Jadi, memandangkan ada banyak jenis soket dinding, for sure ada banyak jenis plug juga kan? Libur terbayangkan satu situasi kalau kita travel cross country di Europe misalnya, tak kan kita nak kena bawa banyak jenis plug adapter?
Libur buat research berkenaan plug adapter yang best untuk travel dan entri ini Libur nak kongsikan kepada pembaca apa lima jenis plug adapter yang the best untuk pembaca boleh beli secara online.
Kriteria pemilihan Libur adalah travel adapter ini mesti compact dan mempunyai pelbagai socket adapter untuk memenuhi keperluan Libur travelall around the world. Jadi, pilihan pertama Libur adalah:
1. EPICKA Universal Travel Adapter
Ads
EPICKA Universal Travel Adapter ini mempunyai variasi plug yang pelbagai untuk kegunaan di 150 negara, sebahagiannya seperti Europe, UK, US, dan Australia. Travel adapter ni juga ada teknologi fast charging untuk empat USB port, satu USB TYPE C dan 1 AC Socket dan boleh cas 6 devices serentak dalam kadar yang laju berbanding travel adapter biasa.
2. Travel Smart All-In-One Adapter w/ USB Port
Travel adapter Travel Smart All-In-One Adapter w/ USB Port ini juga boleh digunakan di pelbagai negara seperti Africa, Asia, Australia, Caribbean, Europe, Fiji, Great Britain, Ireland, Middle East, New Zealand, Utara dan Selatan America dan mempunyai tiga plug outlets dan satu USB port untuk mengecas empat jenis devices serentak.
Monoprice Compact Cube Universal Travel Adapter ini akan memastikan anda boleh mengecas apa sahaja peralatan elektronik ke soket di mana-mana negara sekalipun. Ini kerana ia mempunyai plug binaan dalaman yang pelbagai dan boleh menyesuaikan plug dengan soket dinding di negara yang anda lawati seperti AS, UK, EU, Australia, dan China.
Travel adapter Syncwire 34W/6.8A 4-Port USB Wall Charger ini juga memiliki teknologi fast charging dan boleh mengecas empat peralatan elektronik anda secara serentak kerana memiliki empat USB ports. Adapter ini turut memiliki Smart IC technology yang membekalkan kuasa elektrik ke peralatan elektronik anda dalam kadar optimum. Jadi, tak perlu risau akan berlakunya kejadian litar pintas yang mampu membuatkan peralatan anda kaput.
5. Travel Adapter, Worldwide All in One Universal Travel Adaptor Wall AC Power Plug Adapter
Travel Adapter, Worldwide All in One Universal Travel Adaptor Wall AC Power Plug Adapter ini low-cost punya dan tak ada brand tapi masih mampu memberikan anda kelegaan untuk mengecas beberapa peralatan serentak di beberapa buah negara dengan selamat. Brand ini tidak mempunyai teknologi untuk menukar arus voltan elektrik, that’s why harganya lebih mampu milik.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak salah lari dari kebiasaan bercuti kali ini dengan mencipta kelainan. Selalunya bagi yang ada keluarga, kita akan pilih mengunjungi Taman Tema tetapi kali ini pergi melihat ladang buah-buahan yang terletak di Rawang Selangor.
Terletak tidak jauh perjalananan dari bandaraya Kuala Lumpur, anda pasti teruja menikmati pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang ditanam di sini.
Selain menikmati buah-buahan, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti Mini Petting Zoo, Taman Arnab, Ladang Rusa, Rumah Kampung, Menoreh Getah.
Bukan itu saja, pengunjung juga boleh menikmati keindahan Hi-Tech Farm, Eco Bridge Pavillion, Laman Herba dan banyak lagi.
Oleh kerana kawasan di sini sangat luas, jadi anda akan dibawa menaiki tram dan berhenti di pelbagai check point menarik sambil makan-makan buah tempatan secara percuma.
Untuk perjalanan dalam Selangor Fruits Valley ini mengambil masa 2 jam. Tidak terasa lama kerana enjoy menikmati keindahan kawasan ini.
Memang sesuai sangat nak bawa anak-anak dan keluarga santai kat sini, kalau datang musim buah lagi syok!
Tiket Masuk:
– Dewasa: RM15
– Kanak-kanak & Warga Emas: RM10
– Kanak2 bawah 3 Tahun: PERCUMA
– Waktu Operasi: 9.00 AM – 4.00 PM
– Tutup Hari Jumaat
Alamat:
Selangor Fruits Valley , KM7, Jalan Batang Berjuntai, Batu Arang,
Rawang, 45600 Berjuntai Bestari, Selangor
Sebuah catatan perjalanan oleh Sharifuddin Lennon ketika bertualang ke wilayah paling hujung bagi negeri Rajasthan.
Sejauh mata memandang, ribuan rumah kotak-kotak berwarna kuning keemasan tersebar luas. Manakala bentang raksasa yang berusia lapan ratus tahun itu tetap berdiri megah, melawan kepanasan Gurun Thar yang membentang hingga ke Pakistan.
.
.
.
Sumber: Google.
Seperti mana Kota Jaipur yang dikenal sebagai Kota Merah Jambu (The Pink City) dan Jodhpur yang disebut sebagai Kota Biru (The Blue City), Jaisalmer turut mempunyai jolokannya tersendiri – Kota Emas (The Golden City). Namun ia bukan bererti semua bangunan di kota ini terbuat daripada emas – terlalu mewah bagi kota kering di tepi padang pasir ini. Sebenarnya warna emasnya tampak membara ketika matahari senja membilas barisan rumah yang dibina daripada tanah berwarna kuning yang terhampar di seluruh penjuru. Bahkan Benteng Raksasa Jaisalmer (Jaisalmer Fort) yang menjulang membayangi seluruh kota turut berwarna keemasan.
Berbeza dengan kebanyakan bentang lain di Rajasthan, Benteng Jaisalmer yang telah didirikan pada abad kesebelas oleh seorang bangsawan Rajput, Rawail Jaisal, bukan hanya bangunan kuno yang bertahan di atas putaran roda zaman. Benteng ini juga bukan sekadar monumen bersejarah biasa, tetapi ada kehidupan di sebalik dinding yang tinggi menjulang ini, dan denyut nadi kehidupan itu masih ada hingga sekarang.
Memasuki Jaisalmer fort yang mirip seperti sebuah kota kecil untuk digambarkan, saya seakan terlempar ke masa lalu. Ratusan lorong sempit berliku-liku di antara bangunan rumah kuno. Unta masih lagi menjalankan peranannya sebagai alat pengangkutan utama. Nenek tua sibuk menyulam di beranda. Alunan petikan sitar dan gendang menghidupkan kembali suasana kehidupan seharian zaman perajurit Rajput. Manakala ‘haveli’, rumah-rumah saudagar kaya daripada batu pasir berwarna emas berukir cantik dengan ratusan jendela dan ribuan bilik, masih dihuni oleh penghuninya yang berlimpah harta turun-temurun sejak ratusan tahun silam.
Seperti kota-kota lain di Rajasthan, kota kuno Jaisalmer turut dimajukan untuk menarik kunjungan pelancong asing. Banyak rumah lama di dalam benteng ini telah diubah fungsi menjadi tempat penginapan para backpacker hingga ke hotel berkelas bintang. Itu belum lagi ejen-ejen pelancongan, yang saling bersaing menawarkan pakej safari unta, pakej bermalam di gurun, penjualan tiket bas ke Jaipur, hingga tiket pesawat ke Mumbai. Ada pula kedai buku-buku lama, dengan koleksi V.S. Naipaul dan Salman Rushdie yang lengkap. Istana milik maharaja, rumah-rumah cantik haveli, semuanya memungut bayaran masuk. Di luar gerbang pula, terdapat kedai ‘bhang’, sejenis minuman yang dihasilkan daripada daun ganja – yang secara rasminya diluluskan oleh kerajaan India.
Kuil agama Jain di dalam Benteng Jaisalmer ini tentunya antara binaan yang tercantik di Rajasthan. Bukan cuma satu, tetapi beberapa buah sekaligus, membentuk sebuah kompleks monumen mewah di tengah kegersangan padang gurun. Penganut-penganut Jain pada masa silam adalah terdiri daripada para saudagar dan bangsawan, sehingga kuil-kuil kuno agama ini bergelimpang kemewahan pada zamannya – binaan tinggi yang kesemua dindingnya terukir indah, mengguratkan maha karya tak terbanding.
Sama seperti lokasi-lokasi kunjungan pelancong yang ada di sini, kuil jain di tengah benteng ini juga turut mengutip duit tiket daripada pengunjung. Oleh kerana misai saya yang sudah mirip dengan rakyat India dan kemampuan bertutur bahasa Hindi, saya berjaya memperdaya penjual tiket dengan membeli kuota tiket pengunjung tempatan. Namun apabila sampai di pintu gerbang kuil, saya gagal untuk melepasinya lalu dihantar semula ke kaunter tiket kerana petugas yang menjaga pintu masuk curiga dengan saya sebagai pelancong Jepun.
Di dalam kuil, di hadapan patung marmar Mahavira – nabi bagi penganut agama Jain yang digambarkan tidak berpakaian, seorang sami membunyikan loceng, mempersembahkan bunga suci dan lilin yang menyala di atas genangan lampu minyak, diring dengan alunan mantera. Atmosfera di dalam kuil ini seketika berubah menjadi suasana mistik.
Tetapi di antara variasi-variasi sejarah ini, saya melihat perkataan inggeris bertebaran di sudut-sudut dinding. Di atas tabung sumbangan pula, ada pesanan yang bertulis terang-terangan dengan dakwat merah: “Jangan memberi tips kepada ‘orang suci’, masukkan terus sumbangan anda ke dalam tabung.”
Nampaknya, sami atau ‘orang suci’ di kuil ini sudah diketahui menerima duit daripada para pengunjung, hinggakan pihak pengurusan kuil menulis pesanan sedemikian di atas tabung sumbangan. Namun ia sama sekali tidak menangkis sami ini untuk meminta sumbangan dengan nada yang separuh memaksa, khususnya daripada orang asing yang dianggap berdompet tebal.
“Sumbangan bhaiya, sumbangan,” pinta si sami yang berseluar dhoti-kurta berwarna oren ini. “Sumbangan ini bukan buat saya sendiri, tapi akan saya bahagikan untuk kepentingan seluruh kuil.”
Lantas saya menunjukkan jari ke arah pesanan yang tertulis untuk tidak memberi sumbangan kepada ‘orang suci’. Namun si sami ini masih tidak mati akal. “Saya bukan ‘orang suci’ bhaiya, saya ini Brahmin,” katanya sambil menunjukkan tali putih yang melingkar dari bahu ke pinggangnya – tali ‘janeu’ yang melambangkan ke-Brahma-an seseorang. Tali itu menjadi bukti bahawa dia termasuk dalam golongan yang ‘berhak’ menerima sumbangan secara langsung.
Namun begitu hakikatnya bukan semua orang di kota pelancongan ini sentiasa meminta wang. Babu, seorang pemilik hotel yang berdekatan dengan Jaisalmer fort telah memberikan saya penginapan percuma untuk dua malam di sebuah bilik hotelnya. Pengawal keselamatan di puncak istana maharaja pula mengizinkan saya memotret lautan rumah kotak-kotak kuning keemasan walaupun saya tidak membeli tiket khusus bagi pembawa kamera, hanya kerana saya telah menegurnya dengan menggunakan bahasa Hindi, dan langsung dianggap sebagai saudaranya sendiri.
Benteng kuno ini terus menerus diperindah dan dipercantikkan binaannya. Istana-istana yang dahulunya hampir hancur, kini dibaikpulih. Hotel-hotel dan agensi-agensi pelancongan baru terus bermunculan seperti cendawan yang tumbuh seusai hujan. Namun begitu masih ada sedikit masa lalu yang masih bertahan di tengah arus kemodenan.
.
Unta, bukan sekadar alat pengangkutan, tetapi juga berfungsi sebagai pembancuh simen. Binatang yang biasanya nampak lembam, mengunyah makanan dengan malas, dan tidak banyak bergerak ini, sebenarnya mempunyai tenaga yang besar dan sangat garang di alam gurun seperti ini.
Setiap pagi, buruh-buruh bangunan menyiapkan pasir dan air, kemudian dituangkan ke dalam longkang berbentuk lingkaran yang berdiameter kira-kira empat meter. Di dalam lingkaran ini, dipasang sebuah roda batu yang besar, diikatkan dengan tali ke kaki unta di luar lingkaran yang berpaksikan sebatang kayu di pusat lingkaran tersebut. Unta akan berjalan mengelilingi lingkaran, lalu roda batu yang berat itu turut ikut menggiling sepanjang lingkaran, menggilis campuran air dan pasir di dalam longkang. Selepas puluhan putaran, adunan itu pun menjadi liat, lalu berubah menjadi ‘masala’ – adunan simen yang ternyata kuat merekatkan batu-batu dari gurun ini melintasi zaman ratusan tahun.
.
.
.
.
Tradisi kuno telah melewati beberapa abad di balik benteng ini. Manakala pelancongan pula, dengan segala kelebihan dan kekurangannya, membuatkan Jaisalmer yang disebut Kota Emas ini terus bertahan di atas berbagai lintasan zaman.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Durian antara buah yang menjadi kegemaran ramai, bila dapat tahu ada campsite yang menawarkan tapak perkhemahan dan juga dapat makan durian segar tentulah teruja nak cuba.
Alfariq Campsite yang terletak di Yan, Kedah ini antara tapak perkhemahan terbaru yang mana lokasinya juga agak rare kerana terletak di kaki Gunung Jerai selain mempunyai pokok-pokok durian yang pelbagai.
Memang puas dapat makan durian di sini dan seterusnya berendam dalam sungai yang jernih. Berpeluang berkunjung ke tapak perkhemahan baharu ini, Noorsuzaimi Noordin berkongsi pengalaman dia dan keluarga camping selama 3 hari 2 malam di sana.
Nak tahu apa yang best ada kat campsite ni, jom baca perkongsian Noorsuzaimi Noordin ini!
ALFARIQ CAMPSITE, YAN, KEDAH
Camping sambil makan durian dan mandi air sungai macam air mineral.
Sebagai penggemar durian, nampak saja post di page Alfariq Campsite boleh camping sambil makan durian, suuppp!!! macam kena pukau terus booking tapak untuk makan durian baru luruh, makan pula di campsite. Sini ada durian variety IOI, Kampung isi kuning dan Kampung biasa.
Terus whatapps Aleep, booking 4 tapak, bayar deposit terus takut campsite penuh, maklum lah campsite ni tengah viral sekanrg. Booking dari 10 May tau.
Pada 17-19 Jun 2022 haritu saya ke AlFariq Campsite di Yan, Kedah. Untuk camping kali ni saya bersama dengan 2 keluarga jiran dan 1 keluarga kawan. Masuk ja campsite fuhh berbau doyan..
Campsite ni baru saja dibuka lebih kurang 3 bulan dan kami antara campers yang teracun untuk booking.
Ownernya Aleep FarAh. Sepanjang kat sini memang ‘merap’ dia saja. Minta tolong beli ais la, tukar extension la, minta tanak pulut dan santan la.. yang paling tak tahan dia boleh deal sekongkol dengan wife saya jadi tok dalang prank birthday saya. “bang bang, ada orang gostan kena belakang kereta, lampu pecah” tapi tengok ayaq muka dia pun tau dah jenis tak reti menipu. hahaha… Apapun TQ Aleep dan Atikah Pazil berjaya prank, walaupun dah dapat hidu awal lagi dah.
Reason saya pilih campsite ni sebab musim buah doyan, manggis dan rambutan, dan yang paling penting air sungai dia jernih yakmat macam air mineral, cuma tak boleh la direct minum (sumber dari air terjun batu hampar).
Boleh menyuluh udang waktu malam. Nak mandi waktu malam pun boleh sebab cerah dengan lampu. Banyaknya lampu kat sini macam bil TNB dia dapat diskaun 70%.
Keseluruhan review, campsite ni agak rare sebab berada di kaki gunung Jerai, di dalam kawasan Kg Raga dan tak jauh dari laut. Bonus, campsite ni ada sungai yang amat jernih air.
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...