Bila dah selalu camping memang rasa seronok, tambah pula boleh ajak camp buddies turut serta. Orang kata lagi ramai lagi meriah kan. Port tepi sungai memang syok nak mandi manda dan bersantai-santai.
Pernah terkesan akibat banjir pada Disember 2021, Pondok Waris Campground kini sedikit demi sedikit dibaik pulih oleh pemiliknya, tapi yang pasti ia meninggalkan kenangan manis buat Norsheila Salleh dan keluarga serta camp buddies yang turut serta untuk perkhemahan mereka kali ini.
Siap dengan hiasan lampu yang meriah pada waktu malam dan fasiliti lain yang semakin baik, Norsheila berkongsi apa yang menarik ada di campsite ini.
Harga : rm30/mlm (siapa yang berkemampuan, berilah extra. Lagi-lagi yang pasang flysheet asing macam kami. Semoga berpanjangan pahala, aki salurkan untuk naik taraf campsite)
Waktu masuk : boleh adjust dgn aki
Ads
Waktu keluar : boleh adjust dgn aki
Baju sedondon anak³ : akak jahit sendiri tau
Review :
Tapak beso + padang berumput
Kanopi tepi tebing, untuk day trip
Sungai ada tempat cetek & dalam, pasir lembut. Boleh layan tubing
Sewa tube rm5
Ads
Line telco – maxis
Plugpoint
Bilik air siap shower, best gila
Jamban duduk & cangkung
Sinki banyak
Tarikan lampu waktu malam
Ads
Parking luar campsite, tepi bahu jalan
Sorry gambo banyak suka nak bercerita setiap kenangan sepanjang akak sekeluarga kat sini kat sini trip akak paling santai, menikmati sepenuh masa. Masak pun semua frozen dari rumah. Tinggal masak nasi, buat air panas, panaskan lauk pauk.
P/s : sini ada highway disebalik pokok, yang suka sunyi² tu tak digalakkan masuk sini. Bunyi kenderaan lalu situ. Campsite ni pun tepi jalan je (jalan dalam @ jln kampung).. yang boleh terima seadanya digalakkan masuk, sebab campsite ni best
Untuk merasai pengalaman percutian berada di negara beriklim dingin seperti di luar negara pastinya memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk ke sana. Malaysia umumnya mengetahui mengalami cuaca beriklim khatulistiwa, namun itu tidak menjadi alasan untuk anda berpeluang merasai percutian bersuhu sejuk yang mendamaikan.
Tidak perlu mengeluarkan belanja besar, jom ke destinasi peranginan tanah tinggi yang bertempat di Pahang.
Genting Highland cukup dikenali tidak kira buat penduduk tempatan atau pelancong asing. Lokasinya yang terletak di atas bukit dengan suhu sejuk yang nyaman, pasti memberikan keseronakan berganda untuk anda dan keluarga berhibur lebih-lebih lagi dengan kewujudan taman temannya.
Peluang Petik Strawberi
Terletak berhampiran dengan Genting Highland, terdapat sebuah taman strawberi di Gohtong Jaya. Pengunjung tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan buah strawberi yang segar dari ladang. Dengan suhu yang dingin dan nyaman, percutian ke sini pasti tidak lengkap tanpa menikmati secawan minuman panas dan merasai produk-produk makanan berasaskan strawberi. Selain dapat melihat taman strawberi yang bersaiz sederhana, pengunjung juga boleh memetik sendiri buah yang hendak dibeli.
Cameron Highlands merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di Malaysia. Terletak di Pahang, ia mendapat nama setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menjumpai kawasan ini pada tahun 1885. Cameron Highland berada pada ketinggian 1,829 meter dari aras laut dan suhunya sekitar 18 darjah Celsius hingga 25 darjah Celsius begitu kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Terdapat dua kawasan utama yang menjadi tumpuan jika bercuti di Cameron Highland iaitu Tanah Rata dan Brinchang. Pengunjung tidak perlu risau tentang penginapan di sini. Terdapat banyak resort dan hotel daripada status mewah hingga bajet yang boleh dipilih mengikut kemampuan. Walau bagaimanapun anda disarankan membuat tempahan lebih awal sekiranya berhajat ke sini pada musim cuti umum atau cuti sekolah. Jangan lupa juga untuk ke Lavendar Garden!
Minum Teh Panas
Tarikan utama Cameron Highland sudah tentulah ladang tehnya. Terdapat dua buah ladang teh yang terkenal untuk dikunjungi, iaitu Ladang Teh Boh dan Ladang Teh Bharat. Bawa keluarga anda memetik sendiri daun teh sambil merakam gambar kenang-kenangan disekitar ladang menghijau itu. Jika ingin menikmati teh panas dan segar singgahlah di Hentian Teh Bharat sambil melihat keindahan panorama ladang teh yang terbentang luas dan cukup menakjubkan.
Jika impikan destinasi percutian ala-ala di sebuah perkampungan berkonsepkan Perancis, apa kata ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Pahang. Perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa satu jam perjalanan sahaja menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. Suasana dingin pasti menyapa anda tatkala tiba di puncak dan memasuki kawasan Berjaya Hills Resort yang terletak pada ketinggian 823 meter atas paras laut.
Setiap pengunjung dikenakan bayaran untuk beriadah sekitar bandar mini ini sambil menghirup udara yang nyaman. Bagi yang menginap di sini, bayaran masuk ke sini akan dipulangkan kembali ketika daftar masuk hotel di sini.
Pengalaman Indah
Pengunjung pasti teruja apabila melintasi kolam yang dipenuhi angsa dengan melalui di atas sebuah jambatan yang mempunyai reka bentuk unik sebelum masuk ke kota seakan berada di Negara Perancis. Bangunan dalam kawasan ini terdiri daripada hotel, restoran, kedai cenderamata, spa dan pusat hiburan, sesuai dikunjungi oleh mereka yang berbulan madu mahu pun bekeluarga. Berhampiran ini juga terdapat banyak tarikan seperti taman Jepun, kawasan sukan ekstrem dan taman haiwan.
Jangan lupa rakam gambar kenang-kenangan di sini!
Bukit Fraser terletak di atas Banjaran Titiwangsa, dengan suhu sejuknya sekitar 17 darjah Celsius hingga 24 darjah Celsius. Selain bersiar-siar sambil menghirup udara yang dingin dan menghayati pemandangn, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti bermain golf, melihat burung ataupun menunggang kuda.
Menakjubkan di Bukit Fraser ini juga terdapat sebuah tasik yang begitu menarik pemandangannya. Pengunjung boleh menyewa kayak atau sampan untuk mengelilingi tasik ini sambil melihat keindahan sekitarnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Best sebenarnya bercuti di Langkawi tetapi ramai lagi yang tak singgah dek kerana rasa kosnya agak mahal.
Namun baru-baru terbaca satu perkongsian daripada wanita, Rahena Jopri yang menginap di sana sampai tujuh hari dengan membawa kereta sendiri. Jom baca perkongsian lokasi dan apa yang menarik di sana!
Tak ada lah mahal mana pun Langkawi, kami stay hotel murah-murah sahaja sebab banyak pilihan hotel ‘jimat’. Nak makan pun tak mahal, kami makan kedai nasi campur dan gerai tepi jalan banyak yang murah dan berbaloi.
Tetapi tempat tourist attraction nak masuk bayarannya mahal juga. Boleh saya katakan kebanyakan tempat berbayar, berbaloi sangat dengan pengalaman yang dapat.
Ingat nak stay 4H5M tetapi akhirnya extend jadi 7H6M. Kami bawa kereta masuk Langkawi, hari tiba dengan hari berangkat balik tak boleh buat aktiviti apa sangat sebab sibuk perjalanan pergi balik. Kiranya nuh berjalan di Langkawi 5 hari sahaja.
Naik feri dari Kuala Perlis pukul 2 petang. Tiba pukul 5 petang, check in hotel di Cenang, budak-budak lepak mandi kolam dengan mandi pantai, kemudian malam dinner kat Cenang. Layan persembahan api.
Sarapan nasi lemak kat gerai tepi jalan, dari pagi ke petang duduk kat Cable Car. Banyak betul aktiviti kat sana. Paling berbaloi, sky cable, eagle nest, sky bridge, 3d museum and skyrex. Paling tak best skydome.
Lunch makan kat situ dan makan malam beli kat pasar malam Padang Mat Sirat.
Sarapan roti canai kat Gerai Mat Roti Canai Sempoi. Selepas itu budak-budak mandi kolam, siap check out hotel.
Lunch Nasi Campur di Restoren Selera Padang Puteh dan check in kat Tanjung Rhu. Lepak pantai Tanjung Rhu mandi pantai – dan makan malam kat Restoran Jalak Lenteng.
Sarapan simple, roti bun dari kedai – join Mangrove Geopark Tours. Lunch Warung Mak Long Ani – Crocodile Farm – Lepak Pantai mandi pantai – Dinner kat Napolitan Pizza – Lepak Dataran Lang.
Sarapan di gerai tepi jalan – Pusat Kraf – Check out hotel kat Tanjung Rhu – Beli Donut kt Zoumi- Lunch kat Nasi Campur Kak Yan – check in Hotel kat Kedawang – Underwaterworld Cenang – Shopping kat free duty shop – Jalan-jalan kat Gunung Raya – Dinner kt gerai thai.
Makan pagi di Golden Bamboo Cafe – Pasar Padang Mat Sirat – Beras Terbakar – Kota Mahsuri – Lunch kat Nasi Campur Kak Timah – Jalan-jalan pekan Kuah – HIG bazaar – Menara Maha – Dinner beli makan kat Sea Bazaar menara Maha.
Check Out Hotel – Breakfast roti canai kat gerai Tuai Alam – Naik ferry balik ke Kuala Perlis pukul 11 pagi, sampai Kuala Perlis kul 2 petang – Lunch kt Warung Pokok Petai. Teurs melawat Kampung Warna Warni – pergi cari Harum Manis.
Ini anggaran perbelanjaan utama:
-Feri – 570, (bawa kereta langkawi auto + 2 dewasa 2 kanak-kanak)
-Semua hotel ni 3H2M –hotel cenang 275, hotel tanjung rhu 576 , hotel kedawang 270
-Pakej cable car 4 in 1+crocodile farm utk 2 dewasa 2 kanak2= rm 228
-Eagle nest 2D2K- 90
-Mangrove tours 2D2K sharing boat – 180
-Kota mahsuri 2D2K – 50
-Underwaterwolds 2D2K – 149
TOTAL HANGUS= RM2388
Makan minum, shoping dan duit minyak habis 1000++. Kami tak ada shopping pinggan mangkuk. Beli serba sedikit coklat dan senduk besi sudu garfu sahaja, kami tak detail out sangat perbelanjaan ini.
Langkawi Auto untuk bawa keta sekali.Boleh extend amend tarikh tiket feri, sebaiknya 2 hari sebelum. Kami nasib baik dapat extend last minit, tapi kena bayar extra rm20 sebab diaorang kena buat balik borang Kastam.
KOTA MAHSURI – harap ada pembaikan, tempat bersejarah. Ada lagenda patut ada pembaikan. Masuk berbayar tapi tempat macam agak uzur. Muzium pun macam tak menarik sangat.
Tetapi sesiapa yang suka membaca seronok juga baca sejarah. Rumah-rumah melayu tradisional sangat menarik.
Buat anda yang datang Langkawi, wajib lepak Tanjung Rhu. Lebih kurang dengan Krabi pemandangannya dengan canrik dan bersih.
Owh ya, kalau lepak sini lebih baik beli tiket mangrove tours and snorkeling direct kat jeti Tanjung Rhu Mangrove. Car ini lagi murah berbanding beli di Cenang. Jadi jangan lupa cuba menikmati Langkawi dengan cara yang lebih jimat!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Mahu menjauhkan diri daripada kesibukan kota raya tetapi merancang percutian jangka masa pendek? Kuala Selangor merupakan pilihan ideal untuk anda lepak santai cara normal baru yang best.
Pemandangan padi menghijau, perkampungan nelayan di pesisiran pantai mahupun kuala sungai pastinya mengundang pengunjung kota yang rindukan suasana desa. Jangan lepaskan peluang untuk berhujung minggu di Kuala Selangor.
Macam-maca ada di Kuala Selangor:
Pantai Sky Mirror
Pantai Kuala Selangor terkenal dengan jolokkan nama Mirror of the Sky kerana ketika air cetek, pantai ini akan mencerminkan keindahan langit di atas biasan pantai. Ia mewujudkan peluang fotografi yang unik kepada pelancong. Destinasi ini merupakan destinasi pelancongan yang sempurna untuk anda kerana ia juga menjadi habitat kepada aktiviti marine agrikultur.
Fenomena ‘Blue Tears’
Lokasinya terletak berdekatan dengan destinasi Sky Mirror. Blue Tears adalah antara produk pelancongan terbaru di negeri Selangor yang boleh dilihat pada waktu malam. Fenomena Blue Tears dikatakan terhasil daripada fitoplankton iaitu sejenis tumbuhan marin mikroskopik yang hanyut di permukaan air. Ia kemudiannya menghasilkan cahaya biru terang apabila bertindak balas dengan kandungan oksigen dalam air laut.
Bukit Malawati
Lokasi ini menjadi salah satu destinasi yang semakin popular buat pelancong dan orang luar dari daerah ini. Bukit Malawati menjadi destinasi sempurna untuk tujuan menyaksikan pemandangan indah dari kawasan puncak bukit setinggi kira-kira 100 meter. Pada setiap pagi atau petang, lokasi ini menjadi pilihan ramai penduduk setempat untuk beriadah bersama keluarga.
Kelip-Kelip Kg Kuantan
Pada malam hari, pengunjung boleh memilih untuk menaiki bot di Sungai Selangor untuk melihat banyak kelip-kelip yang terbang bebas yang mengeluarkan cahaya semulajadi. Kuala Selangor merupakan salah satu kawasan yang memiliki koloni kelip-kelip terbesar di dunia. Ketika di sini dinasihatkan supaya tidak membuat bunyi bising selain tidak menggunakan kamera berflash atau lampu suluh kerana kelip-kelip anti dengan persekitaran yang terang.
Antaranya penginapan menarik dicadangkan jika anda ingin menginap di sekitar Kuala Selangor:
Farm Ville Cafe & Homestay
Berada di persekitaran sawah padi, penginapan dalam kontena ini pasti memberi kelainan dan kepuasan yang berbeza. Kemudahan kolam renang yang disediakan pasti mengujakan tetamu yang hadir bersama si kecil.
The Kabin
Terletak berhampiran Pantai Remis, Kuala Selangor. The Kabin menyediakan penginapan kontena sesuai untuk individu, pasangan dan berkumpulan. Terdapat kemudahan kolam renang di tengah-tengah kawasan utama ‘hotel kontena’ ini.
Padi Box
Padi Box penginapan dalam kabin yang berwarna-warni serta mempunyai permandangan sawah padi yang luas terbentang. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini antaranya berbasikal mengelilingi kawasan sekitar.
Tempat makan best di Kuala Selangor:
Mi Udang Banjir
Sajian Mi Udang Banjir merupakan menu utama yang perlu dipesan di sini. Nama pun ‘banjir’ makanya udang yang disajikan cukup berbaloi terutama bagi peminat makanan laut ini. Keaslian dan kelazatan resipi turun-temurun menjadi ‘kunci’ memikat pelanggan memenuhi kedai ini untuk menjamu selera.
Aroma Ikan Bakar
Aroma Ikan Bakar menjadi lokasi makanan laut yang dikenali ramai. Lebih-lebih lagi kedudukannaya yang berhadapan dengan laut, akan memikat hati pengunjung yang ingin makan sambil melihat matahari terbenam.
Restoran D’ Coral
Merupakan sebuah restoran makanan laut yang terletak betul-betul disebelah sungai yang mengalir, dan pemandangan jambatan Kuala Selangor dan rumah api Kuala Selangor.
Banyak benda menarik boleh buat di Kuala Selangor kan?
Jom cuti-cuti Malaysia~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila kepala serabut, badan penat dan emosi rasa tegang, ramai yang akan cakap, “Aku perlukan cuti.” Tapi betul ke bercuti boleh mengubat stres?Jawapannya, ya,...