Genting Spookadilly Halloween kembali lagi tahun ini bermula dari 21hb sehingga 31hb Oktober dengan pelbagai program menarik dan mesra keluarga sesuai untuk semua peringkat umur di Taman Tema Tertutup Skytropolis.
Sertai Bonediddy dan Genting Highland’s Heroes untuk pengalaman menyeramkan bersama hantu-hantu. Selain itu ada banyak lagi keseronokan yang anda dan keluarga bakal nikmati bila berkunjung ke Genting Spookadilly Halloween pada tahun ini.
Antara yang menarik, anda boleh melihat sendiri live dance show, perarakan hantu-hantu, Storytelling, Meet & Greet dan banyak lagi aktiviti yang pastinya tak buat anda bosan bila ke sini.
Datang dengan berpakaian tema seram terbaik anda, ambil gambar di Taman Tema Tertutup Skytropolis dan tag Resorts World Genting di Facebook atau Instagram untuk peluang memenangi 1 Unlimited Pass untuk dua orang di Taman Tema Tertutup Skytropolis selama setahun.
Bermula dari jam 3.30 petang sehingga tengah malam, pelbagai acara seram anda boleh saksikan dan melibatkan diri di The Midnight Manor. Bermula dengan Candy Trail untuk trick-or-treat yang menyeronokkan, kat sini anda dan keluarga boleh mengumpul sebanyak mana hadiah selepas bermain beberapa games tanpa had.
Ads
Berehat sebentar sebelum meneruskan bermain games yang ada, anda boleh menyaksikan live dance show di Teater Lost Souls pada pukul 4 petang atau 9 malam. Jangan lupa juga untuk membawa diri anda ke Penceritaan Spookadilly yang menarik dengan ahli sihir yang baik yang diadakan pada pukul 5 petang atau 10 malam setiap hari sepanjang acara ini berlangsung.
Kalau dah ke sini rugilah tak bertemu dan ambil gambar dengan Bonediddy dan watak-watak seram yang lain. Bonediddy dan watak-watak seram ini akan bersiar-siar di sekitar Midnight Manor untuk anda bergambar dengan mereka bermula dari jam 3.30petang
Bersedia untuk peluang bergambar pada sesi Meet & Greet, bermula pada 6:30 petang,
10:00 malam dan 11:00 malam untuk Bonediddy; dan 7:00 malam dan 9:00 malam untuk Genting’s Highland Heroes.
Ads
Jangan lepaskan peluang juga untuk merakam gambar anda di beberapa spot bergambar yang menyeramkan. Sebelum keluar dari Midnight Manor, terokai Mirror Maze tapi hati-hati mungkin ada yang menyeramkan muncul di cermin yang anda lihat.
Bila dah bergambar pastinya anda akan kongsikan momen itu dalam akaun sosial media masing-masing, tapi sebelum itu jangan lupa untuk tag @ResortsWorldGenting dan menggunakan hashtag #SpookadillyHalloween2022 dan #ResortsWorldGenting.
Selain tarikan utama, terdapat juga pertunjukan Spookadilly SkySymphony di mana anda boleh melihat sinaran lampu Halloween setiap jam dari 10 pagi hingga 10 malam sepanjang bulan Oktober dan Ghouls Get Together Halloween Parade berlangsung di SkyAvenue setiap hari pada pukul 8 malam.
Ads
Nak lebih feel dengan acara Halloween, ada juga kiosk face painting dan kiosk barangan edisi terhad Halloween di sekitar Taman Tema Tertutup Skytropolis dan The Midnight Manor.
Jangan lepaskan peluang untuk masuk ke Midnight Manor dan alami sendiri acara yang menyeramkan dan menyeronokkan ini hanya dengan bayaran RM35 sahaja. Tiket keseronokan berganda yang menyeramkan (penyertaan tanpa had ke The Midnight Manor dan Unlimited Pass di Skytropolis Indoor Theme Park) pada harga RM87 atau tiga kali ganda tiket keseronokan menyeramkan (penyertaan tanpa had ke The Midnight Manor, 1 hari Unlimited Pass di Skytropolis Indoor Theme Park dan masuk ke Zombie Outbreak di Ripley’s Adventureland) pada harga RM105.
Setiap pakej disertakan dengan hadiah misteri Spookadilly, sementara stok masih ada. Untuk kanak-kanak di bawah 90cm masuk adalah percuma. Nak tahu maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Di Malaysia, antara gunung yang popular untuk eko pelancongan termasuklah Gunung Tahan, Gunung Ledang, Gunung Jerai dan banyak lagi. Di negara seberang iaitu Indonesia, Situ Gunung antara kawasan yang menjadi daya tarikan pelancongan selain Gunung Bromo dan lain lagi.
Lebih unik,di Situ Gunung terdapatnya sebuah jambatan gantung yang diiktiraf sebagai jambatan gantung terpanjang di Asia Tenggara. Terletak di Kadudampit, Sukabumi, Jawa Barat pembinaan jambatan gantung terpanjang ini telah mempopularkan lagi ia sebagai kawasan tumpuan pelancong.
Terletak di Taman Nasional Gede Pangrango (TNGGP), ia menawarkan panorama hutan yang asli dan udara yang sejuk. Dibuka 10 Julai tahun lalu, ia mula menjadi tumpuan warga sekitarnya untuk menikmati keindahan alam semulajadi.
Kalau ke sini, antara aktiviti menarik boleh dilakukan ialah menaiki Jambatan Gantung Situ Gunung ( Situ Gunung Suspension Bridge). Ia sepanjang 243 meter dengan lebar 1.2 meter dan ketinggian 107 meter dari paras tanah. Bila menyusuri jambatan terpanjang ini, pelancong dapat melihat keindahan asli hutan hujan yang dipelihara dengan baik dan tidak diusik. Tidak perlu rasa risau ketika berjalan ke penghujungnya kerana setiap peserta akan dipakaikan tali keselamatan dipinggang yang cukup selesa.
Harga tiket menaiki jambatan ini hanyalah Rp50,000 atau lebih kurang RM15 dan pengunjung dapat melihat air terjun indah iaitu Curug Sawer dari Sungai Cigunung di mana ia hanya memerlukan masa lebih kurang tiga puluh minit perjalanan.
Jadi kalau ada peluang merentas negara, masukkan lokasi ini dalam list perjalanan korang ya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
New Zealand dikhabarkan dengan berita gempa bumi dan tsunami mega bakal melanda negara itu.
Jangkaan itu dibuat berdasarkan kajian pakar penyelidik daripada East Coast LAB bahawa gempa yang bakal melanda New Zealand ini mampu mencapai kekuatan 9.0 magnitud jika gegaran kuat berlaku di zon benam Hikurangi.
Berbanding kejadian gempa sebelum ini di Christchurch yang dicatat pada skala 6.2 magnitud pada 2011, jangkaan bacaan itu merupakan skala tertinggi bakal dicatatkan di negara itu.
Jika ia berlaku, satu tsunami besar dengan ombak setinggi 30 meter bakal melanda New Zealand di mana akibatnya adalah lebih dahsyat daripada bencana tsunami di Jepun pada 2011.
Malah, lebih parah lagi, pihak berkuasa mungkin tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberi amaran bencana kepada warga New Zealand, terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan pesisiran pantai jika tsunami itu berlaku.
Menurut pakar tsunami di GNS Science, Dr William Power, ombak besar yang bakal melanda itu bakal berlaku dengan begitu cepat sehingga amaran tidak sempat diberikan.
Sekiranya tsunami berlaku di negara ini, kemungkinan besar amaran peringatan bencana secara rasmi tidak akan dikeluarkan sebelum gelombang gempa bumi dan tsunami itu tiba. Jadi mereka yang tinggal di pesisir pantai harus mengambil langkah keselamatan dengan kadar segera.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...