guna lift tekan P4. Nanti akan bertemulah dengan Abraj Hypermarket ni.
Bermacam-macam barangan menarik di sini. Lebih menarik apabila barangan kita original dari Malaysia juga sudah berjaya masuk ke hypermarket ini! Khabarnya setakat ini sudah 100 barang kita berada di sini dan akan bertambah dari semasa ke semasa. Wow sangat ni.
Malam tadi saya berkesempatan pergi ke majlis Malaysia Day (beautiful Terengganu) yang berlangsung di sini untuk memperkenalkan beberapa produk usahawan dari Terengganu.
Jadi, kalau tiba-tiba rasa rindu pada makanan kita tu.. boleh lah jenguk-jenguk ke sini.. tahniah ‘Kedai Asia’ yang telah berjaya membawa masuk produk-produk Malaysia ke Makkah al mukarramah.
Hujung minggu ini, bawa keluarga luangkan masa mengunjungi Santuari Ikan Sungai Chiling. Lokasi ini menjadi lokasi wajib pelancong dari dalam dan luar negara untuk melakukan aktiviti rekreasi.
Terletak kira-kira 13 kilometer dari Kuala Kubu Bharu, Selangor atau 70km dari Kuala Lumpur, ia juga antara lokasi cukup menenangkan kerana di kelilingi alam semula jadi yang masih kekal terpelihara. Bagaimanapun, ia hanya dibuka kepada pengunjung pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.
Kawasan ini diurus baik Jabatan Perikanan Negeri Selangor. Ikan Tengas banyak hidup kat sini. Hutan ini juga hutan simpan. Jadi tidak dibenarkan aktiviti memancing atau menangkap ikan. Pengunjung hanya boleh memberi makan, berenang bersama atau membelai ikan tersebut sahaja.
Selain tengas jinak, Air Terjun Sungai Chiling tarikan utama. Ia antara air terjun tercantik di Selangor. Yang boleh akses, tinggi 80m. Ada tiga tingkat air terjun, namun dua lagi ditutup kepada orang ramai. Sebelum ini pernah terjadi kemalangan di tingkat dua air terjun. Arus di sana lebih deras dan untuk mendaki sangat curam. Kalau nak pergi juga? Ia adalah atas risiko sendiri.
Dari pintu gerbang Sungai Chiling, berjalan sekitar 10 hingga 15 minit untuk ke pondok renjer, kaunter tiket dan kawasan khemah.
Bayar masuk seorang RM1. Perlu check in barang yang dibawa masuk seperti botol air, keropok, dll. Deposit RM10 dikenakan. Kalau barang bawa masuk takde masa check out, maka RM10 tidak dipulangkan. Sampah mesti bawa keluar sendiri. Sini, boleh beli makanan ikan RM2. Beli banyak sebab seronok beri ikan makan. Atau bawa roti bagi ikan.
Kawasan khemah sesuai bagi keluarga dan anak kecil berkelah. Dari jarak ini pengunjung sudah boleh nampak banyak ikan tengas. Tepi sungai sahaja. Jinak pula tu. Tunggu diberi makan sahaja seperti kucing.
Kalau ingin ke air terjun pula, pengujung perlu melalui denai di tepi sungai. Laluannya sangat santai. Tidak susah. Jika dilihat pada rekod jam GPS, rekod berjalan hanya sekitar 2.3 km dan masa lebih kurang 52 minit untuk sampai. Kena redah sungai sebanyak lima kali. Sepanjang sungai dapat lihat banyak tengas. Banyak spot untuk mandi. Cuma tak sesuai berkelah besar-besaran. Tiada sebarang ruang lapang.
Berkenaan air terjun, ada batu besar sesuai letak barang dan hampar tikar. Batu ni kena panjat. View memang cantik sangat. Di sini ada kolam kecil dalam juga. Lebih kurang 5 meter lebar. Dalam mungkin 1.5m ke 2m. Ada batu yang boleh panjat dan terjun dalam kolam dalam. Arus kuat, kena hati-hati. Sejuk dan seronok.
Jangan lupa bawa googles sebab nak clear view selam sambil bagi tengas makan. Depan mata tengas berenang. Trip santai nii memang seronok. Kawasan bersih hanya sekali – sekala nampak sampah. Yang smoking tu, bawa la ashtray sendiri.
TIPS
Pergi awal kalau nak ke air terjun tu, bila dah ramai, crowded. Tapi tak semua orang mandi di kolam dalam. Pastikan tahu berenang sebab dalam air kolam tu.
Pakai kasut, sandle hiking okla
Jangan tinggal barang bernilai dalam kereta, ada kes pecah cermin kereta
Jangan redah sungai semasa hujan atau selepas sahaja hujan, elak kepala air
Renjer mungkin melarang masuk kalau musim hujan
Tak boleh memancing
Bawa keluar SAMPAH. Bertanggungjawab sikit
Ini sunrise di Empangan Selangor. Tapi efek kamera nampak macam sunset.
Hutan simpan mendamaikan
Spot air terjun
Spot air terjun
Tengas di spot khemah pertama
Tengas di spot khemah pertama
Damai
Tengas bersepah di spot lain
Lalu pokok tumbang
air terjun sungai chiling
air terjun sungai chiling
air terjun sungai chiling
air terjun sungai chiling
air terjun sungai chiling
Tengas lagi
Sumber: Mohd Zulfadli Ahmad Mazaki
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Masih terdapat lagi bot-bot rekreasi yang berdegil, dengan melakukan aktiviti memancing di sekitar perairan Selat Melaka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik, perkara itu tidak seharusnya berlaku dan komuniti laut seharusnya akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumum oleh kerajaan sebagai langkah mencegah jangkitan COVID-19. Mana-mana perkhidmatan bot kurang penting (non-essential services boat) yang keluar ke laut, boleh diambil tindakan kerana melanggar PKP.
Foto: pixabay
Hanya komuniti nelayan yang berlesen sahaja dibenarkan untuk ke laut manakala yang selebihnya seperti kegiatan menjala ikan dan mengutip kupang secara berkumpulan ketika air laut sedang surut, tidak dibenarkan.
Masih dapat dilihat kegiatan sedemikian (memancing, menjala dan mengutip kupang) berlaku di sekitar pesisir pantai perairan Pantai Morib, Pantai Sepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Mereka keluar beramai-ramai termasuk membawa anak kecil sekali pergi mengutip kupang di pesisiran pantai. Pihak APMM terpaksa menggunakan pembesar suara dengan memberi peringatan dan menyuruh mereka pulang ke rumah.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...