Negara matahari terbit atau Jepun dikenali seluruh dunia mempunyai sebuah bandar raya yang begitu dinamik. Tokyo merupakan ibu negara Jepun menjadi salah satu kuasa ekonomi teratas dunia hasil arus pemodenan yang begitu maju.

Walaupun nilai matawang di Jepun agak tinggi, namun Jepun tetap menjadi pilihan lokasi impian untuk pelancong dari Malaysia. Di Tokyo, bangunan pencakar langit melitupi muka buminya dan papan-papan iklan digital berserta sinaran lampu neon menerangi setiap pelosok bandar raya itu. Tokyo juga dikatakan antara bandar raya yang tidak pernah ‘tidur’. Pelbagai aktiviti dan bermacam lokasi menarik boleh anda lawati tanpa jemu.

Antaranya:

Tokyo Tower

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Di Jepun memang banyak lokasi menarik. Sampai tidak tahu ke mana yang perlu pergi dulu untuk melawat. Apa kata buka langkah pertama untuk ke Tokyo Tower.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Dari menara ‘Eiffel Jepun’ ini dengan ketinggian 333 meter ini anda dapat melihat dengan sepuas hati pemandangan di sekitar bandar Tokyo. Kalau cuaca baik, anda dapat melihat Gunung Fuji dan juga Tokyo Skytree di kejauhan.

Tokyo Disneyland & DisneySEA

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Tokyo Disneyland dan DisneySEA tidak perlu diperkenalkan lagi jika berada di Tokyo. Kedua-dua taman tema ini di bawah label yang sama iaitu Disney, tetapi keseronokan yang ditawarkan agak berbeza. Dua-dua taman ini terletak di dalam Tokyo’s Disney Resort. Di Disneyland, tarikan utamanya adalah Big Thunder Mountain.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Manakala di DisneySEA pula  adalah Toy Story Mania.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

National Museum of Nature & Science

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

National Museum of Nature & Science adalah muzium sains yang terbesar di Jepun. Terdapat lebih daripada 10,000 bahan pameran dipamirkan untuk tontonan pengunjung. Koleksi pameran yang ada merangkumi pelbagai aspek seperti dunia angkasa lepas, dinasour, ekosistem unik di Jepun dan teknologi-teknologi terbaru di dunia.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Selain pameran, pengunjung juga boleh mencuba segala bahan interaktif yang disediakan iaitu melakukan eksperimen sendiri menggunakan magnet, cahaya dan elektrik. Terdapat juga sebuah teater 360 darjah yang cukup mengujakan!

Ueno Park & Zoo

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Ueno Park & Zoo adalah zoo yang tertua di Jepun, dibuka pada tahun 1882, zoo yang dikelilingi taman indah ini berkeluasan 35.2 ekar. Terdapat lebih kurang 3,000 ekor haiwan yang terdiri daripada 400 spesies berbeza. Zoo ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Tiger Forest, Gorilla Woods, Petting Zoo, Small Mammal House, Reptile & Amphibian House dan Shinbazu Pond.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Shibuya Crossing

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka TerjahShibuya Crossing adalah kawasan yang cukup simbolik untuk pelancong terjah jika berada  di Tokyo. Lokasi ini juga pernah menjadi tempat pergambaran bagi filem aksi Hollywood terkenal iaitu  The Fast and The Furious: Tokyo Drift dan Lost in Translation.  Shibuya Crossing sangat sesuai untuk pelancong mengambil gambar berlatar belakangkan bangunan ikonik dan sebagai tanda yang anda pernah berada di Tokyo.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Lokasi ini sangat padat dengan orang ramai kerana terletaknya sebuah stesen yang paling sibuk di bandar ni, Shibuya Station.

Senso Ji

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Senso Ji adalah sebuah tokong Buddha tertua dibina pada tahun 645 terletak di Asakusa. Tokong ini merupakan antara tempat penyembahan yang paling berwarna-warni dan terkenal di Tokyo.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Yayoi Kusama Museum

Yayoi Kusama Museum adalah sebuah muzium yang didedikasikan untuk seorang seniman Jepun yang cukup terkenal dengan rekaan designnya yang bermotifkan polka dot. Yayoi Kusama merupakan seorang wanita yang dilahirkan pada tahun 1929 di Nagano.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Beliau telah mula melukis sejak kecil lagi dan apa yang dihasilkannya merupakan corak-corak yang terbayang di fikirannya sendiri. Bukan calang-calang, ketika berusia 27 tahun, beliau telah berpindah ke US dan berjaya mencipta nama di sana.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

IKLAN

Salah satu karyanya yang pernah terjual adalah bernilai 7.1 juta pada tahun 2014, ini juga merupakan bayaran tertinggi pernah diterima untuk seorang karyawan wanita yang masih hidup.

Shinjuku Gyoen National Garden

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Shinjuku Gyoen National Garden adalah salah satu taman yang paling besar dan terkenal di Tokyo. Shinjuku Gyoen National Garden wujud sejak zaman Edo (1603-1867) merupakan penempatan para bangsawan. Kawasan ini kemudiannya dijadikan taman botani sebelum diberikan kepada keluarga Diraja pada tahun 1903. Ketika Perang Dunia ke-2, taman ini hampir musnah lalu telah dibaik pulih sebelum dibuka kepada orang awam pada tahun 1949.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Shinjuku Gyoen National Garden dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu Taman Lanskap Jepun, Taman Perancis dan Taman Lanskap Inggeris.

Hachiko Statue

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Hachiko Statue merupakan tugu seekor anjing begitu setia bernama Hachiko. Hachiko dahulunya merupakan haiwan peliharaan seorang profesor. Setiap hari, Hachiko akan menyambut tuannya pulang dari kerja di Shibuya Station. Namun selepas kematian tuannya pada tahun 1925, Hachiko tetap meneruskan rutin harian datang ke stesen itu selama 10 tahun lamanya dengan harapan dapat bertemu kembali tuannya.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Selepas kematiannya, penduduk di situ membina sebuah tugu memperingati Hachiko si setia. Kisahnya menjadi lagenda bagi masyarakat di Jepun sehingga menjadi buah mulut masyarakat dunia yang cintakan haiwan.

Sanrio Puroland

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Bagi peminat tegar Hello Kitty, ini adalah taman tema indoor khas buat anda. Antara tarikan yang terdapat di sini adalah Mymeroad Drive, Sanrio Character Boat Ride, Hello Kitty Bell of Happiness dan banyak lagi!

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Jika perut berasa lapar, terdapat sebuah kafe yang menyediakan menu mengikut tema taman tema ini. Jangan lupa juga untuk membeli buah tangan di kedai cenderamata untuk di bawa pulang.

Don Quijote

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Don Quijote merupakan premis menjual pelbagai barangan yang menarik denga harga yang murah. Jika di Malaysia, Don Quijote boleh dianggap seperti Daiso atau Mr. DIY.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Paling ‘best’ banyak cawangan kedai Don Quijote ini disekitar Jepun dan dibuka 24 jam setiap hari.

Nakameguro

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Nakameguro cukup terkenal di Tokyo kerana kehadiran Meguro River yang dikelilingi oleh pokok Sakura yang cukup indah. Di sepanjang sungai ini terdapat banyak kedai cederamata juga kafe untuk pengunjung bersantai.

IKLAN

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Jika anda bertuah, anda juga berpeluang melihat selebriti bersiar-siar di kawasan ini kerana ramai daripada mereka memilih untuk tinggal di kawasan berhampiran jalan ini.

The Meiji Shrine

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

The Meiji Shrine adalah sebuah tokong yang didekasikan untuk Maharaja Meiji dan Maharani Shoken. Lokasinya adalah bersebelahan sahaja dengan Stesen Harajuku.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

The Meiji Shrine yang siap dibina pada tahun 1920 ini sebenarnya pernah musnah ketika Perang Dunia Kedua, namun telah dibina semula.

Tokyo National Museum

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Tokyo National Museum telah dibina di Yushima Seido Shrine pada tahun 1972, namun dipindahkan ke lokasi sekarang beberapa tahun kemudian. Muzium ini menempatkan antara koleksi arkeologi dan seni yang terbaik di Jepun.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Bangunan utamanya, Honkan, mempamerkan pelbagai hasil seni Jepun sejak zaman kuno hinggalah ke abad ke-19.

Yoyogi Park

Yoyogi Park pernah dijadikan sebagai lokasi Olympic Village ketika Olimpik Tokyo pada tahun 1964. Yoyogi Park merupakan taman besar yang membenarkan orang awam untuk berkelah bersama teman dan keluarga tersayang.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Setiap musim dan cuaca di Jepun akan memberikan pemandangan Yoyogi Park yang berlainan. Paling menjadi kegemaran ramai untuk berkumpul di sini adalah ketika musim bunga sakura.

Tokyo Skytree

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Tokyo Skytree adalah bangunan menara penyiaran dan juga mercu tanda di Tokyo dengan ketinggian 634 meter. Pengunjung berpeluang naik ke bahagia dek pemerhati pada ketinggian 350 hingga 450 meter untuk melihat pemandangan sekitar bandar Tokyo yang indah.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Edo Museum

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Edo Museum berkaitan masa lalu Tokyo, dari zaman Edo hinggalah sekarang. Ia mempamirkan seni bina Zaman Edo, warisan budaya, gaya hidup masyarakat, perubahan politik dan banyak lagi berdasarkan daripada model-model bersaiz mini dan juga bersaiz sebenar yang terdapat di sini.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

IKLAN
Nakamise Shopping Street

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Nakamise Shopping Street adalah sebuah laluan membeli-belah yang berkepanjangan 800 kaki di sepanjang perjalanan menuju ke tokong tertua di Tokyo, Sensoji Temple. Terdapat sekitar 90 buah kedai yang menjual bermacam barangan dan cenderamata.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Harajuku

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Harajuku adalah sebuah kawasan di sekitar Harajuku Station di Tokyo yang terletak di antara Shinjuku dan Sibuya di Yamanote Line. Harajuku terkenal dalam kalangan remaja sebagai pusat fesyen atau trend terkini.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Kawasan yang menjadi tumpuan utama di sini adalah Takeshita Dori (Takeshita Street) yang mana di sepanjang jalannya terdapat banyak kedai-kedai trendy, dari fesyen hinggalah makanan.

Imperial Palace & East Garden

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Imperial Palace & East Garden adalah sebahagian daripada ruang dalam istana yang dibuka kepada orang awam. Pada awalnya, lokasi Imperial Palace & East Garden ini adalah tapak asal untuk bulatan pertahanan utama istana Edo iaitu ‘honmaru’ dan ‘ninomaru’.

Ginza

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Pada awalnya, Ginza merupakan sebuah tapak pelombongan, ianya mula dibangunkan selepas kejadian gempa bumi pada tahun 1923. Antara tarikan yang terdapat di sini adalah mall terbesar di Ginza iaitu Ginza Six, mall Ginza Wako, Mitsukoshi, Itoya dan banyak lagi! Nak membeli-belah barangan berjenama di sini adalah tempat yang anda boleh tuju.

Akihabara

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Akihabara atau nama lainnya Akiba adalah sebuah daerah di tengah-tengah kota Tokyo yang terkenal dengan kedai menjual barangan elektronik. Di sini juga terdapat banyak kedai-kedai khas untuk peminat-peminat anime dan manga.

Kabukiza Theater

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Teater Kubukiza adalah sebuah simbol yang ikonik di Ginza sejak daripada awal pembukaannya pada tahun 1889. Setiap hari di sini menawarkan pelbagai persembahan teater untuk ditonton dengan bayaran tertentu.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Di sini juga menempatkan galeri yang mempamerkan kostum dan banyak lagi pameran yang berkaitan dengan budaya. Alang-alang datang negara orang, sayang kalau tidak mengambil peluang untuk datang ke sini.

Yanesen

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Kalau tercari-cari lokasi untuk rasa dekat dengan penduduk tempatan Jepun yang sebenar boleh ke Yanesen. Yanesen merupakan kawasan kejiranan yang meliputi Yanaka, Nezu dan Sendagi, nama ‘Yanesan’ ni adalah berdasarkan daripada sebutan awalan nama bagi ketiga-tiga kawasan ni.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Terdapat banyak bangunan-bangunan lama dari zaman Edo yang masih kukuh berdiri di sini.

Pokemon Center Mega Tokyo

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Pokemon Center Mega Tokyo adalah premis menjual barangan Pokemon yang terbesar di Jepun! Terdapat banyak barangan pokemon edisi terhad di sini dan tidak dapat di tempat lian.

25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah 25 Tarikan Pelancong Di Sekitar Tokyo Jepun, Orang Malaysia Suka Terjah

Selain barangan jualan, di dalam Pokemon Center Mega Tokyo ini turut terdapat permainan arcade untuk pelanggan cuba.

Macam mana? Ada rasa macam nak ke Tokyo, Jepun tak?

Sumber: Maisinggah

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI