Air Asia umum bantuan mangsa banjir Pulau Pinang pada hari ini dengan menawarkan penerbangan kepada NGO yang memerlukan pengangkutan udara bagi menghantar barangan.
AA juga menawarkan untuk membawa kakitangan perubatan bertugas ke Pulau Pinang; di mana sekurang-kurangnya lima orang dilaporkan mati berikutan banjir besar dan angin kencang.
Ads
“Lebih banyak hujan diramalkan akan berlaku. Kira-kira 2,000 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.”
“Kami sedih dengan tragedi banjir di Pulau Pinang dan berikrar untuk melakukan apa yang termampu bagi meringankan kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Pulau Pinang.”
Ads
AirAsia komited dengan falsafah bahawa tiada perbadanan boleh hidup selain daripada komuniti yang dikendalikannya.
“Adalah menjadi tanggungjawab kami memberikan bantuan dalam masa yang diperlukan,” kata pengerusi eksekutif AirAsia Berhad dan CEO Kumpulan AirAsia X, Kamarudin Meranun dalam satu kenyataan.
NGO yang memerlukan bantuan pengangkutan udara untuk barang bantuan dinasihatkan untuk menghantar permintaan mereka ke foundation@airasia.com, di mana instruksi mengenai pengiriman dan keperluan kargo akan diberikan setelah penilaian.
Kakitangan perubatan bertugas yang dikehendaki berada di Pulau Pinang juga boleh menghantar permintaan mereka ke foundation@airasia.com untuk tujuan penerbangan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Highway Utara-Selatan bakal meriah mungkin malam ini atau awal pagi esok. Bukan sebab perayaan atau musim cuti sekolah, tapi konvoi penyokong tegar bolasepak Kedah dan Johor. Satu turun mai dari utara, satu mai naik dari selatan, bakal buat ramai di Stadium Shah Alam, Selangor untuk final Piala Malaysia 2017.
Anggaran 70,000 penyokong kedua-dua pasukan bakal membanjiri stadium; mungkin lebih.
Highway utara, ikut keadaan semasa jauh lebih panas. Bukan apa, isu tiket yang dengaqnya banyak tiket cemey. Highway selatan so far so good. Smooth like silk orang putih kata. Yang pasti, setiap pemegang tiket, dilindungi insurans. Baguih dok ada.
Dari Stadium Darul Aman mai Stadium Shah Alam jauh dia 435km, dalam empat jam lebih perjalanan dia. Dari Stadium Larkin naik Stadium Shah Alam jauh dia 338km, dalam tiga jam lebih nak sampai. Ni kira jarak, belum kira liku highway kedua-dua pasukan ke final. Tengok rajah bawah…
Dua-dua penyokong ni bakal datang beratus buah bas, kereta, van, 4WD, Vellfire, Triton, Hilux, Wira, Saga, Viva, Alza ,Satria, Ford Ranger, Volkswagon, Merc, BMW campur lagi dengan motor apa-apa jenislah dengan bendera negeri berkibar.
Highway Utara (Kedah) Kedah telah memenangi kejohanan liga tiga kali (1993, 2007 & 2008), Piala Malaysia lima kali (1990, 1993, 2007, 2008 & 2016) Piala FA empat kali (1996, 2007, 2008 & 2017) dan Piala Sumbangsih (1991,1994,2017) . Pencapaian Kedah menggondol treble dua musim berturut-turut menjadikan Kedah pasukan pertama Malaysia yang berjaya berbuat demikian.
Highway Selatan (Johor) Johor satu-satunya pasukan memenangi kejohanan liga empat kali berturut-turut (2014,2015,2016,2017) serta pasukan pertama dari Malaysia dan Asia Tenggara memenangi kejohanan AFC 2015, Piala FA (1998,2016) Piala Malaysia sebanyak dua kali (1985 & 1991) dan Piala Sumbangsih (1986,2015,2016).
Piala Malaysia 2017 Kedah datang selaku penyandang juara Piala Malaysia 2016. Andai Kedah menang Piala Malaysia 2017 esok, mereka bakal mengulangi kejayaan 2016 mereka. Johor pula mahukan Piala Malaysia kembali pulang ke Stadium Larkin selepas 26 tahun penantian. Kali terakhir 1991, dimana Ervin Boban telah mencipta hatrick pada malam tersebut menewaskan Selangor 3-1.
Dua-dua pasukan sama gah, sama hebat. Sejarah hanya pelantar fakta. Pertembungan malam esok bakal menobatkan satu lagi sejarah baru. Yang pasti, kawasan sekitar Stadium Shah Alam akan jammed teruk.
Namun, kami di Shah Alam tumpang seronok. Ini keraian dua negeri hebat di final Piala Malaysia. Semoga jadi final terbaik Piala Malaysia…
Lepas final, satu highway akan jadi lebih meriah, satu lagi akan jadi agak suram. Highway mana kita tak tau. Nanti kita check CCTV livecam PLUS. Berhati-hati di jalanraya.
Orang Kedah pakat la bawak turun sekali pekasam, gulai kawah, pulut pelam mai sini. Orang Johor boleh la bawak mai naik Nasi Beriyani Gam, Kacang Pool, dengan Laksa Johor.
Lama dah tak makan. Terima kasih.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kerajaan dijangka melaksanakan levi pelepasan (penerbangan) pada September ini. Ini mungkin berita baik untuk industri pelancongan kita tetapi berita ‘kurang baik’ buat rakyat Malaysia yang gemar menggunakan penerbangan awam untuk melancong ke luar negara.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan akan mempertimbangkan kategori levi pelepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan.
Ia mungkin dilaksanakan selepas musim haji, mungkin pada September. Bagaimanapun, semua cadangan akan diambil kira dan dibentangkan sebelum Kabinet membuat keputusan. Setakat ini belum ada keputusan levi lepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan.
Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 telah diluluskan oleh Parlimen pada April, yang antara lain akan menyediakan peruntukan untuk mengenakan levi pelepasan ke atas mana-mana orang yang meninggalkan negara dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
Pantai peranginan di Port Dickson, Negeri Sembilan sinonim sebagai kawasan tumpuan orang ramai pada hujung minggu. Bersempena Pesta Air Malaysia Port Dickson, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Pantai Saujana, Batu 4 dan Pantai Cahaya Negeri pada 27 hingga 29 September ini.
Pelbagai acara dirangka bagi menarik orang ramai menyertai pesta air ini. Antara aktiviti menarik ialah pertandingan memancing, fun run, konsert artis-artis popular dan pertandingan karaoke Battle of the Band.
Selain itu, pengunjung juga boleh beriadah termasuk menyaksikan acara pertandingan sukan pantai antaranya bola sepak, bola jaring dan tarik tali yang melibatkan penyertaan 200 peserta.
Pesta anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Sembilan dan disokong oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson ini menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM50,000 untuk pemenang dalam pelbagai acara yang akan diadakan.
Menteri Besar Negeri Sembilan dijangka hadir bagi menyempurnakan majlis prapelancaran kempen Melawat Malaysia 2020 diadakan sempena Pesta Air Malaysia Port Dickson 2019 peringkat Negeri Sembilan.
Pesta ini diharap dapat menggalakkan pelancongan domestik bagi pelancong baru serta membantu menaik taraf ekonomi penduduk setempat serta membuka peluang perniagaan. Mereka yang berminat mengadakan promosi dan pameran jualan di Port Dickson sempena pesta ini, hubungi talian 06-7659869/70/71 atau layari Facebook MoTAC Negeri Sembilan atau Pesta Air Malaysia Port Dickson.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...