•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
[mashshare]

TEKS : HAFEZDZULLAH MOHD HASSAN   FOTO : TAIPEI CITY INFORMATION AND TOURISM DEPARTMENT

You Bike merupakan perkhidmatan basikal awam yang telah dilancarkan oleh kerajaan Taipei sekitar dua tahun yang lalu. Ia merupakan alternatif pada pengangkutan awam lain yang terdapat di ibu negara Taiwan selepas bas teksi dan metro (MRT).

Dianggarkan, lebih daripada 5,416 buah basikal telah tersedia untuk disewakan kepada orang ramai. Basikal-basikal tersebut diletakkan di 165 buah stesen yang berbeza-beza. Jumlahnya dijangka akan ditambah dari semasa ke semasa ekoran daripada permintaan yang menggalakkan.

Ketua Bahagian Pembangunan Pelancongan Taipei, Dayton Wang berkata, kemudahan YouBike semakin mendapat tempat di kalangan orang ramai khususnya penduduk di Taipei. Kini, pihaknya berusaha memperkenalkan dan mempromosikan pula penggunaan basikal tersebut kepada pelancong.

Sifatnya yang fleksibel juga memudahkan orang ramai untuk mengakses lorong-lorong kecil yang banyak terdapat di Taipei. Di samping itu, kebergantungan orang ramai terhadap pengangkutan awam berenjin juga dapat dikurangkan, sekali gus menggalakkan kehidupan yang lebih sihat dengan berbasikal.

“Objektif utama YouBike adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan pencemaran udara yang berlaku di Taipei kerana penggunaan motosikal di sini amat tinggi,” tambahnya lagi.

YouBike yang merangkumi keseluruhan Taipei mempunyai laluan sendiri. Ia menghubungkan beberapa destinasi percutian menarik seperti Taipei 101, Nanyang Park, Taipei Fine Arts Museum, Beitou Hot Spring, Eslite Bookstore, National Taiwan Normal University dan beberapa buah taman awam yang menyenangkan seperti Beitou Park, Sun Yat Sen Memorial Hall Park, Daan Park, Xinsheng Park dan Dahu Park.

 

 

Tinggalkan Komen

POST BERKAITAN

[wpdreams_rpl]

ITENERI

Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!

Muat turun iteneri kami dan rangka percutian anda sendiri agar menjadi lebih menarik!

Facebook

Facebook By Weblizar Powered By Weblizar

Tinggalkan Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: