Buat anda yang ingin melancong ke Singapura versi bajet dan jimat bolehlah rujuk itinerari sehari yang dikongsikan seorang pengguna Thread dikenali sebagai Faiqa.
Paling melegakan, kos perjalanan yang dikeluarkan sepanjang tempoh 12 jam di Kota Singa itu hanyalah RM90 dan lebih lima lokasi menarik boleh dikunjungi.
1. Perjalanan menggunakan Kereta Api Tanah Melayu (KTMB)
Dari Malaysia ke Singapura, anda boleh muat turun aplikasi KTMB supaya memudahkan urusan untuk menempah tiket shuttle Tebrau.
Faiqa naik dari Johor Bahru ke Woodlands dalam masa lima minit sahaja, tetapi tiket perlu dibeli dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum perjalanan.
Harga pula RM5 untuk pergi dan 5SGD (RM16.42) bagi perjalanan balik.
Pastikan anda sampai stesen KTMB 30 minit lebih awal sebelum perjalanan.
Jangan lupa untuk melengkapkan maklumat diri anda di aplikasi kad ketibaan MyICA sekurang-kurangnya sehari sebelum perjalanan.
Ini bagi mengelakkan anda ‘sangkut’ di imigresen Singapura.
2. Lapangan Terbang Changi
Setibanya di stesen kereta api Woodlands, anda boleh menaiki bas atau MRT untuk ke Lapangan Terbang Changi. Terdapat dua stesen MRT berhampiran iaitu MRT Woodlands dan MRT Kranji.
Ads
Kalau anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan bas awam di sana, perjalanan mengambil masa dua jam dan melibatkan pertukaran tiga buah bas.
Di Changi Airport ni, anda bolehlah berjalan-jalan dan menikmati kecantikan landskap sama ada dengan menaiki Skytrain Terminal 2 atau 3, percuma ya!
3. Wingstop, Bedok Mall
Selepas penat berjalan-jalan, perut pun akan mula berkeroncong.
Jadi anda boleh singgah di Wingstop untuk menikmati hidangan sambil ‘mencuci mata’ atau membeli-belah.
Restoran makanan segera ini juga dekat dengan stesen MRT.
4. Sultan Mosque
Tak lengkap jika tidak berkunjung dan solat di Masjid Sultan Singapura.
Tak lengkap sekiranya anda tidak berkunjung dan solat di masjid Singapura.
Paling menarik adalah banyak kedai makan halal yang menawarkan sajian autentik masyarakat setempat.
Ads
Kedai cenderahati pun banyak di sekitarnya.
Perjalanan dari Bedok ke Bugis hanyalah 15 minit menggunakan MRT.
5. Marina Bay/Merlion Park
Setiap pengunjung yang melawat Kota Singa pasti enggan melepaskan peluang untuk bergambar dengan patung ikonik Singa Putih ini.
Malah, lokasi ini merupakan destinasi wajib dan sememangnya dipenuhi ramai orang.
Owh ya, pastikan anda ada gambar kenangan di sini ya.
Ads
6. Gardens by The Bay
Kalau berkunjung ke Singapura, anda wajib tengok pertunjukan lampu dan muzik yang menarik ni.
Paling penting, tiada bayaran yang dikenakan.
Waktu pertunjukan pula sehingga pukul 8.45 malam sahaja.
7. Woodlands Train Checkpoint
Selepas seharian menghabiskan masa menikmati suasana di sekitar Singapura, tibalah masa untuk anda kembali ke negara tercinta.
Dari MRT Woodlands ni, anda kena naik bas ke stesen KTMB dan pastikan tiba sebelum kereta api berlepas.
Haaa… dapat sesuatu? Selepas ini boleh lah masukkan Singapura dalam senarai tempat untuk melancong!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Flores mungkin nama tempat yang masih lagi asing dalam kalangan pengembara di Malaysia. Tetapi ia sebenarnya nama yang cukup terkenal bagi traveller yang kebanyakannya datang dari Eropah. Ini kerana kebanyakan kapal-kapal persiaran besar dan mewah dari seluruh dunia yang berlabuh di Pelabuhan Labuan Bajo datangnya dari benua Eropah dan Australia akan menuju ke Flores.
Ada apa dengan Flores? Nama Flores, diambil dari bahasa Portugis yang bererti “bunga”. Flores terkenal dengan gugusan pulau-pulau yang indah dan salah satu keistimewaannya adalah terdapat Pulau Komodo! Kepulauan Flores ini berada di dalam daerah Nusa Tenggara Timur, Indonesia.
Aku bersama empat orang rakan memulakan pengembaraan kami untuk ke Flores dari Kuala Lumpur menuju ke Lombok dengan menaiki pesawat Air Asia. Dari Lombok, kami menaiki Feri dari Pelabuhan Lembar menuju ke Pelabuhan Padang Bai, Bali dengan tiket yang berharga RP40,000.
Perjalanan menaiki Feri mengambil masa selama 5 jam. Kemudian, kami menaiki pesawat Nam Air dari Ngurah Rai International airport, Bali menuju ke Komodo Airport, di Labuan Bajo.
Labuan Bajo adalah sebuah kampung nelayan yang digelar sebagai Permata di Kepulauan Sunda Kecil. Di sini adalah pintu masuk untuk ke Flores, Pulau Komodo, Pulau Padar, Rinca dan pulau-pulau lain di sekitarnya. Para penjelajah dari Portugis jatuh cinta pada Labuan Bajo yang mereka sebut sebagai Tanjung Bunga sejak lebih dari tiga abad lalu.
Dari Pelabuhan Labuan Bajo ni, kami akan memulakan pengembaraan menjelajah ke kepulauan yang terdapat di Flores dengan menaiki bot. Kami telah mengambil pakej belayar selama 3 hari 2 malam dengan harga RP1,650,000.00 seorang. Boleh ke Instagram ‘Padar Trip’ untuk melihat pakej sailing yang ditawarkan. Pakej kami adalah termasuk kos transfer dari Komodo airport ke hotel di Labuan Bajo, sewa peralatan snorkeling, tiket masuk ke Taman Nasional, air mineral, makan 3 kali sehari, homestay di Pulau Komodo dan juga guide tempatan yang sporting lagi peramah yang bernama Mas Bidong!
Jika ikutkan pakej sailing yang asalnya kami akan tidur di dalam bot. Tapi disebabkan masa kami pergi haritu, musim ombak agak kuat, jadi kami bermalam di Pulau Komodo selama 2 malam. Sebenarnya tidur di homestay lebih selesa kerana dapat tidur di atas tilam yang empuk dan dapat mandi air bersih berbanding tidur dalam bot yang bergoyang-goyang bila dihempas ombak dan perlu mandi air laut! Tapi jika dapat tidur dan bermalam di dalam bot juga merupakan satu pengalaman yang menarik! Cuma jangan lupa untuk sediakan ubat tahan muntah bagi mereka yang mabuk laut!
Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur menyimpan sejuta pesona yang menarik untuk dijelajahi. Di gugusan Kepulauan Komodo sendiri terdapat puluhan pulau-pulau kecil dengan keindahan alam yang luar biasa! Salah satunya adalah Pulau Kanawa.
Untuk ke destinasi pertama kami iaitu Pulau Kenawa, ia mengambil masa sejam perjalanan dari Labuan Bajo. Pulau ni sangat indah, dengan pasir putih, lautan yang biru, tanpa pencemaran serta terumbu karang yang sangat cantik.
Beberapa aktiviti juga boleh dilakukan di pulau ni seperti snorkeling, diving dan trekking bukit. Trekking bukit mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke puncak. Puncak bukit ni memang spot terbaik untuk melihat sekeliling pulau kanawa dengan lautnya yang biru.
Kemudian, kami ke Manta point iaitu lautan dengan kedalaman sekitar 10 meter dengan arus yang sangat tenang. Di sini terdapat ikan pari yang sangat besar yang dikenali sebagai Manta. Kami berasa sangat teruja apabila Manta berenang di sekitar bot kami dan kami semua terjun ke dalam laut untuk melihat Manta dengan lebih dekat! Tetapi akhirnya kami tewas dengan aksi kejar mengejar bersama Manta! Manta berenang dengan sangat laju sampai kami tak terkejar dah!
Pelayaran bot kemudian diteruskan membelah lautan ke sebuah pulau kecil yang bernama Taka Makassar. Airnya sangat jernih, cetek dan tenang! Rasa seperti berenang di dalam swimming pool tetapi disajikan dengan pemandangan indah bukit bukau di pulau-pulau disekitarnya! Memang best!
Aktiviti seterusnya, kami akan trekking ke Gili Laba. Gili Lawa Darat ataupun dipanggil Gili Laba adalah hotspot ‘must hike’ dengan pemandangan yang sangat indah dari puncak pulau ini!
Kami perlu mendaki lebih kurang 30 minit untuk sampai ke puncak. Trek dia curam, berbatu, mencanak dan boleh tahan penat! Aku banyak kali juga berhenti sambil tangkap gambar! Semua sisi Gili Lawa bagaikan studio foto dengan background yang sempurna! Jangan lupa untuk bawa air mineral dan juga headlamp. Kami nak tengok sunset dekat atas puncak ni!Trekking Gili Lawa…gile lawa!
Kalau anda datang sekitar bulan Ogos dan September, masa tu rumput tengah mengering dan berwarna coklat kekuningan. Masa aku datang ni pada bulan Mei, memang rumput tengah segar kehijauan! Rasa macam nak berguling-guling atas rumput hijau yang macam carpet! Hahaha
Tempat terbaik untuk layan view cantik adalah di puncak pertama. Pemandangan pantai dengan jalur trekking Gili Laba dimana anda dapat melihat kapal-kapal berlabuh di persisiran pantai dengan pasir putih dan coral yang terlihat jelas dari ketinggian, stunning!Wajib selfie di Gili Lawa…dua warna saje, hijau & biru…ohsem lah aih
Speechless bila dapat view macamni di puncak Gili Lawa. Cantik tenang je.
Hari kedua pelayaran, kami ke Pulau Padar. Kami bergerak dari Kampung Komodo seawal jam 6 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam sambil menikmati pemandangan indah matahari terbit dari atas bot dan menghirup secangkir kopi Flores! Keren banget seh!
Pulau Padar adalah pulau ketiga terbesar di kawasan Taman Nasional Komodo, setelah Pulau Komodo dan Pulau Rinca. Pulau Padar juga diterima sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pulau padar hanya di ditumbuhi rumput tanpa adanya pepohonan yang besar. Jadi untuk ke pulau Padar sebaiknya pada awal pagi atau lewat petang agar terik matahari tidak terasa membakar kulit.
Ada yang menyebut pemadangan dari atas Pulau Padar mirip seperti Danau Kelimutu dengan danau tiga warnanya. Tetapi Pulau Padar mempunyai pemandangan dengan 3 pantai yang berbeza. Yang pertama iaitu pantai yang menjadi lokasi bersandar kapal-kapal dan tempat memulakan pendakian, kedua pantai berwarna hitam di sebelah barat dan terakhir berwarna sedikit kemerahan iaitu Pantai Pink.
Siapapun yang berkunjung ke Pulau Padar, hatinya pasti bergetar ketika melihat keindahan alam di Nusa Tenggara Timur ini! Sungguh asyik!
Perjalanan kami diteruskan pula ke Pantai Pink Pulau Padar. Di Labuan Bajo terdapat beberapa buah pantai pink, mungkin kerana banyak coral berwarna merah yang tersebar di kepulauan komodo. Air lautnya sangat jernih dengan 3 lapis warna biru! Memang sangat cantik!
Ni tabik ke tahan panas di Pantai Pink? Macamni punye cantik pantai, panas pun tak kisah!
Kemudian, kami ke Pulau Kalong iaitu sebuah pulau yang didalamnya terdapat populasi kelawar dalam jumlah yang besar. Waktu terbaik mengunjungi pulau ni adalah saat matahari mulai terbenam. Pada waktu ini, Kelawar akan keluar dari sarangnya untuk mencari makan dan bertebaran di langit.
Selepas makan malam di homestay, kami berjalan-jalan di sekitar kampung Komodo. Singgah di rumah dan melawat keluarga kecil Mas Bidong. Jika datang ke Indonesia, bila sebut sahaja kami dari Malaysia, mereka mesti akan teringat pada Upin Ipin! Memang famous betul kartun Upin Ipin disini! Masa di rumah mas Bidong pun, anak-anak dia tengah tengok kartun ni. Masih menggunakan bahasa Malaysia Kartun ni, cuma dengan subtitle Indonesia. Rasa bangga pula karya anak Malaysia begitu terkenal di negara luar! Salute!
Betul betul betul!
Hari terakhir di Flores, kami akan ke Loh Liang iaitu ia merupakan pintu masuk dan daerah wisata utama di Pulau Komodo ni. Pulau Komodo atau Loh Liang adalah pulau terbesar di kawasan Taman Nasional Komodo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.
Ada beberapa perkara yang harus dipatuhi sepanjang trekking di Pulau Komodo ni, iaitu perlu berada dekat dengan group, dilarang memberi makan kepada komodo dan dilarang bersuara dengan keras apabila tidak perlu. Renjer juga memberitahu yang dia tidak menjamin kami akan bertemu dengan komodo. Mereka hidup bebas di Pulau ini, dan jika dapat jumpa Komodo tu kira beruntung la.
“Komodo Dragon” adalah haiwan purba dengan nama latinnya “Varanus komodoensis”. Ia adalah sejenis biawak dan bukannya naga yang boleh terbang ataupun lidah yang boleh mengeluarkan api. Itu hanyalah lagenda semasa ia mula-mula dijumpai oleh orang Belanda pada tahun 1911 yang pertama kali sampai ke Pulau yang tidak berpenghuni ini.
Ia hidup di air masin dan gigitannya yang merbahaya boleh mengundang maut dalam masa 24 jam. Biawak Komodo ni membunuh mangsa dengan menggigit dan menyebarkan racun yang ada pada air liurnya. Lalu setelah mangsanya dijangkiti kuman dan mati barulah Komodo tersebut akan makan hasil buruannya.
Masyarakat setempat memanggilnya dengan nama “Orah”, namun di Indonesia dan dunia seantero, haiwan purba ini lebih dikenal dengan nama “Komodo” atau “Komodo The Dragon”. Tahukah anda bahawa Komodo adalah spesies reptilia kuno yang nenek moyangnya telah ditemui sekitar 100 juta tahun yang lalu? Memang spesies Dinosour ni!
Perasaan kami semasa trekking di Pulau Komodo ni seolah-olah seperti masuk ke dalam Jurassic Park! Kadang-kadang rasa seram sejuk dan berdebar masa trekking, takut jika tiba-tiba Komodo muncul dari arah tepi atau belakang kami! Memang mencicit lari tak cukup tanah nanti! hahaa
Tetapi jangan risau, sepanjang trekking di pulau ini, renjer Taman Negara Komodo yang menemani kami membawa sebatang kayu yang bercabang di hujungnya. Menurut renjer, biawak komodo pantang dan lemah jika terkena kayu tersebut.
Perlu lebih berhati-hati dengan komodo betina kerana mereka adalah yang paling tangkas berlari. Badannya cenderung lebih kecil dibanding dengan jantan sehingga lebih ringan dan cepat untuk berlari memburu mangsa.
Memang best trekking di hutan tropika di Pulau Komodo ni! Pengalaman yang tak dapat dilupakan berjumpa dengan haiwan purba iaitu biawak Komodo di habitat asalnya dan mempunyai saiz yang lebih besar dari manusia! Di sini adalah satu-satunya tempat di dalam dunia iaitu pulau terpencil yang dihuni oleh ribuan biawak Komodo!
Destinasi terakhir kami dalam misi menjelajah Kepulauan Flores adalah di Pulau Kelor. Pelayaran mengambil masa selama tiga jam lebih. Masing-masing tidur terbongkang dalam bot macam tongkang pecah dah! hahaa.. Semua dah mabuk laut disebabkan ombak kuat menghempas bot sehingga bergoyang! Akhirnya setelah membelah badai lautan samudera, kami tiba juga di Pulau Kelor.
Pulau Kelor di Flores ini memiliki bibir pantai yang cukup landai dengan pasir putih dan bukit menjulang di tengah pulau yang menggoda untuk didaki. Sebelum menjejakkan kaki di pulau kecil ini, anda akan terpana dengan kejernihan air lautnya hingga anda dapat menikmati pemandangan dasar laut dari atas kapal. Di Pulau Kelor ni, anda perlu trekking untuk ke puncak untuk menikmati pemandangan yang memukau!
Oh Flores yang dirindukan! Ternyata pengembaraan kami di kepulauan Flores sangat menarik dan istimewa kerana ia menawarkan lukisan alam yang sangat indah dengan pasir putih dan pink berpadu dengan air biru jernih. Bertemu dengan Komodo Dragon, dibatasi pula dengan gugusan pulau-pulau dengan puncak mendamaikan diantara deruan ombak laut, dan dilatari dengan langit biru cerah. Indahnya syurga dunia di Flores!
Anda ada perancangan nak travel ke Jepun? Dah ada itinerari ke belum tu? Kalau belum ada lagi, jom kita kaji selidik sikit perkongsian itinerari ke Jepun untuk 10 hari daripada Nabila GD!
Accommodation ? : (RM700.00) 8 night
– Guesthouse (Osaka | Kawaguchiko | Tokyo)
*HG Cozy Hotel No 20 Osaka.
*K’s House Mt.Fuji.
*Genta Hostel Tokyo Space Aoto.
Benua Eropah sering menjadi pilihan ramai traveler untuk meneroka ke tempat-tempat cantik dan menarik ada di sana. Lagi best bila dapat tengok sendiri tempat yang cantik yang selalu menjadi lokasi bagi pengambaran filem.
Berkesempatan mengembara secara solo ke Eropah selama dua minggu lebih, Rafidah Shaharun berkongsi itinerari dan juga kos sepanjang percutiannya ke lima negara.
Bermula di Vienna-Budapest-Bratislava-Prague dan berakhir di Switzerland, pengalaman dan pemandangan yang diperolehi memang sangat mengujakan. Semua tempat cantik dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Selain berkongsi itinerari, wanita ini juga turut berkongsi beberapa tip untuk anda yang bakal ke Eropah seperti dirinya.
Hari tu saya ada post berkenaan trip solo saya ke Swiss pada 16-23 October yg lalu secara ringkas. Jadi ada a few yg tanya berkenaan cost dan itinerary.
Ok baik, post kali ini saya cuba perincikan cost dan itinerary saya untuk trip Europe 5.0 dari 9-24 Oktober yang lalu.
9.10.2022
Saudia Airlines Kul- Vienna, Muc-Kul RM 2661.39
Vienna airport – hostel RM20.21
check in St. Christopher’s Inn RM214.39(2mlm)
jalan2 sekitar hostel.
10.10.2022
beli tic 24hrs boleh naik semua public transport €8 @ RM37.60. so beli pukul 8.30am so boleh guna 8.30am esok nya
explore semua tempat2 historical di Vienna cth:
Ausrian parliament
Hofbur Wien
Karskirche & lain2
11.10.2022
ke Budapest RM 40.67
check in Casa Nora’s hostel RM 44.84 (2mlm)
explore ke
Hungarian Parliament,
Danube river,
Hungarian state opera
shoes of danube bank
12.10.2.22
Explore Budapest, beli 24hrs tic Huf2500 RM29.38
Budapest castle
Vajdahunyad casle
heroes square
Fisherman Bastian
Central Market Hall
Liberty Bridge
13.10.2022
ambil ke Bratislava
– buat day trip je
naik mlm ke Prague RM88.20
14.10.2022
check in Hostel – Sleep & Go RM90 (1mlm)
explore Prague – beli 24hrs tic Czk120 @ RM23
– Statue of Saints Wenceslas
– Franz Kafka Rotating & lain2
15.10.2022
explore Prague 24hrs tic Czk120 @ RM23
– Dancing house
– Old town Square
– Astonomical Clock Tower & lain2
ambil ke Zurich RM203.16
16.10.2022
sampai Zurich tgh hari, letak beg terus ke Rheine Falls dengan 9hrs tic boleh guna semua public transport di 9 daerah Zurich Chf13(dgn hlf fare ticket) @ RM62.40
– untuk Swiss setelah saya kaji n google utk trip saya ini lebih berbaloi saya menggunakan bernese oberland pass digabungkan dengan half fare ticket
-half fare ticket boleh guna 1 bulan.dgn ticket ini saya dpt beli ticket train bas dan a few entrance ke tempat2 dengn separuh harga atau diskaun diantara 20%-40%. ticket ini saya beli di Klooks RM545.35 @ Chf120
– bernese oberland pass saya beli menurusi official website beharga Chf 215 sbb ada half fare ticket klo x utk 6 hari beharga Chf320
-sila download sbb mobile app sbb boleh tau waktu pergerakan train diseluruh swiss dan jika nk beli ticket kadang dpt diskaun sbb ade tic super saver..hanya ditawarkan di app shj.
17.10.2022
train Zurich – Luzern Chf 8.80 @ RM42.24
drop bag kat Barabas Hotel RM266 (1mlm)
– mintak kat hote/hostel visitor guest card..so boleh naik pengangkutn awam dgn percuma dan xcess wife di bandar dgn percuma.
naik ke mt.pilatus. so tic return dgn menggunakan hlf fare ticket chf36 @ RM172.80
mlm jln2 di sekitr bandar Luzern ke Chapel wood bridge, Lake Luzern, Rathaus Luzern.
18.10.2022
check out n ke Musegg wall Luzern
ke Interlaken West (free sbb dh guna bernese oberland pass)
Interlaken check in Happy Inn Lodge 5mlm RM662
Jalan2 di pekan Interlaken West
19.10.2011
Fist Cliff, Grindelwald
Bachalpsee Lake
Harder Kulm
20.10.2022
Bonigen Lake
Iseltwad
Kandersteg
Oeschinensee
21.10.2022
Lauterbrunnen
Staubachfalls
Trummelbach Falls
Murren
22.10.2022
cruise Brienz Lake
Blausee
23.10.2022
check out tp letak beg kat hostel
Wengen
Kleine Scheideg
gerak ke Zurich bas pukul 9pm ke Airport Munic
24.10.2022
bermalam di Airport Munich
balik pukul 4.30pm
* utk Swiss saya x higly encourage anda utk jd high achiever dgn explore sampai 4-6 tempat sehari sbb satu2 tmpt x dekat..unless dia dlm satu perjalanan ok..itu pon amik masa..so klo bawak ank kecil sila buat 2 @ 3 tempat ja sehari
* Swiss sgt mahal..seeloknya masak atau ready dgn pek nasi instand sprt brahim or pek kembara..unless u dont mind spent RM100 utk 1 hidangan.
* most booking bas n train saya buat dr mesia kecuali tic 24hr sy beli di mesin di tram/subway station
* utk mkn di Swiss sy mmg masak hany beli brg dapur n roti shj..di Vienna, Budapest, Bratislava dan Prague saya mkn di keda halal atu beli croissont or roti dan hanya sekali buat nasi grg tuna di Budapest.
Penerbangan jarak jauh memang boleh jadi mencabar, terutama kalau perlu duduk berjam-jam dalam ruang yang terhad. Silap pilih tempat duduk, perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan...