glamm

Kebenaran rentas daerah dalam negeri yang kita tinggal sudahpun dibenarkan sejak minggu lalu.

Jadi kesempatan yang ada memberi peluang untuk bercuti kawasan sekitar dengan memilih menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan.

Seperti perkongsian Syapik Hassan dari Grup Backpackers Buddies Malaysia yang memilih bersama keluarga untuk masuk hutan yang jauh dari kesibukan kota bagi menenangkan fikiran.

Leka menyaksikan keindahan alam sambil melihat sungau mengalir dan mendengar bunyi ungas dan serangga.

Menurutnya pelbagai kemudahan disediakan pemilik tempat dan kebanyakan bilik disewa pada kadar berpatutan.

Glamping Di Pinang Sebatang

Glamping Pinang Sebatang – Warga Selangor/KL nak bercuti tapi tak boleh rentas negeri?

IKLAN

Dah lama aku tak masuk hutan, jauh dari kota, tenangkan fikiran. Sambil tengok sungai mengalir, dengar bunyi unggas dan serangga.

Fuuhhh… Damai dia lain macam. Aku tak reti nak explain satu persatu pengalaman aku kat Glamping Pinang Sebatang ni, tapi aku post beberapa gambar. Dan pada setiap gambar tu, aku explain kat description, korang bacalah supaya korang lebih faham dan rasa teruja.

Glamping Di Pinang Sebatang Kuala Kubu Bharu, Percutian Berteman Alam Semula Jadi & Suara Unggas
Ini salah satu dari pondok di Glamping Pinang Sebatang. Ni gambar masa pagi sebelum balik pada petangnya. Jangan risau, bila hujan takde air menitik masuk. Suasana dalam pondok ni memang syahdu. Feel hutan tu ada walau pondok cantik camni. Kat dalam ada tikar. Tapi untuk alas yang lebih selesa, korang bawa la toto sendiri. Selimut pulak, tidak disediakan, korang kena bawa sendiri. Cumanya, pukul 2 am ke atas baru dia start sejuk.
Glamping Di Pinang Sebatang Kuala Kubu Bharu, Percutian Berteman Alam Semula Jadi & Suara Unggas
Sempoi tak? Tak payah jauh-jauh, datang Glamping Pinang Sebatang je, dah ada buaian view sungai.
Glamping Di Pinang Sebatang Kuala Kubu Bharu, Percutian Berteman Alam Semula Jadi & Suara Unggas
Ada 3 pondok serupa ni di Glamping Pinang Sebatang. Kalau datang 1 family, boleh sewa seluruh tapak terus, ambik tiga-tiga pondok!
Glamping Di Pinang Sebatang Kuala Kubu Bharu, Percutian Berteman Alam Semula Jadi & Suara Unggas
Tak payah pegi jauh-jauh ke Australia untuk pondok warna warni. Kat Glamping Pinang Sebatang, jamban pun cantik! Yer. Ini jamban. Ada 3 tandas. Tiap tandas ada jamban duduk, paip air, sinki, dan tong tadah air untuk mandi. Air paip adalah dari air bukit.

Apa fasiliti yang ada kat Glamping Pinang Sebatang ni?:
– 3 tandas
– 3 pondok – setiap pondok muat 8 dewasa
– 1 pondok Hammock siap dengan 12 unit hammocks
– Pondok makan
– Dapur complete with gas
– Pinggan (pinggan bunga zaman dulu)
– Cawan/gelas
– Cerek
– Periuk
– Pisau and other cutleries
– Bbq pit (arang kena bawa sendiri dan jaring pun recommended bawa sendiri for hygiene purposes)
– Buaian tepi sungai

IKLAN
Glamping Di Pinang Sebatang Kuala Kubu Bharu, Percutian Berteman Alam Semula Jadi & Suara Unggas
Ni kira common area la, tempat makan dan lepak, borak-borak. Korang nak main dam haji ke main Saidina ke Jutaria ke kat sini, memang elok. Pekena plak kopi panas sambil makan keropok lekor cicah sos Lingam.
Glamping Di Pinang Sebatang Kuala Kubu Bharu, Percutian Berteman Alam Semula Jadi & Suara Unggas
Feeling hutan tak hilang beb. Bunyi serangga yang pelbagai siap cicak yang turut tumpang berteduh betul-betul bagi kau sejiwa dengan alam.
Glamping Di Pinang Sebatang Kuala Kubu Bharu, Percutian Berteman Alam Semula Jadi & Suara Unggas
Ni lah common area tu dari sudut lain. Sinki, dapur, bekas Coleman, semua ada. Dulang melayu yang old skool tu pun ada. Periuk 4 jenis.
Glamping Di Pinang Sebatang Kuala Kubu Bharu, Percutian Berteman Alam Semula Jadi & Suara Unggas
Suasana Glamping Pinang Sebatang ketika matahari baru naik selepas waktu Subuh.

Info Tambahan:
– Bila malam, Glamping ini diterangi banyak lampu diseluruh tempat dengan power dari Generator Set (pakai minyak).
– Kat mana Glamping Pinang Sebatang ni? Kat Kuala Kubu Bharu jer. Sesuai la bagi korang yang duk Selangor atau KL yang tak dapat rentas negeri tu! Kaaann??
– Better korang amik cuti dan sewa hari weekdays, sebab weekend biasanya fully booked.
– Korang tanya la dia bila slot available. Korang cuba la pergi hari weekdays, takut weekend selalu penuh. Amik cuti 3 hari 2 malam pun jadi la. Satu pondok RM350 untuk 2 malam (rate weekdays) boleh kongsi 8 orang.
– Untuk info, kalau nak stay sini, minimum kena sewa satu pondok (total ada 3 pondok dan 1 pondok makan) dengan harga:
– Weekdays – RM200 per night or RM350 for 2 nights. (harga untuk 1 pondok)
Weekends (Fri and Sat night) – RM300 per night or RM450 for 2 nights. (harga untuk 1 pondok)
– Tapi the best way korang sewa seluruh tapak tu untuk family korang dengan harga RM1000 per night or RM1500 for 2 nights so that takde orang lain kat area tu yang sharing dengan korang (harga weekdays RM600 per night or RM1200 for 2 nights).
– Sesuai untuk family or friends reunion/gathering

– Apa-apa korang boleh hubungi: 0122002595 – Rizal Khalif

Glamping Di Pinang Sebatang Kuala Kubu Bharu, Percutian Berteman Alam Semula Jadi & Suara Unggas
Nak ke Glamping Pinang Sebatang ni, kena cross sungai guna rakit ni. Wajib! Tak ada jalan lain. Adventure tak? Ni tarikan utama Glamping Pinang Sebatang! InsyaAllah kukuh dan selamat. Air tak berapa deras. Aku, isteri, 2 anak, dan sorang kawan, naik ni cross sungai 3-4 kali dengan selamat.

Glamping Di Pinang Sebatang Kuala Kubu Bharu, Percutian Berteman Alam Semula Jadi & Suara Unggas

IKLAN
Glamping Di Pinang Sebatang Kuala Kubu Bharu, Percutian Berteman Alam Semula Jadi & Suara Unggas
Korang boleh join water rafting ni, kena kumpul kawan-kawan korang untuk penuhkan 1 raft, baru berbaloi. Apa-apa boleh hubungi saudara Rizal Khalif, no fon ada pada post.
Glamping Di Pinang Sebatang Kuala Kubu Bharu, Percutian Berteman Alam Semula Jadi & Suara Unggas
Sebelum naik rakit, kena jungle trekking sikit turun tebing curam. Wanita mengandung dan orang tua yang berpenyakit tak disarankan datang sini. Tapi boleh cuba kalau nak.

Artikel Berkaitan:

Rasa Pengalaman Tidur Dengar ‘Muzik’ Dari Sungai, Layan Je Glamping Di River & Glamp, Ulu Yam

‘Glamz At Genting’ Lokasi Glamping Moden Untuk Percutian Ala Musim Sejuk

Teringin Nak ‘Camping’ Tapi Selesa? Glamping Di Tanah Aina Fahad, Raub Percutian Ideal Untuk Korang

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI