
Jika anda dari Lembah Klang, pemanduan hampir 3 jam setengah ke Kuantan, Pahang untuk bercuti pastinya akan dikenang. Kuantan memiliki kelebihan tersendiri berbanding 10 daerah lain di negeri Tok Gajah.
Ia berikutan kedudukannya yang berhampiran Laut China Selatan menjadikan daerah ini lebih istimewa apabila terdapat pantai yang indah sebagai daya tarikan pelancongan. Bagi yang pertama kali bercuti ke Kuantan, pasti disogokkan cadangan mengenai pantai yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai seperti Teluk Cempedak dan Cherating. Sebenarnya banyak lagi destinasi pantai di daerah itu yang boleh diterokai untuk percutian bersama keluarga antaranya di sekitar pantai Balok. Pantai Balok, kira-kira 15 hingga 20 minit memandu dari pusat bandar Kuantan. Pantai Balok memiliki pemandangan indah yang pasti menimbulkan rasa teruja dalam kalangan pengunjung. Pantai Balok adalah lokasi popular bersantai pada hujung minggu kerana keadaan pantainya yang nyaman, redup dan diteduhi pepohon ru. Malah lokasi ini juga mempunyai beberapa lokasi penginapan yang ideal dan sesuai untuk percutiaan anda kerana keadaan pantainya yang luas memanjang. Ramai juga tidak tahu kewujudan hotel dan resort ‘best’ bertemankan alam semulajadi di sekitar ini tau.
Nak tahu lokasi menarik yang boleh anda menginap di sekitar ini? Baca perkongsiaan daripada sumber Teha Amin
Okay disebabkan tak leh move on dengan percutian pantai timur kami. Jadi Teha nak review sikit tempat kitorg menginap masa kat Kuantan. Okay gambar-gambar ni bukan dari phone Teha. Ikutkan kalau dari phone berapa keping je gambar percutian kami. Teha memang susah sikit nak pegang handphone time outdoor lebih-lebih lagi ketika bersama dengan anak-anak. Ada kerisauan yang tinggi kalau mata tak tengok anak and tangan tak pegang anak-anak. Siapa selalu keluar dengan Teha tau la ni memang perangai sejak azali. Jadi kalau nak ada gambar percutian mungkin kena tunggu kaya raya macam Cheq Ta pastu hire photog yes yes yes. InsyaAllah one day.
Okay berbalik kepada cerita tempat penginapan, kami menginap di Adena Beach Resort. Tempat ni member Kuantan yang suggest and sekali je search kat Agoda terus jatuh cinta sebab Teha memang sangat sukakan keindahan alam semula jadi. Suka nature. Suka suasana kampung. Suka duduk chalet berbanding duduk hotel. Kat sini ada dua pilihan. Ada hotel and ada chalet jadi chalet is my choice. Bilik kami pilih kecil je memandangkan kami bertiga tapi veranda dia memang besar best utk lepak. Time kawan Teha and anak-anak dia datang, kami bentang tikar and picnic makan kat veranda. Mmg best gilerrrr!
Berhadapan dengan pantai antara sebab Teha pilih tempat ni. Walking distance je. Tak sempat nak berpeluh dah sampai. Tepi resort, tepi pantai ada satu beach bar. Cantik sangat serba putih. Namanya Puteh Beach Bar. Tapi Teha memang tak lepak situ just pergi waktu pagi utk bergambar je. Sangat cantik siap ada buaian pantai. Awww in love sangat.
Resort ni Teha tengok sgt sesuai utk sesiapa yang nak buat family day ke, team building ke atau reunion event? Siap ada stage, dewan makan, ada kawasan luas utk buat outdoor game. Nak main takraw ke bola tampar semua boleh.
Pantai dia tak panas sangat time kitorg pegi siap boleh lepak lama tepi pantai baring-baring sambil tengok anak main pasir. Tengah lepak-lepak ada orang jual aiskrim lalu naik motor. Ha apa lagi memang kena tahan la. Tapi satu, pantai air kuat. Sila jaga anak-anak kita dengan teliti kalau boleh takyah mandi la. Kitorg duduk tepi main di gigi air pun rasa ombak kuat.
Over all memang best sangat. InsyaAllah akan repeat.
Foto: Adena Beach Resort
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rugi Tak Pergi Sini Kalau Dah Sampai Terengganu, Semua Best!

Isi Kandungan
ToggleKalau dah sampai Terengganu, anda wajib singgah beberapa tempat ini untuk melengkapkan percutian di negeri ‘kaya’ dengan pantai ini.
Okay, jom tengok pantai apa yang best di sini dan makanan apa yang sedap di ‘Ganu Kita’ menurut pengalaman saudari Cik Han, katanya ada 9 tempat menarik, ya!
1. Pujangga Cafe
Cafe ni buka early morning & korang boleh experience breakfast style Terengganu. Dekat sini famous dengan Nasi Dagang & Nasi Minyak. Tapi untuk air tak banyak choice. Retro style cafe yang served Terengganu breakfast.
2. Pantai Mangkuk
Pantai Mangkuk terletak di Penarik dan sepanjang pantai ni ada banyak kedai celup tepung. Boleh pilih sahaja yang mana anda nak. Exact location dalam gambar ni susah nak explain tapi anda boleh explore sepanjang pantai dan boleh jumpa port ootd kat sini.
3. Pantai Jambu Bongkok
Pantai ini terletak di Marang. Dekat sini banyak Pokok Kelapa jadi rasa tenang sangat. Dekat tepi tepi pantai pun ada pondok pondok untuk lokasi bergambar.
4. Pantai Kekabu
Pantai ini ada benteng batu bentuk Y. Pantai berdekatan dengan Jeti Marang ke Pulau Kapas. Jadi anda boleh tengok banyak kapal dekat sini. Pantai ini pun ada kanak-kanak yang mandi.
5. Warung Adik Beradik
Selain Pok Nong Celup Tepung, anda patut cuba makan dekat sini. Anda boleh menikmati celup tepung sambil tengok pemandangan pantai.
6. Xofi.Trg
Antara cafe yang famous di Terengganu. Coffee & frappe sedap. Pastry dan cake pun ada banyak jenis. Lokasi di Tok Jembal dan dalam gambar tu makanan yang diorder.
7. Masjid Kristal
Yang ni wajib visit, floating masjid yang sangat cantik architecture. Tourist pun selalu datang sini. Kalau jalan sikit ada kedai makanan berdekatan.
8. Nyiur
Cafe yang viral sebab vibes dia tepi pantai dan lokasi pun cantik. Ada banyak pokok kelapa. Parking senang sebab tempat luas. Makanan berat tak banyak. Air dan snack pun biasa biasa. Lebih kepada tempat lepak.
9. Terengganu Foodie
Kalau nak merasa nasi kerabu sedap boleh makan di Suerasa Nasi Kerabu. Kalau nak merasa celup tepung sedap dan tempat makan yang vibes best boleh cuba di Mr.Celup Tepung Station. Mee Champa wajib cuba kalau ke Terengganu, lokasi di Dungun. Owh ya, boleh cuba makan di Warung Selera Sayang lepas balik daripada Pulau Kapas.
Itu sahaja yang anda boleh singgah bila sampai Terengganu. Jangan lupa bawa balik keropok losong juga sebagai buah tangan, baru lengkap percutian ke negeri ini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
49 Hotel Di Malaysia Telah Diisytiharkan Sebagai Stesen Kurantin Untuk COVID-19

Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Kesihatan Malaysia telah mengisytiharkan 49 Hotel sebagai Stesen Kurantin menerusi Warta Kerajaan bertarikh 4 April 2020.
Pengisytiharan ini adalah bagi menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 2 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].
Berikut adalah senarai hotel yang terlibat:-
1. Hotel Adya Chenang, Langkawi, Kedah
2. Tanjung Rhu Resort, Pulau Langkawi, Kedah
3. Golden Sands Resort by Shangri-La, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
4. Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
5. Felda Residence Trolak, Sungkai, Perak
6. Best Western Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor
7. COOP Hotel Putrajaya dan Cyberjaya, Dengkil, Selangor
8. Dorsett Grad Subang, Subang Jaya, Selangor
9. Four Points by Sheraton, Puchong, Selangor
10. FOX Lite Hotel Dpulze-Cyberjaya, Cyberjaya, Selangor
11. Hilton Garden Inn Puchong, Puchong, Selangor
12. Hilton Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor
13. Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor
14. Hotel Sunway Clio, Petaling Jaya, Selangor
15. Hotel Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor
16. Qliq Damansara, Petaling Jaya, Selangor
17. Dorsett Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
18. Ancasa Express @ Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
19. Cosmo Hotel Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
20. Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatown, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
21. Furama Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
22. Grand Millenium Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
23. Hilton Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
24. Holiday Inn Express Kuala Lumpur City Centre, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
25. Hotel Royal Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
26. Ibis Kuala Lumpur City Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
27. Ibis Styles Kuala Lumpur Fraser Business Park, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
28. Hotel Impiana KLCC, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
29. J-Hotel by Dorsett, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
30. Living at Dsulaiman, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
31. Hotel Plaza Grand Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
32. Hotel Premiera Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
33. Ramada Suites Kuala Lumpur City Centre, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
34. Silka Cheras, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
35. Swiss-Inn Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
36. The Pearl Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
37. Hotel Crytal Crown, Johor Bahru, Johor
38. Felda Residence Tanjung Leman, Mersing, Johor
39. Hotel Hallmark Regency, Johor Bahru, Johor
40. Hotel Millesime, Johor Bahru, Johor
41. Hotel New York, Johor Bahru, Johor
42. Swiss-Inn Johor Bahru, Johor Bahru, Johor
43. Hotel V8, Skudai, Johor
44. Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang
45. Grand Dormani Rajah Court Hotel, Kuching, Sarawak
46. Hock Lee Hotel and Residences Tower A and Tower B, Kuching, Sarawak
47. Hotel Kuching Park, Kuching, Sarawak
48. Ming Garden Hotel and Residences, Kota Kinabalu, Sabah
49. Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah
Sumber: FB Santai Travel
Selain itu sebanyak 409 premis milik institusi dan jabatan kerajaan, telah diisytiharkan sebagai stesen kuarantin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sebelum ini berkuat kuasa 21 Mac lalu. Pengisytiharan Stesen Kuarantin (No 2) 2020 itu turut dibuat oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menerusi warta kerajaan itu mengikut Seksyen 2 Akta 342.
Berikut adalah senarai premis yang terbabit dengan pengisytiharan itu:
1. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis, Perlis
2. Institut Kemahiran MARA Beseri, Perlis
3. Institut Pendidikan Guru, Kampus Perlis, Kangar, Perlis
4. Institut Latihan Perindustrian Kangar, Perlis
5. Kem Bina Negara Kaki Bukit, Perlis
6. Kolej Komuniti Arau, Perlis
7. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis
8. Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah
9. Akademi Kastam Diraja Malaysia (Cawangan Langkawi), Kedah
10. Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Wilayah Utara, Langkawi, Kedah
11. Institut Akuakultur Marin Pulau Sayak Kedah, Kedah
12. Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Jitra, Kedah
13. Institut Tadbiran Awam Negara Wilayah Utara, Sungai Petani, Kedah
14. Institut Kemahiran Belia Negara Jitra, Kedah
15. Institut Kemahiran Belia Negara Naka, Kuala Nerang, Kedah
16. Institut Kemahiran MARA Alor Setar, Kedah
17. Institut Kemahiran MARA Sik, Kedah
18. Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah
19. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Alor Setar (Pembantu Perubatan), Kedah
20. Institut Latihan Perindustrian Jitra, Kedah
21. Institut Pendidikan Guru, Kampus Darulaman, Jitra, Kedah
22. Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah
23. Institut Pengurusan Peladang, Langkawi, Kedah
24. Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan, Sungai Petani, Kedah
25. Kem Bina Negara Kulim, Kedah
26. Kem Bina Negara Langkawi, Kedah
27. Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah
28. Kolej Komuniti Jerai, Guar Chempedak, Kedah
29. Kolej Komuniti Kulim, Kedah
30. Kolej Komuniti Langkawi, Kedah
31. Kolej Komuniti Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah
32. Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah
33. Kolej Komuniti Bandar Baharu, Kedah
34. Kolej Komuniti Baling, Kedah
35. Kolej Pertanian Malaysia, Kampus Induk, Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah
36. Majlis Perbandaran Kubang Pasu, Jitra, Kedah
37. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah
38. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
39. Pusat Bimbingan Usahawan Teluk Chengai, Kedah
40. Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan Sungai Petani, Sungai Petani, Kedah
41. Pusat Latihan RELA Wilayah Utara, Sungai Petani, Kedah
42. Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan, Wilayah Utara, Telok Chengai, Kedah
43. Pusat Latihan Teknologi Tinggi Kulim, Kedah
44. Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Benih Udang Kebangsaan, Kuala Muda, Kedah
45. Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam, Pulau Pinang
46. Institut Latihan Statistik Malaysia, Pulau Pinang
47. Institut Kemahiran Tinggi PERDA, Nibong Tebal, Pulau Pinang
48. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam, Pulau Pinang
49. Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, Pulau Pinang
50. Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang
51. Institut Pertanian Bumbung Lima, Pulau Pinang
52. Institut Teknikal Jepun Malaysia, Pulau Pinang
53. Institut Latihan Kecemerlangan MARA, Pulau Pinang
54. Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Nibong Tebal, Pulau Pinang
55. Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, Pulau Pinang
56. Institut Latihan Perindustrian Perai, Pulau Pinang
57. Kem Bina Negara Balik Pulau, Pulau Pinang
58. Kolej Kejururawatan, Pulau Pinang
59. Kolej Komuniti Bayan Baru, Pulau Pinang
60. Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Pulau Pinang
61. Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang
62. Kolej Komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang
63. Kolej Komuniti Tasek Gelugor, Pulau Pinang
64. Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau, Pulau Pinang
65. Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang, Pulau Pinang
66. Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
67. Politeknik Metro Tasek Gelugor, Pulau Pinang
68. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
69. Pusat Keluarga LPPKN Bertam Pulau Pinang, Pulau Pinang
70. Pusat Latihan KEMAS Kepala Batas, Pulau Pinang
71. SEAMEO RECSAM PENANG, Pulau Pinang
72. Hotel TH, Bayan Lepas, Pulau Pinang
73. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Ipoh, Perak
74. Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar, Perak
75. Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, Perak
76. Institusi Kemahiran Mara Lumut, Perak
77. Institut Latihan Statistik Malaysia, Perak
78. Institut Latihan Perindustrian Ipoh, Perak
79. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak
80. Institut Pertanian Parit Titi Gantong, Perak
81. Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, Perak
82. Institut Tanah dan Ukur Negara, Perak
83. Kem Bina Negara Ulu Kenas, Perak
84. Kolej Komuniti Chenderoh, Perak
85. Kolej Komuniti Gerik, Perak
86. Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Perak
87. Kolej Komuniti Manjung, Perak
88. Kolej Komuniti Pasir Salak, Perak
89. Kolej Komuniti RTC Gopeng, Perak
90. Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak
91. Kolej Komuniti Taiping, Perak
92. Kolej Komuniti Tapah, Perak
93. Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak
94. Kolej Komuniti Batu Gajah, Perak
95. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ulu Kinta, Perak
96. Pusat Pembangunan Modal Manusia Perak, Perak
97. Pusat Pembangunan Kemahiran Perak, Perak
98. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
99. Politeknik Ungku Omar, Perak
100. Pusat Bimbingan Usahawan Manong, Perak
101. Pusat Latihan Teknologi Tinggi Taiping, Perak
102. Pusat Transformasi Luar Bandar Perak, Perak
103. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu, Selangor
104. Agensi Nuklear Malaysia, Selangor
105. Akademi Penerbangan Malaysia, Selangor
106. Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Selangor
107. Institut Alam Sekitar Malaysia, Selangor
108. Institut Kepimpinan IM4U, Selangor
109. Institut Latihan Islam Malaysia, Selangor
110. Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan, Bangi, Selangor
111. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Selangor
112. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat, Selangor
113. Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, Selangor
114. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang, Selangor
115. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua, Selangor
116. Institut Penilaian Negara, Selangor
117. Institut Kemajuan Desa, Selangor
118. Institut Perakaunan Negara, Selangor
119. Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Selangor
120. Institut Latihan Pentadbiran dan Pengurusan Pengangkutan Laut, Selangor
121. Institut Latihan Pengembangan Pertanian Serdang, Selangor
122. Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat, Selangor
123. Institut Koperasi Malaysia, Selangor
124. Institut Pengurusan Veterinar Cheras, Selangor
125. Institut Pertanian Serdang, Selangor
126. Kem Bina Negara Tanjung Rhu, Selangor
127. Kem Wawasan Negara Meru, Selangor
128. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh, Selangor
129. Kolej Kemahiran Tinggi Mara Petaling Jaya, Selangor
130. Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor
131. Kolej Komuniti Selayang, Selangor
132. Kolej Komuniti Shah Alam, Selangor
133. Kolej Komuniti Tanjung Karang, Selangor
134. Kolej Komuniti Hulu Langat, Selangor
135. Kolej Komuniti Hulu Selangor, Selangor
136. Kolej Komuniti Klang, Selangor
137. Kolej Komuniti Kuala Langat, Selangor
138. Maktab Koperasi Malaysia Petaling Jaya, Selangor
139. Institut Perindustrian MARA Jepun Beranang, Selangor
140. Politeknik Banting, Selangor
141. Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
142. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
143. Pusat Bimbingan Usahawan Serdang, Selangor
144. Pusat Latihan JAKOA Damansara Damai, Selangor
145. Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Serdang, Selangor
146. Pusat Latihan Mardi Serdang, Selangor
147. Pusat Latihan Teknologi Tinggi Shah Alam, Selangor
148. Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan, Selangor
149. Akademi Kenegaraan Biro Tatanegara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
150. Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
151. Institut Integriti Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
152. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
153. Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
154. Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Tengah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
155. Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
156. Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
157. Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
158. Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
159. Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
160. Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
161. Institut Sosial Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
162. Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
163. Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
164. Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Antarabangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
165. Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
166. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
167. Politeknik Metro Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
168. Akademi Imigresen Malaysia, Negeri Sembilan
169. Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson, Negeri Sembilan
170. Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris, Negeri Sembilan
171. Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, Negeri Sembilan
172. Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional, Nilai, Negeri Sembilan
173. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong, Negeri Sembilan
174. Institut Latihan FAMA, Negeri Sembilan
175. Institut Latihan Perindustrian Pedas, Negeri Sembilan
176. Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan
177. Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan
178. Kem Bina Negara Kuarters KLIA, Negeri Sembilan
179. Kem Bina Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan
180. Kem Wawasan Negara, Kuarters KLIA, Negeri Sembilan
181. Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau, Negeri Sembilan
182. Kolej Komuniti Rembau, Negeri Sembilan
183. Kolej Komuniti Tampin, Negeri Sembilan
184. Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan
185. Kolej Komuniti Jempol, Negeri Sembilan
186. Politeknik Nilai Negeri Sembilan, Negeri Sembilan
187. Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
188. Pusat Keluarga LPPKN Seremban 2, Negeri Sembilan
189. Akademi Kastam Diraja Malaysia Melaka, Melaka
190. Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (Induk), Melaka
191. Asrama Jururawat Hospital Jasin, Melaka
192. Institut Kemahiran Belia Negara Alor Gajah, Melaka
193. Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka
194. Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil, Melaka
195. Institut Latihan Perindustrian Selandar, Melaka
196. Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka
197. Institut Teknologi Unggas Alor Gajah, Melaka
198. Jabatan Agama Islam Melaka, Melaka
199. Kem Bina Negara Alor Gajah, Melaka
200. Kolej Kemahiran Tinggi Mara Masjid Tanah, Melaka
201. Kolej Kejururawatan Melaka, Melaka
202. Pusat Latihan Kemas Melaka, Melaka
203. Kolej Komuniti Kota Melaka, Melaka
204. Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka
205. Kolej Komuniti Selandar, Melaka
206. Kolej Komuniti Tangga Batu, Melaka
207. Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka
208. Kolej Komuniti Jasin, Melaka
209. Politeknik Melaka, Melaka
210. Politeknik Merlimau, Melaka
211. Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR, Alor Gajah, Melaka
212. Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Melaka
213. Pusat Latihan Teknologi Tinggi Melaka, Melaka
214. Pusat Rehabilitasi PERKESO, Melaka
215. Akademi Kastam Diraja Malaysia Cawangan Selatan, Johor
216. Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Selatan, Johor Bahru, Johor
217. Akademi Minyak dan Gas Johor Bahru, Johor
218. Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor
219. Institut Latihan Perindustrian Tangkak, Johor
220. Institut Latihan Perindustrian Mersing, Johor,
221. Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Johor
222. Institut Latihan Rakan Muda Desaru, Bandar Penawar, Johor
223. Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor
224. Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh, Johor
225. Institut Kemahiran Mara Johor Bahru, Johor
226. Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Selatan, Kluang, Johor
227. Institut Pendidikan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor
228. Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor
229. Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor
230. Institut Veterinar Malaysia Kluang, Johor
231. Kem Bina Negara Gunung Pulai, Kulai, Johor
232. Kem Pusat Latihan Khidmat Negara Sri Ledang, Jementah, Johor
233. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru, Johor
234. Kolej Kemahiran Tinggi Mara Ledang, Johor
235. Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading, Johor
236. Kolej Komuniti Kota Tinggi, Johor
237. Kolej Komuniti Ledang, Johor
238. Kolej Komuniti Muar, Johor
239. Kolej Komuniti Pagoh, Johor
240. Kolej Komuniti Pasir Gudang, Johor
241. Kolej Komuniti Segamat, Johor
242. Kolej Komuniti Segamat 2, Johor
243. Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor
244. Kolej Komuniti Tanjung Piai, Johor
245. Kolej Komuniti Bandar Tenggara, Johor
246. Kolej Komuniti Batu Pahat, Johor
247. Kolej Komuniti Kluang, Johor
248. Kolej Yayasan Pelajaran Johor, Johor
249. Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh, Johor
250. Politeknik Sultan Ibrahim, Johor
251. Politeknik Mersing, Johor
252. Politeknik Metro Johor Bahru, Johor
253. Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Kulai, Johor
254. Pusat Latihan JAKOA, Kluang, Johor
255. Pusat Bimbingan Usahawan Ayer Hitam Johor, Johor
256. Pusat Bimbingan Usahawan Pagoh, Johor
257. Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan Wilayah Selatan Ayer Hitam, Johor
258. Pusat Latihan dan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi, Segamat, Johor
259. Pusat Latihan Kokurikulum Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru, Johor
260. Pusat Latihan Teknologi Tinggi Batu Pahat, Johor
261. Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
262. Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands, Pahang
263. Institut Kemahiran Belia Negara Pekan, Pahang
264. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh, Pahang
265. Institut Kemahiran Mara Tan Sri Yahya Ahmad Pekan, Pahang
266. Institut Latihan Kemas Kuantan, Pahang
267. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan), Kuantan, Pahang
268. Institut Latihan Perindustrian Kuantan, Pahang
269. Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pahang
270. Institut Pendidikan Guru, Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang
271. Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang
272. Kem Bina Negara Bukit Sagu, Pahang
273. Kem Bina Negara Lipis, Pahang
274. Kem Bina Negara Maran, Pahang
275. Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan, Pahang
276. Kolej Komuniti Pekan, Pahang
277. Kolej Komuniti Raub, Pahang
278. Kolej Komuniti Rompin, Pahang
279. Kolej Komuniti Temerloh, Pahang
280. Kolej Komuniti Bentong, Pahang
281. Kolej Komuniti Bera, Pahang
282. Kolej Komuniti Jerantut, Pahang
283. Kolej Komuniti Kuantan, Pahang
284. Kolej Komuniti Lipis, Pahang
285. Kolej Komuniti Paya Besar Kuantan, Pahang
286. Majlis Perbandaran Bentong, Pahang
287. Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang, Pahang
288. Politeknik Metro Kuantan, Pahang
289. Politeknik Muadzam Shah, Pahang
290. Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, Pahang
291. Pusat Latihan Awam Kementerian Pertahanan Bukit Fraser, Pahang
292. Pusat Latihan JAKOA Paya Bungor Kuantan, Pahang
293. Pusat Latihan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Kuantan, Pahang
294. Pusat Latihan Pertahanan Awam, Bandar Tun Razak, Jengka, Pahang
295. Pusat Latihan Teknologi Tinggi Jerantut, Pahang
296. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Terengganu
297. Akademi Perikanan Malaysia, Terengganu
298. Pusat Latihan Darul Iman, Kemaman, Terengganu
299. Hotel UiTM Dungun, Terengganu
300. Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur, Terengganu
301. Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu, Terengganu
302. Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Timur, Terengganu
303. Institut Kemahiran Belia Negara Wakaf Tapai, Terengganu
304. Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik, Terengganu
305. Institut Kemahiran Mara Besut, Terengganu
306. Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu
307. Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan, Terengganu
308. Kem Bina Negara Besut, Besut, Terengganu
309. Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kemaman, Terengganu
310. Kolej Komuniti Kemaman, Terengganu
311. Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Terengganu
312. Kompleks Rakan Muda Besut, Terengganu
313. Peladang Setiu Agro Resort, Terengganu
314. Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
315. Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu
316. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu
317. Pusat Bimbingan Usahawan Ajil, Terengganu
318. Pusat Kokurikulum Terengganu, Hulu Terengganu, Terengganu
319. Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan Wilayah Timur Besut, Terengganu
320. Pusat Latihan Felda Wilayah Terengganu, Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu
321. Pusat Latihan KEMAS Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu
322. Pusat Latihan RELA Wilayah Timur, Terengganu
323. Pusat Latihan Veterinar Cermin Kiri, Terengganu
324. Pusat Latihan Teknologi Tinggi Kemaman, Terengganu
325. Pusat Pembangunan Kemahiran Terengganu, Terengganu
326. Scout Inn, Kuala Nerus, Terengganu
327. Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Marang, Terengganu
328. Terengganu Advance Technical Institute, Terengganu
329. Akademi Kastam Diraja Malaysia Cawangan Timur, Kelantan
330. Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia Wilayah Timur, Kelantan
331. Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia Wilayah Timur, Kelantan
332. Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu, Kelantan
333. Institut Kemahiran Belia Negara Bachok, Kelantan
334. Institut Pendidikan Guru, Pengkalan Chepa, Kelantan
335. Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas, Kelantan
336. Kolej Komuniti Jeli, Tanah Merah, Kelantan
337. Kolej Komuniti Kok Lanas, Kelantan
338. Kolej Komuniti Pasir Mas, Kelantan
339. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan
340. Politeknik Jeli, Kelantan
341. Politeknik Kota Bharu, Kelantan
342. Pusat Bimbingan Usahawan Melor Kelantan, Kelantan
343. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, Sarawak
344. Akademi Kastam Diraja Malaysia Cawangan Sarawak, Sarawak
345. Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, Sarawak
346. Institut Kemahiran Belia Negara Miri, Sarawak
347. Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak, Kuching, Sarawak
348. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kuching, Sarawak
349. Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan, Sarawak
350. Institut Latihan Perindustrian Miri, Sarawak
351. Institut Kemahiran MARA, Bintulu, Sarawak
352. Institut Kemahiran MARA, Kuching, Sarawak
353. Institut Kemajuan Desa Cawangan Sarawak, Sarawak
354. Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Sarawak
355. Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Sarawak
356. Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak
357. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak
358. Institut Pendidikan Guru Miri, Sarawak
359. Institut Pertanian Sarawak Semongok, Sarawak
360. Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak
361. Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, Kuching, Sarawak
362. Kampung Sukan Petronas Miri, Sarawak
363. Kem Bina Negara Sampadi Sarawak, Lundu, Sarawak
364. Kem Belia Kemuyang, Sibu, Sarawak
365. Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
366. Kolej Komuniti Betong, Sarawak
367. Kolej Komuniti Kuching, Sarawak
368. Kolej Komuniti Mas Gading, Sarawak
369. Kolej Komuniti Miri, Sarawak
370. Kolej Komuniti Santubong, Sarawak
371. Kompleks Belia dan Sukan Sarawak, Kuching, Sarawak
372. Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Sarawak
373. Politeknik Kuching, Sarawak
374. Politeknik Mukah, Sarawak
375. Pusat Latihan Staf Baru Universiti Malaysia Sarawak, Sarawak
376. Pusat Latihan Teknologi Tinggi Bintulu, Sarawak
377. Pusat Latihan Sarawak, Kuching, Sarawak
378. Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak, Kuching, Sarawak
379. Stadium Tertutup Limbang, Sarawak
380. Taman Negara Similajau, Bintulu, Sarawak
381. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Sabah
382. Akademi Kastam Diraja Malaysia Cawangan Sabah, Sabah
383. Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah, Sabah
384. Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Sabah
385. Institut Kemahiran Mara Kota Kinabalu, Sabah
386. Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah
387. Institut Latihan Perindustrian Sandakan, Sandakan, Sabah
388. Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu, Sabah
389. Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Tawau, Sabah
390. Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Sabah
391. Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah
392. Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
393. Institut Tadbiran Awam Negara Kampus Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
394. Kem Bina Negara Kundasang, Sabah
395. Kolej Komuniti Lahad Datu, Sabah
396. Kolej Komuniti Sandakan, Sabah
397. Kolej Komuniti Semporna, Sabah
398. Kolej Komuniti Tawau, Sabah
399. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu, Sabah
400. Pusat Latihan RELA Wilayah Sabah, Tuaran, Sabah
401. Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
402. Politeknik Sandakan, Sandakan, Sabah
403. Projek Perumahan Rakyat Batu Puteh, Sandakan, Sabah
404. Pusat Latihan Kemahiran Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
405. Universiti Malaysia Sabah, Sandakan, Sabah
406. Rumah Rehat Kerajaan, Ranau, Sabah
407. Rumah Rehat Majlis Daerah Kinabatangan, Sabah
408. Institut Latihan Perindustrian Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
409. Rumah Transit Hospital Labuan, Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Sumber: BH Online
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cuti Selepas PKP: 10 Lokasi Ini Sesuai Bawa Keluarga Rehatkan Minda

Anak-anak dan warga emas adalah insan paling terkesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu ketika penularan COVID-19 di negara. Mana tidaknya, mereka adalah insan yang perlu berkurung dirumah dan tidak dibenarkan untuk keluar sebarangan dek kerana menjadi individu mudah dijangkiti wabak.
Sekarang ini ketika fasa PKPP, mereka sudah diberi ‘sedikit kebebasan’ untuk keluar ke pasaraya atau bercuti merentas negeri. Nah! ini masa yang sesuai untuk bawa keluarga keluar bercuti dan rehatkan sejenak minda.
Ini 10 lokasi yang dicadangkan:
1. Taman Warisan Kuala Lumpur
Memasuki kawasan hijau Taman Warisan Kuala Lumpur yang merangkumi Taman Botani Perdana, pastinya menyalurkan aura tenang semula jadi untuk dinikmati pengunjung sama ada berjalan kaki, menunggang motosikal atau memandu kereta. Taman ini sebelum ini dikenali dengan panggilan Taman Tasik Perdana. Terkenal dengan keindahan landskap semula jadi yang cukup mengagumkan, tasik bekas lombong bijih timah ketika era penjajahan British ini mempunyai keluasan kira-kira 68 hektar.Dibuka setiap hari jam 7 pagi hingga 8 malam, taman awam yang dibina sejak 131 tahun lalu ini tidak pernah lengang menerima kunjung pelawat terutama mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif dan menghayati kehijauan alam.
2. Sungai Congkak, Hulu Langat
Merancang percutian merentas negeri setiap minggu pastinya menelan kos tinggi apatah lagi buat mereka sudah berkeluarga. Apa kata kali ini, jimatkan poket anda dengan memilih lokasi lebih ringkas menerusi aktiviti berkelah di Sungai Congkak. Aktiviti riadah sering dilakukan pengunjung termasuk berkelah, berkhemah, dan mandi-manda. Kunjungan ke sini pastinya tidak bosan kerana perjalanan menuju ke destinasi ini menempuh laluan kampung yang kiri dan kanannya terdapat pelbagai jenis jualan makanan mahupun buah-buahan sesuai sebagai bekalan untuk ke Sungai Congkak. Pelbagai kemudahan tersedia seperti tandas, surau dan taman permainan untuk kanak-kanak beriadah sambil menikmati suasana hijau semula jadi.
3. Nafas Cube, MARDI Serdang
Nafas Cube itu menyediakan kemudahan sesuai bagi mereka yang sukakan percutian santai yang singkat terutama pada hujung minggu, malah kedudukannya yang terletak dalam kawasan ladang kajian MARDI menjanjikan pemandangan penuh kehijauan sesuai buat pencinta alam semula jadi. Di sini juga ada platform untuk pengunjung yang ingin memancing di tasik itu untuk meneroka pelbagai spesies ikan yang terdapat di dalamnya. Bagi kaki pancing juga tidak lagi perlu meninggalkan keluarga semata-mata mahu memenuhi hobi mereka kerana kami turut menyediakan kemudahan lain untuk seisi keluarga. Aktiviti lain yang disediakan seperti berbasikal mengelilingi tasik, selain menikmati suasana kehijauan ladang penyelidikan memandangkan suasana yang redup dipenuhi pelbagai jenis pokok selain laluan yang selamat serta mesra kanak-kanak.
4. Dash Box Hotel Cyberjaya
Tetamu yang menginap di sini pasti teruja dengan kemudahan kolam renang yang beberapa jarak dari lokasi bilik penginapan. Terdapat beberapa jenis pilihan penginapan yang menarik tersedia di sini. Secara amnya, reka bentuk di sini tidak menggunakan 100 peratus kabin sebagai daya tarikan utama, tetapi di Dash Box Hotel ini menerapkan unsur-unsur seperti sebuah kabin yang asal. Konsep penginapan di sini yang begitu ceriah dan meriah pasti menggembirakan seisi keluarga.
5. Trem Kereta Api Bukit Melawati
Bawa keluarga anda untuk menikmati pemandangan indah di atas Bukit Melawati, Kuala Selangor. Turut tersedia ruang parkir percuma untuk pengunjung yang datang menaiki kenderaan sendiri. Tiket dikenakan jika anda memilih untuk menaiki trem keretapi untuk ke atas Bukit Malawati, iaitu RM3 dewasa dan RM2 kanak-kanak. Perkhidmatan trem ini hanya berjalan pada hujung minggu dan cuti umum sahaja. Namun jika anda mempunyai stamina yang tinggi dan tidak kisah berjalan kaki naik ke atas, tiada sebarang caj dikenakan. Sementara pada hari bekerja biasa, pengunjung boleh berjalan kaki atau naik dengan kenderaan sendiri sehingga ke puncak bukit. Antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di atas puncak Bukit Melawati adalah memberi monyet makan atau bersiar-siar melihat kesan tinggalan sejarah.
6. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang Pahang
Bawa keluarga anda untuk melihat dan memberi makan kepada gajah dengan lebih dekat di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang. Pengunjung diberi kebenaran untuk memberi gajah makan bahkan berpeluang melihat anak gajah yang comel mandi di sungai. Tiada sebarang tiket masuk dikenakan tetapi pengunjung boleh memberi sedikit dana dalam bentuk wang ringgit dengan membeli makanan gajah berupa buah-buahan dan diberikan kepada gajah. Jadual aktiviti pelawat adalah bermula seawal pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang dari hari Isnin hingga Ahad.
7. Bersantai Dengar Alunan Muzik Di The Symphony Walk, IOI City Mall Putrajaya
Aktiviti riadah yang mengujakan ini pastinya dapat dirasai saat berkunjung ke IOI City Mall Putrajaya. Pusat beli-belah ini menyediakan aktiviti santai menyeronokkan bersama keluarga antaranya menyaksikan pertunjukan air pancuran berirama di The Symphony Walk berhampiran pintu masuk utama. Menariknya, di sekitar The Symphony Walk itu, terdapat beberapa tempat khusus untuk pengunjung berehat sambil mendengar alunan muzik mengiringi pancuran air yang cukup mendamaikan.
8. Bersantai Di Dataran Merdeka
Terletak berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Tidah lengkap jika berada di sini tanpa mengambil gambar kenang-kenangan berlatarkan view rumput hijau atau Bangunan Sultan Abdul Samad yang telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dan pernah suatu ketika dijadikan sebagai Mahkamah Agung. Pada malam hari atau hujung minggu, lokasi ini tidak sunyi dengan kehadiran ramai penduduk kota bersiar-siar. Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di sini, antaranya bermain belon sabun, berbasikal, atau bermain kasut roda.
9. Taman Tasik Taiping, Perak
Ingin melihat panoraman tasik ‘cantik’ dan tertua di negara? Bawa keluarga bersiar-siar di Taman Tasik Taiping, Perak. Tasik ini merupakan bekas lombong dan dicatatkan sebagai taman riadah dan rekreasi pertama dibuka. Berada di taman ini, pengunjung dapat menikmati pemandangan landskapnya yang cantik, dihiasi pokok-pokok berusia ratusan tahun selain terdapat 10 kolam besar lengkap dengan kemudahan tandas, laluan berjoging dan pondok berehat.
10. Bermain Dengan Ikan Tengas Di Sungai Chiling, Selangor
Teringin bermain dengan ikan hidup? Ya! anda boleh berbuat demikian di Santuari Ikan Sungai Chiling, Selangor. Aktiviti ini sangat sesuai dilakukan bersama keluarga tersayang! Ikan Tengas banyak hidup di sini maka pengunjung tidak dibenarkan sama sekali memancing atau menangkap ikan untuk di bawa pulang. Hanya aktiviti memberi makan, berenang bersama atau membelai ikan tersebut sahaja dibolehkan. Lokasi ini dibuka kepada pengunjung pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.
Sumber Foto: Google Image | Flickr | Pinterest
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI