Manusia ni hebat. Tiada yang mustahil. Kalau nak usaha…inshaAllah boleh…
Awal tahun ini, berita Mohd Alfishahrin ride ke London bersama isteri; tersebar dalam grup Honda RS150R Official Fan Club Central. Saya mula follow kembara mereka. Juga dikenali sebagai duge sereng, Alfishahrin memang rider long distance hardcore. Sebelum Honda RS150r, dia dah sampai banyak negeri dan negara jiran dengan Yamaha 125z.
Kali ini lebih gila, bersama isteri; RIDE TO LONDON rentas banyak negara. Kagum dan berinspirasi, LIBUR berpeluang interview mereka. Ketika ini, Alfishahrin dan isteri dah pun sampai ke Malaysia selepas hampir 6 bulan di atas motor ke London.
Ringkas pengenalan diri dan pasangan. Umur, asal, pekerjaan… Nama Mohd Alfishahrin (31) dan isteri Diana binti Latief (30) Sebelum ni kami bekerja di Standard Chartered Bank tapi berhenti kerja untuk ride ini. Kami berhenti kerja kerana tidak diberi cuti tanpa gaji. Jadi kami tekad berhenti untuk kejar impian kami… Kenapa kembara dunia dengan menunggang motor dan bukan flight? Kembara dengan motorsikal ni, keseronokan & cabarannya lain jika dibandingkan dengan travel flight. Kami nak sesuatu yang mencabar diri di tahap maksimum. Tambahan pula, suami saya minat mengembara menggunakan motorsikal kapcai. Kembara dengan motor kapcai ini juga merupakan Program Inspirasi dibawah PEMADAM Selangor.
Berapa lama anggaran kembara ini? Anggaran kembara kami lebih kurang 4-5 bulan. Sikit lagi dah nak setengah tahun.
Permulaan kembara anda dari Malaysia-Thailand…….London? dan kenapa London? Kami bermula dari Selangor, Malaysia ke Thailand,Nepal,India,Pakistan,Iran, Armenia, Georgia, Turki, Greece, Albania, Croatia, Slovenia, Italy,Switzerland & kini berada di Jerman . London kota idaman kami buat masa ini. Mungkin ke tempat lain pula satu hari nanti!
Ads
Reaksi rakan dan keluarga apabila mahu kembara motor ke luar negara? Rakan & keluarga pada mulanya terkejut & mengatakan kami gila untuk teruskan dengan idea ini. Namun dalam masa yang sama mereka sokong & sangat teruja dengan keputusan kami untuk kembara dunia. Dengan sokongan mereka, kami bersemangat dan teruja teruskan impian kembara ni.
Tak rasa penat menunggang ke London? Memang rasa kematu dan penat tu ada. Tapi bila dah biasa, tak jadi hal. Kami pun akan rehat sejam dua bila ride jauh. Alhamdulillah so far takdelah sakit pinggang.
Pulang semula ke Malaysia bagaimana? Motor /Flight? Pulang ke Malaysia menaiki flight (kalau motor juga mahu setahun sampai semula ke Malaysia)Berapa kos keseluruhan secara anggaran/ dan ada sponsor dari mana-mana pihak? Anggaran kos lebih kurang RM40,000. Sebahagian ditaja oleh PEMADAM SELANGOR, barangan aksesori motorsikal oleh GIVI MALAYSIA & MYBIKERZ. Selebihnya duit simpanan & juga duit hantaran kahwin.
Bagaimana dengan maintenance motor RS150r di luar negara seperti minyak hitam, tayar, aksesori lain? Ada masalah setakat ini? Servis motorsikal bila cukup mileage. Kami akan ke kedai motorsikal yang ada di mana-mana negara apabila waktu servis sudah sampai. Tayar kami cuma tukar sekali di India utk kegunaan offroad, hingga sekarang masih guna tayar yg sama. So far, Alhamdulillah RS150r tiada masalah.
Ads
Ubahsuai motor RS150r? Kami tak ubahsuai motor cuma kami tambah kelengkapan secara berperingkat. Seperti USB untuk cas bateri, sportlight di Malaysia & tapak tambahan untuk tangki minyak ekstra di India. Box belakang dan sisi di taja Givi Malaysia.
Apa pengalaman boleh dikongsi dari kembara dunia ini? Terlalu banyak pengalaman yg kami dapat sepanjang perjalanan ni. Kalau nak list kan memang panjang. Kami dapat lihat & belajar tentang dunia luar, budaya masyarakat tempatan & secara tak langsung kita akan rasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Banyak positive vibe yg kami dapat lihat & semua tu buat kami jadi lebih positif & nak perbaiki diri. Kami belajar untuk hidup di luar zon selesa. Dapat lihat keindahan alam, menyelusuri kawasan & kampung-kampung yang cantik, dan kenal orang yg baik-baik.
Kami bangga dengan pecapaian peribadi bila hanya dengan menaiki kapcai juga kami berjaya sampai ke world highest motorable road di India. Dapat lalu yg tertinggi (pertama), kedua & ketiga di dunia (as claimed) semuanya di India.
Kami lalu top 10 world most dangerous road di Rohtang Pass. Jalan idaman para bikers seluruh dunia
Berpuasa & berbuka dengan gelandangan di Pakistan
Lalu di jambatan pemisah benua eropah & asia & banyak lagi la nak list down!
Dah sampai di ATM tertinggi di dunia
3 negara paling best setakat ini? Secara ringkas kenapa?Sekarang di mana? Negara paling best? semua best! kalau suruh pilih memang susah nak pilih. Kalau tanya yg mana rasa adrenalin bergelora kami pilih
1.Turki- sebab terlalu banyak tempat menarik (historical place, tempat para nabi) & budaya mereka : pertembungan budaya Asia & Eropah.
Ads
2.India-adventure dia memang thrilling. Tak boleh lupa sampai sekarang. negara sangat unik.
3.Iran- muka bumi & iklim yang unik. suasana yang tenang.
Pakistan pun best jugak!
Setiap negara pun adventurenya berbeza & kami enjoy. kalau nak list tiap satu negara tu boleh buat buku kot!
Sekarang dah viral. Bagaimana hidup selepas ni? Diri sama macam biasa, mungkin rutin buat awal-awal ni sibuk sikit ke jemputan invertiew dll. Viral ni bonus kepada kami kerana ada media sosial. Kami update FB supaya famili, rakan dan followers dapat berkongsi lihat negara orang lain dan supaya mereka tahu kami dalam keadaan selamat. Mungkin akan cari pekerjaan lain kita tengok macam mana, rezeki Allah itu luas.
Terima kasih Alfishahrin & Diana. Ucapan kepada pembaca? Dari angan-angan kosong jadi satu impian, dari impian kita cipta cita-cita, dan dari cita-cita kita cuba untuk capai & insyaAllah akan berjaya. Mengembaralah, lihat dunia walau dalam cara apa sekalipun, minda kita akan lebih terbuka dan kita dapat melihat kebesaran ciptaan Allah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Wow, best baca itinerary ke Ho Chi Minh – Dalat dengan bajet tak sampai dua ribu pun ke sana. Tetapi ini bajet untuk satu kepala lah ya!
Buat anda yang nak bercuti sambil layan makan-makan di Vietnam, jom baca perkongsian saudari Nur Syuhada ini. Memang best dan banyak makanan sedap, yang penting cari yang halal!
Itinerary ke Ho Chi Minh
Trip ini fully DIY, tak ada ambil agent ataupun driver. Kami pergi hanya dua orang dan total cost below RM1200.00 per pax termasuk semua kecuali membeli-belah. Sebab amount shopping bergantung nafsu masing masing.
Suhu HCM: Siang 32°/ Malam 26°
Suhu Dalat: Siang 20°/ Malam 12°
Transportation di HCM: Grab & jalan kaki
Transportation HCM- Dalat: Sleeper Bus
Transportation di Dalat: Sewa Motor
Total Expenses per pax:
Flight KUL-HCM-KUL & add on luggage 10kg: RM451.75
BookAway Sleeper Bus HCM-Dalat-HCM: RM173.60
Vyda Backpacker Hostel: RM17
Nam Xuan Premium Hotel:RM20.20
Sunny Saigon Hotel:RM20.05
Shopee Simcard 5days 25gb: RM13.64
Klook Datanla Alpine Coaster: RM41.90
Cash (Makan, Deposit hotel, duit minyak motor, entrance fees, parking, grab): RM378.70 / 2 juta VND
Sewa motor: RM19.16
VIP Bus. Selesa ada bantal, air mineral, charging port, plastik untuk letak kasut.
Nota kaki: Entrance fees dan details ada di caption gambar.
Hari Pertama
12:00pm -Arrived HCM
-Check in Vy Da Backpacker Hostel
-Survey Ben Thanh market, Lunch Restoran Jamilah, Layan sunset at The Cafe Apartment, HCM Statue
-Dinner Malaysian Street
-Balik hotel singgah Circle K
-Check out hotel
12:30am – Naik sleeper bas to Dalat
Hari Kedua
📍Halal Food Dalat Restaurant
7:30 am – Arrived Dalat
-Check in Nam Xuan Premium & sewa motor
-Datanla Alpine Coaster, Datanla Waterfall
-Brunch Restoran Halal Food Dalat
– Still Cafe & Instagram street spots (Jalan Cô Giang & Dốc Nhà Bò & Xuan Huong Lake)
– Mongo Land Dalat
– Cafe Hoa May Garden
– Dalat Night Market & Dinner
📍Dalat Night Market. Susah cari makanan halal kecuali buah & sayur. Banyak jual baju panas & buah buahan.
Hari Ketiga
– Cau Dat Windmill
– Giac Mo Dalat Coffee
📍Cafe Giac Mo Dalat Coffee. Takda entrance fees, beli air je dalam 70k.
-Lunch Halal Restoran Kampung Melayu
📍Halal Restaurant Kampung Melayu. Melayu sangat ni makan nasi + sambal belacan setelah beberapa hari makan mi dan roti.
– Cafe Vuon Dia Dang
📍Cafe Vuon Dia Dang. Entrance fees 100k VND include air manis. Cafe tepi sungai. Boleh spend berejam dekat sini sebab redup & sejuk. Serenity dengar air sungai & empangan.
– Tuyền Lâm Lake
📍Tuyen Lam Lake
– Cafe Túi Mơ To
📍Cafe Reply 1994 Cafe atas bukit. Lepak sini nak dekat maghrib, cuaca sejuk sangat.
– Dinner Fatimah Restaurant Halal
📍Fatimah Restaurant Halal
– Check out hotel
10:35pm- Naik sleeper bus to HCM
📍Mongo Land Dalat. Entrance fees 100k dapat free mineral water. Aktiviti boleh main rainbow slide, ladang arnab, unta, alpaca, burung, dog for free. Boleh sewa baju mongolian.
Hari Keempat
6:00am -Arrived HCM
-Check in Hotel Sunny Saigon
– Lunch Restaurant Osman
-Shopping Saigon Square (baju)
📍Malaysian street. Total shopping bawah Rm250 -3 helai baju kurung siap. -5 helai telekung -5 helai tudung
-Ben Thanh Market (kopi)
-Malaysian street (telekung, tudung, kain)
-Matsumoto (skincare & makeup)
-Dinner Restoran Musa Karim
📍Hoa May Garden Beli air 60k VND dapat masuk. Time ni garden dia tak full bloom tapi still cantik.
Hari Kelima
6:00am – Pergi airport
9:35am – Flight to KUL
Jadi, itulah aktiviti dan lokasi sepanjang ada di Ho Chi Minh – Dalat. Buat anda yang ada plan nak pergi ke Vietnam boleh rujuk senarai kedai makan dan tempat ini untuk mudahkan pergerakan apabila berada di sana. Pastikan cari makanan halal!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Fenomena ‘Blue Tears’ atau Air Mata Biru yang wujud di permukaan pantai Kuala Selangor kini sedang diperkatakan ramai.
Ada yang kata foto-foto fenomena tersebut bukan di Malaysia tetapi di luar negara. Ya! fenomena Blue Tears tersebut memang berlaku di Kuala Selangor. Lokasinya terletak berdekatan dengan destinasi tarikan pelancong popular di Kuala Selangor iaitu Sky Mirror.
Blue Tears adalah antara produk pelancongan terbaru di negeri Selangor yang boleh dilihat pada waktu malam. Fenomena Blue Tears dikatakan terhasil daripada fitoplankton iaitu sejenis tumbuhan marin mikroskopik yang hanyut di permukaan air. Ia kemudiannya menghasilkan cahaya biru terang apabila bertindak balas dengan kandungan oksigen dalam air laut.
Penduduk tempatan mula menemui kejadian air seakan berwarna biru pada malam hari sekitar tahun 2018 dan ia semakin kerap boleh dilihat hingga hari ini.
Difahamkan, tarikan ini hanya dibuka pada jam 8 malam hingga 10 malam sahaja dan berharga RM25+ untuk seorang. Pastikan anda memilih travel agensi yang berdaftar untuk mengambil pakej melihat Blue Tear ini.
Pelawat akan di bawa menaiki bot yang disediakan untuk menyusuri pantai di Kuala Selangor. Kawasan sekitar yang lebih gelap membolehkan seseorang melihat Blue Tears dengan lebih baik. Walaubagaimanapun, ia mungkin tidak sama apabila anda cuba menangkap dengan kamera, hanya mata kasar boleh melihat kecantikan ini.
Anda nak ke bercuti ke pantai ?️? Pulau ?️? Naik gunung ⛰️? Joinevent basikal ?? Nak pergi casting memancing ?? Atau apa sahaja aktiviti yang terlintas semasa cuti, pastikan anda lindungi kulit anda dengan sunblock.
Kenapa Libur kata macam tu? Sebab, keadaan atmosfera bumi sekarang dalam keadaan tidak sihat. Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultra unggu atau ultra violet (UV) yang bahaya dari matahari ☀️ singgah terus ke permukaan kulit anda.
Banyak kajian saintifik dah dilakukan dan hasilnya menunjukkan sinaran UV yang berlebihan mampu mendatang kemudaratan seperti kanser kulit. Bahaya kan? Sebab tu Libur nak educate semua peminat-peminat travel dalam Malaysia ni untuk sentiasa peka dengan perkara – yang bagi sesetengah orang, remeh – macam ni.
Ada empat kelebihan yang ada daripada pemakaian sunblock dan ianya adalah:
Melindungi kulit anda daripada sinaran UV
Macam yang Libur dah cakapkan tadi, penipisan lapisan ozon menyebabkan anda terdedah dengan pancaran cahaya matahari ☀️ yang terik serta sinaran UV dan itu adalah satu perkara yang tidak baik untuk kulit anda. Dengan mengaplikasikan sunblock pada kulit, setidak-tidaknya anda dapat mengurangkan implikasi sinaran UV dan pancaran matahari ☀️ terik itu tadi.
Mengurangkan risiko kanser kulit
Sinaran UV yang berlebihan mampu untuk mendatangkan kemudaratan yang lebih besar iaitu kanser. Kes kanser kulit akibat daripada terdedah dengan sinaran matahari ☀️ mungkin tidak popular di Malaysia, but believe me, it’s better prevent than cure.
Mengurangkan penuaan pada kulit
Sunblock ni pun macam skincare yang lain juga. Ia dapat membantu melindungi kulit anda daripada garis-garis berkedut yang membuatkan anda kelihatan tua daripada usia akibat berjemur bawah matahari ☀️. Macam mana dia dapat membantu? Dengan menghalang sinaran UV daripada singgah ke kulit anda. Kerosakan akibat sinaran UV menyebabkan kulit kelihatan tebal; perubahan warna; dan pecahan kolagen, yang menyumbang kepada garis, kendur dan kedutan.
Membantu mengekalkan tona warna atau mengelakkan sunburn
Sunblock membantu untuk menghalang perubahan warna dan bintik-bintik gelap akibat kerosakan sinaran matahari ☀️, membantu anda mengekalkan kulit yang lebih halus dan lebih licin.
Itu antara sebab kenapa anda perlu pakai sunblock setiap kali aktiviti riadah anda terdedah kepada sinaran matahari ☀️ yang terik.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...