Travel solo ni bukan mudah, faktor seperti keselamatan dan juga kesesuaian perlu diambil kira bila nak memulakan sesuatu pengembaraan. Memilih Edinburg sebagai destinasi percutian solo selama lima hari empat malam cukup menarik.
Lokasi percutian yang cantik dan tenang, Wan Zaimah menyifatkan Edinburg sebagai destinasi yang selamat dan sesuai untuk wanita solo. Berkongsi kos yang dibelanjakan sepanjang percutiannya di sana, menurut wanita ini juga mudah untuk mendapatkan makanan halal di sana.
Ikuti perkongsiannya:
Solo trip Edinburgh, Scotland | 22 – 26 Sept 2022
Pertama kali solo trip dan pertama kali jejak kaki ke Edinburgh. Mula – mula sampai berdebar takut sesat. Dah la masa sampai tu hujan lebat terpinga- pinga cari hotel. Google maps confusing sekejap tunjuk kanan sekejap kiri last- last tanya orang je. Penduduk tempatan sangat baik dan peramah. Bila tanya memang dorang guide betul-betul sampai jelas nak ke mana.
Hari pertama saya naik bas pusing bandar. Usha dulu tempat-tempat yang berkenan lepas tu baru berjalan kaki. Boleh dikatakan tourist attractions within walking distance ajer. So lepas dah familiar dengan tempat, saya jalan kaki je.
Edinburgh sangat cantik dan peaceful. Yang penting selamat untuk gadis solo. Takde jumpa scammer macam kat Paris.
Ads
Di sini saya kongsikan cost untuk rujukan kawan-kawan, jika perlu ;
TRAIN : Manchester – Edinburgh (return) – £180.40
HOTEL : The Britannia Hotel – £128 per night
Add on breakfast £12 per person, dinner £14.95 per person.
Ads
Saya hanya makan dinner satu kali je kat hotel kebetulan menu malam tu semua halal. Hari lain tak pasti. Sebelum makan kena tanya manager.
Kalau breakfast ada campuran menu halal + non halal. Saya tak makan.
Kos hotel dan train agak mahal sebab book last minute. Kalau book awal mungkin lebih murah. Date saya pergi tengah peak sebab ada Edinburgh Fringe Festival. So everything is more expensive than usual.
FOOD – banyak kedai halal. Google je mesti jumpa. Setiap kali makan saya ambil 1 food + 1 teh harga sekitar £10-£15.
Ads
BUS – City tour dan Britannia tour, £19 untuk 48 jam.
SIMCARD : Tesco Mobile £0.99, topup £20 untuk beli bundle package, dapat 50GB.
Maaf gambar tak lawa sebab saya semulajadi tiada bakat dalam fotografi. Semua gambar diambil guna iPhone 12.
Ramai mengambil kesempatan menghabiskan cuti tahun dengan mengunjungi destinasi menarik dalam negara.
Salah satunya adalah Pulau Langkawi. Bagi yang pertama kali mengunjungi Pulau lagenda ini, jangan risau jika tidak tahu mahu ke mana.
Perkongsian di laman sosial Facebook Detektif Kembara menyenaraikan tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi untuk percutian selama 4 hari 3 malam.
Sebenarnya banyak lokasi menarik untuk dikunjungi, tetapi takut tidak sempat dan tempat disenaraikan ini melengkapi percutian di pulau bebas cukai ini.
Ada pelancong tempatan yang berkata ‘bosan’ ke Melaka kerana semuanya sudah dilihat. Tetapi, tahukah anda Melaka kaya dengan makanan tradisi unik yang tiada di tempat lain? Jangan kata bosan dahulu. Jom ikut Editor Meor Mohd Khairi mencuba pelbagai sajian enak di bumi bersejarah ini.
Asam Pedas Kak ‘Ton’ Menangkap!
Tidak sukar mencari restoran ini. Terdapat di deretan bangunan pejabat di Bandar Hilir, restoran Zaiton Asam Pedas memang tidak putus dengan kehadiran pengunjung. Restoran ini dikatakan antara restoran Asam Pedas yang ‘sedap’ di Melaka. Di samping kuah asam pedasnya yang enak, penulis tertarik dengan set hidangan tempe bersama sambal kicap yang cukup menyelerakan. Diselang-seli pula dengan gulai pucuk paku bumi bersejarah ini. yang pekat. Fuh, bertambah nasi dalam pinggan dibuatnya!
Pendek kata, tidak sah jika ke Melaka jika tidak cuba Asam Pedas. Jika anda mahukan kelainan, anda juga boleh menikmati Asam Pedas Tetel di Restoran Asam Pedas Pokok Besar yang terletak di Taman Kota Laksamana. Selain asam pedas, nasi lemak yang dijual di sini juga enak rasanya. Paling penting, harganya cukup berpatutan. Penulis sempat ‘pekena’ set asam pedas tetel bersama nasi putih dan nasi lemak telur mata bersama dua minuman.
Mi Haji Hassan
Penulis memandu menuju ke Tengkera, dalam usaha menjejak mi popular yang mana sesetengah menggelarkannya ‘mi bodo.’Anda harus memandu perlahan ketika melalui deretan bangunan pejabat dan rumah kedai di sini, kerana anda mungkin terlepas kedai makan unik ini. Sebenarnya mudah saja untuk ke kedai Hassan ini. Kedai makan ini terletak di hadapan pintu masuk Tanah Perkuburan Islam Haji Nek Yusuf, Tengkera.
Kedai ini begitu sesak dengan pengunjung. Baru saja penulis duduk di kerusi menunggu makanan, sudah ada orang yang datang berdiri di tepi menunggu kami habis makan. Memang hebat penangan mi Haji Hassan ini. Cukup ‘simple.’ Mi kuning, taugeh dan sambal istimewa yang dihasilkan keluarga Hassan sendiri. Ia didatangkan dengan telur mata yang digoreng bersama minyak cili yang menjadikan ia sedikit berair.
Cara memakannya? Gaulkan sambal ke dalam mi dan campur sedikit cuka dan kicap manis yang disediakan di atas meja. Memang ‘terangkat’. Rasa tidak puas dengan hanya makan sepinggan. Namun, memandangkan perempuan yang berdiri di sebelah meja penulis sudah lama berdiri dan menjeling seakan cemburu, penulis membatalkan sahaja niat untuk menambah pesanan.
Tip:
Kedai Mi Haji Hassan ini menggunakan sistem pesanan makanan paling unik, dan bagi penulis antara sistem yang sangat berkesan tanpa perlu menunggu lama. Apabila anda tiba, anda tidak boleh memesan mi itu. Sebaliknya anda terus ke kaunter dan mengambil beberapa pinggan yang berisi telur mata dan sambal, mengikut jumlah orang yang ada bersama anda. Seterusnya anda duduk saja di meja.
Petugas kedai akan memerhatikan meja mana yang ada pinggan bersama telur mata, dan di situlah dia akan menghantar mi tersebut. Tidak perlu bersungut, tidak perlu memanggil pelayan beberapa kali. Kesimpulannya, pastikan pinggan telur mata ada di atas meja anda, dan ‘mi bodo’ pasti akan menjelma di depan mata tanpa perlu menunggu lama!
Keria Bertaraf Antarabangsa
Sebelah petang, kami memandu agak jauh untuk ke Limbongan. Akhirnya jumpa juga kedai Kueh Keria Antarabangsa Haji Jalil. Memang istimewa keria yang dibuat sendiri oleh Haji Jalil ini. Ia disira dengan gula melaka dan dimasukkan lebih keledek berbanding tepung. Apabila sudah masak sepenuhnya, ia kelihatan seperti donut kerana saiznya yang besar.
Penulis sempat masuk ke bahagian dapur untuk melihat Mi Goreng Hassan Jalan Tengkera, Melaka (Tutup pada hari Khamis. Waktu operasi hanya dari jam 8.00 hingga 11.00 pagi.) Kueh Keria Antarabangsa Haji Jalil Batu 2, Jalan Limbongan, 75200, Melaka. sendiri Haji Jalil memasak kueh ini. Ruang dapur lama di kedainya memang mengembalikan nostalgia seperti kehidupan masyarakat Melayu 30-40 tahun dahulu.
Menurut Haji Jalil, dia sendiri yang mencadangkan kepada ibunya tentang resipi keria yang disira dengan gula melaka ini sewaktu pulang semula ke Melaka dari Kuala Lumpur sekitar tahun 1975. Purata sebanyak 1,000 kuantiti keria dijual sehari. Pada hujung minggu, jumlahnya mampu mencecah sehingga 2,000 ketul. Harganya Cuma 50 sen sebijik dan Haji Jalil sering mendapat tempahan kueh Keria ini daripada pejabat-pejabat kerajaan untuk sesi mesyuarat dan minum petang. Kedai ini dibuka dari jam 2.00 hingga 6.30 petang setiap hari.
Apalagi yang belum dicuba? Meskipun penulis hanya seharian di Melaka, segala makanan mahu dicuba. Destinasi terakhir kami ialah gerai Cendol Jam Besar yang terletak di Jalan Selat Melaka (Berhadapan dengan bangunan ikonik Stadhuys).
Pelbagai jenis cendol yang dijual di sini. Salah satu yang mesti anda cuba ialah cendol duriannya yang pekat dan isi durian yang lembut. Gerai cendol ini dibuka dari jam 3.00 hingga 7 malam. Ia juga terletak berdekatan dengan laluan menuju ke Jonker Walk.
Walaupun sekejap, pendek kata trip ‘ekspres’ penulis ke Melaka memang berbaloi. Banyak lagi makanan-makanan enak yang boleh dicuba.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tercapai hajat bawak anak-anak holiday main rainbow slide kali ini.
Kalau ada yang tertanya-tanya mana nak bawa anak pusing-pusing waktu cuti sekolah, tanpa ragu-ragu saya akan cakap “tolong lah bawa diaorang pergi Bandung”.
Sebab sekarang ini cukup banyak taman taman tema yang di bangunkan di Bandung kalau nak compare dgn beberapa tahun lepas.
Ini saya kongsi antara senarai tempat yang memg best dan walaupun berkali-kali sudah pergi, pasti tak bosan untuk diulang.
1. Floating Market & Farm House (ada rainbow slide untuk kids dan dewasa, boleh naik boat pusing pusing, ada taman arnab, ada taman kanak kanak)
2. Dusun Bambu (playground memang best sangat sebab santai sangat, boleh lepas sahaja anak nak main apa. Ada mainan untuk dewasa juga)
3. De Castello (tempat ni pun cantik, tahun lepas pergi tak ada permainan apa sangat tapi tahun ini sudah ada rainbow slide dan ada fun fair)
4. Kawah Putih (tempat ini sejuk, ada strawberry dan boleh ambil gambar pemandangan yang cantik)
Banyak lagi tempat lain sebenarnya tetapi yang ini saya kongsi antara yang paling best kalau bawa anak kecil. Memang fun sangat tengok diaorang lari-lari dan seronok bermain.
Dan paling best, bila lapar boleh makan sedap dekat Bandung. Itu paling penting!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...